klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Khamis, 2 Julai 2009

Pakatan Rakyat Tekad Tumbangkan BN


Kira-kira 10 Ribu orang hadir di dalam ceramah Perpaduan Pakatan Rakyat malam tadi yang dihadiri oleh semua pemimpin utama PR di Stadium MPBJ, Kelana Jaya. Sambutan orang ramai di luar jangkaan kerana serentak dengan masa dan tarikh tersebut juga pasukan bola sepak Selangor terlibat di dalam perlawanan Liga Super bertempat di Stadium Shah Alam. Sekiranya jadual ini tidak bersamaan, sudah pasti kehadiran orang ramai lebih mengejutkan.

Di dalam ucapan Presiden Pas malam tadi menyebut bahawa Umno telah gagal membawa perpaduan tulen di kalangan rakyat Malaysia. Beliau berjanji bahawa PR akan bersatu untuk menjatuhkan kerajaan Bn pada bila-bila masa dari sekarang. Krisis dan kehangatan yang berlaku di dalam Pas dan PR baru-baru ini mampu dileraikan oleh pimpinan dengan pantas dan bijaksana membuktikan bahawa pimpinan di dalam PR lebih bijak di dalam sebarang tindakan mereka demi perpaduan rakyat. Harapan Umno untuk melihat PR berpecah kini tinggal impian dan mereka seolah-olah hilang pedoman di Manek Urai. Cabaran debat oleh Mursyidul Am Pas sedikit sebanyak menyerlahkan kecilnya hati dan jiwa pemimpin Umno untuk berdepan dengan isu yang mereka sendiri cuba mainkan.

DS Anwar pula di dalam ucapannya menegaskan bahawa PR sentiasa memegang teguh pendirian isu hak rakyat serta memperjuangkan golongan miskin tanpa mengira kaum. Walaupun Najib cuba meniru dasar yang diamalkan oleh PR ini, tetapi usaha beliau itu mudah dihidu oleh rakyat tatkala Umno/Bn kini kelemasan. Rakyat lebih mengenali Umno/Bn sebagai parti yang suka mencipta retorik tetapi akhirnya yang mendapat laba adalah pemimpin dan kroni-kroni mereka.

Dasar Umno sekarang umpama `sesumpah' yang sentiasa berubah tidak menentu tetapi hasilnya kosong semata-mata. Janji mereka tidak lebih dari umpan politik dan inilah yang terbukti di Manek Urai.Terlalu banyak persoalan serta kontroversi yang gagal dijawab oleh Najib. Sehubungan itu, rakyat perlu bersedia untuk menerima pemerintahan kerajaan baru yang lebih meyakinkan dan pilihan mereka tidak ada yang lain selain dari Pakatan Rakyat. -wfauzdin

Najib Mansuh 30% Ekuiti Bumiputera

1 Julai 2009 , akhbar the Star menyiarkan berita muka depan bertajuk "Quota free" manakala akhbar The Sun menyiarkan berita muka depan bertajuk "Freer economy".Anda tahu mengapa Berita Harian menyiarkan berita muka depan bertajuk "Rangsang pelaburan" manakala NST menyiarkan berita muka depan bertajuk "Sweeping changes to boost growth"?
Lebih hebat lagi, anda tahu mengapa berita muka depan Utusan Malaysia bertajuk "Ekuiti Nasional ditubuh" dan berita bertajuk "Pemilikan 30% ekuiti bumiputera dimansuh" tak berani muncul di muka hadapan akhbar itu?
Tahu kenapa berita utama jadi berita muka dalam dan berita sampingan jadi berita utama akhbar itu?Di mana pahlawan-pahlawan Melayu sebelum ini begitu garang menunjuk perasaan? Di mana hulubalang-hulubalang Melayu yang sebelum ini begitu bengis menjerkah tempik si boneka DAP?Atau hanya sekadar hulubalang bantut dan pahlawan kontot?

