klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Khamis, 10 September 2009

Hakim tolak permohonan ketepi saksi inkues Teoh

Sep 10, 09 1:51pm
Mahkamah Tinggi Petaling Jaya hari ini menolak permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyemak keputusan koroner inkues kematian Teoh Beng Hock berhubung kebenaran memanggil saksi bagi mendedahkan dakwaan penderaan pegawai suruhanjaya itu.
"Tidak ada apa-apa yang tidak sah, tidak betul dan tidak wajar pada perintah koroner membenarkan saksi ke-20 memberikan keterangannya," kata hakim Yeoh Wee Siam.Hakim juga menolak permohonan peguam SPRM yang ingin mendapatkan perintah menangguhkan inkues sementara menunggu rayuan terhadap semakan itu di Mahkamah Rayuan.
Inkues terhadap kematian setiausaha politik exco kerajaan Selangor itu akan bersambung jam 9 pagi esok di Mahkamah Majistret Shah Alam.

bahtera NOH ?

Di Mt. Ararat , Timur Turkey

DI SEBUAH gunung yang sentiasa diselimuti salji, terletak di Timur Turkey, tersembunyi sebuah misteri berharga berusia lebih 5000 tahun. Peninggalan sejarah maha berharga itu bukan saja menarik minat pengkaji sejarah malah pihak perisik AS seperti CIA. KGB pun cuba menyelongkar. Pihak-pihak CIA telah menggunakan satelite dan pesawat 'Stealth' untuk mengambil gambar objek yang terdampar di puncak gunung itu.Gambar-gambar itu telah menjadi 'rahsia besar' dan disimpan rapi dengan kawalan ketat bersama rahsia-rahsia penting lain di Pentagon. Sudah beratus-ratus orang cuba mendaki Gunung Aghi-Dahl bermaksud 'Gunung Sengsara' atau dengan nama petanya iaitu Mount Ararat, namun hanya beberapa kerat saja yang berjaya. Lainnya terkorban.
Hingga hari ini, cuma ada beberapa orang pendaki sahaja yang berjaya sampai ke puncak Mt Ararat dan dapat menyaksikan dengan mata kepala sendiri kesan artifak peninggalan purba yang 'maha berharga' itu. Ada sesetengah pendaki dapat mengambil gambar. Apa yang masih menjadi tanda tanya, kesemua orang-orang yang berjaya membawa balik gambar tersebut telah ditimpa berbagai-bagai bencana. Ada diantara mereka telah dibunuh dengan penuh misteri. Hanya semata-mata kerana gambar tersebut. Memang ramai orang yang telah mengambil gambar kesan sejarah 'Noah' itu, telah mati secara misteri.
Soalnya sekarang, mengapa 'kuasa-kuasa besar' mahu merahsiakan gambar peninggalan lama itu dan menyimpannya ditempat rahsia tentera?. Mengapa mereka tak mau mengesahkan peninggalan 'Noah' itu benar-benar ada di puncak Mt Ararat? Pada masa yang sama mereka juga menafikan bahawa itu sebenarnya adalah The Great Noah Ark! Pyramid Sphinx di Giza sendiri pun telah tertimbus dalam pasir selama lebih kurang 2,000 tahun sebelum dijumpai, kerana selama itu orang menafikannya. Samalah The Great Noah Ark tu pun. Ia tertimbus di bawah salji selama hampir 5,000 tahun dan selama 5,000 tahun itu jugalah misteri itu sedang menunggu masa untuk dibongkar.
Sebenarnya, zaman Nabi Noah AS dulu tidaklah seprimitif yang kita semua bayangkan. Hakikatnya pada zaman itu mereka dah maju ke depan. Pengetahuan Sains mereka dah maju pada masa itu. Di kaki Mount Ararat itu sahaja pun, Para Pengkaji dan Scientist Russia telah menemui lebih kurang 500 kesan artifak bateri elektrik purba yang digunakan untuk menyadurkan logam. Mengikut kiraan ahli anstronomi secara berkomputer, Noah AS mula membina bahteranya pada tahun 2465 B.C dan hujan mula turun pada tahun 2345 B.C.
Rupa bentuk The Great Noah Ark itu sebenarnya tidak sama dengan bentuk kapal laut yang ada didunia sekarang. Mengikut para pendaki yang pernah melihat "Noah Ark" di puncak Mt Ararat itu, Noah Ark memang sebuah bahtera besar yang cukup hebat. "Noah Ark" itu diperbuat daripada spesis kayu purba anyg memang sudah tidak ujud lagi di dunia ini. Ia diselaputi syelek, bebentuk 'kotak kasut', tidak cantik, tapi sangat berfungsi. Ia telah dibina seluas 300 cubit X 50 cubit X 30 cubit. Untuk pengetahuan anda cubit itu adalah satu kiraan jarak panjang diantara siku dengan jari yang digunakan oleh orang-orang zaman dahulu.
