klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Ahad, 6 Disember 2009

penyerahan memorandum bantahan terhadap keputusan kerajaan mengarahkan syarikat asal membaikpulih Stadium SMZA kepada Menteri Kerja Raya

Angkatan Muda Keadilan ( AMK ) Negeri Terengganu akan menyerahkan memorandum membantah keputusan kerajaan mengarahkan syarikat asal Amk Negeri Terengganu membantah tindakan Kerajaan melalui Mesyuarat Pasca-Kabinet pada 6 November 2009 memutuskan pihak kontraktor bertanggungjawab membaiki semula dan membaik-pulih struktur bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SMZA) di Gong Badak yang runtuh Jun lalu kepada YB Menteri Kerja Raya .
Tindakan Kerajaan menyerahkan tanggungjawab kepada kontraktor asal iaitu Bina Struktur Sdn. Bhd. dan subkontraktor daripada Korea adalah satu tindakan yang keterlaluan sedangkan syarikat dan kontraktor tersebutlah yang bertanggungjawab mengakibatkan keruntuhan stadium tersebut . Bagaimana kerajaan boleh memberikan sekali lagi kepercayaan kepada syarikat tersebut yang ternyata GAGAL .

Penyerahan memorandum tersebut akan diadakan sepertimana di bawah :

Tarikh : 8 Disember 2009
Jam : 2 petang
Tempat : Kementerian Kerja Raya , Kompleks Kerja Raya, Jalan Sultan Salahuddin, 50580 Kuala Lumpur

AMK Negeri Terengganu menjemput semua media hadir kecuali Utusan Malaysia .

Fariz Musa
Ketua AMK Negeri Terengganu

019-9900288

PARA PEMIMPIN UMNO BUAT APA SAHAJA UNTUK MENANG PRU13

TERMASUK MEMFITNAH KES LIWAT ANWAR IBRAHIM

Dari Kacamata Halik Zaman1
MALAYSIA sudah diserapkan keseluruh kakitangan Kerajaan. Lambang 1Malaysia sudahpun dibuat logo terlekat didada kiri setiap kakitangan Kerajaan. Bila diumumkan oleh Najib Razak, bahawa 1Malaysia bertujuan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan, kita pun berfikir, memberi andaian, menjangkakan bahawa 1Malaysia ini merupakan satu lagi project besar besaran Barisan Nasional merupakan 'modal insan' yang membawa keuntungan kepada seluruh rakyat Malaysia. Jauh meleset.
Hingga kehari ini para pemimpin UMNO buat ribut ribut pasal 1Malaysia. Kesana sini menjadi bahan ucapan mereka. Hasilnya masih kabur. Ia tidak lain dari sebuah lagi cogan kata yang baru berjenama UMNO untuk menyatupadukan kefahaman rakyat kepada ikatan perpaduan dalam UMNO itu sendiri. Ia sama seperti UMNO bersama PARTI PERIKATAN dulu dan UMNO bersama BARISAN NASIONAL sekarakang. Tujuannya sama untuk menyatupadukan rakyat Malaysia kedalam Barisan Nasional.
1Malaysia itu cuma merupakan satu pembaharuan semangat bercogankata baru demi Barisan Nasional dan UMNO yang hampir kehilangan kuasa dan kepercayaan pengundi muda dalam PRU 2008. Selain itu apa? Untuk rakyat kenaikan petrol membebankan, yuran sekolah kanak kanak, kos hidup rakyat, cukai permakanan cukai pintu rumah dinaikan. Semua ini membebankan para pengundi yang miskin yang telah memberi mandat kepada Kerajaan UMNO/BN memerintah. Tapi pengundi terus hidup dibebankan.
Untuk berkuasa, para pemimpin UMNO akan buat apa sahaja termasuk terus membujuk PAS menyertai Kerajaan Perpaduan. Kalau Anwar Ibrahim jadi faktor kekuatan Pakatan Rakyat, Anwar akan dihancurkan. Tidak heran kalau kes liwat Anwar itu satu fitnah kerana pengaruh Anwar Ibrahim dalam Pakatan Rakyat dianggap oleh para pemimpin UMNO sebagai luar biasa. Ia boleh menggugat UMNO/BN dari berkuasa dalam PRU13 nanti.Diotak pengundi hari ini sudah terfikir, kalau SPRM, polis, SPR, boleh diatur oleh Kerajaan, kenapa pula tidak boleh diatur hakim untuk Anwar Ibrahim masuk penjara? Pengundi bilang kes liwat itu fitnah, setelah diatur maka hakim pun bilang Anwar bersalah ikut trend Mahathir dulu.
Sebenarnya Anwar Ibrahim bukan lah menjadi faktor utama untuk UMNO dan BN itu lemah. Tapi, sama ada Anwar Ibrahim didalam atau diluar penjara, itu bukan soal pokok yang penting pengundi sendiri sudah bosan dengan tekanan hidup, kerana itu pengundi sendiri yang mahu berubah, sebab UMNO tidak tahu untuk berubah.
Kes liwat Anwar Ibrahim, banyak perkara yang tidak masuk akal. Meragukan. Seorang muda berusia 23 tahun takkan lah diam diam sahaja 'pasang belakang' untuk diliwat? Tidak kah ada usaha lain untuk drama 'tendang menendang' berlaku macam dalam filem Kongfu? Orang tua berusia 61 tahun sekali sahaja ditendang ia akan tersungkur jatuh. Boleh sahaja patah kaki kalau orang muda yang tendang. Tendang dari belakang flying kick lagi kuat dari tendang dari depan. Susah untuk diyakini terlalu banyak aliby dari doctor pun ada aliby.