Govt does away with 30% bumi equity requirement
The Star (1/7/09): The 30% bumiputra quota requirement for companies seeking to list on the Bursa Malaysia has been done away with under an overhaul of the Government's economic policies.In his most important announcement since taking office on April 3, Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said there was a need for a new economic model.He said the Foreign Investment Committee (FIC) would effectively "no longer exist" as it had failed to achieve its objectives.Saying that the emphasis now was on participation instead of equity, Najib also announced the setting up of Ekutinas (Ekuiti Nasional Bhd), a private equity fund to make strategic investments for bumiputras, especially in companies with high-growth potential.The other announcements, which are to take effect immediately, were:* All property transactions, except for those involving a dilution of government or bumiputra interests for property valued at RM20mil and above, would no longer require FIC approval;* All Malaysian companies seeking listing would have to offer 50% of their public offering to bumiputra investors, which would work out to 12.5% of the total stake;* A 100% ownership would be allowed for qualified and leading fund management companies to set up operations in Malaysia;* Foreign equity in existing stockbroking companies would be increased to 70% from 49%;* All transactions on mergers and takeovers by local or foreign companies will no longer need FIC approval; and* All listed companies need not maintain 30% bumiputra equity as required previously.
Rangsang pelaburanKerajaan longgar garis panduan FIC untuk tingkat daya saing negara
Berita Harian (1/7/09) : Kerajaan semalam mengumumkan beberapa pendekatan baru bagi meningkatkan daya saing Malaysia sebagai pusat pelaburan dan pada masa yang sama menggalakkan pemilikan berkesan serta berkekalan ekuiti Bumiputera dalam sektor korporat.Ia antara lain membabitkan kelonggaran terhadap Garis Panduan Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC) berkaitan pembelian kepentingan, penggabungan dan pengambilalihan; kegiatan meraih dana oleh syarikat senaraian awam serta pembelian hartanah.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika mengumumkan perkara itu pada Persidangan Invest Malaysia 2009 di sini, berkata berkuat kuasa serta merta kerajaan menghapuskan garis panduan FIC yang membabitkan pembelian kepentingan ekuiti, penggabungan dan pengambilalihan tanpa menggantikannya dengan peraturan baru.Berikutan itu, beliau berkata FIC kini tidak lagi memproses urus niaga saham atau mengenakan sebarang syarat ekuiti ke atas urus niaga berkenaan.Bagaimanapun, katanya, bagi memastikan kepentingan negara dalam sektor strategik terus terpelihara, syarikat dalam sektor berkenaan masih lagi tertakluk kepada syarat ekuiti oleh badan kawal selia sektor masing-masing.Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata bagi meningkatkan daya saing Bursa Malaysia sebagai pusat penyenaraian syarikat, kerajaan memperkenalkan garis panduan penyenaraian yang baru.Di bawah garis panduan baru itu, syarikat senaraian awam tidak lagi tertakluk kepada syarat pegangan ekuiti Bumiputera seperti yang ditetapkan FIC sebelum ini, sebaliknya hanya perlu menawarkan 50 peratus daripada jumlah 25 peratus saham tebaran awam kepada pelabur Bumiputera.Perdana Menteri turut menjelaskan urus niaga hartanah hanya perlu mendapat kelulusan FIC jika ia membabitkan pengurangan kepentingan Bumiputera atau kerajaan bagi hartanah yang bernilai lebih RM20 juta.Najib menegaskan, di sebalik langkah melonggarkan FIC itu yang dijangka akan meningkatkan dengan ketara kedudukan Malaysia sebagai tempat menjalankan perniagaan dan melabur, kerajaan kekal komited dalam melonjakkan penyertaan Bumiputera dalam ekonomi.Namun, katanya, kerajaan akan melaksanakan pendekatan baru yang memberi tumpuan menggalakkan penyertaan Bumiputera dalam ekonomi secara lebih berkesan, bermakna dan berkekalan menerusi perkongsian tulen dan meritokrasi.Menjelaskan mengenai keperluan melaksanakan pendekatan baru itu, Perdana Menteri berkata, ketika FIC dibentuk pada 1974, ia adalah komponen utama strategi pertumbuhan dengan ekuiti, namun ia kini bukan lagi instrumen berkesan bagi tujuan berkenaan."Pada 1970-an, ekuiti Bumiputera adalah hanya 2.4 peratus. Berdasarkan jumlah kecil itu, maka adalah sesuai melaksanakan dasar sedemikian bagi menangani ketidakseimbangan. Ketika itu juga, adalah praktikal dilaksanakan susulan kekurangan persaingan bagi mendapatkan pelaburan."Bagaimanapun, kini dasar pelaburan itu telah mewujudkan ketidaktentuan dalam pembentukan peraturan dan tidak sejajar dengan amalan antarabangsa, justeru menjejaskan potensi pertumbuhan," katanya.Najib juga menegaskan, FIC sebagai instrumen penyusunan semula dilihat kurang berkesan kerana peratusan pemilikan ekuiti Bumiputera tidak berubah sejak 1990 hingga 2006 dengan masing-masing pada kadar 19.3 peratus dan 19.4 peratus.Daripada RM54 bilion ekuiti yang diagihkan kepada Bumiputera di bawah FIC pula, hanya RM2 bilion kekal, manakala selebihnya dijual semula untuk memperoleh keuntungan segera.Perdana Menteri turut menegaskan walaupun berlaku perubahan dasar pelaburan, ia tidak bererti matlamat pertumbuhan dengan pengagihan dan sasaran 30 peratus pegangan Bumiputera berakhir."Yang berbeza adalah kita anggap ini sebagai sasaran makro bukan sasaran mikro. Kita masih komited untuk mencapai kewujudan negara yang mencerminkan keadilan sosial," katanya.Selain kelonggaran dalam FIC, Perdana Menteri turut mengumumkan menaikkan had pegangan asing dalam syarikat broker saham dan segmen runcit pengurusan dana saham amanah kepada 70 peratus daripada 49 peratus ketika ini.Pemilikan asing dalam segmen runcit industri pengurusan dana pula dibuka bagi pegangan sehingga 100 peratus.

