klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Rabu, 6 Oktober 2010

SELEPAS 3 TAHUN ? RAHAMI BERBOHONG !

Hari ini jam 2 petang , Rahami Osman , bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuat laporan polis di Balai Polis Klang mendakwa yang beliau telah dipaksa untuk membuat Akuan Bersumpah berkaitan kes Fitnah Liwat .
Peguam Datuk Seri Anwar , menafikan bahawa ada paksaan terhadap Rahimi yang merupakan kawan sekolah Saifool membuat Akuan Bersumpah tersebut . Beliau melakukan dengan kerelaan dan tidak dipaksa .
Saya masih ingat lagi apabila Saifool membuat laporan polis yang mendakwa Datuk Seri Anwar meliwat beliau yang paling susah dan kelam kabut adalah Rahimi . Beliau juga yang menyatakan yang Saifool memfitnah . Hari ini beliau telah membuat penafian selepas 3 tahun Akuan Bersumpah tersebut beliau lakukan .
Entah berapa RM yang telah dibayar kepada Rahimi sehingga beliau sanggup mengkhianati kebenaran yang telah beliau buat daripada Akuan Bersumpah tersebut . Saya yakin sudah pasti ada dalang dibelakang beliau yang menyebabkan kawan Saifool ini bertindak gila .
Secara tiba-tiba ianya berlaku dan benar-benar tidak menyangka perkara ini dilakukan oleh beliau .
Masih saya ingat lagi apabila ada yang memberitahu , Rahimi telah dipecat daripada menjadi pembantu Datuk Seri Anwar kerana telah menipu dengan menggunakan kepala surat pejabat Datuk Seri Anwar memohon kawasan balak di sebuah negeri PR yang kononnya adalah rekomen daripada Datuk Seri Anwar . terlalu ghairah untuk kaya ! Saya akan dapatkan pengesahan cerita 3 tahun lalu ini daripada staf Pejabat Datuk seri Anwar .
Kalau manusia sebegini boleh melakukan perbuatan tersebut , saya yakin beliau boleh melakukan apa sahaja untuk hidup senang dengan melakukan pengkhianatan sebegini . Saya yakin Rahimi sememangnya berbohong !

PRK Galas: 4 Nov undi, 26 Okt penamaan calon

Tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, di Gua Musang, Kelantan ditetapkan pada 4 November ini.


Manakala tarikh penamaan calon ditetapkan pada 26 Oktober, kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Keputusan itu dibuat selepas SPR bermesyuarat pagi ini, katanya dalam satu sidang akhbar di Putrajaya.

Pilihan raya kecil itu akan menggunakan Daftar Pemilih Induk (DPI) 2009 yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama dan Suku Tahun Kedua 2010 yang telah dikemaskini sehingga 27 September lalu.

Menurut Wan Ahmad, seramai 11,553 pengundi yang melibat 11,426 pengundi biasa dan 127 pengundi pos, layak memilih ADUN Galas.

"Pengundi di Galas ini, yang berumur 21 tahun pun ada, yang lebih 100 tahun pun ada, yang paling tua berumur 111 tahun," katanya.

SPR juga, katanya, telah menamakan Ketua Jajahan Gua Musang, Wan Mustaffa Wan Abdul Halim sebagai pegawai pengurus pilihan raya yang akan dibantu oleh tiga penolong pengurus.

Penamaan calon yang dijadualkan pada 26 Oktober ini, akan diadakan di Bilik Gerakan dan pejabat Tanah Jajahan Gua Musang manakala Pusat Sivik Gua Musang akan dijadikan pusat penjumlahan undi pada malam 4 November.

Sebanyak 11 sekolah, sebuah balai dan dewan akan digunakan sebagai tempat mengundi yang membabit 25 saluran.

Wan Ahmad juga berkata 323 petugas telah dilantik oleh SPR bagi melicinkan perjalanan pilihan raya itu.