Bersamaan 18 inchi bagi 1 cubit, bermakna panjang "Noah Ark" ini adalah lebih kurang 450 kaki,75 kaki lebar,45 kaki tinggi. Ada juga Para Pengkaji berpendapat,"Noah Ark" berukuran satu dan satu setengah padang bola. Bumbung bahtera itu pula adalah seluas 20 padang bola keranjang. Keluasan dalamannya cukup untuk memuatkan 170 gerabak keretapi. Ia memerlukan sebanyak 9000 hingga 13000 batang balak untuk membinanya. Dan dianggarkan seberat 4,100 tan.Hari ni terdapat lebih kurang 1,072,000 haiwan dari pelbagai spesis di dunia ini. Mengikut kajian Dr.Whitcomb, dianggarkan kira2 3,700 binatang mamalia, 8600 jenis itik / burung, 6300 jenis reptilia, 2500 jenis amfibia yang menaiki The Great Noah Ark itu. Berat kargo / muatan bahtera itu mungkin lebih kurang 24,300 tan.
Di sebalik fakta saintifik, anda perlu ingat: Perumpamaan Ahlul Baytku ibarat Bahtera Nuh. Sesiapa yang ikut berlayar bersamanya dia akan selamat, dan sesiapa yang enggan dan terlambat, dia akan tenggelam. (Ibnu Hajar, Zawaid Musnad al-Bazzar, hlm.277;Al-Tabrani, al-Mu'jam al-Kabir, Juzuk I, hlm.168)
The Great Noah Ark ini berada di Mt Ararat, dimanakah agaknya ia dibina dan berapa jauhkah ianya telah belayar? Mengikut seorang pengkaji 'Noah Ark' ini, bahtera itu telah dibina disebuah tempat bernama Shuruppak, iaitu sebuah bandar yang terletak di selatan Iraq. Jika ia dibina di selatan Iraq dan akhirnya terdampar di Utara Turkey ini bermakna ianya telah ditolak arus sejauh 520 batu. Mount Ararat Mt Ararat ini bukan sebarang gunung. Ia adalah sebuah gunung yang unik. Antara salah satu keunikan yang terdapat pada gunung ini ialah, setiap hari akan muncul pelangi pada sebelah utara puncak gunung itu.
Mt Ararat ini ialah salah satu gunung yang mempunyai kemuncak yang luas di muka bumi ini. Ia adalah gunung yang tertinggi sekali di Turkey. Gunung ini tegak sendirian dengan kemuncak dipanggil Ararat Besar dgn ketinggian 16,984 kaki. Bertentangan dengan sebuah lagi kemuncak gunung yang dipanggil Ararat Kecil setinggi 12,806 kaki menegak naik dari Bayazit. Orang yang menaiki gunung ini akan dapat melihat 3 negara iaitu Russia, Iran,Turkey.Kedudukan Mt Ararat yang sememangnya strategik itu telah membuatkan ia menjadi rebutan banyak negara pada suatu masa dahulu. Kalau anda tengok CNN, hari ni pun masih ada lagi perebutan sempadan antara tentera Turkey vs Puak Guerilla Qurdish yang mahukan kemerdekaan dari kerajaan Turkey. Keluasan dasar [bawah] Mt Ararat itu kira-kira 25 batu garis pusat. Garispusat kemuncaknya pula 17 hingga 22 batu persegi ditutupi air batu setebal kira-kira 200 kaki. Ketulan2 air batu sentiasa jatuh dan tersilap langkah akan terjatuh jatuh ke dalam jurang Ahora.
Sebuah 'anchor' purba yang besar telah ditemui di Khairouan, Tunissia. Menurut pengkaji, sauh itulah yang digunakan oleh 'Noah Ark' semasa berlabuh di puncak Mt Ararat. Sebuah 'batu nisan' yang didakwa kepunyaan Nabi Noah AS telah dijumpai di Mt Lebanon di Syria. Batu nisan itu berukuran 120 kaki panjang. Pada tahun 1917, Maharaja Russia Tsar Nicholas II telah menghantar sejumlah 150 orang pakar pelbagai bidang yang terdiri dari jurutera, saintis dan tentera untuk mencari dan menyelidik The Great Noah Ark tersebut.
Pasukan ekspedisi itu mengambil masa selama satu bulan untuk sampai ke puncak Mt Ararat itu. Segala penat lelah mereka berhasil kerana akhirnya berjaya menemui 'Noah Ark' tersebut. Dalam keadaan tergaman, kagum mereka mengambil gambar sebanyak yang mampu. Pasukan Saintis Russia itu cuba mengukur size 'Noah Ark' dan didapati 'Noah Ark' itu berukuran 500 kaki panjang, 83 kaki lebar dan 50 kaki tinggi [bahagian selebihnya tenggelam didalam salji].Hasil dari siasatan itu telah dihantar pulang kepada Tsar, malangnya belum pun sempat laporan siasatan itu sampai ke tangan baginda, Perang Bolshevik Komunist (1917) meletus. Laporan itu akhirnya jatuh ke tangan General Leon Trotsky. Sehingga sekarang masih lagi belum diketahui samada segala 'laporan siasatan' itu masih disimpan atau dimusnahkan.

