klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Selasa, 2 Jun 2009

ADUN BN mohon maaf pada Husam

Jun 2, 09

ADUN BN Kelantan, Datuk Nozula Mat Diah (Paloh) memohon maaf kepada exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa kerana telah membuat laporan tidak benar dan tidak berasas terhadap naib presiden PAS itu pada 2007."Saya dengan ini menarik balik segala tuduhan tersebut dan seterusnya menyatakan rasa kesal yang mendalam kerana pertuduhan tersebut telah menyebabkan tekanan kepada beliau dan keluarga beliau serta memburukkan keperibadian beliau," kata Nozula dalam notis permohonan maaf itu yang disiarkan dalam akhbar Berita Harian hari ini.Nozula dan seorang lagi ADUN BN Kelantan, Muhd Adhan Kechil (Bukit Bunga) telah membuat laporan tersebut terhadap Husam pada akhir November 2007.
Ketika dihubungi Malaysiakini, peguam Ahmad Shabrimi Mohamed Sidek yang mewakili Husam berkata, antara lain laporan mereka adalah mengenai:Laporan mengenai buku dan salah guna kuasa oleh ahli Exco kerajaan negeri, Datuk Hussam Musa. Laporan mengenai penyelewengan Pengarah Urusan Air Kelantan Sdn Bhd Isu kegagalan pengurusan Air Kelantan Sdn Bhd. Isu Kedai Majlis Daerah Machang. Isu Jamnapari membabitkan dana KPK. Penyelewengan kawasan balak untuk ladang getah serta penyelewengan Pas mengutip dana.
Penyelewengan pembelian lot tanah mukim Gual Periuk, Pasir Mas oleh Syarikat Galeri Tanah.Laporan ke atas Perbadanan Menteri Besar Kelantan Berhad dan Pengarah Urusan Kompleks Perkayuan Kelantan. Isu Perbadanan Baru Tanjung cuba menjual rezab Melayu kepada Syarikat Kind Network Sdn. Bhd.
Ahmad Shabrimi berkata, tindakan kedua-dua ADUN tersebut antaranya, telah meletakkan Husam dalam kancah pertikaian umum dan mengheret beliau dalam suatu skandal, fitnah konspirasi, jenayah, kebencian dan buruk sangka umum dan kehinaan awam.
Berikutan katanya, Husam telah mengarahkam tindakan undang-undang diambil terhadap kedua-dua ADUN BN tersebut serta akhbar New Straits Times (M) Berhad."Akhirnya pihak ADUN berkenaan telah bersetuju untuk memohon maaf secara terbuka kepada anakguam kami serta menarik balik segala tuduhan yang dilemparkan.
"Dengan notis permohonan maaf ini, maka terbukti bahawa segala tuduhan liar yang dibuat terhadap anakguam kami adalah fitnah semata-mata, tidak benar dan tidak berasas. "Ini juga bermakna kerajaan negeri juga bersih dari segala salahlaku yang didakwa. Pihak kami akan membuat tindakan seterusnya bagi membersihkan nama baik anakguam kami. "Kami juga dalam proses rundingan penyelesaian dengan para defendan lain," kata Ahmad Shabrimi.

Malaysiakini

STADIUM SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN RUNTUH : AMK DESAK POLIS DAN SPRM AMBIL TINDAKAN SEGERA !

AMK Negeri Terengganu mendesak pihak Polis DiRaja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahana Rasuah ( SPRM ) segera mengambil tindakan dan siasatan terhadap insiden keruntuhan Stadium Sultan Mizan yang runtuh pada pagi tadi .
Siasatan secara terperinci dan pendakwaan harus dibuat dengan segera terhadap kejadian tersebut termasuk terhadap Jabatan Kerja Raya , konsultan yang terlibat pembinaan bumbung stadium dan Bekas Menteri Besar Negeri Terengganu , Datuk Seri Idris Jusoh yang terlibat secara langsung terhadap pembinaan stadium yang berprestij itu .
Kos pembinaan stadium tersebut yang menelan belanja RM270 juta dan telah dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 10 Mei tahun lepas. Stadium yang baru berumur setahun tersebut terlalu cepat runtuh dan melibatkan ratusan juta wang rakyat Negeri Terengganu !
AMK Negeri Terengganu benar-benar mengharapkan satu tindakan yang tegas yang diambil oleh semua pihak terutama pihak Polis dan SPRM . AMK merapatkan kesyukuran kerana insiden tersebut tidak melibatkan sebarang jiwa terkorban .
Kejadian yang bukan sahaja memalukan tapi membuktikan ada perkara yang tidak betul telah berlaku terhadap pembinaan stadium tersebut dan perlu diperjelaskan dan diambil tindakan. Ketelusan pihak polis dan SPRM adalah perlu.
Semua pihak yang terlibat dalam proses pembinaan tersebut adalah perlu diambil tindakan tegas dan tidak terlepas daripada sebarang tindakan undang-undang termasuklah konsultan asing yang dipertanggungjawabkan dalam pembinaan stadium itu .
YB Datuk Seri Idris Jusoh dan YAB Datuk Ahmad Said perlu bertanggungjawab dalam insiden tersebut . Kerana kedua-dua mereka terlibat dalam pembinaan stadium tersebut kerana Datuk Ahmad Said adalah EXCO Kerajaan Negeri sewaktu di bawah pentadbiran Datuk Seri Idris Jusoh selaku MB Terengganu .
Kerajaan Negeri Terengganu juga tidak boleh lepas tangan dalam insiden ini dan perlu memberikan penjelasan terhadap runtuhnya hampir 40% Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin tersebut kerana melibatkan wang rakyat .
Fariz Musa.
Ketua AMK Negeri Terengganu

STADIUM SULTAN MIZAN DULU DAN SEKARANG

DULU....
KINI....

