klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Sabtu, 16 Mei 2009

Kenyataan Akhbar Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat

14 Mei 2009

Pendirian Pakatan Rakyat berkenaan Isu Perak dan Junta Myamar

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah mengadakan pertemuan di Pejabat PAS Jalan Raja Laut (14 Mei) dan telah mengambil keputusan berikut:Pakatan Rakyat mengambil sikap terbuka dan bersedia untuk bertemu dengan YAB Perdana Menteri untuk memperkukuhkan demokrasi dan institusi kerajaan negeri Perak. Kami mengulangi pendirian bahawa mandat seharusnya diserahkan kembali kepada rakyat Perak untuk menentukan kerajaan yang sah.

Kami mengambil maklum bahawa terdapat badan-badan dan individu seperti Yang DiPertua Dewan Negara, institusi seperti Suhakam, Majlis Peguam, ahli akademik, pemimpin dari parti komponen BN dan pelbagai pihak lain yang berpandangan bahawa penyelesaian terbaik bagi masalah Perak adalah dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri bagi membolehkan pilihanraya baru diadakan.

Pakatan Rakyat juga kesal dengan tindakan junta Myanmar yang telah menangkap pejuang hak asasi Myanmar Aung San Suu Kyi atas tuduhan remeh. Tuduhan tersebut adalah tidak munasabah dan tidak dapat diterima. Sehubungan dengan itu pihak kami menggesa kerajaan ASEAN untuk mengambil tindakan dan mendesak Myanmar membebaskan beliau tanpa syarat.

Dato Seri Anwar Ibrahim , Dato’ Seri Abdul Hadi dan Lim Kit Siang

NAJIB : TIDAK RAMPAS KUASA DI PERAK ???

Menjawab soalan daripada pemberita , Najib Tun Razak menafikan bahawa berlaku rampasan kuasa di Perak . Sedangkan apa yang berlaku di Perak , semua orang mengetahui adalah satu tindakan rampasan kuasa yang dilakukan oleh beliau dan UMNO / BN . Bermula dengan tindakan menculik 2 exco / ADUN daripada Parti Keadilan Rakyat yang tiba-tiba hilang dan tidak dapat dikesan . Tiba-tiba muncul dengan mengambil tindakan melompat parti dan menjadi ADUN Bebas . Malah di ikuti oleh seorang ADUN lagi daripada DAP . Terlalu jijik menyebut nama-nama mereka ini .
Tindakan tersebutlah mengakibatkan Najib Tun Razak dan UMNO / BN mengambil ruang bertindak merampas kuasa dengan mengulingkan Kerajaan Pakatan Rakyat . Walaupun tindakan tersebut bertentangan dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak , mereka sanggup mempergunakan DYMM Sultan Perak bagi memperkenankan perlantikan Menteri Besar baru daripada UMNO / BN. Akhirnya DYMM Sultan dimalukan apabila Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa perlantikan Menteri Besar oleh DYMM Sultan Perak adalah tidak sah . Keputusan yang berlandaskan kepada Undang-Undang Tubuh Negeri Perak .
Dalam kenyataan beliau juga , Najib cuba mengaitkan dengan tindakan 16 September yang pernah dilaungkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim . Cubaan untuk 'merampas kuasa' yang gagal . Sedangkan apa yang berlaku di Perak adalah jauh berbeza dengan apa yang berlaku dengan 16 September . 16 September tidak pernah gagal . 16 September tetap 'dimenangi' oleh Pakatan Rakyat dan Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila melihat ketakutan dan kekalutan UMNO / BN dengan tarikh keramat tersebut . Sekurang-kurangnya serangan psikologi berjaya mengemparkan rakyat Malaysia dan memperlihatkan kesediaan rakyat untuk merubah kerajaan . Malah sehingga sekarang rakyat Malaysia masih menunggu tarikh 16 September tersebut .
Tiada tindakan membeli , merasuah atau menculik ahli-ahli Parlimen BN bagi merealitikan 16 September . Berbeda dengan Najib dan UMNO / BN yang mempergunakan taktik yang kotor dan keji dalam usaha merampas kerajaan negeri Perak . Menculik , membeli dan merasuah 3 ADUN pengkhianat tersebut bagi merealitikan rampasan kuasa di Perak . Malah sanggup memperbodohkan DYMM Sultan Perak .
Najib Tun Razak dalam satu kenyataan yang dipetik di Malaysiakini menyatakan , Sultan Perak juga tidak harus dipersalahkan kerana baginda mengamalkan prinsip dan semangat demokrasi yang sama ketika melantik menteri besar daripada pembangkang dan juga BN. Najib Tun Razak tidak seharusnya menegakkan benang yang basah , kenyataan memperbetulkan fakta yang salah . Tindakan di Perak jelas melanggar prinsip dan semangat demokrasi malah melanggar undang-undang . Kalau DYMM Sultan Perak tidak harus dipersalahkan , ini bermakna yang paling layak untuk dipersalahkan dalam kes rampasan kuasa di perak ini ialah beliau , Najib Tun Razak .
Beliaulah menjadi konspirator utama dalam tindakan merampas kuasa dan yang menjadikan negeri Perak kucar-kacir . Rakyat Perak seluruhnya wajar menuding jari ke muka Najib Razak bahawa beliaulah merupakan penyebab berlakunya konflik politik di Perak dan menjadi punca hilangnya harga diri dan kehormatan DYMM Sultan Perak di mata dan hati rakyat .