Semoga Ustaz Zul Dipilih Sebagai Calon PAS PRK Bagan Pinang

"Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar adalah antara tiga nama telah disenaraikan untuk dipilih sebagai calon PAS dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang."


Itu petikan yang saya ambil daripada blog China Islam . Saya amat mengenali Ustaz Zulkefly @ Ustaz Zul . Seorang pemimpin yang berjiwa rakyat. 5 Tahun di Negeri Sembilan sewaktu saya berkhidmat sebagai guru di Felda Palong , Jempol , Negeri Sembilan dan bergerak aktif sebagai Setiausaha Keadilan Cabang Jempol memberikan saya ruang mengenali Ustaz Zul.

Seorang yang sangat kuat bekerja , mempunyai semangat juang yang tinggi serta komitmen kepada perjaungan parti PAS . Sekiranya ada jemputan berceramah di sekitar Negeri Sembilan , saya pasti akan digandingkan bersama Ustaz Zul.

Beliau sentiasa membicarakan isu-isu berkaitan rakyat Negeri Sembilan yang diperbodohkan oleh UMNO Negeri Sembilan . Semangat juangnya dan istiqamah beliau dalam perjuangan menjadikan suasana politik di Negeri Sembilan semakin menghampiri untuk merampas Negeri Sembilan dari UMNO. PRU 12 UMNO/BN Negeri Sembilan hilang 2/3 majoriti.

Saya amat bersetuju sekiranya beliau dipilih oleh pucuk pimpinan PAS untuk bertanding sebagai calon PAS di PRK bagan Pinang . Saya dan jentera AMK akan turun membantu dan bekerja habis-habisan bagi memastikan kemenangan PAS di PRK Bagan Pinang atas prinsip setiakawan Pakatan Rakyat.

