klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Selasa, 1 Mac 2011

TAKTIK KOTOR SPR UNTUK MENANGKAN BN

PKR Dedah Kemasukan Undi Pos Besar-Besaran Di DUN Perak



PETALING JAYA 1 MAC : Parti Keadilan Rakyat mendedahkan kemasukan pengundi pos besar-besaran di kawasan-kawasan DUN di Perak pada tahun 2010, kata Timbalan Pengarah Pilihanrayanya Chan Ming Kai di sidang media mingguan parti itu hari ini di sini.

Menurut Chan Ming di DUN Pangkor yang diwakili Menteri Besar Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menerima kemasukan 5,669 pengundi pos berbanding hanya 368 yang keluar pada 2010. Bilangan pengundi pos kini mencapai hampir separuh daripada jumlah 26,000 pengundi di DUN Pangkor.

"DUN Pangkor adalah sebahagian daripada Parlimen Lumut. Keadilan tewas hanya 298 undi di Parlimen Lumut kepada calon MCA-BN pada Pilihan Raya Umum 2008," katanya.

Ming Kai juga menjangkakan Umno akan memberikan tumpuan untuk menambah pengundi pos di DUN Sungai Rapat yang diwakili oleh Exco Kanan Hamidah Osman yang hanya menang tipis 636 undi dengan calon PAS. Pada 2010 sebanyak 248 pengundi pos masuk ke DUN Sungai Rapat.

"Usaha ini jelas untuk memberi manfaat kepada UMNO. Kawasan-kawasan majoriti Cina seperti Canning Garden yang juga mempunyai kem tentera tidak pula melihat pertambahan undi pos," katanya.

Ming Kai khuatir wujud penyalahgunaan undi pos dan meminta SPR serta pihak Kementerian Pertahanan menjelaskan perkembangan ini.

Debat tanah adat: Baru Bian sedia kemuka bukti pada Taib Mahmud

SARAWAK: Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Sarawak, Baru Bian sedia mengemukakan bukti dalam perdebatan dengan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengenai isu Hak Tanah Adat (NCR) di negeri itu.

Baru dalam satu kenyataan berkata, beliau gembira dengan persetujuan Taib dan meminta Pengerusi BN itu serius mengenainya.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada Ketua Menteri kerana menyahut cabaran berdebat dan berharap kebenaran diketahui menerusi debat itu nanti. Mengenai permintaan Ketua Menteri akan bukti-bukti, kami ingin memberitahu beliau bahawa segala-galanya sudah kami sediakan,” kata Baru.

Isu untuk berdebat itu tercetus apabila seorang pemimpin BN Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan mendakwa kononnya isu melibatkan NCR sudah lapuk, menyebabkan Baru mencabar supaya Taib Mahmud sendiri berdebat mengenai isu itu.

Namun Taib cuba berdolak dalik apabila meminta bukti berkaitan tanah adat tersebut ditunjukkan terlebih dahulu, sebelum menerima cabaran debat dengan Baru Bian.

Mengulas lanjut, Baru yang juga seorang peguam berkata, lebih 200 kes mengenai tanah adat sudah dikemukakan ke mahkamah dan sehingga kini kekal tertangguh.

“Kami ingin menarik perhatian bahawa bukti-bukti cukup banyak yang kami kemukakan ke mahkamah untuk lebih 200 kes NCR dan belum lagi didengar. Kami juga akan mengemukakan bukti-bukti tambahan kepada bukti-bukti yang ada di mahkamah dan isu ini bukanlah isu lapuk.

“Kami berharap Ketua Menteri tidak akan berpura-pura jahil akan bukti-bukti itu sebagai alasan untuk mengelak dari debat,” tegas Baru.

Sehubungan itu beliau turut meminta Taib memilih tarikh dan lokasi sesuai berhubung debat tersebut agar mudah untuk rakyat hadir mendapat penjelasan lanjut.

“Dengan kesanggupan Ketua Menteri untuk berdebat, kami mencadangkan beberapa tarikh padanya: Sabtu 5 Mac, Ahad 6 Mac atau Khamis 10 Mac. Masa dan tempat adalah pilihan beliau. Ketua Menteri, sila pilih satu tarikh.