Fariz Musa

SIAPAKAH HAKIM DATO' RAMLY MOHD ALI ?

Hakim Dato' Ramly Mohd Ali yang membenarkan permohonan rayuan Dato' Zambry Kadir terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berhubung status Menteri Besar Perak, pernah disebut dalam rakaman video Hakim VK Lingam yang mencetuskan kontroversi tidak lama dahulu.

VK Linggam telah menyebut nama tiga orang yang sepatutnya hendak dilantik sebagai hakim.Mereka adalah Dato' Heliliah Mohd Yusof, Dato' Ramly Ali dan Dato Ahmad Maarof. Ketiga-tiga nama ini telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi oleh Yang Dipertuan Agung pada 1 February 2002 .

ZAMBRY MB SEHINGGA 21 MEI , BUKAN 18 MEI ?

DATUK Seri Dr. Zamry Abdul Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak sehingga Mahkamah Rayuan menyelesaikan kes rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi semalam yang mengisytiharkan Mohamad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Demikian keputusan kebenaran dari Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Ramly Ali.
Hal ini berlaku apabila Mahkamah Rayuan menetapkan 18 Mei ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang membenarkan penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi.
MAKLUMAT TERBARU : MAHKAMAH RAYUAN MENUNDA TARIKH DARIPADA 18 MEI 2009 KEPADA 21 MEI 2009

SELAMAT HARI GURU !

jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa ,
jika hari ini seorang Raja menaiki tahkta ,
jika hari ini seorang Presiden sesebuah negara ,
jika hari ini seorang ulama' yang mulia ,
jika hari ini seorang peguam menang bicara ,
jika hari ini seorang penulis terkemuka ,
jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa ,
sejarahnya ....
dimulakan oleh seorang guru biasa ,
dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca ....
... kehebatan dan kecekalan guru dalam mencurahkan ilmu
adalah kehebatan kita bersama . Moga Allah memberkati
perjuangan saudara/saudari , maka setiap keringat yang melahirkan
anak bangsa yang berjiwa negara

( Almarhum Bapak Usman Awang )

- sms yang dikirimkan kepadaku oleh Abang Kamel Rasah

GURU ... dalam ajarnya ada harapan ,
dalam tegurnya ada doa ,
dalam marahnya ada sayang ,
dalam tawa ada tegasnya ,
dalam diam ada bijaksana ,
dalam tangannya kita terbina .
Berbahagialah menjadi guru...
'Selamat Hari Guru'

- sms yang dikirim oleh Tuan Hj Nordin

Nota : walaupun aku bukan lagi kerja cikgu .. "cikgu tidak berpencen" ...tapi sampai mati orang panggil aku 'CIKGU' . AKU NAK UCAPKAN SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA RAKAN-RAKAN GURU YANG PERNAH MENGAJAR DENGAN KU DAN SEMUA WARGA GURU DI SELURUH MALAYSIA .

Anwar cabar Najib adakan p'raya di Perak - Malaysiakini


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kemelut politik di Perak bukanlah isu perundangan yang boleh diselesaikan di mahkamah.

Sebaliknya, beliau yang juga ketua umum PKR berkata, ia hanya boleh diselesaikan melalui pilihanraya yang bebas dan adil.

"Penyelesaiannya bukan pada istana atau mahkamah, tetapi mahkamah rakyat yang akan menentukannya," katanya.

Sehubungan itu, Anwar mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mengadakan pilihanraya baru di Perak bagi menyelesaikan kemelut politik sekarang.

Apabila beliau bertanya mengapa Najib perlu takut untuk mengadakan pilihanraya baru di Perak, kira-kira 3,000 hadirin yang memenuhi dewan tersebut melaung: "Najib salah". Najib dikaitkan dengan tindakan BN merampas kuasa di Perak dari Pakatan Rakyat.

Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh menegaskan demikian dalam satu forum di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya malam tadi.

Tajuk forum tersebut bertajuk 13 Mei hingga 1 Malaysia: Masa depan pembinaan negara Malaysia, anjuran pejabat ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San.

'Saling bertukar MB'

Ahli panel lain ialah pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang yang juga ahli Parlimen Ipoh Timur serta Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. Ketibaan mereka menerima tepukan gemuruh para hadirin.

Kemelut politik antara BN dan Pakatan Rakyat semakin parah apabila jawatan menteri besar salih berganti disandang oleh wakil kedua belah pihak.

Sidang DUN Perak pada 7 Mei lalu juga menyaksikan berlaku kekecohan dan pergaduhan antara kedua belah pihak, termasuk insiden Speaker V Sivakumar diseret keluar DUN.

Sebelum ini, BN mengambil alih pentadbiran negeri Perak selepas mendapat sokongan majoriti apabila tiga ADUN Pakatan keluar parti dan menyokong BN.

Ekoran itu, Nizar Jamaluddin membawa kes itu ke mahkamah dan kelmarin Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan beliau sebagai menteri besar Perak yang sah.

Berikutan keputusan tersebut, Menteri Besar BN, Datuk Seri Zambry Abd Kadir dan exconya mengosong pejabat dan Nizar kembali bertugas.

Bagaimanapun, Zambry berjaya mendapatkan perintah mahkamah untuk menangguhkan penghakiman mahkamah tinggi itu dan kembali bertugas semula semalam.

Mengulas lanjut mengenai kemelut di Perak itu, Anwar menyifatkan Nizar sebagai "bendahara Tun Perak yang baru".

Mengenai 13 Mei pula, Anwar yang berucap selama 15 minit berkata, selepas peristiwa tersebut, pelbagai slogan perpaduan dilaungkan - termasuk Islam Hadhari dan 1Malaysia - tetapi menurutnya tidak ada sebarang perubahan dasar.

Lim: 7 Mei 'hari memalukan'

"Malaysia tidak perlukan slogan baru, tetapi dasar dan program baru kepada seluruh rakyat Malaysia," katanya.

Katanya, program dan dasar yang diperkenalkan mestilah mengambil kira kepentingan seluruh rakyat Malaysia pelbagai kaum, terutamanya yang miskin dan terpinggir.

Sementara itu, Kit Siang menyifatkan tanggal 7 Mei sebagai 'hari yang memalukan; dan sebagai 13 Mei yang baru apabila SpeakerSivakumar diseret keluar daripada DUN Perak dan stesen TV dilarang menyiarkan gambar insiden tersebut.

"Tiada lagi 13 Mei, tetapi 7 Mei - hari yang memalukan," katanya, sambil menyifatkan pelik keputusan Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi - yang mengisytiharkan Nizar sebagai menteri besar Perak yang sah - dalam masa yang singkat.

Beliau juga menyindir Zamry sebagai "3 in 1" -- Mandela-Gandhi- Zambry.

Lim juga menyelar rencana di Utusan Malaysia baru-baru ini yang berjudul "Malaysia di ambang republik".

Katanya, tulisan berunsur "hasutan, fitnah dan dusta" itu patut diheret ke mahkamah.

ADUN pelbagai latarbelakang

Sementara itu, Nizar pula berkata, 13 Mei dan politik perkauman wujud akibat warisan penjajah sebelum merdeka.

Katanya, keharmonian kaum sejak ratusan tahun di Malaya sebelum itu, antaranya melalui hubungan perdagangan, tidak mempunyai sebarang masalah.

Menteri besar Pakatan itu mendakwa, Umno menjadi penerus kepada politik perkauman penjajah.

Katanya, kerajaan Perak yang diwakili ADUN pelbagai latarbelakang kaum, jantina dan profesyen, telah berjaya menjamin keharmonian pelbagai pihak - tidak seperti yang berlaku di Terengganu.

"Di Terengganu, semua ADUN Melayu, orang Terengganu makan nasi dagang, tetapi bergaduh tidak selesai sampai sekarang," katanya merujuk kepada konflik majoriti ADUN BN menolak kepimpinan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.

Mengulas mengenai kepelbagaian latarbelakang, beliau turut menyebut tentang terdapatnya "satu wanita dan dua lelaki lompat" sambil disambut sorakan "boo" penonton.

Katanya, konspirasi BN di Perak bermula sejurus selepas kemenangan Pakatan dalam pilihanraya umum lalu, dengan tawaran wang berjumlah jutaan ringgit kepada ADUN Pakatan supaya melompat parti.

Malaysiakini