Tarian Pendet : Rakyat M'sia di Jakarta diancam dengan buluh runcing

Jabatan Penuntut Malaysia di Jakarta hari ini menasihati semua pelajar Malaysia di seluruh Indonesia supaya sentiasa berhati-hati memandangkan kebencian segelintir rakyat negara itu yang semakin memuncak berikutan penyebaran pelbagai fitnah oleh media massanya kebelakangan ini.
Jabatan itu telah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi menasihati semua pelajar Malaysia di Jakarta khasnya, agar jangan sekali-kali melalui Jalan Diponegoro bagi mengelak kejadian yang tidak diingini.Kebencian mereka itu memuncak kepada tahap yang serius dan menakutkan, berikutan media tempatan baru-baru ini menyiarkan berita dan visual lebih 360 sukarelawan ilmu kebal yang dilaporkan sudah mendaftar dan bersedia untuk mengganyang Malaysia.
Kebencian mereka itu memuncak lagi apabila hari ini terdapat sekumpulan orang yang menggelar diri mereka sebagai Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) mula bertindak liar dengan mengugut rakyat Malaysia dengan buluh runcing di Jalan Diponegoro.
Dilaporkan bahawa 50 anggota BENDERA yang bersenjatakan buluh runcing (buluh yang ditajamkan hujungnya) memaksa orang ramai yang melalui jalan itu menunjukkan tanda pengenalan mereka dan jika kebetulannya orang berkenaan seorang rakyat Malaysia maka orang itu akan terus ditahan.Tindakan mereka mengambil undang-undang di tangan sendiri dilaporkan media massa online tempatan termasuk detikcom.
Sebelum ini pernah rumah kediaman yang disewa pelajar Malaysia di Universiti Gadjah Mada, Yogyakarta dibaling telur busuk oleh kumpulan yang berdemonstrasi terdiri daripada sekumpulan mahasiswa tempatan kerana marahkan Malaysia yang difitnah sebagai mencuri tarian Pendet yang berasal dari Bali (gambar).
Berikutan isu itu yang terus diapi-apikan media massa tempatan dan dikaitkan pula dengan isu-isu lampau yang diungkit semula, beberapa kumpulan rakyat Indonesia juga berdemonstrasi di depan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.Walaupun penafian telah dibuat bahawa Malaysia tidak pernah "mencuri" tarian itu untuk iklan video klip promosi pelancongan negara yang sebenarnya dibuat sebuah syarikat swasta yang berpejabat di Singapura, namun hakikat itu "jatuh ke telinga yang tuli dan mata yang buta".
Anehnya, sebuah stesen TV yang baru saja menyiarkan program dialog di mana seorang pegawai tinggi Kementerian Luar Indonesia memberikan penjelasan bahawa Malaysia tidak pernah mengakui Pendet sebagai tarian berasal dari Malaysia, namun stesen TV yang sama juga kemudian mengulangi lagi tuduhan yang serupa.Laman web okezone pula melaporkan bahawa anggota BENDERA ada memeriksa lebih daripada 100 orang.
Bagaimanapun, detikcom melaporkan tiada seorang pun rakyat Malaysia yang kebetulan melalui jalan itu dan tindakan yang dikatakan akan dilakukan selama sejam, berakhir hanya selepas setengah jam.-Bernama

