klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Khamis, 3 Mac 2011

BEKAS PEKERJA KAITAN HOSNI MUBARAK SARAWAK DI VIDEO

Sebuah video yang memalitkan Tan Sri Abdul Taib Mahmud kini muncul dengan bekas pekerjanya sendiri mendakwa ketua menteri Sarawak itu memiliki kekayaan berbilion-bilion ringgit di benua Amerika Utara sahaja.

azlanDalam video 'mengenang Ross Boyert' yang disiarkan pada laman sesawang Sarawak Report (SR), Boyert - bekas ketua pegawai operasi syarikat milik Taib, Sakti International, Wallysons Inc dan dua lagi firma di Amerika yang memiliki hartanah bernilai US$80 - menentang ketua menteri itu.

Boyert juga mengesahkan Taib "adalah bos" Sakti International di Amerika Syarikat dan dikaitkan dengan Sakto Corporation di Kanada.

"Taib adalah pemilik syarikat ini dan semua assetnya, " kata Boyert dalam dokumentari video 16-minit itu.

Anwar: Cukup aib, alat sulit diukur, dubur diperiksa

Bicara dalam perbicaraan bagi menentukan sama ada beberapa barangan seperti botol air minuman, berus gigi dan tuala 'Good Morning' serta sehelai bulu - yang dijumpai pada sel di mana Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan semalaman antara 16 Julai hingga 17 Julai 2008 - boleh dikemukakan sebagai barangan bukti, bersambung petang ini.

NONEAnwar yang tampil sebagai saksi pertama hari ini berkata pada 16 Julai kira-kira jam 1 petang, beliau yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Segambut terlihat sebuah kenderaan dengan kira-kira 10 hingga 15 anggota UTK yang bersenjata memintas keretanya.

"Kami terpaksa berhenti serta-merta.

Katanya ketika itu beliau berada di belakang kereta manakala peguambelanya, Sankara Nair di bahagian depan.

"Sudah tentu kita terpaksa berhenti. Sankara keluar dan seorang anggota menghampiri. Saya diminta terus berada dalam kereta.

"Polis berkata: Arahan untuk menangkap Datuk Seri Anwar."

Katanya, Sankara juga menghalangnya daripada keluar.

Menurutnya lagi, anggota polis itu mengarahkan beliau ke kenderaan mereka.

"Apahal buat saya macam ini lagi," kata Anwar ketika menceritakan peristiwa tangkapannya itu kepada hakim Mahkamh Tinggi, Datuk Mohd Zbidin Mohd Diah.

"Saya bagi tahunya (pegawai polis itu) saya mahu berjumpa dengan Jude (Pereira) pada jam 2 petang dan telahpun memaklumkan kepadanya. Mengapa saya dilayan seperti ini?”

Mahkamah kemudiannya memangil pegawai yang menahan Anwar, Supt Ahmad Taufik.

Menurut ketua pembangkang itu, beliau kemudian diarahkan ke bilik mesyuarat IPK KL (Ibu Pejabat Kontijen Polis Kuala Lumpur).

Sankara dan ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah datang kemudiannya.

"Saya bertanya mengapa mereka melakukan saya sedemikian tetapi mereka berkata mereka mahu kerjasama saya dalam hal ini meskipun saya nyatakan saya mahu jumpa Jude.”

Zakar, dubur diperiksa

Seterusnya, Anwar berkata kenyataannya dirakamkan sekitar jam 2.30 petang hingga 5.30 petang dan selepas itu sekali lagi diarahkan ke bilik mesyuarat.

NONE"Saya tanya mereka, 'awak minta saya beri keterangan, apa lagi mahu?' Mereka sepatutnya membebaskan saya.”

"Sebaliknya mereka bawa saya ke HKL (Hospital Kuala Lumpur) dan tiba selepas jam 8 malam pada 16 Julai 2008."

Anwar berkata beliau kemudian terpaksa menjalani pemeriksaan yang cukup mengaibkan dan hanya bertujuan memalukan beliau.

"Saya nyatakan kenyataan laporan perubatan saya telah disorok oleh pendakwaraya. Dua orang doktor suruh saya menanggalkan pakaian dan mengukur alat sulit. Saya melihat ini tidak ada tujuan dan hanya untuk memalukan saya. Ini tidak dikemukakan oleh pendakwaraya? kata Anwar.

