klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Isnin, 12 Oktober 2009

Kemenangan Isa tanda kehancuran untuk malaysia

Apabila ingat Isa , maka ingat RASUAH !
Malangnya bagi majoriti rakyat atau pengundi di Bagan Pinang masih belum menerima dan menghayati betapa jijik dan kejinya amalan dan pelaku amalan koter tersebut . Isa dilihat sebagai ikon rasuah bagi UMNO tetap dipilih oleh majoriti rakyat di Bagan Pinang . Rakyat di bagan Pinang tidak menghiraukan rekod jenayah yang dilakukan oleh Isa , malah mengangkat kembali maruah jijik Isa dipersada politik . Malah kemenangan dengan majoriti yang lebih besar iaitu lebih daripada 5000 undi berbanding penyandang sebelum ini hanya 2333 undi majoriti .
Malah amat mengecewakan apabila gejala merasuah pengundi sepanjang PRK Bagan Pinang seperti "ikan menelan umpan dan mata kail" berlaku dikalangan pengundi . Tidak ada sesiapa pun yang sanggup tampil mendedahkan perilaku kotor tersebut. Terus menelannya dan diterjemahkan di atas kertas undi .
Meletakkan Isa sebagai calon dan seterusnya memenangi PRK bagan Pinang yang paling kotor dan ganas dalam sejarah pilihanraya tidak akan mampu merobah persepsi terhadap UMNO / BN sebagagai parti yang sinonim dengan RASUAH . UMNO ialah RASUAH dan RASUAH adalah UMNO . Gendang perang terhadap rasuah oleh UMNO hanyalah retorik semata-mata untuk mengabui mata rakyat .
Nampaknya rakyat Malaysia masih dapat menerima amalan dan gejala rasuah yang dilakukan oleh pimpinan UMNO / BN . Setiap tahun indeks persepsi rasuah di negara kita memperlihatkan amalan dan gejala rasuah yang semakin meningkat . Amalan politik wang di dalam UMNO adalah pendidikan kepada rakyat . Adalah amat malang apabila amalan tersebut dianggap biasa , normal dan diterima sebagai bukan kesalahan .
Ini bermakna kegagalan Kerajaan pimpinan UMNO/BN . Ini adalah kegagalan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM ) yang tidak mampu mendidik rakyat . Bersetuju dengan pandangan sahabat saya " SPRM hanya menumpukan kepada amalan rasuah yang telah pun berlaku tetapi tidak kepada usaha-usaha mencegah dan mendidik rakyat menghindari dan menjauhi amalan rasuah".
Penerimaan rakyat Bagan Pinang kepada Ikon Rasuah UMNO juga satu pendidikan kepada 1 Malaysia . Usaha UMNO mendidik rakyat 1 Malaysia menerima perasuah dan amalan rasuah . Malaysia menuju kehancuran dengan petanda kemenangan Isa di Bagan Pinang .
farizmusa.blogspot.com

'Kemenangan Isa, bukan Umno'