MB T'ganu Beri Berita Harian Seminggu Mohon Maaf

Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said memberi tempoh seminggu kepada Berita Harian supaya memohon maaf kepada beliau berhubung satu laporan yang didakwanya mempunyai unsur fitnah.Katanya jika akhbar berkenaan gagal berbuat demikian, beliau akan mengambil tindakan undang-undang kerana menyiarkan laporan itu pada 4 Sept lepas."(Laporan) ini jelas memfitnah kerana saya," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di sini Rabu.
Sambil melahirkan rasa kecewa terhadap berita bertajuk "Muhyiddin Mahu Selesai Kemelut BN Terengganu" itu, Ahmad berkata laporan itu gagal menyiarkan perkara sebenar pada majlis yang dihadiri lebih 5,000 rakyat Hulu Terengganu sebaliknya melihat daripada sudut politik semata-mata.
Dalam kenyataan setebal lima muka surat yang dibacanya, Ahmad berkata selama ini beliau mengelak dari memberi sebarang komen berkaitan politik untuk meredakan keadaan serta tidak mahu menimbulkan sebarang persepsi negatif mengenai hubungannya dengan pentadbiran dan politik."Saya sudah lama bersabar. Walaupun saya telah memberikan penjelasan secara tertutup kepada pihak media beberapa bulan lepas, namun masih ada yang tidak memahami keadaan atau sengaja tidak mahu menerima kebenaran."Laporan akhbar terbabit adalah penghujung kesabaran saya kerana ia jelas telah memfitnah saya," katanya.
petikan Berita Harian
Kemelut dalaman kepemimpinan Umno negeri dikatakan berpunca daripada tindakan Ahmad tidak melantik wakil rakyat sebagai Pengerusi Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN), sebaliknya menyerahkan tugas itu kepada Ketua Umno bahagian yang turut diberi kuasa melantik Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). Berikutan itu, sekurang-kurangnya 10 Adun melakukan beberapa tindakan sebagai protes, antaranya memboikot persidangan DUN dan dikatakan mahu menyertai pembangkang walaupun desas-desus itu dinafikan oleh Muhyiddin.
"Saya yakin mereka pemimpin yang masih kuat semangat dan cintakan parti. Kita akui ada masalah, tetapi bukan mahu lompat parti. Di Terengganu, sokongan masyarakat kepada BN kuat. Sebab itu kita menang pilihan raya. Oleh itu, kita perlu melaksanakan amanah yang disandarkan kepada wakil rakyat," katanya.
Selain Hishamuddin, majlis itu dihadiri Menteri Besar dan Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Tengku Putera Awang. Bagaimanapun, sebahagian besar Adun tidak hadir.
Exco yang hadir ialah Rozi Mamat (Telemong), Datuk Abdul Rahin Mohd Said (Teluk Pasu), Datuk Za'abar Mohd Adib (Rantau Abang), Yahya Khatib Mohamad (Pengkalan Berangan) dan Ahmad Razif Abdul Rahman (Seberang Takir) serta Adun Air Putih, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar .
Adun yang tidak hadir ialah Datuk Seri Idris Jusoh (Jertih), Datuk Rosol Wahid (Ajil), Datuk Din Adam (Bukit Besi), Muhammad Ramli Nuh (Tepoh), Ramlan Ali (Jabi), Abdul Halim Jusoh (Permaisuri), Alias Abdullah (Alor Limbat), Dr A Rahman Mokhtar (Kuala Besut), Khazan Che Mat (Batu Rakit), Mohd Zawawi Ismail (Kuala Berang), Pehemi Yusoff (Kota Putera), Rosli Othman (Kemasek), Zakaria Abdullah (Paka), Ashaari Idris (Langkap) dan Nawi Mohamad (Hulu Besut) Dua Exco tidak hadir ialah Datuk Mohamed Awang Tera (Chukai) dan Khazan Che Mat (Batu Rakit), manakala Toh Chin Yau (Bandar) dari MCA.