"Kesemua tujuan adalah untuk memanipulasi bahan bukti dan mahu menghukum saya sebelum saya diberi peluang untuk memberi kenyataan," katanya.

Perkara itu dilakukan setelah pegawai penyiasat Pereira, peguamnya dan jururawat diminta beredar.

NONE"Doktor-doktor kemudian bertanyakan tentang dakwaan meliwat itu.”

Anwar berkata laporan perubatan itu tidak ditandatangani oleh doktor berkenaan.

Selepas pemeriksaan itu, Anwar dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur pada jam 11 malam.

Mengimbau pengalamannya bermalam di Sel D9 di balai itu, Anwar berkata keadaan lokap amat menyedihkan walaupun beliau masih belum dikenakan sebagai tuduhan atau diberitahu asas-asas penangkapannya.

"Saya tanya polis dan Jude, 'bila mahu bebaskan saya?

"Dan kata mereka, 'Awak akan pulang sebentar lagi'. Sebaliknya mereka bawa saya ke lokap.”

Anwar juga mendakwa Superintendent Yahya Abdul Rahman kemudian membekalkannya dengan air minuman berbotol, tuala, berus gigi, ubat gigi dan sabun.

Tandas tidak bersih

Menceritakan keadaan di lokap itu, Anwar berkata geriji besi terdapat di keempat-empat sudut. Beliau beliau merayu kepada anggota polis untuk menyediakan tempat tidur kerana keadaan tulang belakangnya yang sakit tidak tahan tidur di lantai simen.

"Saya tidak jangkakan layan VIP tetapi keadaan agak buruk manakala tandas pula tidak bersih.”

Anwar berkata permintaan untuk sebuah tilam untuk bermalam di sel itu ditolak walaupun pihak polis diberitahu beliau masih menghadapi sakit tulang belakang yang kronik.

NONEMenurut Anwar beliau dibebaskan pada jam 12.30 tengahari pada 17 Julai 2008. Sejurus dilepaskan, Anwar mendapatkan rawatan untuk tulang belakangnya yang sakit.

Ketika disoal-balas, Anwar berkata tidak ada anggota polis yang memaklumkan kepadnya yang dia ditahan kerana kesnya itu.

Walaupun mengesahkan bahawa tiada penderaan fizikal, Anwar mengadu beliau diheret ke kenderaan polis.

Peguam Sankara Nair yang kemudian mengambil tempat di kandang saksi mengesahkan keterangan Anwar ditahan menggunakan kekerasan tanpa diberitahu asas-asas penangkapan itu.

Perbicaraan dalam perbicaraan akan bersambung esok jam 9 pagi dengan pihak pembelaan memanggil Sivarasa Rasiah sebagai saksi berhubung kejadian penahanan ketua pembangkang itu pada Julai 2008.


Tolak pemimpin cuai dan mudah ‘tertipu’ – Presiden KEADILAN

KUALA LUMPUR: Pimpinan Umno Barisan Nasional (BN) harus ditolak berikutan tiada jaminan mereka tidak akan cuai dan terus ‘tertipu’ hingga membawa kerugian berbilion ringgit wang rakyat.

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah Ismail, berkata, semua pihak bertanggungjawab untuk menyelamatkan Malaysia dari terus dimiskinkan yang akhirnya membawa kebankrapan.

“Apa jaminan yang mereka tidak akan melakukan perkara sama sedangkan hari ini masih begitu angkuh mengunjurkan pembinaan bangunan 100 tingkat dan lorong pejalan kaki dengan kos tidak di terima akal.

“Rakyat harus bangkit menolak pemimpin cuai dan berkepentingan ini. Sistem pentadbiran yang mengenepikan kepedulian rakyat dan tatakelola yang baik harus ditamatkan,” katanya pada kenyataan media, hari ini.

Pada 28 Februari lalu, Kong Choy dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Putrajaya hari ini dengan pertuduhan menipu bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Wan Azizah berkata, kelemahan pentadbiran Umno BN tergambar dengan jelas dalam pendakwaan bekas Menteri Pengangkutan itu atas tuduhan menipu mantan Perdana Menteri.