Kemenangan BN dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang semalam sebagai kemenangan calonnya Tan Sri Isa Samad, dan bukannya kemenangan Umno, kata penganalisis politik."Kemenangan semalam lebih kepada faktor personaliti. Walaupun Bagan Pinang merupakan kubu kuat Umno, tetapi masyarakat melihat Isa melebihi parti."Walaupun terdapat salah laku, masyarakat melihat sumbangannya yang besar," kata Dr Sivamurugan Pandian.Pensyarah kanan Universiti Sains Malaysia (USM) itu diminta mengulas kemenangan besar Isa yang berjaya mengalahkan calon PAS Zulkefly Mohamad Omar dengan majoriti lebih 5,000 undi.
Dihubungi Malaysiakini petang ini, Dr Sivamurugan berkata, kemenangan Isa itu menjadi permulaan bagi Umno untuk mengembalikan semula kewibawaan Umno yang merosot teruk pada pilihan raya umum lalu.Tambahnya, kemenangan Umno juga hasil kejayaannya mengelakkan sabotaj pemimpin setempat yang tidak terpilih sebagai calon – seperti yang pernah terjadi pada beberapa pilihan raya kecil sebelum ini.“Sejak awal lagi, hanya satu nama (Isa) yang dicalonkan bertanding. Tidak ada sabotaj berlebihan seperti yang pernah berlaku sebelum ini. Penyelarasan jentera mereka juga baik,” katanya.Ditanya tentang kesan kemenangan Isa yang didapati bersalah dalam politik wang selepas pemilihan Umno 2004, Dr Sivamurugan berkata:“Inilah cabaran besar pada Umno. Hampir setiap tahun perkara ini dibangkitkan dalam perhimpunan agungnya.“Walaupun ada yang melihat beliau harus dimaafkan dan diberikan peluang kedua, soalnya, bagaimana Umno mahu meyakinkan rakyat?”
Sementara itu, Setiausaha Umno Negeri Sembilan, Datuk Azman Hassan pula berkata, kemenangan Isa berpunca daripada kekuatan jentera pilihan raya setempat."Kita mempunyai perbezaan yang ketara (dengan negeri lain). Dengan kesungguhan kita bekerja, perpaduan antara jentera kita amat kuat. "Apabila pemimpin bercakap, jentera kita bersedia bersedia. Kalau pemimpin saja cakap, tetapi jentera tak kuat hendak buat apa," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo pula berhujah, BN memenangi pilihan raya kecil DUN tersebut kerana "mengutamakan pendapat rakyat" ketika memilih calon."Jika ditanya kepada sebahagian pemimpin veteran Umno, penganalisis politik dan pembangkang, pastinya Tan Sri Isa tidak layak menjadi calon," kata pemimpin Umno itu di blognya. "Seolah-olah tiada lagi peluang kedua ke atas mereka yang pernah dihukum atas apa kesalahan sekalipun."Namun BN dan (perdana menteri) Datuk Seri Najib Razak melihat bahawa kehendak dan suara pengundi DUN Bagan Pinang lebih penting kerana mereka yang akan memilih siapa wakil mereka dalam DUN Negeri Sembilan."Pemimpin popular DAP Lim Kit Siang pula berkata, kemenangan Isa luar jangkaan itu jelas menunjukkan Umno dan BN tidak dapat berubah untuk membersihkan negara daripada gejala rasuah."
Apa yang tidak dapat dijangkakan, kemenangan Isa dengan 8,013 undi dan majoriti 5,435 undi, menyapu bersih kesemua lapan pusat mengundi – keputusan yang jelas berhubung salah guna kuasa, politik wang dan penipuan undi pos," coret Lim di blog peribadinya.Pada pilihan raya umum 2008 - rekod terburuk BN - parti pemerintah itu hanya meraih majoriti 2,333 undi.
Pada pilihan raya umum sebelumnya, prestasi BN yang paling baik sejak merdeka, ia memperolehi 4,411 undi.
Kejayaan BN menggandakan jumlah majoriti kali ini berjaya menebus maruah parti itu yang selama ini tercalar akibat kegagalan memenangi sebarang pilihan raya kecil di Semenanjung sejak sembilan kali ia diadakan.BN berjaya menebus ketewasannya di tiga daripada lapan daerah mengundi pada Mac tahun lalu: Ladang Atherton, Pekan Siliau dan Sua Betong.Ketiga-tiga kawasan ini didominasi pengundi bukan Melayu. - malaysiakini

Calon tercalit tebus maruah UMNO-BN

Akhirnya, UMNO-BN berjaya menebus maruah dengan seorang calon yang tercalit imejnya, Mohd Isa Abdul Samad apabila menamatkan kekalahan dalam pilihan raya kecil di Semenanjung Malaysia selepas 8 Mac 2008. Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan ini kembali semula ke gelanggang politik dengan kemenangan majoriti 5,435 undi di PRK Bagan Pinang.
Pakatan Rakyat bukan sahaja gagal menembusi kubu UMNO-BN ini, malah gagal untuk mengurangkan undi majoriti yang diperolehi calon UMNO-BN dalam PRU ke-12. Calon PAS-PR, Zulkefly Mohamad hanya memperolehi 2,578 undi, berbanding Isa Samad yang mengaut 8,013 undi. PRK Bagan Pinang mencatat peratus pengundian setinggi 81.65%, dengan 233 undi rosak.
PRU ke-12 menyaksikan kemenangan calon UMNO-BN, Allahyarham Azman Mohd. Noor dengan 6,430 undi, sementara calon PAS, Ramli Ismail memperolehi 4,097 undi. Peratus pengundian adalah 81.59%, dengan 384 undi rosak pada ketika itu. Dengan kata lain, undi majoriti yang diperolehi UMNO-BN bertambah sebanyak 3,102 undi.
Malah, PRK Bagan Pinang ini memperlihatkan sokongan melangkaui kaum terhadap calon yang pernah disabitkan kesalahan kerana terlibat dalam politik wang ini. Keputusan ini diterjemahkan oleh Isa Samad sebagai sokongan rakyat terhadap konsep "1Malaysia" yang diuar-uarkan oleh PM Najib Razak.