Sweeping changes to boost growth
NST (1/7/09): Malaysia has eased investment rules, including one on Bumiputera equity ownership, in a major move to attract foreign investments amid a slowing economy.Prime Minister Datuk Seri Najib Razak said he was scrapping a rule that requires companies seeking a public listing to reserve 30 per cent of its stock for Bumiputeras.Besides that, he raised the foreign ownership limit on unit trust companies and brokerages, and vastly reduced the powers of the Foreign Investment Committee (FIC), a body that had closely monitored the 30 per cent ownership rule in Malaysia.The FIC has "outlived its usefulness", Najib said, adding that its approval would no longer be required for property transactions, except for those where Bumiputeras are the sellers.He said all these changes were ecessary to transform Malaysia into a high-income nation within the decade."We have become a successful middle-income economy, but we cannot and will not be caught in the middle-income country trap.We need to make the shift ... or we risk losing growth momentum in our economies and vibrancy in our markets," he said in his keynote address at the Invest Malaysia conference here yesterday.Making the transition to a high income economy has become his key priority and he will continue to "modify or eliminate policies thatinhibit growth", he added."I am convinced that failure or hesitation to act now will have long-term ramifications for the nation."The measures to boost foreign investment come as Malaysia faces its first economic contraction in a decade.The government expects the economy to fall by as much as five per cent this year as exports slow amid the global recession.On Malaysian companies seeking a listing on Bursa Malaysia, he noted that they would previously had to sell a 30 per cent stake to Bumiputeras and also ensure a quarter of the shares were held by public investors.From now on, however, with the 30 per cent rule scrapped, companiesonly need to offer half of the public spread to Bumiputera investors.This effectively means that Bumiputeras will hold at least 12.5 per cent in initial public offerings."I think this is a good, bold move. It should bolster market sentiment and in the mid- to long term, small investment banks will benefit from doing more fundraising exercises," said Chris Eng,head of research at OSK Investment Bank, of the new move.Najib stressed that he remained committed towards enhancing economic participation by Bumiputeras."While the government remains fully committed to the goals of equitablegrowth, our approach will be to implement these goals in a market-friendly manner."He said the new policies were designed to be a win-win situation for all and that no one should feel marginalised."It is a tricky balancing act, but it's do-able."He also said that as at June 19, projects worth RM9 billion had been awarded under the government's RM67 billion stimulus packages, of which RM3 billion had been paid.