Skandal PKFZ: Penglibatan Umno cuba ditutup

Demi menyelamatkan banyak lagi jerung besar Umno dan BN dari terdedah, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak terpaksa mempercepatkan drama siasatan kes skandal PKFZ dari terus mendapat perhatian rakyat Malaysia.Tidak mustahil Umno mengaut rasuah yang lebih besar dari MCA di sebalik skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
"Sebelum ini, kita banyak membincangkan watak-watak pemimpin MCA, sehingga menenggelamkan watak sebenar (serta) kepentingan politik Umno itu sendiri. Keyakinan saya, Umno lebih banyak mendapat faedah dari skandal PKFZ terbabit berdasarkan beberapa pendedahan sebelum ini.
"(Antaranya) membabitkan Datuk Abdul Rahman Palil (bekas exco Selangor) iaitu Pengerusi Koperasi Pembangunan Pulau Lumut (KPPL) menjual tanah hanya RM3 sekaki persegi kepada Kuala Dimensi Sdn. Bhd. (KDSB). Kemudian, beliau (Rahman) juga selaku ahli Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) bersetuju untuk membeli (semula) tanah tersebut daripada KDSB dengan harga RM25 sekaki persegi. Ini bermakna dia (Rahman) dapat keuntungan lapan kali ganda (lebih kurang RM1.8 billion, termasuk faedah) dari skandal pembelian tanah tersebut,"Bekas Bendahari Umno Tan Sri Abdul Azim Mohamad Zabidi merupakan orang kepercayaan kepada (Pengerusi Kelab Anggota Parlimen BN) Datuk Seri Tiong King Sing yang juga merupakan Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) KDSB. Azim Zabidi ini sebenarnya Pengarah syarikat Wiramaju Sdn. Bhd, (iaitu) anak syarikat KDSB. "Timbalan CEO KDSB ini, Haji Faizal Abdullah dahulunya merupakan Ketua Pemuda Umno; dan sekarang ini merupaka Timbalan Pengerusi Umno Bahagian Kapar. Saya difahamkan sekarang ini Faizal menjawat jawatan Bendahari Barisan Nasional Selangor,"Saya mempersoalkan kengganan Perdana Menteri Malaysia itu menubuhkan suruhanjaya diraja yang bebas demi membongkar penyelengan serta rasuah di PKFZ itu.
"Kita (rakyat) tidak ada satu jaminan bahawa badan siasatan sedia ada (iaitu) Polis dan Suruhanjaya Penjegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mampu menyiasat kes ini (PKFZ); kerana berasaskan pada beberapa insiden sebelum ini; Polis dan SPRM terus dipersoalkan semua pihak.
"Walaupun baru-baru ini (Ketua Polis Negara) Tan Sri Musa Hassan sendiri membekukan akaun KDSB, kerana ada kaitan dengan beberapa kes dalam tangannya, tetapi saya masih meragui tindakan-tindakan ini kerana penyambungan kontrak Musa sendiri yang dipertikai. "Bagaimana Musa boleh menyesaikan kes skandal PKFZ yang dikatakan bahawa dilindungi beberapa kongsi gelap, sedangkan dia sendiri dikaitan dengan beberapa peribadi misteri seperti BK Tan dan (Tengku) Goh Cheng Poh. Sebab itu, di Parlimen kita (Pakatan Rakyat) cadangan ditubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja yang bebas,"Kerajaan sebenarnya cuba melindungi beberapa pemimpin Umno yang lain, dengan menyuruh Menteri Pengangkutan, Ong dan Ahli Parlimen Bintulu Tiong tidak menggunakan media massa untuk menyelesaikan masalah dalaman MCA sebelum ini."Seperti laporan media yang mendakwa Presiden MCA Ong (Tee Keat) menerima RM10juta dari Pengarah KDSB Tiong serta saman balik (oleh Ong) RM500 juta sebelum ini (24 Ogos) hanyalah sebahagian dakwaan rasuah yang melibatkan pemimpin-pemimpin MCA (dan) Barisan Nasional. Sebenarnya banyak lagi yang terlibat di kalangan Umno, cuba dilindungi,""Kalau Najib serius, seharusnya ia mendahulukan laporan PAC dalam sidang Parlimen depan seterusnya membentuk sebuah suruhanjaya diraja yang bebas. Skandal rasuah itu melibatkan beberapa individu dalam Lembaga (PKA) sendiri, bagaimana sebuah jawatan kuasa di bawahnya boleh melaporkan sesuatu tentang 'Tuan Lembaga'nya sendiri. Ia sesuatu yang mustahil dan diragui," - mahfuz omar