UMNO: Kemelut atau harapan baru?
Keputusan PRK ini biarpun memacu momentum baru kepada UMNO-BN, bahkan mewujudkan suasana yang cukup mengghairahkan menjelang Perhimpunan Agung UMNO yang bakal berlangsung dalam minggu ini. Kemenangan yang didahagakan selama 19 bulan selepas "tsunami politik" ini, semestinya disambut dengan pujian yang melimpah dalam perhimpunan UMNO.Persoalannya, apa yang akan berlaku seandainya Isa Samad dinobatkan sebagai wira yang menebus maruah UMNO? Perebutan kuasa yang bakal tercetus sememangnya tidak dapat dielakkan. Kedudukan Mohamad Hassan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan mungkin terguling, malah kedudukan Timbalan Presiden Muhyiddin Yassin juga mungkin tergugat.
Muhyiddin Yassin, memikul tugas sebagai Pengarah Pilihan Raya BN setelah mengambil alih jawatan Timbalan Presiden UMNO. Bermula dengan PRK Bukit Gantang, Bukit Selambau, Batang Ai, Manek Urai dan berakhir di Permatang Pasir, hanya satu kemenangan dikecapi, itu pun di luar Semenanjung Malaysia.Maka, jasa kemenangan kali ini akan dikalungkan pada leher Isa Samad, terutamanya oleh penyokong setianya dalam UMNO.
Apa yang lebih penting daripada itu, pencalonan dan kemenangan besar Isa Samad semestinya diterjemahkan sebagai penerimaan rakyat terhadap pemimpin yang tercalit dengan rasuah. Maka, pemimpin seperti Ali Rustam, Muhd Muhd Taib dan pemimpin-pemimpin yang pernah tercalar imej itu, mempunyai alasan yang cukup munasabah untuk bangkit semula dalam parti.
Lebih-lebih lagi, penolakan rakyat dalam pilihan raya kecil sebelum ini akan dibaca sebagai "terpukau dengan janji dan pembohongan pembangkang", dan bukannya tuntutan untuk perubahan. Oleh itu, "rakyat yang kini sedar dari mimpi dan khayalan " telah kembali menyokong UMNO-BN.

Pengajaran untuk PR
Walaupun kekalahan sememangnya dijangkakan dari awal, namun kekalahan dengan majoriti yang besar tetap merupakan tamparan sengit kepada PAS-PR. PR didodoikan dengan suasana yang memberangsangkan selepas tsunami politik PRU ke-12.
Kekalahan PRK Bagan Pinang pasti memberi pengajaran kepada PR dalam beberapa aspek. Pertamanya, usaha menuntut sistem pilihan raya yang adil dan bersih sebelum ini terbantut, setelah kemenangan dalam PRU ke-12. Kawasan seperti Bagan Pinang menyedarkan PR bahawa isu ketidakadilan dalam sistem pilihan raya masih belum selesai.
Keduanya, PR melihat bahawa rakyat tetap akan memberi sokongan kepada PR, berdasarkan betapa buruknya BN, dan tidak mengambil kira sejauh manakah prestasi dan mutu PR. Perbalahan sesama sendiri dalam PR dianggap akan mendapat toleransi daripada rakyat kerana "ia sekadar mainan media, atau diperbesarkan oleh media".
Pengundi Bagan Pinang memberi jawapan yang sememangnya di luar jangkaan PR. Persoalan kini yang wajib direnungi PR ialah, berapa lagi Bagan Pinang yang ada di Malaysia?
*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Melayu.

PERHATIAN !

RAMBUT ANDA BERUBAN ?
RAMBUT ANDA KEGUGURAN ?
HADAPI MASALAH KELEMUMUR ?
GATAL-GATAL DI KEPALA ?

DAPATKAN !!!!!
SHAMPOO AJAIB RAWATAN RAMBUT HITAM NONI !
ANTIPATI : Ekstrak Noni ( mengkudu ) , Panx Ginseng , Ganoderma , Polygonum Multiforum
- MENGHALANG KEGUGURAN RAMBUT
- MEMULIH KEHITAMAN RAMBUT
- MENYUBURKAN RAMBUT
- MENGURANG KELEMUMUR
- MEMBEKALKAN NUTREIN DALAM BANTUAN PERTUMBUHAN RAMBUT
HANYA 5 - 10 MINIT ! RAMBUT ANDA MENJADI HITAM !
TANPA BAHAN KIMIA ! HALAL !


