klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Selasa, 29 Mac 2011

bila mulut bertaraf longkang , otak bertaraf jamban !!!!

Nazri perbetul kenyataan mengenai trio Datuk T

Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz memperbetulkan kenyataannya semalam yang menyebut trio 'Datuk T' yang mendedahkan rakaman video aksi seks didakwa melibatkan mirip seorang pemimpin pembangkang, akan dilindungi di bawah Akta Perlindungan Saksi dan Akta Pemberi Maklumat sekiranya pihak berkuasa mendapati ada kes.

Bagaimanapun, hari ini, menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata mereka tidak boleh mendapat perlindungan di bawah akta berkenaan kerena mereka telah mendedahkan diri mereka umum.

Beliau membuat pembetulan tersebut di Dewan Rakyat.

Semalam, Bernama melapor Nazri memberitahu pemberita di lobi Parlimen semalam, sebagai berkata akta tersebut boleh digunakan bagi melindungi keselamatan trio itu yang mendedahkan video berkenaan.

Bagaimanapun, beliau dilaporkan berkata bahawa kedua-dua akta itu tidak perlu digunakan ketika ini memandangkan belum ada sebarang pendakwaan dibuat ke atas mana-mana pihak sehingga kini dengan perkara itu juga masih dalam siasatan polis.

Rabu lepas, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim mengakui mereka adalah trio Datuk T yang bertanggungjawab menyimpan dan menayangkan video berkenaan kepada sebahagian wakil media di Carcosa Seri Negara, dua hari sebelum itu.

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah tampil membuat penafian beliau individu di dalam video tersebut dan membuat laporan polis berhubung perkara itu.
Berikutan pendedahan itu, ketiga-tiga individu terbabit telah tampil untuk disoal siasat polis di Bukit Aman dan menyerahkan pita video dan seutas jam tangan jenama Omega sebagai bahan bukti. Nazri berkata perkara itu bukan berkisar kepada persoalan undang-undang semata-mata tetapi ia turut melibatkan persoalan moral.

Seminggu dimalukan, Anwar didendang bagai wira

Oleh : Jimadie Shah Othman ( malaysiakini )

Cukup seminggu isu video seks dikaitkan dengan dirinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi didendang bagai wira dalam ceramah dan solat hajat Pakatan Rakyat yang dihadiri ribuan penyokong dan pemimpin utama Pakatan Rakyat.

NONEManakala dalam majlis di Stadium Melawati, Shah Alam itu, pihak di belakang penyiaran video kontroversi itu, terutama bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik pula menjadi sasaran serangan balas Pakatan.

Dalam masa yang sama, anggota parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul pula diangkat sebagai "hero" kerana versinya yang mempertahankan bahawa Anwar bukan "pelakon" dalam video 22 minit yang ditayangkan di sebuah hotel mewah di ibu negara minggu lalu.

Di samping Anwar sendiri, hampir semua pemimpin kanan Pakatan hadir, termasuklah Murysidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan barisan exconya.

Bagi Anwar sendiri, beliau menyifatkan dakwaan terhadapnya itu sebagai langkah terakhir parti lawan bagi menghalang kemaraan Pakatan bagi menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum yang dijangka tidak lama lagi.

Bagaimanapun, ketua pembangkang itu meminta penyokongnya tidak mempedulikan isu itu, tetapi menumpukan kepada perjuangan mereka melalui 'Buku Jingga' dengan mengutamakan isu tata-kelola pentadbiran negara supaya berjalan betul.

Berbaju Melayu, bersongkok

anwar selangor anti fitnah talk facing crowdBeliau juga berkata, tiga parti dalam Pakatan - PKR, DAP dan PAS - sudah selesai dalam pembahagian kerusi dan sehubungan itu, mahu usaha menumbangkan BN dan menamatkan pentadbiran 30 tahun Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud dipergiatkan.

"Taib Mahmud ini sudah sama lama (bekas presiden Mesir) Hosni Mubarak," katanya disambut ketawa ribuan penyokong yang hampir memenuhi stadium itu.

Pilihan raya negeri itu akan diadakan pada 16 Mac depan, yang menjadi penentuan kepada usaha Pakatan merampas tampuk pemerintahan daripada BN.

Mengulas mengenai video seks yang dikaitkan dengan dirinya, Anwar mempersoalkan kewibawaan Rahim dan membandingkannya dengan isu yang sama melibatkan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek sebelum ini.