Bumbung Stadium Gong Badak runtuh

Jun 2, 09 11:03am

Bumbung utama Stadium Bolasepak Gong Badak, Terengganu yang dirasmikan oleh Sultan Terengganu tahun lalu, runtuh kira-kira jam 7.30 pagi ini.Perkara itu disahkan oleh timbalan pengerusi Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat), Tengku Ahmad Tengku Hussein ketika dihubungi hari ini.
Menurut lamanweb Mampat, kejadian itu mengakibatkan sebuah kereta kancul dan empat buah motosikal tertimbus.Sementara itu, seorang wartawan sambilan - Sazali Mohd Nor - yang dihubungi Malaysia di tempat kejadian berkata, stadium yang berusia kira-kira setahun ini berkapasiti menampung kira-kira 50,000 penonton.
Menurutnya, stadium mempunyai dua bumbung - bumbung tinggi di sebelah kiri dan bumbung rendah di sebelah kanan.Sazali berkata, yang runtuh adalah kesemua bahagian bumbung tinggi di sebelah kiri.Sementara itu, sumber yang mengetahui mengenai projek tersebut, berkata beliau tidak terperanjat dengan kejadian tersebut.
Menurutnya, juruperunding-juruperunding yang terbabit dalam projek tersebut telah lama menyuarakan kebimbangan mereka tentang keadaan bumbung utama stadium yang dibuat oleh kontraktor asing."Walaupun sudah tahun memintanya dari kontraktor asing tersebut, difahamkan mereka masih belulm menerimanya," katanya.,Sumber itu berkata, projek pembinaan stadium tersebut dijalankan di bawah penyeliaan Jabatan Kerja Raya.
Sementara itu, Bernama melaporkan, beberapa anggota bomba dan penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) dilihat memasuki bahagian bangunan yang runtuh itu bagi memastikan tiada mangsa yang terperangkap. Menteri Besar Datuk Ahmad Said turut meninjau tempat kejadian pagi ini dan beliau dijangka mengadakan sidang akhbar di pejabatnya pada jam 4 petang ini. Menurut beberapa saksi, runtuhan dipercayai bermula pada bahagian tengah stadium yang menempatkan bilik tetamu kehormat (VIP) dan tempat duduk utama termasuk pentas diraja. Asmadi Hashim berkata ketika kejadian, beliau berada di rumahnya yang terletak kira-kira 400 meter dari stadium berkenaan.
"Saya mendengar satu letupan kuat dan menyangka ia adalah enjin kapal terbang kerana Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) terletak berhampiran stadium itu," katanya. Sementara itu, dua pekerja yang sedang memasang tiang lampu di sekitar stadium berkenaan terkejut selepas mendengar letupan berkenaan. Mohd Zaidi Ahmad yang bekerja hanya kira-kira 300 meter dari tempat kejadian itu, kemudian bergegas bagi memastikan tiada yang terkorban.
Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang berharga RM270 juta dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 10 Mei tahun lepas. Stadium berkenaan menjadi mercu tanda Terengganu dan gelanggang bagi beberapa acara utama pada Sukan Malaysia (Sukma) 2008 dan perlawanan bola sepak Liga Super.

TKM 1: Dr. Mansor angkat sumpah Rabu

BUKIT MERTAJAM, 1 Jun (SK) : Timbalan Pengerusi KeADILan Pulau Pinang, Dr. Mansor Othman yang memenangi pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Penanti semalam akan mengangkat sumpah sebagai Timbalan Ketua Menteri I Negeri Pulau Pinang Rabu ini.
Ia diumumkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di sini malam tadi.Beliau berkata majlis angkat sumpah tersebut akan diadakan pada sebelah pagi.“Saya akan syorkan supaya Dr. Mansor dilantik sebagai TKM1 nanti,” katanya.
Dalam pada itu Lim turut mengucapkan tahniah kepada Dr. Mansor dan beranggapan bahawa kemenangan beliau itu adalah kemenangan rakyat.
“Ini adalah kemenangan rakyat, kita akan terus bekerja untuk rakyat,” katanya.Malah perkembangan itu turut dinyatakan oleh Penasihat Dap, Lim Kit Siang dalam laman blognya.
Mansor Othman, 59, memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Penanti dengan majoriti 5,558 undi.
Pilihanraya kecil itu diadakan berikutan peletakan jawatan penyandangnya, Mohammad Fairus Khairuddin yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang.

durian paling mahal di Penanti


Durian yang sedang dipegang oleh YB Ketua Umum ialah durian paling mahal dan telah berjaya dilelong dengan harga RM 800.00. Acara lelongan buah durian tersebut dikendalikan oleh YB Yusmadi Yusof ( Ketua AMK Pulau Pinang ) bagi mengisi tabung AMK Pulau Pinang . YAB Tan Sri Khalid Ibrahim telah berjaya membida harga buah durian tersebut dengan bayaran RM800.00.