Inikah yang wang Hisham Cakap Capai Matlamat 'Tersirat' : Bangunan Cantik Jutaan Ringgit Menjadi Tempat Lepak Kambing!

- Wan Hisham Perlu Jelaskan Kepada Rakyat Pulau Duyong,

KUALA TERENGGANU – Para penduduk di sini terutamanya golongan muda menggesa pihak-pihak yang berkenaan mengambil tindakan perlu terhadap sebuah bangunan ‘indah’ yang kini terbiar.Bangunan tersebut yang telah siap dibina pada tahun lalu, dianggarkan menelan belanja jutaan ringgit, kini hanya menjadi tempat lepak ‘kambing-kambing’ yang berkeliaran di pulau itu.
Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Terengganu, Muzafiq Affyulzaifuzan berkata Pengarah Piala Monsun, Dato’ Wan Hisham Wan Salleh selaku bekas Exco berkaitan, perlu memberikan penjelasan.”apakah tujuan pembinaan bangunan tersebut ? dan mengapakah ia dibiarkan begitu sahaja ? Selepas dibina dengan begitu molek dan habis wang jutaan ringgit,”Wan Hisham perlu jelaskan, selaku bekas Exco Infrastruktur dan Pengarah Piala Monsun,”katanya ketika ditemui di sini semalam.Menurutnya, pada 5 Disember, 2007, Wan Hisham selaku Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Komunikasi negeri, mengeluarkan satu kenyataan yang berkaitan dengan bangunan terbabit.

Katanya, bangunan itu di katakan akan menjadi pusat ‘Akademi Pelayaran’ sebagaimana yang pernah digembar-gemburkan.Beliau yang juga penduduk tempatan merasa dukacita dan menganggap ia satu pembaziran yang nyata yang dilakukan oleh karajaan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Rakannya, Saado Mohd Nor, yang juga penduduk kampung tersebut, turut berkongsi pendapat yang sama.Saado, seorang pekerja swasta berkata, ketika pembinaan tersebut dibuat, para penduduk kampung khususnya golongan nelayan mengalami pelbagai kesusahan.”Asalnya,tapak bangunan itu, adalah jeti nelayan dan pengkalan kepada bot-bot serta penambang, ”mereka (nelayan) dihambat oleh pemaju, yang tidak membenarkan bot-bot ditambat dikawasan itu,”jelasnya.Menurutnya, sehingga kini tidak ada jeti baru yang dibina oleh pihak kerajaan untuk kemudahan nelayan bagi menggantikan kawasan yang telah dibina bangunan tersebut.

Justeru itu, beliau berkata, tindakan pihak berkenaan mendirikan bangunan itu hanyalah untuk menyusahkan penduduk Pulau Duyong, sekiranya tiada penjelasan yang diberikan.Tinjauan Buletinonline berhubung ‘bangunan terbiar’ itu telah mendapati jawapan yang berbeza-beza diberikan oleh penduduk sekitar.