"Dalam kes Soi Lek, siapa edar ditangkap. Dalam kes ini, siapa edar dirai. Kebetulan namanya (orang itu) Rahim Thamby Chik," sindir Anwar yang berbaju Melayu dan bersongkok dalam ceramah itu.

nik aziz and anwar selangor anti fitnah tourSambil mengaitkan Rahim dengan dakwaan rasuah yang membelenggu bekas pemimpin kanan Umno itu sebelum ini, Anwar juga mendakwa isu video itu ditimbulkan kerana pendakwaan terhadapnya di mahkamah dalam kes liwat membabitkan Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah "lemah".

Nik Aziz hanya berdoa, bertakbir

Manakala Lim pula dalam ceramahnya sebelum itu mempersoalkan kenapa Datuk T sebagai pihak di belakang penyiaran video itu kepada pihak media dan beberapa ahli politik, tidak ditangkap sehingga sekarang.

Bagi menyelesaikan masalah itu, Lim yang juga anggota parlimen Ipoh Timur mencadangkan diadakan persidangan meja bulat melibatkan keanggotaan pelbagai parti, termasuk BN, NGO dan tokoh semua agama.

"Bagaimanapun, langkah pertama hendaklah tangkap Datuk T dan bawa ke muka pengadilan terlebih dahulu," kata pemimpin popular DAP itu lagi.

Manakala Abdul Hadi pula mengulas dakwaan terhadap Anwar itu dari aspek agama yang mana dakwaan terhadap Anwar itu didakwanya tidak dibuat mengikut kaedah hukum Islam.


NONE"Ini ditayangkan di hotel, bukan mahkamah... Sepatutnya siasat jenis kameranya, filem yang digunakan, siapa pelakonnya, siapa penerbitnya," katanya yang juga anggota parlimen Marang.

Bagaimanapun, acara puncak yang dinantikan, iaitu ceramah Nik Abdul Aziz mungkin mengecewakan ramai penyokongnnya apabila beliau hanya naik ke pentas bagi membacakan doa dan bertakbir tiga kali.

Pemimpin veteran PAS itu tidak langsung berceramah, dipercayai kepenatan setelah menghadiri program lain sebelum itu.

Politik Malaysia kotor – The Jakarta Post

Kebusukan politik Malaysia yang didalangi Umno BN tersebar ke negara jiran

JAKARTA: The Jakarta Post menyifatkan politik di Malaysia, kotor kerana melibatkan seks, media dan video konspirasi yang berterusan.

Kolum editorial akhbar terkenal Indonesia itu memuatkan pandangannya dengan menyentuh siri fitnah terbaru terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa terlibat dengan rakaman video lucah palsu baru-baru ini.

“Minggu lalu media tempatan melaporkan politik kotor terbaru Malaysia (kononnya) melibatkan Anwar Ibrahim dalam video lucah bersama pelacur di hotel.

“Timbul pertanyaan bagaimana ia boleh berlaku sedangkan Anwar berdepan kes sodomi di mahkamah,” kata editorial itu yang turut menyebut kerajaan mengawal media untuk diperalat bagi merosakkan imej Anwar, sekalipun terpaksa melanggar etika kewartawanan.

“Media Malaysia tidak melaporkan mengenai orang dalam video tetapi menyatakan lelaki itu mirip Anwar bagi menjatuhkan kredibiliti dan integritinya di mata masyarakat.

“Kebenaran dan pengesahan tidak dihirau apabila ia dijadikan alat propaganda,” kata tulisan, sinis.

Editorial akhbar itu turut menyelar tindakan individu yang terlibat dalam penyebaran video itu sebagai pengecut kerana menggunakan media.

“Sumber video tidak didedah, sikap mereka seperti pepatah Melayu ‘lempar batu sembunyi tangan’ kerana tiada sesiapa mahu bertanggungjawab atas penayangan video itu.

“Tetapi media arus perdana melaporkan berita itu daripada sudut pemerhatian mereka,” kata tulisan itu yang menganggap media seperti memberi tekanan kepada Anwar untuk membuat penafian sebagai satub bentuk gangguan sehingga pilihan raya umum akan datang.

“Media meletakkan tanggungjawab pada Anwar untuk menafikan perkara itu, sesuatu yang kemungkinan akan membuatnya sibuk selama beberapa bulan dan bertahun-tahun, sehingga pilihan raya umum akan datang.

“Kita pernah menyaksikan kes seumpama ini ketika Anwar dipenjara buat pertama kali tetapi dibebaskan pada 2004 selepas Mahkamah Agong membatalkan kes tersebut,” kata tulisan itu lagi.