tahniah melayu 1 malaysia !

PM Malaysia, Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan penghapusan syarat 30% pegangan ekuiti bumiputera dalam usaha menarik pelaburan asing, teknologi dan menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi, di mana kerajaan semalam membuka pasaran 27 sektor kecil perkhidmatan tanpa sebarang syarat pegangan ekuiti tempatan, berkuat kuasa serta-merta.
Ia meliputi perkhidmatan dalam bidang komputer dan yang berkaitan; pelancongan; kesihatan dan sosial; pengangkutan; sukan dan rekreasi; perniagaan; sewaan/pajakan tanpa operator serta pengangkutan sokongan dan bantuan.

SPRM AKAN DEDAH KES BESAR TIDAK LAMA LAGI –PENGARAH

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka akan mendedahkan beberapa kes besar termasuk yang melibatkan sindiket rasuah tidak lama lagi, kata Pengarah Perisikan SPRM, Mohd Jamidan Abdullah.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai kes-kes besar yang sedang dirisik kerana menurutnya SPRM tidak akan mendedahkan sebarang kes tanpa terlebih dahulu mempunyai bukti kukuh.“Pendedahan ini penting untuk memenuhi tuntutan rakyat yang hendak melihat keberkesanan peranan SPRM sebagai sebuah Suruhanjaya berintegriti tinggi, selepas dinaik taraf dari Badan Pencegah Rasuah,” katanya kepada pemberita pada majlis serah dan terima tugas Pengarah SPRM Kedah, di pejabat SPRM di sini hari ini.

FM - wow menarik ! hebat ! benar-benar buat saya terkejut ! saya sangat terkejut ni !! setakat nak dedah Pak Mat jual ikan kat Pasar Kedai Payang pun boleh dedah . Mesti tak melibatkan pemimpin UMNgok ni ! kalau tak konfem masuk bawah karpet je . Kalau terlibat pun yang nyawa politik dah nak mampus atau monopous. yang penting saya teruja sangat ! kita tengok siapa yang kena !

DAP Kedah keluar PR..?-Malaysiakini

Wednesday, July 01, 2009 8:51 PM

DAP Kedah memutuskan untuk keluar dari gabungan Pakatan Rakyat negeri itu kerana membantah tindakan kerajaan negeri merobohkan satu-satunya pusat penyembelihan babi di Alor Star.Sebelum itu, pada jam 3.30 petang petugas Majlis Bandaraya Alor Star menjalankan operasi merobohkan pusat penyembelihan tersebut.
Berikutan itu, Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su dan penyokongnya cuba menghalang operasi tersebut tetapi tidak berjaya.DAP negeri kemudiannya mengadakan satu mesyuarat tergempar untuk membincangkan insiden tersebut.Dan pada kira-kira jam 5 petang tadi, Thomas mengumumkan keputusdan DAP Kedah/Perlis untuk keluar dari Pakatan Rakyat.
Sementara itu, difahamkan ibupejabat DAP di ibungara akan mengadakan mesyaurat tergempar esok untuk membincangkan perkara tersebut.