“Betapa mudahnya mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi ditipu dalam skandal PKFZ ini. Malah, isu penipuan ini bukan sahaja kepada Perdana Menteri tetapi barisan kabinet pada zaman Tun Dr Mahathir.

“Kebanyakan dari mereka yang ‘tertipu’ masih berkuasa termasuk Perdana Menteri dan Timbalannya hari ini.

“Tidak mungkin rakyat membiarkan gerombolan pemimpin cuai yang memberi kerugian RM12 bilion kepada rakyat ini menerajui negera,” katanya sambil menyatakan, senario itu menimbulkan persoalan mendalam.

Bagaimanapun, Wan Azizah berkata, rakyat berpeluang memiliki kerajaan yang adil dan mengamal tatakelola yang baik dengan memilih Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

“PRU 13 adalah peluang terbaik dan nampaknya semakin hampir,” katanya.

PR SELANGOR TAK RETI MENTADBIR NEGERI DAN MENJANA EKONOMI ????

Selangor catat pelaburan RM6.533 bilion, kekal tertinggi di Malaysia


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim

Selangor yang ditadbir Pakatan Rakyat mencatatkan pelaburan yang tertinggi berbanding negeri-negeri lain di Malaysia dengan jumlah pelaburan masuk ke negeri itu dari Januari hingga September tahun ini mencecah RM6.533 bilion.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan berkata peningkatan jumlah pelaburan itu membuktikan keyakinan pelabur terhadap Negeri Selangor sebagai destinasi pelaburan yang utama di Malaysia.

“Selangor menyumbang sebanyak 31 peratus daripada jumlah keseluruhan pelaburan negara. Sumbangan ini adalah tertinggi antara semua negeri,”katanya.

Menurut Khalid, dari jumlah keseluruhan pelaburan yang masuk ke negeri itu, RM2.76 bilion diperolehi menerusi pelaburan tempatan manakala RM3.78 bilion ialah pelaburan asing.

Katanya lagi, sebanyak 245 projek telah diluluskan kerajaan negeri sekaligus mewujudkan sebanyak 16,966 peluang pekerjaan di negeri itu.

Dari jumlah itu juga, sebanyak 154 projek adalah projek baru bernilai RM2.5 bilion dan 91 projek lagi merupakan projek pembesaran dan projek pelbagai yang bernilai RM4.01 bilion.

“Jumlah ini meningkat berbanding 2009 di mana kita berjaya memperoleh pelaburan RM2.718 bilion, 138 projek dan 11,059 peluang pekerjaan,”kata Khalid.

“Kita akan terus mempergiatkan usaha mempromosikan Selangor sebagai destinasi pelaburan supaya menyumbang kepada pencapaian ekonomi dan kesejahteraan rakyat,”kata Khalid.

LETAK JAWATAN SEGERA : NEGARA PUNYA PENGERUSI SPR YANG TERSANGAT BODOH DAN BALACI UMNO

Kenyataan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR ) , Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof bahawa beliau 'bukan pakar' dalam menentukan sama ada pemberian barangan bercanggah dengan undang-undang pilihan raya . saya benar-benar hairan bagaimana seorang yang yang dipertanggungjawabkan mengurus perjalanan pilihanraya di Malaysia dan menguatkuasakan Akta Pilihanraya boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa . Sehingga menampakkan kebodohan diri sendiri .

Kalau 'bukan pakar' bermakna kita mempunyai seorang pengerusi SPR yang tidak tahu menjalankan tugas dan terlalu bodoh . Adalah lebih baik beliau meletakkan jawatan sahaja . Sepatutnya beliau dan SPR mengambil sikap yang tegas secara telus dan adil menjalankan tugas dengan peruntukan undang-undang yang telah disediakan melalui Akta kesalahan Pilihanraya 1954 .

Apabila melibatkan Pakatan Rakyat , ada sahaja tindakan yang diambil dengan menggunakan Akta kesalahan Pilihanraya 1954 . Tetapi membisu , memekak telinga dan membutakan mata apabila kesalahan demi kesalahan dilakukan oleh UMNO/BN . Tiada ketelusan dan keadilan dilaksanakan oleh SPR .