“Kami juga ingin mencadangkan para akademik Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) yang begitu arif dan faham akan isu-isu NCR untuk mempengerusi kan debat itu nanti.

“Kami seterusnya mencadangkan agar debat itu diadakan di tempat awam yang luas seperti Borneo Convention Center Kuching atau di Stadium Perpaduan di Petrajaya bagi memudahkan orang awam datang dan mendengar pandangan dan pendapat Ketua Menteri dan saya sendiri,” ujar Baru.

Kerajaan Negeri PR Pulau Pinang Sedia Khidmat Bas Percuma Bermula Hari Ini

PULAU PINANG 1 MAC : Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyediakan khidmat bas percuma kepada semua kakitangan kilang berkuatkuasa hari ini.

Ia ditawarkan menerusi program letak dan naik bas di bawah sistem bas ekpress transit Jambatan Pulau Pinang atau BEST.

Perkhidmatan itu disediakan kepada sektor perkilangan yang memandu kereta sendiri.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata langkah itu diambil bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas ketika waktu puncak di atas Jambatan Pulau Pinang dalam masa sama ia mengurangkan beban kewangan dikalangan pekerja.

Perkhidmatan tersebut ditawarkan lima hari seminggu menerusi dua sesi iaitu pada 6 pagi hingga 9 pagi dan 4 petang hingga 7 petang.

Sebanyak 16 buah bas dan 600 petak tempat letak kereta dengan cas seringgit disediakan. Lim Guan Eng ditemui selepas majlis pelancaran BEST di Seberang Jaya.


MEMALUKAN !!!!!! Kajian ketelusan: Petronas catat kedudukan lesu !

petronasSyarikat minyak dan gas nasional, Petronas mencatatkan prestasi lesu dalam kajian antarabnagsa mengemai ketelusan pendapatan dan pendedahan awam. Kajian itu membabitkan 44 syarikat minyak dan gas di seluruh dunia.

Menurut laporan yang diterbitkan oleh Transparency International (TI) dan Revenue Watch Institute (RWI) hari ini, prestasi Petronas dalam ketiga-tiga sektor yang dijalankan pada kajian itu menunjukkan prestasi buruk.

azlanIa adalah adalah 'laporan program anti-rasuah', 'pendedahan organisasi' dan 'pendedahan peringkat negara untuk operasi antarabangsa.'

Markah yang dicatatkan oleh Petronas adalah adalah 30, 38 dan kosong peratus, berbanding dengan skor purata pada 43, 65 dan 16 peratus.

Kumpulan BG dari UK, India Oil dan Natural Gas Corporation Norway menduduki tempat teratas dengan masing-masing mendapat markah 93, 100 dan 69 peratus.

Petronas disenaraikan di bawah 25 peratus daripada 20 syarikat antarabangsa dan 24 syarikat minyak kebangsaan yang dikaji.- MALAYSIAKINI

80 peratus Melayu bakal dapat tanah di Selangor- Yaakob Sapari

SHAH ALAM: Jaminan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa 100,000 permohonan tanah akan diselesai dalam masa terdekat menyaksikan 80 peratus Melayu bakal menerima tanah dari kerajaan negeri, kata Exco kerajaan negeri, Yaakob Sapari.

Menurutnya, jaminan itu juga mencerminkan sikap kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang telus dan tidak memilih latar belakang politik dalam soal pemberian tanah kepada rakyat.

“Dasar kerajaan negeri jelas di mana pemilikan tanah diberi kepada individu yang telah menetap dan telah mengusahakan tanah tersebut,” tegas beliau dalam satu kenyataan media.

Yaakob yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan berkata, antara kawasan yang diberi tumpuan adalah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Gombak, Ijok, Dengkil dan Kuang .

“Selain itu, kerajaan negeri juga akan mempertimbangkan permohonan tanah kaum Cina di Sekinchan dan kaum India di Batu Caves yang sebelum ini selalu dipinggarkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN),” katanya.

Katanya, keadaan itu berbeza dengan pemerintahan BN dahulu apabila setiap permohonan tanah perlu melalui jawatankuasa daerah tanah yang dipengerusikan oleh seseorang Adun.