"Menang jadi arang dan kalah jadi abu" - Pertelingkahan UMNO Terengganu Merebak Ke Akar Umbi


SETIU – Walaupun sesetengah pemimpin UMNO Terengganu cuba menutup pertelingkahan yang berlaku, hakikatnya perbalahan dalam parti itu kini sudah menjadi ‘barah’ dan merebak hingga ke peringkat cawangan.
Semalam, Ketua UMNO Bahagian Marang, Yahaya Khatib Mohamad mendakwa UMNO Terengganu semakin pulih dari perpecahan dengan perlantikan kepimpinan baru Badan Perhubungan UMNO negeri.
ahaya berkata jangan bermimpi, PAS akan dapat menawan Terengganu pada pilihanraya umum ke 13 akan datang.
Namun hari ini, dilaporkan akhbar Utusan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Ramlan Ali telah mempersoalkan keputusan Perhubungan UMNO Terengganu.Ramlan mendakwa tindakan kepimpinan negeri mengarahkan UMNO Cawangan Tasik Tok Lebai supaya mengadakan semula mesyuarat cawangan telah menimbulkan tanda tanya selain rasa tidak puas hati dalam kalangan ahli.Katanya, UMNO Terengganu telah mengarahkan cawangan tersebut berbuat demikian kerana mesyuarat pertama yang diadakan pada 18 Mei lalu didakwa tidak sah tanpa kehadiran wakil UMNO bahagian Setiu.
"Mengapa pula mesyuarat pertama didakwa tidak sah tanpa kehadiran wakil UMNO bahagian sedangkan peraturan telah jelas sebagaimana dalam Perlembagaan UMNO," katanya.
Beliau turut mendakwa pihak tertentu dalam Badan Perhubungan UMNO negeri telah cuba mengambil kesempatan, mengelirukan ahli-ahli dan melemahkan semangat ahli di cawangan . Dalam perkembangan yang sama, sebuah laman blog mendakwa kemelut UMNO Setiu belum berakhir lagi dan episodnya disambung dalam mesyuarat cawangan UMNO dibahagian.
Laman tersebut menyebut, sebagai syarat, mesyuarat cawangan UMNO hendaklah dilaksanakan dan diwakili oleh AJK bahagian yang ditentukan oleh pengurusan Bahagian.Tetapi, menurutnya, apa yang mengecewakan berlaku di DUN JABI.Ramlan yang kalah dalam pemilihan Ketua bahagian berdegil, tetap ingin melaksanakan mesyuarat cawangan di DUN Jabi berdasarkan jadual mereka sendiri, tidak kira samada wakil bahagian akan hadir atau tidak.
”Keadaan ini menyebabkan ramai ahli ahli kebingungan dan tertanya tanya samada mesyuarat cawangan yang dijalankan tanpa wakil dari bahagian adalah sah atau tidak??.”tulis laman blog itu.Menurutnya, kecelaruan yang berlaku di DUN Jabi sudah tidak dapat dibendung lagi ini kerana Ketua Bahagian, Dato’ Mohd Jidin Shafie dan Ramlan sudah tidak boleh duduk semeja.
”Yang lebih menyedihkan ADUN JABI (Ramlan Ali) berkiblatkan bekas MB (Dato Seri Idris Jusoh) dan Ketua Bahagian (Mohd Jidin) berkiblatkan MB sekarang (Dato’ Ahmad Said),”tegas laman ituOleh itu katanya, walaupun Ahmad Said turun padang ke JABI, Ramlan menghilangkan diri dan hanya hadir pada majlis yang dihadiri oleh Idris.
Pada pandangan penulis blog itu, apa yang dilakukan oleh Ramlan adalah lebih merupakan bersifat pentingkan diri sendiri. ”saya difahamkan oleh pengikut beliau (Ramlan) bahawa jikalau beliau tidak dicalonkan (semula) dalam PRU 13 akan datang, maka beliau akan pastikan DUN Jabi jatuh ke tangan pembangkang,”katanya. Sifat "menang jadi arang dan kalah jadi abu" adalah strategi yang beliau jalankan sekarang ini, tambah penulis blog itu yang dipercayai adalah ahli UMNO Bahagian Setiu.

FM - yang pasti UMNgok Terengganu semakin dok rok cetong !