SPRM Takut Pendedahan Saksi, Mohon Mahkamah Tinggi Batalkan Keputusan Koroner

Keterangan T.Sivanesan, lelaki yang mendakwa didera pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sepatutnya didengar dalam prosiding inkues awal pagi tadi, tertangguh tiga jam berikutan pertikaian antara peguam-peguam terlibat mengenai isu kehadiran saksi itu ke mahkamah.Ekoran itu, SPRM hari ini memfailkan permohonan ke Mahkamah Tinggi bagi menyemak semula keputusan koroner yang membenarkan laporan polis oleh Sivanesan mengenai dakwaan itu dikemukakan dalam prosiding inkues dan keputusan membenarkan saksi itu memberi keterangannya di mahkamah bagi membantu siasatan punca kematian setiausaha politik exco Selangor, Teoh Beng Hock.
Permohonan yang difailkan pada 12.30 tengah hari di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini itu, dibuat setelah koroner Azmel Muntapha Abas semalam memutuskan bahawa laporan polis bertarikh 11 September tahun lalu oleh saksi itu adalah relevan dalam prosiding inkues ini.Semalam peguam Gobind Singh Deo, bagi keluarga Teoh, memberitahu mahkamah beliau akan memanggil pengadu itu hari ini untuk memberi keterangan bagi membuktikan dakwaan kononnya pegawai SPRM menggunakan kekerasan termasuk menampar dan memukul saksi dengan besi ketika melakukan soal siasat di pejabat SPRM.
Bagaimanapun pada prosiding pagi tadi, Sivanesan hanya dapat memberikan keterangannya pada pukul 12.30 tengah hari ekoran perbalahan berlarutan antara peguam SPRM Datuk Abdul Razak Musa, Gobind dan peguam mewakili kerajaan Selangor, Malik Imtiaz Sarwar.Abdul Razak hari ini meminta koroner menyemak semula keputusannya semalam atas alasan bahawa laporan polis itu akan memberi implikasi yang boleh memprejudiskan siasatan polis dan SPRM dalam kes itu jika ia dikemukakan.Hujahan Abdul Razak itu dibantah Gobind dan Malik yang mahu supaya keputusan mahkamah semalam dipatuhi, dan bukannya membangkitkan isu baru memandangkan kesemua pihak telahpun diberi peluang untuk menghujahkan perkara itu semalam.
Gobind: "Apa yang dilakukan oleh peguam (Abdul Razak) ini bukan sahaja membuang masa, malah ia merupakan penghinaan mahkamah. Koroner telahpun memutuskan isi kandungan laporan itu relevan dan menetapkan tiga skop yang perlu dipatuhi semua pihak dalam soal balas saksi (Sivanesan), oleh itu kita semua perlu menghormati dan menerima perintah mahkamah ini."
Malik: "Pihak-pihak telah berhujah panjang lebar semalam dan perkara ini telah diputuskan, mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk menghujahkan semula isu ini dan menukar keputusannya."
Abdul Razak: "Ini adalah suatu penyalahgunaan proses mahkamah dengan cuba membawa masuk dokumen yang meragukan dan mendengar keterangan seorang saksi yang tidak dirakam percakapannya oleh pihak polis."Peguam itu juga mendakwa Gobind sengaja mendedahkan saksinya itu kepada umum dengan membenarkan beliau berada dalam mahkamah hari ini, dan bukannya di sebuah bilik khas untuk saksi, sebelum dipanggil memberi keterangan.
Gobind: "Beliau cakap apa ini? Saya bosan mendengar perkara mengarut daripada Abdul Razak. Saya hairan mahkamah boleh melayan benda mengarut ini. Apa salahnya saksi saya duduk di mahkamah ini? Saya tak boleh kemukakan laporan, saya tak boleh kemukakan saksi, apa semua ini?
Abdul Razak: "Jangan terlalu yakin. Saya akan sampai ke satu peringkat di mana saya akan bertanya kepada saksi itu nanti siapakah yang menyediakan laporan polis itu."Gobind yang jelas berang dengan kenyataan itu bangun dan berkata dengan nada keras: "Berani anda kata yang saya sediakan laporan itu? Saya mahu anda tarik balik. Abdul Razak, tarik balik, sekarang."
Koroner kemudian segera menghentikan pertikaman lidah antara keduadua peguam itu daripada menjadi lebih tegang.Setelah prosiding itu ditangguhkan setengah jam, koroner kemudian bersetuju untuk merujuk keputusan yang dibuatnya semalam kepada Mahkamah Tinggi.Keputusan koroner itu bagaimanapun tidak dipersetujui oleh Gobind dan Malik yang berpendapat permohonan untuk semakan dan rujukan perlu dikemukakan sendiri oleh Abdul Razak, dan bukannya melalui koroner.
"Datuk Abdul Razak tidak menunjukkan kepada kita semua apakah prejudis yang boleh berlaku jika keterangan saksi didengar dan laporan polis dikemukakan. Jika dia mahu menyemak juga, biarlah dia sendiri yang membuat permohonan ini dan bukannya mahkamah."Tuan telahpun membuat keputusan berhubung isu ini semalam, dan hanya kerana SPRM tidak berpuas hati dan membuat bising, Tuan mahu menukar keputusan dan perintah yang telah dibuat," kata Malik yang turut mengingatkan koroner supaya berhatihati sebelum membuat sebarang keputusan.
Gobind, yang turut berhujah panjang lebar juga melahirkan rasa tidak puas hati dengan keputusan koroner dan berkata:"Tuan harus menjaga maruah mahkamah ini dengan memberitahu beliau (Abdul Razak) bahawa dia tidak boleh berbuat demikian (berhujah bahawa laporan berkenaan meragukan dan tidak relevan.)"Setelah hujahan kesemua pihak didengar, koroner kemudian memutuskan untuk membenarkan Sivanesan dipanggil memberi keterangan dan membenarkan laporan polis saksi itu dikemukakan dalam prosiding tersebut."Mengenai isu sama ada ia (laporan polis) itu relevan atau tidak, saya serahkan kepada pihak SPRM untuk mengambil tindakan selanjutnya," kata Azmil Muntapha.
Teoh, 30, setiausaha politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram Selangor Ean Yong Hian Wah itu ditemui mati pada 16 Julai lalu di tingkat lima Plaza Masalam di sini, selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor kepada SPRM Selangor yang berpejabat di plaza itu. -BERNAMA