Sistem itu katanya, menyebabkan berlaku kepincangan kerana permohonan tanah hanya akan diluluskan sekiranya pemohon memiliki ‘fahaman politik’ yang sama dengan seseorang Adun tersebut.

Tambah Yaakob, kerajaan dahulu juga dilihat gagal menangani masalah tanah dengan baik, malah, bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Khir Toyo juga gagal menyelesaikan pemohonan tanah orang Melayu di kawasannya sendiri di Sungai Panjang.

Fitnah 2: DNA Anwar mungkin diambil ketika dilokap tanpa kebenaran

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes Fitnah 2 hari ini dijangka menyaksikan usaha jahat pihak pendakwa untuk mengaitkan sampel DNA lelaki Y yang diambil dari tubuh pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah milik Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sampel DNA yang dikemuka di mahkamah sebagai bahan bukti sebelum ini turut diperolehi daripada botol air minuman, berus gigi dan tuala yang mengaitkan ia dengan ‘Lelaki Y’ berdasarkan keterangan tiga saksi sebelum ini.

Seorang saksi pendakwa, Amidon Adnan bekas Ketua Bahagian CSI Makmal Forensik Bukit Aman hari ini memberitahu barang tersebut diambil dari lokap Cawangan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Sebelum ini, pihak pendakwa tidak mendedahkan dari mana barang itu diperoleh, yang kemudian dikenalpasti oleh ahli kimia Nor Aidora Saedon mengandungi DNA yang padan dengan ‘Lelaki Y’ tersebut.

Namun, pihak peguam dijangka akan menimbulkan persoalan samada DNA itu diperoleh dengan kebenaran iaitu secara sah- sekaligus membuktikan Anwar diperangkap pihak tertentu dalam kes itu.

Hari ini Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memanggil beberapa lagi saksi pendakwa termasuk Pegawai Siasatan kes Bunuh dan Jenayah Berat D9 IPK Kuala Lumpur, DSP Yahya Abdul Rahman.

Dalam sesi soal balas yang dilakukan pihak peguam bela setakat ini, pertanyaan terhadap Yahya menjurus kepada penahanan Anwar ketika dilokap Bukit Aman pada 16 Julai 2008, di mana kemungkinan DNA Anwar diambil pada masa itu.

Mahkamah turut diberitahu keadaan lokap yang sangat menyedihkan, termasuk keadaan tandas yang kotor- menyebabkan peguam Anwar, Karpal Singh menyifatkan keadaan itu tidak ubah seperti ‘kandang haiwan’.

DSP Yahya juga memberitahu Anwar tidak dibekalkan dengan sebiji bantal meskipun tertuduh itu ada mengadu mengalami sakit belakang. Lebih mengejutkan DSP Yahya sendiri tidak mengetahui siapa yang memberi arahan penahanan Anwar.

Perbicaraan di mahkamah kini sedang berhenti rehat dan akan bersambung semula pada jam 2.45 petang dengan DSP Yahya menyambung keterangannya. Berikut kronologi perbicaraan setakat ini:

9.15 pagi – Perbicaraan bermula. Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan suami tiba di mahkamah.

9.16 pagi – Jurufoto dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontingen (IPK) Kuala Lumpur, Lans Korporal Hasri bin Hassan dipanggil untuk memberi keterangan sebagai saksi pendakwa. Berusia 32 tahun, Hasri mula bertugas dengan Polis DiRaja Malaysia sejak Mac 2001.

9.20 pagi – Beliau mengecam 14 keping gambar yang diambil dalam lokap antaranya lokasi dalam sel lokap, berus gigi, tuala putih ‘Good Morning’ serta sehelai bulu.

9.27 pagi – En Amidon Adnan, 60 tahun, bekas Ketua Bahagian CSI Makmal Forensik Bukit Aman dipanggil memberi keterangan. Menurutnya, sepanjang bertugas
bersama pasukan polis sejak 1976, beliau sudah memberi keterangan di mahkamah tidak kurang daripada 900 kali.