Ada diantara mereka yang memaklumkan, bangunan tersebut terbiar kerana Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said enggan memberikan kelulusan dan menandatangani tuntutan perbelanjaan oleh pihak pemaju.”Ia ada kaitan dengan perbalahan antara kumpulan Menteri Besar sekarang, dengan bekas Menteri Besar,”kata seorang penduduk. - buletinonline

wajarkah syarikat asal membaikpulih stadium sultan mizan zainal abidin ? dimanakah laporan siasatan perunding Britain ? siasatan SPRM apa cerita ?

saya benar-benar tidak dapat menerima keputusan yang di buat oleh kabinet melalui mesyuarat pasca-kabinet pada 6 November lalu mengarahkan syarikat atau kontraktor asal membina semula dan membaikpulih stadium sulatan mizan zainal abidin yang runtuh pada jun lalu .

Tidak dinafikan bahawa segala kos membaikpulih stadium tersebut ditanggung oleh syarikat tersebut kerana masih dalam edah jaminan , namun tidak semestinya syarikat tersebut harus dipertanggungjawabkan membina kembali stadium tersebut .

Ini bukan seperti membeli barangan elektrik yang tiba-tiba rosak masih dalam tempoh jaminan . syarikat tersebut perlu membaiki atau mengantikannya tanpa sebarang bayaran dan mesti bertanggungjawab .

kes ini adalah berbeda . ini melibatkan keselamatan dan nyawa . bagaimana syarikat yang penyebab kepada stadium yang berharga rm292 juta runtuh menyembah bumi , sebagai syarikat yang gagal dan tidak berkemampuan menjalankan kerja pembinaan stadium tersebut. malah disahkan tidak mempunyai pengalaman dalam kerja-kerja pembinaan bangunan seperti stadium .

memang wajar kos ditanggung oleh syarikat tersebut . tetapi pembinaan semula stadium tersebut mesti diberikan kepada syarikat yang lebih berwibawa dan berpengalaman dalam membina bangunan serta struktur bumbung dan pemilihan syarikat kontraktor tersebut mestilah melalui tender terbuka . bukan lantik ikut suka sahaja .

sehingga sekarang tidak ada sebarang tindakan diambil kepada syarikat tersebut samada melalui tindakan undang-undang , tindakan oleh kementerian kerja raya serta oleh SPRM . malah sehingga saat ini masih belum terdapat hasilan siasatan yang di buat oleh perunding dari Britain yang dilantik oleh kerajaan didedahkan kepada umum punca kejadian tersebut . kos kerugian serta siapa yang bertanggungjawab terhadap tragedi tersebut .

Bukankah syarikat kontraktor tersebut wajar disenarai hitamkan , dibatalkan segala kelulusan membina bangunan atau digantung daripada menjalankan kerja-kerja pembinaan bangunan sehingga siasatan terperinci dilakukan oleh pihak SPRM dan polis . Adalah tidak munasabah tidak ada seorang pun diambil tindakan undang-undang terhadap insiden tersebut.
SPRM maklumkan bahawa hasil siasatan sudah 90% pada 3 bulan yang lalu . Takkan masih belum siap ? atau sengaja tidak disiapkan dan dibiarkan 'bergantung tanpa tali' ? atau SPRM pun telah di 'rasuah' supaya tidak mendedah , mendakwa dan mengambil tindakan secara telus , adil dan profesional .

kejadian stadium tersebut runtuh bukan disebabkan oleh fenomena alam seperti ribut , gempa bumi atau sebab-sebab oleh malapetaka alam yang lain . ini bermakna ianya adalah berpunca kepada kegagalan syarikat kontarktor tersebut termasuk subkontraktor membina bumbung dari Korea .

terlalu banyak persoalan yang boleh dipertikaikan daripada tindakan yang dilakukan oleh kabinet apabila meluluskan agar syarikat tersebut melakukan kerja-kerja pembinaan semula stadium tersebut .
malah JKR Negeri Terengganu juga yang terlibat dalam penyelenggaraan stadium tersebut tidak diambil tindakan . bukankah JKR Negeri Terengganu juga harus bertanggungjawab kerana membenarkan stadium tersebut dirasmikan dan digunapakai tanpa SIJIL SIAP KERJA . Jenayah terang-terangan yang dilakukan oleh JKR Negeri Terengganu . syukur sewaktu kejadian tidak ada nyawa rakyat yang melayang . bayangkan sewaktu kejadian tersebut ribuan rakyat sedang berada di stadium tersebut ?

saya benar-benar kecewa dan tidak bersetuju dengan keputusan yang dilakukan oleh kabinet . termasuk tindakan pihak SPRM dan Polis .