(Sumber asal: The Jakarta Post)

KALAU BAB FITNAH , BLOGGER UMNO MEMANG TERRER.. MAKLUMLAH TELAH DILATIH KHUSUS OLEH APCO/YAHUDI

Video Seks: Wartawan Nafi Dakwa Anwar Terbabit

KUALA LUMPUR 28 MAC : Wartawan Harakah, Wan Nordin Wan Yaacob menafikan laporan blogger Umno yang mendakwa beliau mengakui bahawa imej dalam video seks yang membabitkan seorang tokoh pembangkang adalah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Wan Nordin, beliau hanya menyatakan “muka individu itu adalah serupa dengan Anwar” tetapi selepas melihat susuk tubuh lelaki yang berperut buncit itu, katanya, beliau yakin bahawa individu tersebut bukan Anwar.

Beliau membuat penjelasan itu menerusi Harkahdaily hari ini berikutan dakwaan seorang blogger Umno yang menuduh pada pertemuan mereka, Wan Nordin ada mengaku individu dalam video seks itu adalah Anwar.

"Dalam satu blog Umno ada menyebut kononnya saya ada bertemu dengan beliau di sebuah restoran di Jalan Yap Kwan Seng, sedangkan saya sendiri selepas dari habis bekerja pada hari itu terus pulang ke rumah saya di Seremban, saya menafikan saya ada bersama di Jalan Yap Kwang Seng. Ia satu fitnah," katanya.

Wan Nordin adalah wartawan Harakah yang menyaksikan video itu yang ditayangkan di Hotel Carcosa Seri Negara Isnin lalu.

Katanya, sebaik pulang dari melihat video itu beliau terus menemui setiausaha agung PKR yang juga ahli parlimen Machang, Saifuddin Nasution pada jam 2.00 petang di Parlimen.

Menurutnya, beliau kemudian mendapat panggilan daripada Anwar bertanyakan tentang video itu, dan ada memberitahu ketua pembangkang bahawa beliau tidak percaya dengan ketulenan video berkenaan.

PROGRAM SOLAT HAJAT & PIDATO KHAS DI SHAH ALAM TIDAK ADA SAMBUTAN ! HAMPIR 10,000 ORANG JE

Hampir 10,000 solat hajat tolak fitnah jahat



SHAH ALAM: Hampir 10,000 umat Islam menunaikan solat hajat pada program Solat Hajat dan Pidato Khas – Menolak Fitnah Jahat di Stadium Malawati di sini, malam ini.

Program itu bermula jam 7 malam dengan solat Maghrib sebelum solat hajat yang diimami Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Turut menyertai solat ialah Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, selain umat Islam dari pelusuk tanah air, khususnya anak Selangor.
Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said turut menyertai solat hajat itu.

Program kemudian diteruskan dengan ucapan beberapa pemimpin utama Pakatan Rakyat termasuk Anwar, Hadi dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Program berkenaan dibuat berikutan amalan fitnah semakin menjadi-jadi dalam lanskap politik tanah air, khususnya melibatkan Anwar.

Selain perbicaraan kes Fitnah II, umat Islam digemparkan dengan penayangan video seks palsu yang bertujuan meranapkan reputasi Ketua Pembangkang itu di mata rakyat tetapi usaha jahat itu gagal memikat hati rakyat.

Media Umno Berpura Dungu Berhubung Facebook dan Twitter

Ditulis oleh oleh Wira Arjuna
Manusia merancang namun Tuhan menentukan – ungkapan ini yang dikitar berulang kali, sekali lagi menyerlah dan menunjukkan hikmahnya dalam fitnah video lucah yang cuba dikaitkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perancangan begitu licik yang disusun untuk oleh Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Shazryl Eskay termasuk mendapatkan pelakon yang mirip wajah Anwar (tetapi bukan perutnya) terbongkar apabila berdepan dengan aturan hidup Anwar yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t.

Kepemimpinan Umno yang merestui fitnah yang didalangi oleh Rahim dan Eskay tidak mengambilkira kebarangkalian Anwar menggunakan Twitter pada masa sama perbuatan sumbang itu dirakam di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Tetapi hakikatnya itulah yang berlaku dan bukti diterjemahkan menerusi sembilan pesanan Twitter yang di hantar sendiri oleh Anwar mulai 10.38 malam hingga 11.06 malam pada 21 Februari lalu.