9.35 pagi – Menurutnya, beliau ‘merampas sehelai bulu dari unit 11-5-1 Desa Damanasara, sebidang karpet sutera China dan sehelai selimut duvet berjenama
‘Pasaya’ dari unit 11-5-2.

10.11 pagi – Peguam Anwar, Karpal Singh membantah permohonan Pendakwaraya untuk menjadikan ‘sehelai bulu yang dirampas daripada lokap’ di IPK KL sebagai
bahan bukti. Karpal mahu perbicaraan dalam perbicaraan jika pendakwaraya mahu meneruskan usaha itu.

Hakim Zabidin menolak permohonan pendakwa raya menjadikan bahan tersebut sebagai bukti sebaliknya ia ditandakan sebagai ID sahaja, dan akan ditentukan
kemudian jika pendakwaraya masih mahu menjadikannya sebagai bahan bukti.

10.13 pagi – Inspektor pelatih di Makmal Forensik PDRM Bukit Aman, Inspektor Nor Ayuni Mohd Fuad, memberi keterangan di kandang saksi. Nor Ayuni adalah
sebahagian daripada pasukan yang membantu Anidon (bekas Ketua Bahagian CSI Makmal Forensik PDRM Bukit Aman).

10.33 – Nor Ayuni selesai memberi keterangan. Mahkamah ditangguhkan ke jam 11 pagi.

11.09 pagi – Mahkamah bersidang semula. Pegawai Siasatan Kes Bunuh dan Jenayah Berat D9 IPK Kuala Lumpur, DSP Yahya Abdul Rahman dipanggil memberi keterangan.

11.10 pagi – Dr Badrul Amin tiba di galeri awam mahkamah.

11.15 pagi – DSP Yahya memberi keterangan dengan merujuk buku lawatan lokap D9 yang terletak di Tingkat 7, IPK KL Bukit Aman.

11.16 pagi – Karpal Singh membantah permohonan DPP Noordin Hassan untuk menjadikan buku lawatan lokap tersebut sebagai bukti kerana pasukan peguambela
tidak menerima salinan fotokopi mukasurat yang tercatit waktu DSP Yahya melakukan lawatan rutin beliau ke lokap tersebut

11.19 pagi- Ahli Parlimen Hulu Langat, Abdullah Sani; Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail; Ahli Parlimen Kelana Jaya tiba di galeri awam.

11.25 pagi – Menurut DSP Yahya, berdasarkan buku lawatan lokap itu, Anwar dibawa ke lokap tersebut pada jam 11.05 malam 16 Julai 2008. Anwar dibawa dari Bilik Mesyuarat D9 sebelum menghabiskan satu malam di lokap pada 16 Julai 2008. Anwar dibenarkan membawa sebotol air mineral bersamanya atas budi bicara DSP Yahya.

11.33 pagi – Menurut DSP Yahya, Anwar dibebas pada jam 8 pagi 17 Julai 2008.
11.43 pagi – Menurut DSP Yahya, lokap yang menempatkan Anwar mempunyai CCTV tetapi ia tidak berfungsi. Menurutnya lagi, sewaktu ia berfungsi, ia digunakan untuk memerhatikan polis yang mengawal lokap.

11.47 pagi – Sewaktu pemeriksaan balas, Karpal menarik perhatian Yahya kepada gambar keadaan lokap yang dirakam pihak polis. Menurut Karpal, lokap tersebut
tidak ubah seperti kandang haiwan.

Namun, menurut DSP Yahya, ia memenuhi standard sama yang digunapakai di seluruh negara. Lebih memeranjatkan adalah apabila DSP Yahya membuat pengakuan bahawa beliau tidak pasti siapa yang mengarahkan penangkapan Anwar dilakukan.

“Saya tak pasti siapa arahkan Datuk Seri Anwar dimasukkan ke dalam lokap,”
“Saya tak tahu tapi (peguambela) boleh periksa dengan pegawai penyiasat,” kata DSP Yahya.

11.51 pagi – Menurut DSP Yahya, Anwar juga tidak dibekalkan bantal walaupun beliau ada mengadu kepada polis yang beliau mengalami sakit tulang belakang.