AMK DESAK KERAJAAN ADAKAN INKUES KES PENDERAAN SPRM TERHADAP SIVANESAN TANGGAVELU

Kenyataan Akhbar
9 September 2009

AMK mendesak Kerajaan Malaysia mengadakan satu lagi inkues berhubung kes penderaan dan kezaliman SPRM terhadap seorang Penolong Pengurus sebuah syarikat iaitu Sivabesan Tanggavelu , 23 tahun .

T. Sivanesan telah ditahan di Pejabat SPRM Selangor , di Plaza Masalam pada 4 September sehingga 9 September 2008 . Sewaktu dalam sisatan SPRM , beliau telah diarah untuk berbogel dan beberapa orang pegawai SPRM menyerangnya.

Beliau telah dipukul dengan batang keluli, ditumbuk, diterajang, ditempeleng dan di rotan pada alat kemaluannya dan kedua tapak kakinya sehingga beliau tidak tahan lagi menahan kesakitan. Ekoran kejadian tersebut beliau telah mengalami kecederaan dan dirawat di kepala , buah pinggang dan kemaluan bertempat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah .

Kezaliman dan penderaan yang telah dilakukan oleh Pegawai-Pegawai SPRM terhadap beliau telah dibuat laporan dan aduan kepada SUARAM , SUHAKAM , PDRM dan Menteri Jabatan perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam mengenai Biro Pengaduan Awam , Datuk T.Murugiah .

Sehingga sekarang peristiwa 1 tahun lalu, yang telah dibongkarkan sewaktu beliau menjadi saksi dalam Inkues Kematian Teoh Beng Hock pada 8 September 2009 masih dalam siasatan . Adalah amat menghairankan bagaimana tiada sebarang tindakan yang diambil sehingga sekarang walaupun aduan telah dibuat 1 tahun yang lalu ?

Justeru , atas prinsip keadilan dan kebenaran , AMK mendesak agar pihak kerajaan wajib mewujudkan satu inkues bagi menyiasat kes penderaan SPRM terhadap T. Sivanesan .

Fariz Musa
Timbalan Ketua AMK Malaysia