Beliau berkata kira-kira RM1.3 juta diperuntukkan bagi menjalankan pilihan raya kecil itu berikutan kawasannya luas dan melibatkan empat pusat mengundi yang perlu menggunakan perkhidmatan helikopter.

Kerusi DUN Galas kosong selepas kematian penyandangnya, Chek Hashim Sulaima, 48, akibat barah usus pada 27 September lalu.

Dalam Pilihan raya umum 2008, Chek Hashim mendapat 4,399 undi, menewaskan penyandang dari BN, Mohd Saufi Deraman (3,753 undi) dengan majoriti 646 undi.

Galas terletak dalam kawasan Parlimen Gua Musang bersama DUN Nenggiri dan DUN Paloh.

Wan Ahmad berkata SPR menjangkakan lebih 81 peratus pengundi akan keluar mengundi dalam pilihan raya kecil itu, iaitu peratusan dalam pilihan raya umum lalu berikutan tumpuan kini terarah pada kawasan berkenaan.

Katanya, bagi tujuan memantau semua aktiviti kempen pilihan raya sepanjang tempoh rasmi berkempen, SPR bersetuju untuk menubuhkan tiga Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) yang diketuai oleh seorang pegawai penguatkuasa bagi setiap pasukan.

Beliau turut meminta parti-parti politik, calon, petugas, penyokong parti serta individu lain yang terlibat supaya mematuhi undang-undang dan peraturan pilihan raya serta tatasusila berkempen yang ditetapkan.

( malaysiakini )

walaupun demam , hari ini Bengkel OPSEL siri 1/2010 tetap kena uruskan

Badan betul-betul tak sihat . Selsema , batuk dan sakit-sakit badan terpaksa kena tahan . Hari ini sepertimana dijadualkan bermula Siri 1/2010 BENGKEL OPSEL ( Operasi Pertahankan Selangor ) di Prescott Hotel , Klang , Selangor . SELKAD ( Sakretariat Latihan dan Perkaderan Selangor ) adakan 6 Siri latihan dengan kerjasama Jawatankuasa Pilihanraya Pusat ( JPRP ) .
Bermula hari ini 6 & 7 Oktober 2010 untuk Penyelaras Komunikasi ( PKom ) . Kemudian siri 2 - 6 akan ditumpukan kepada cabang-Cabang seluruh Negeri Selangor . Modul akan tertumpu kepada persiapan menghadapi pilihanraya . Ilmu yang wajib dihadami oleh seluruh pengerak parti dalam persiapan hadapi pilihanraya .
Fokus kita adalah untuk memenangi pilihanraya akan datang . Lebih-lebih lagi dalam usaha muafakat untuk mempertahankan Selangor untuk terus kekal di bawah Pakatan Rakyat . Semoga usaha ini menghasilkan kejayaan sepertimana diharapkan .