Saya sertakan apa yang terkandung didalam AKTA 5 ; AKTA KESALAHAN PILIHANRAYA 1954 yang diterbitkan oleh PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968

Penyogokan

10. Orang yang berikut hendaklah disifatkan bersalah atas kesalahan menyogok:

(a) tiap-tiap orang yang, sebelum, semasa atau selepas sesuatu pilihan raya, secara langsung atau tidak langsung, dengan sendiri atau melalui mana-mana orang lain bagi pihaknya, memberikan, meminjamkan, atau bersetuju untuk memberikan atau meminjamkan, atau menawarkan, menjanjikan, atau berjanji untuk mendapatkan atau berusaha untuk mendapatkan, apaapa wang atau balasan bernilai kepada atau untuk manamana pemilih atau pengundi, atau kepada atau untuk mana-mana orang bagi pihak mana-mana pemilih atau pengundi atau kepada atau untuk mana-mana orang lain, bagi mendorong mana-mana pemilih atau pengundi supaya mengundi atau tidak mengundi, atau yang secara rasuah melakukan apa-apa perbuatan yang disebut terdahulu oleh sebab pemilih atau pengundi itu telah mengundi atau tidak mengundi dalam mana-mana pilihan raya;

(b) tiap-tiap orang yang, sebelum, semasa atau selepas sesuatu pilihan raya, secara langsung atau tidak langsung, dengan sendiri atau melalui mana-mana orang lain bagi pihaknya, memberikan atau mendapatkan, atau bersetuju untuk memberikan atau mendapatkan, atau menawarkan, menjanjikan, atau berjanji untuk mendapatkan atau berusaha untuk mendapatkan, apa-apa jawatan, kedudukan atau pekerjaan kepada atau untuk mana-mana pemilih atau pengundi, atau kepada atau untuk mana-mana orang bagi pihak mana-mana pemilih atau pengundi, atau kepada atau untuk mana-mana orang lain, bagi mendorong pemilih atau pengundi itu supaya mengundi atau tidak mengundi, atau yang secara rasuah melakukan apa-apa perbuatan yang disebut terdahulu oleh sebab mana-mana pemilih atau pengundi telah mengundi atau tidak mengundi dalam manamana pilihan raya;

(c) tiap-tiap orang yang, sebelum, semasa atau selepas sesuatu pilihan raya, secara langsung atau tidak langsung, dengan sendiri atau melalui mana-mana orang lain bagi pihaknya, memberikan apa-apa pemberian, pinjaman, tawaran, janji, pemerdapatan, persetujuan yang disebut terdahulu kepada atau untuk mana-mana orang bagi mendorong orang itu supaya mendapatkan atau berusaha untuk mendapatkan mana-mana orang dipilih, atau untuk mendapatkan undi mana-mana pemilih atau pengundi dalam mana-mana pilihan raya;

(d) tiap-tiap orang yang, sama ada sebelum atau semasa sesuatu pilihan raya, apabila menerima atau oleh sebab mana-mana pemberian, pinjaman, tawaran, janji, pemerdapatan, atau persetujuan itu, mendapatkan atau mengaku janji, berjanji atau berusaha untuk mendapatkan mana-mana orang dipilih, atau untuk mendapatkan undi mana-mana pemilih atau pengundi dalam sesuatu pilihan raya;

(e) tiap-tiap orang yang, sama ada sebelum atau semasa sesuatu pilihan raya, mendahulukan atau membayar atau menyebabkan supaya dibayar apa-apa wang kepada, atau untuk kegunaan, mana-mana orang lain dengan niat supaya wang itu atau mana-mana bahagiannya dibelanjakan sebagai sogokan dalam mana-mana pilihan raya atau yang dengan diketahuinya membayar atau menyebabkan dibayar apa-apa wang kepada mana-mana orang bagi menjelaskan atau membayar balik apa-apa wang yang keseluruhannya atau sebahagiannya telah dibelanjakan sebagai sogokan dalam mana-mana pilihan raya itu;