Rakaman video lucah, sebagaimana yang diterangkan oleh Eskay sendiri kepada wartawan, dibuat di antara pukul 10.20 hingga 10.41 malam.

Seperti yang diperjelaskan pula oleh Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli, semua laporan oleh mereka yang menonton video itu setakat ini tidak mengesan si pelaku melakukan seks sambil memegang telefon untuk menghantar pesanan Twitter.
Jika ada, maka tentulah hebat orangnya!.

Bukti Twitter Anwar itu diperkuatkan dengan pengakuan tiga orang yang menyaksikan video lucah itu atas jemputan Eskay dan Rahim Thamby Chik iaitu Ahli Parlimen Sungei Petani Datuk Johari Abdul, bekas Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Badrul Hisham Shahrin dan wartawan Harakah Wan Nordin Wan Yaakob.

Ketiga-tiga mereka menonton video itu secara berasingan tetapi memberi perakuan sama – iaitu pelaku dalam rakaman mempunyai iras wajah Anwar tetapi bukan susuk badan dan bahasa tubuh (body language atau mannerism) Ketua Pembangkang itu.

Segala pengakuan tiga individu ini sama ada dipadamkan begitu sahaja atau dimanipulasi oleh Utusan Malaysia dan blogger upahan Umno.

Manakala bukti-bukti catatan Twitter oleh Anwar seperti yang dijelaskan oleh Rafizi tidak langsung diberikan ruangan dalam Utusan Malaysia.
Sebaliknya akhbar itu dan blog-blog upahan Umno terus mendakwa kononnya twitter Anwar hanya menunjukkan catatan pada pukul 11.38 malam, kononnya apabila rakaman video lucah itu selesai.

Laporan itu jelas bermotif fitnah semata-mata, kerana, sebagaimana yang diterangkan oleh Rafizi, catatan Twitter di Malaysia adalah sejam lebih awal kerana ia berlandaskan waktu yang dirakam oleh server Twitter di San Francisco, Amerika Syarikat.

Server berkenaan terikat kepada zon waktu Amerika Syarikat yang diubah ketika musim sejak antara November hingga Mac dan memberi kesan kepada waktu catatan twitter di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Apa yang jelas ialah fitnah Rahim Thamby Chik dan Shazryl Eskay digunakan secara licik oleh pucuk pimpinan Umno untuk menggerakkan serangan terbaru terhadap Anwar menjelang Pilihanraya Negeri Sarawak.

Justeru media arus perdana Utusan Malaysia sekali lagi kelihatan diarah untuk memainkan isu Twitter dan Facebook bagi menguatkan fitnah terhadap Ketua Pembangkang itu.

Namun kedangkalan dan niat jahat Umno, Utusan dan blog-blog upahan parti itu mengenai Twitter dan Facebook tetap terserlah dan memerangkap diri.

Penjelasan Rafizi hari ini bukan maklumat rahsia. Ia boleh diperolehi daripada sesiapa yang arif mengenai Twitter dan Facebook.

Namun maklumat yang benar hanya akan diperolehi oleh orang yang mencari kebenaran, bukan pihak yang mahu menghalalkan fitnah dengan pembohongan demi pembohongan.

Bagaimanapun persoalan yang masih tinggal adalah sama ada Anwar akan “dibebaskan” oleh polis bersabit video lucah ini.

Mereka yang arif mengenai politik Umno tidak akan terkejut jika fitnah video ini dibiarkan berlarutan dan polis “memerlukan lebih masa untuk menjalankan siasatan terperinci.”

Pada masa sama, Utusan Malaysia, blog dan media kawalan Umno yang lain akan terus “memerah” fitnah video seks ini sebaik mungkin dalam perang untuk menghakis sokongan rakyat terhadap Anwar.

Janganlah terkejut, jika pada hari-hari yang menjelang ini, video itu dimuatkan dalam Youtube dan rakyat digesa persetankan bukti Twitter dan Facebook Anwar bahawa rakaman itu adalah fitnah semata-mata.

Siri demostrasi dan tunjuk perasaan oleh Perkasa, Umno dan badan-badan bukan kerajaan akan sekali lagi dianjurkan di seluruh pelosok negara, mendesak Anwar dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail berundur dari politik.

Malah, jangan tolak kemungkinan Tan Sri Rahim dan Eskay dianugerahkan darjah kebesaran (mungkin oleh Yang di Pertua Melaka) dan diangkat menjadi wira baru Umno sebagai penyelamat bangsa Melayu.

Umno amat berpengalaman dalam permainan ini.