11.56 pagi – Hadirin di mahkamah tergelak kecil apabila DSP Yahya yang sebelum ini menyatakan tandas di lokap ‘nampak kotor tapi bersih’ menukar kenyataannya kepada ‘nampaknya kurang bersih’ apabila Karpal meminta beliau memberikan pendapatnya tentang keadaan tandas tersebut ‘dengan ikhlas’.

11.59 pagi – Mahkamah ditangguhkan ke jam 2.45 petang.

Perdana Menteri Perlu Mohon Maaf dari Sheikh Yusuf Qaradhawi - YB Azmin

Kenyataan sembrono Perdana Menteri Najib Razak mengenai Dr Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi dan Ikhwanul Muslimin tidaklah memeranjatkan. Kenyataan menolak penyertaan Ikhwanul Muslimin dalam menentukan haluan politik Mesir dan Timur Tengah hanyalah semata-mata bertaklid dengan pendirian Amerika Syarikat.   

Sebagai pemimpin negara yang menganggotai Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC), Najib telah menyinggung ulama tersohor dunia Islam dan seluruh warga Muslim di atas kenyataan tidak bertanggung jawab beliau di Istanbul, Turki yang dipetik oleh National Review Online pada 23 Februari 2011 bertajuk Malaysian PM: Muslim Brotherhood Must Renounce Violence or Be Left Out.

Demokrasi adalah proses politik yang bersifat inklusif. Satu proses politik yang menolak penyertaan sebahagian dari anggota masyarakat adalah bertentangan dengan semangat dan amalan demokrasi.

Sejak penubuhannya dalam tahun 1928 Ikhwanul Muslimin telah terlibat secara langsung dalam perjuangan rakyat Mesir melawan penjajahan. Ikhwanul Muslimin juga pendukung terkuat kepada perjuangan rakyat Palestin.

Sejak diharamkan dalam tahun 1954 Ikhwanul Muslimin menjadi mangsa kepada kezaliman rejim tentera Mesir. Meskipun ditekan selama berdekad-dekad Ikhwan terus kuat dan merupakan organisasi yang paling konsisten melawan kezaliman pemerintahan tentera dan rasuah di negara tersebut.

Mereka yang berpandangan Ikhwan Muslim perlu dikeluarkan dari proses politik Mesir pasca Mubarak dan pasca rejim tentera adalah jahil terhadap sejarah politik Mesir dan aspirasi rakyat negara tersebut. Ikhwan adalah sebahagian dari rakyat Mesir dan merupakan kumpulan yang paling sedar terhadap kezaliman rejim Mubarak dan keperluan demokrasi di Mesir.

Kenyataan Perdana Menteri yang mengaitkan Sheikh Yusuf Qaradhawi dengan keganasan dan terorisma menunjukan Dato' Sri Najib telah menjadi perkakas kepada propaganda Israel yang mendapat dukungan daripada golongan ekstrim dalam dasar luar Amerika Syarikat.

Sheikh Yusuf adalah ulama' yang paling tegas memperjuangan hak rakyat Palestin. Oleh itu, propaganda Israel dan penyokong-penyokongnya di Amerika cuba menggambarkan Sheikh Yusuf sebagai penyokong keganasan.

Perdana Menteri harus sedar bahawa Sheikh Yusuf adalah ulama' dunia Islam yang paling berpengaruh dewasa ini. Selama berdekad-dekad Sheikh Yusuf telah berjuang melalui tulisan dakwah beliau untuk melawan golongan ekstrimis dalam Islam dengan mengemukakan falsafah kesederhanaan (al-Wasatiah) dalam Islam.

Maka mengaitkan Sheikh Yusuf, yang juga Tokoh Maal Hijrah tahun 2009, merupakan satu kejahilan yang tidak boleh dimaafkan. Kerana keceluparan tersebut saya menuntut Perdana Menteri memohon maaf kepada Sheikh Yusuf Qaradhawi.

Mohamed Azmin Ali
Timbalan Presiden

26 Februari 2011

Anwar: Faktor Leila Trabelsi, Suzanne terdapat di M'sia

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia juga mempunyai persamaan dengan negara Tunisia mahupun Mesir yang menyumbang kepada kebangkitan rakyat di negara itu, lapor TV Selangor.