(f) tiap-tiap pemilih atau pengundi yang, sebelum atau semasa mana-mana pilihan raya, secara langsung atau tidak langsung, dengan sendiri atau melalui mana-mana orang lain bagi pihaknya, menerima, bersetuju, atau membuat kontrak untuk mendapatkan apa-apa wang, pemberian, pinjaman, atau balasan bernilai, jawatan, kedudukan atau pekerjaan, untuk dirinya atau untuk mana-mana orang lain, kerana mengundi atau bersetuju untuk mengundi atau kerana tidak mengundi atau bersetuju untuk tidak mengundi dalam mana-mana pilihan raya itu;

(g) tiap-tiap orang yang, selepas mana-mana pilihan raya, secara langsung atau tidak langsung, dengan sendiri atau melalui mana-mana orang lain bagi pihaknya, menerima apa-apa wang atau balasan bernilai oleh sebab manamana orang telah mengundi atau tidak mengundi atau telah mendorong mana-mana orang lain supaya mengundi atau tidak mengundi dalam mana-mana pilihan raya itu;

(h) tiap-tiap orang yang, selepas sesuatu pilihan raya, secara langsung atau tidak langsung, dengan sendiri atau melalui mana-mana orang lain bagi pihaknya, oleh sebab dan sebagai bayaran kerana mengundi atau telah mengundi atau kerana bersetuju atau telah bersetuju untuk mengundi mana-mana calon dalam sesuatu pilihan raya, atau oleh sebab dan sebagai bayaran kerana dia telah membantu atau bersetuju untuk membantu mana-mana calon dalam sesuatu pilihan raya, memohon kepada calon itu, atau kepada ejen atau ejen-ejennya, untuk mendapatkan pemberian atau pinjaman apaapa wang atau balasan bernilai, atau untuk mendapatkan janji mengenai pemberian atau pinjaman apa-apa wang atau balasan bernilai atau untuk mendapatkan apa-apa jawatan, kedudukan atau pekerjaan atau untuk mendapatkan janji mengenai apa-apa jawatan, kedudukan atau pekerjaan; dan

(i) tiap-tiap orang yang, sama ada sebelum atau semasa sesuatu pilihan raya, secara langsung atau tidak langsung, dengan sendiri atau melalui mana-mana orang bagi pihaknya, bagi mendorong mana-mana orang lain supaya bersetuju untuk dinamakan sebagai seorang calon atau supaya tidak menjadi seorang calon atau supaya menarik diri jika dia telah menjadi seorang calon, memberikan atau mendapatkan apa-apa jawatan, kedudukan atau pekerjaan, atau bersetuju untuk memberikan atau mendapatkan atau menawarkan atau berjanji untuk mendapatkan atau berusaha untuk mendapatkan apa-apa jawatan, kedudukan atau pekerjaan, kepada atau untuk orang lain itu, atau memberikan atau meminjamkan, atau bersetuju untuk memberikan atau meminjamkan, atau menawarkan, atau berjanji untuk mendapatkan atau berusaha untuk mendapatkan apa-apa wang atau balasan bernilai kepada atau untuk mana-mana orang atau kepada atau untuk orang lain itu, atau kepada atau untuk mana-mana orang bagi pihak orang lain itu.

Tindakan DS Najib Razak , TS Muhyiddin Yassin dan pimpinan UMNO / BN secara jelas telah bertindak melanggar akta tersebut dan bersabit dengan kesalah tersebut boleh diambil tindakan berdasarkan peruntukkan undang-undang dalam AKta 5 , Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 . Tetapi malangnya SPR terus bersikap bacul , penakut dan berat sebelah serta tidak adil dalam mejalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan serta menguatkuasakan akta tersebut .

Imej dan reputasi SPR harus dibersihkan agar benar-benar menjadi badan bebas yang bertindak adil , telus dan berintegriti . Kenapa SPR sanggup menjadi balaci kepada pimpinan UMNO sehingga menjadi orang suruhan bagi tujuan memenangkan BN ? Biarlah proses demokrasi ini berjalan dengan baik , adil dan saksama dan SPR menjadi perlaksana yang profesional .

Justeru MENDESAK SUPAYA PENGERUSI SPR MELETAKKAN JAWATAN kerana rakyat Malaysia memerlukan kepada seorang pengerusi SPR yang adil , telus dan profesional !