SELAMATKAN WANG RAKYAT

Hak dan Kepentingan Golongan OKU Perlu Terjamin

Negara-negara di dunia serta pelbagai pertubuhan antarabangsa digesa bertindak untuk menjamin hak dan kepentingan orang kurang upaya (OKU), dan mendorong pembangunan masyarakat tanpa halangan ke arah mencapai Matlamat Pembangunan Milenium.
Gesaan itu dibuat oleh Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dalam ucapannya semalam sempena Hari OKU Antarabangsa.Menurutnya, ramai OKU masih mengalami diskriminasi dalam kehidupan seharian. Hak dan kepentingan yang wajar dinikmati mereka masih tidak terjamin.
Beliau menggesa negara-negara di dunia melaksanakan sepenuhnya "Konvensyen Hak OKU" untuk memastikan golongan tersebut diberi peluang yang sama dengan anggota masyarakat yang lain.CRI/

SPRM Ada Unsur Penyelewengan

Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam percaya perletakan jawatan Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said bersangkut paut dengan skandal pemberian kontrak uniform suruhanjaya berkenaan.Katanya kontrak itu diberi secara rundingan terus tanpa melalui tender terbuka seperti kebiasaannya.Manikavasagam berkata, kontrak melalui rundingan terus itu mengakibatkan harga pakaian berkenaan melonjak melebihi 150 peratus berbanding harga asal.
Sehubungan itu katanya, beliau akan mendedahkan mengenai skandal pemberian kontrak itu dalam waktu terdekat.“Saya memang ada beberapa kes rasuah melibatkan Ahmad Said dan akan dedahkan dalam masa terdekat.
“Di mana tender pakaian diberi kepada satu syarikat secara rundingan lansung,” katanya.Beliau berkata demikian kepada TVSelangor ketika mengulas mengenai perletakan jawatan Ahmad Said berkuatkuasa akhir ini.
Semalam Ketua Setiusaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata, Ahmad Said telah meminta supaya kontrak khidmat beliau yang sepatutnya tamat Mei depan di pendekkan.Manikavasagam juga mendakwa beliau mempunyai dokumen lengkap mengenai pemberian tender berkenaan.
“Saya rasa mungkin ada tekanan mereka sudah tahu dokumen-dokumen berada di tangan saya dan kemungkinan besar mereka suruh dia (Ahmad Said) untuk meletakkan jawatan awal,” katanya. -TVS

50 NGO Tubuh 'Gegar' Tuntut Hak Royalti Minyak

KOTA BAHRU, 5 Dis: Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar) menggesa kerajaan supaya mengembalikan wang royalti kepada kerajaan Kelantan secara adil mengikut Perlembagaan Persekutuan.Kerajaan Pusat juga, sewajarnya menjelaskan hasil royalti kepada kerajaan Kelantan sebagaimana perjanjian Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan Perjanjian Petroleum menurut Seksyen 4 Akta pada 1975.
Pengerusi bersama Gegar, Dr Abdul Halim Yusof, dalam sidang medianya memberitahu, bagi menjayakan hasrat yang dicapai itu juga, pihaknya akan mengembeling tenaga bersama semua masyarakat tanpa mengira faham politik, bangsa dan agama dengan memberi kesedaran pelbagai cara.“Pada masa yang sama juga, Gegar akan menganjurkan Konvensyen Rakyat: Royalti Petroleum Antara Hak atau Ehsan? Di Kuala Lumpur Januari tahun hadapan,”ujarnya.
Menurutnya, bekas Menteri Kewangan yang juga Anggota Parlimen Gua Musang akan dijemput bagi menjayakan program yang julungkali akan dianjurkan Gegar itu.Pada masa yang sama, menurutnya pihaknya akan mengambil tindakan-tindakan yang dirasakan berkesan, bersesuaian dan bertepatan mengikut keadaan dari masa ke semasa bagi mencapai matlamat di atas.
Sehubungan itu, beliau menyeru semua masyarakat di negara ini mengikuti program terbuka yang dianjurkan Gegar itu.Gegar adalah gerakan yang menggabungkan 50 pertubuhan badan-badan Ngo di dua buah negeri.Ianya ditubuhkan bukan sahaja untuk menuntut hak royalti rakyat Kelantan, sebaliknya Terengganu yang telah lama memperolehi hasil tersebut namun kedudukan negeri itu masih ditempat kedua kemiskinan di negara ini.(Harakahdaily/AK)