Persamaan yang dimaksudkan Anwar ialah pentadbiran negara yang dikuasai oleh isteri-isteri pemerintah.

NONE"Leila Trabelsi ini orang menyampah lebih daripada Zine El Abidine Ben Ali. Isteri presiden ini orang menyampah lebih daripada suami dia. Saya tanya kenapa? Dia kata, sebab kalau kita tengok televisyen, Ben Ali, lepas itu Leila, lepas itu Ben Ali, lepas itu Leila, Leila, Leila. Hari ini rambut gaya macam ini, besok rambut sanggul sebelah ini, baju fesyen ini.

"Orang panggil dia Leila Majnun, Majnun ini maksudnya gila. Gila harta, gila rupa, gila sanggul," kata Anwar disambut gelak tawa hadirin pada makan malam anjuran Ranting PKR Taman Jati dengan kerjasama Cabang Tambun yang dihadiri hampir 1,000 orang, semalam.

Keadaan yang sama kata Anwar turut berlaku di Mesir apabila isteri Hosni Mubarak, Suzanne juga turut mempunyai tabiat seperti Leila.

Suzanne katanya hanya seorang juru solek, namun apabila dia berkahwin dengan Hosni Mubarak, dia mengumpul harta dan kekayaan untuk anak-anak dan keluarganya.

egypt revolution mubarak steps down huge crowd 1Kekayaan yang dimiliki adalah hasil 'rompakan' wang rakyat.

Selepas kedua-dua pemerintah negara tersebut digulingkan, mereka kemudiannya bersama isteri dan anak-anak membawa keluar wang puluhan bilion dolar Amerika.

Lantaran tidak tahan dengan pemerintahan diktator kedua-dua pemimpin yang sewenangnya memenuhkan kantung sendiri, akhirnya rakyat bangkit menentang pemimpin zalim itu.

Oleh yang demikian, Anwar mengingatkan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak supaya membuka ruang perubahan dan tidak bongkak dengan keamanan yang masih dinikmati di negara ini.

Walaupun berbeza daripada pelbagai aspek seperti budaya, ekonomi dan politik, namun, katanya persamaan tetap wujud.

"Mubarak selepas seminggu tercetusnya Tunisia, dia kata Tunisia bukan Mesir.Gaddafi dalam ucapannya dua hari lalu mengatakan, ini Libya bukan Mesir.

azlan“Datuk Seri Najib minggu lalu mengatakan ini Malaysia bukan Mesir. Kalau tanya sama sebagai ketua pembangkang yang digantung dari parlimen, saya pilih cara aman. Saya pilih cara pilihan raya, saya pilih cara perlembagaan.

"Sekarang saya mahu beri ingatan dan amaran kepada Najib, pastikan pilihan raya akan datang bebas dan adil, kalau tidak rakyat akan bangkit bantah. Apa yang kita minta? Kita cuma pilihan raya yang adil dan bersih. Apakah ini tuntutan kita. Ini dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan sejak 1957," katanya lagi.

HOSNI MUBARAK SARAWAK KAYA RAYA , PERIBUMI SARAWAK DAPAT APA ?

Demo anti-kekayaan Taib Mahmud di UK

Perhimpunan mendesak Taib Mahmud menghentikan 'rasuah balak' di United Kingdom


UNITED KINGDOM: Demontrasi aman mendesak Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud ‘Hentikan Rasuah Balak’, berlangsung di United Kingdom, dipercayai anjuran kumpulan pejuang hak pribumi Bruno Manser Fund (BMF).

Kira-kira 50 orang hari ini menyertainya termasuk Peter John Jaban, seorang Dayak Sarawak yang mengendalikan stesen radio bebas – Radio Free Sarawak.

Ia bertujuan membangkitkan dakwaan salah guna kuasa Taib Mahmud, khususnya berhubung dakwaan ‘jenayah alam sekitar’.

Perhimpunan anti Taib Mahmud di United Kingdom

Demontrasi sama juga dirancang di beberapa lokasi lain termasuk Ottawa, Kanada.