FMT Dianggap Bersuara Seperti Utusan Malaysia


SHAH ALAM 5 Okt - Tindakan portal berita FreeMalaysiaToday (FMT) yang dilihat cuba melaga-laga serta memburuk-burukkan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) diibaratkan sebagai 'gunting dalam lipatan' dan 'api dalam sekam'.
Peribahasa ini dikaitkan dengan FMT apabila portal berita itu menyerang pimpinan utama KEADILAN iaitu Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak beberapa bulan lalu.
Ini terbukti dengan paparan artikel, berita dan ulasan yang menghentam kepimpinan Anwar serta pimpinan kanan parti antaranya berhubung isu KEADILAN Sabah dan lebih nyata lagi ketika kempen Pemilihan 2010 yang berlangsung sekarang.
Antara tajuk artikel yang dimuatkan di dalam portal tersebut yang dianggap anti-Anwar dan KEADILAN adalah seperti 'Mahathir kicked Anwar out of UMNO, yes, but who will now kick UMNO out of Anwar?', 'Why Anwar will not enter the fray in PKR polls', 'PKR election mess fault of Anwar-Azmin', 'Anwar is a liar, says Muhyiddin' serta 'PKR to kick our Zaid?'
Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Fariz Musa menyifatkan sikap FMT itu menunjukkan ia seolah-olah berniat memporak-perandakan KEADILAN dengan serangan terhadap parti serta barisan kepimpinannya.
"Kita sebagai anggota parti berasa kesal dan kurang senang dengan agenda mereka ini. Mereka nampaknya amat senang mengkritik segala isu dalaman parti khususnya terhadap Anwar sebagai Ketua Umum.
"Kalau kita tengok fokus FMT adalah menyerang Anwar bertubi-tubi dan tidak ubah seperti 'gunting dalam lipatan' atau dalam peribahasa lain, 'api dalam sekam'," tegas beliau ketika dihubungi Suara Keadilan.
Menurutnya lagi, perkara sebegini seharusnya tidak berlaku dan wajar dihentikan jika benar-benar portal itu bebas seperti mana slogannya 'free and independent' atau bebas dan berkecuali.
FMT katanya lagi, harus menghentikan tindakan mereka yang dianggap seperti ingin mewujudkan polemik dan ketidakstabilan dalam KEADILAN.
Sebelum itu, Timbalan Presiden Senator Dr Syed Husin Ali turut menyelar FMT yang disifatkan berlagak seperti lidah fitnah Umno, Utusan Malaysia walaupun ia dilihat sebagai pro-Pakatan Rakyat.
Dr Syed Husin di dalam twitternya berkata FMT 'sama naik dengan Utusan burukkan KEADILAN. Mereka percaya dengan apa yang mereka goreng tetapi yang masak lain.'
Fariz turut bersetuju dengan pandangan Dr Syed Husin sambil berkata FMT bertindak bukan sahaja seperti Utusan malah mirip sikap pemimpin Umno yang menyerang KEADILAN tanpa asas, fakta dan secara tidak bertanggungjawab.

( suarakeadilan online )

Keputusan penuh pencalonan hari terakhir

Presiden
(Berdasarkan keputusan daripada 141 cabang)

Dr Wan Azizah Wan Ismail - 123
Anwar Ibrahim - 15
Zaid Ibrahim - 3

Timbalan presiden
(Berdasarkan keputusan daripada 171 cabang)

Azmin Ali - 102
Zaid Ibrahim - 38
Mustaffa Kamil Ayub - 17
Tian Chua - 5
Khalid Ibrahim - 4
Wan Azizah Wan Ismail - 3
Fuziah Salleh - 1
Nurul Izzah - 1

Naib presiden (4 tempat)

Fuziah Salleh - 115
Shamsul Iskandar Md Akin - 45
Lee Boon Chye - 35
Mustaffa Kamil Ayub - 34
Mansor Othman - 30
Tian Chua - 26
R Sivarasa - 25
Nurul Izzah Anwar - 22
Khalid Ibrahim - 17
N Gobalakrishnan - 16
Azmin Ali - 13
Ansari Abdullah - 13
Chua Jui Meng - 12
Jeffrey Kitingan - 11
Xavier Jayakumar - 10
Yahya Sahri - 9
Zaid Ibrahim - 7
S Manikavasagam - 7
Mohd Noor Manuty - 6
Suresh Kumar - 6
Abdullah Sani - 4
Saifuddin Nasution - 3
Zamri Yusof - 3
Saiman Marzuki - 3
Badrul Amin Baharon - 3
Yusmadi Yusoff - 3
Jimi Donald - 2
James Ghani - 1
Kamarul Baharin Abbas - 1
Baru Bian - 1
Hee Loy Sian -1

Setiap calon memerlukan dua pencalonan minimum untuk melayakkannya bertanding bagi semua jawatan di peringkat pusat.

*Terima kasih kepada yang mengundi tetapi pastikan pemilihan yang akan dilakukan nanti adalah tepat dan jangan kita khianati parti dengan mengundi individu yang tidak mempunyai semangat perjuangan yang sebenar-benarnya.