SEBELUM SELEPAS
Untuk wanita bertudung sangat baik !
Berminat ? Ingin mencuba ? Ingin Keterangan lanjut , hubungi atau SMS saya di 019-9900288

HANYA RM 15

Video Bukti Azeez Tidak Dipukul : PEMBOHONG !


KUALA LUMPUR, 10 Okt [6.00 am] - Beberapa laman blog semalam menyiarkan rakaman video mendakwa Pengerusi Putera Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim tidak ditumbuk sewaktu melalui kumpulan penyokong Pakatan Rakyat pada hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil PRK DUN Bagan Pinang, 3 Oktober lalu.

Video sepanjang 45 saat yang dimasukkan ke dalam laman video popular Youtube itu memaparkan Abdul Aziz bersama Menteri Belia Dan Sukan, Datuk Ismail Sabri dan beberapa lagi penyokong Umno berjalan ditengah penyokong Pakatan sambil disorak dan dihambur dengan laungan 'rasuah'. Rakaman amatur tersebut juga tidak menunjukkan sebarang kekasaran berlaku dan turut kelihatan pihak keselamatan berkawal dan meminta para penyokong PR bertenang.

Untuk lebih jelas, keseluruhan video tersebut di ulang dengan suntingan gerak perlahan. Rakaman di dakwa milik sebuah laman web itu disiar di internet sejak dua hari lalu dan sudah ditonton hampir 3000 penonton. Ianya boleh dicapai dengan mencari tajuk 'PRK N31 Bagan Pinang - Azeez Kene Pukul???' pada carian Youtube.

Abdul Azeez sebelum ini mendakwa telah ditumbuk semasa hari penamaan calon PRK Bagan Pinang sehingga mengemparkan seluruh negara. Dia yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) parti itu, mendakwa dipukul oleh sembilan penyokong PAS lawan dan telah diselamatkan oleh anggota polis yang bertugas.

PAS menyifatkan Abdul Azeez berbohong sehingga ada bukti yang menjelaskannya. Perikatan Belia Bersatu Malaysia (Pembela) pula masih membuka tawaran RM6,500 kepada sesiapa yang menyerahkan gambar bukti Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim ditumbuk atau dicederakan. Tawaran tersebut akan berakhir jam 12 malam, 10 Oktober ini.

MCA MENUJU KEHANCURAN !

MAAF SEBAB LEWAT UPDATE BERITA INI . SIBUK DENGAN BAGAN PINANG . TIDAK SEMPAT....
KUALA LUMPUR, 10 Okt [5.45 pm] - Presiden MCA Ong Tee Keat terpaksa akur dengan keputusan yang tidak menyebelahinya pada Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) MCA hari ini. Keputusan menyaksikan 1,155 daripada 2,307 perwakilan menyokong undi tidak percaya terhadap kepimpinannya sebagai presiden parti.
Manakala Soi Lek diterima semula menganggotai parti itu apabila seramai 1,204 perwakilan membantah keputusan Majlis Presiden memecat atau menggantung bekas timbalan presiden itu berbanding 1,095 undi yang menyokong keputusan yang dibuat 26 Ogos lalu.
Namun Chua Soi Lek gagal mendapat sokongan perwakilan untuk dilantik semula sebagai timbalan presiden apabila hanya mendapat 1,110 undian sahaja, berbanding 1,184 yang menolaknya.
Keputusan ini diumumkan oleh Speaker Datuk Yik Phooi Hoong pada kira-kira 4.25 petang tadi. Sebelum itu, keadaan tegang apabila kiraan semula dibuat untuk undian bagi usul tidak percaya kepada Tee Keat kerana majoritinya hanya 20 undi atau 1 peratus.
Yip memberitahu para perwakilan, sekiranya jumlah undi sama banyak, mengikut perlembagaan parti, beliau akan mengundi bagi menentukan pemenangnya. Beliau kemudiannya meminta perwakilan menunggu dan kedengaran bunyi laungan 'boo' dari para hadiran.
Seramai 2,307 perwakilan MCA mengundi dalam EGM hari ini untuk menentukan nasib dan masa depan politik Presiden Datuk Seri Ong Tee Keat dan Soi Lek. EGM bermula pada kira-kira jam 10.30 pagi .

Polis diarah siasat Anwar

SHAH ALAM – Sepasukan polis diarahkan mendalami siasatan terhadap kes Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Sri Anwar Ibrahim yang didakwa mempunyai simpanan ‘master account’ sebanyak RM3 bilion.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, pasukan itu turut diarahkan membuat rujukan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Menurutnya, tujuan rujukan tersebut dilakukan kerana kertas siasatan terdahulu pada tahun 1999 yang pernah dilaporkan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR pada waktu itu) berhubung isu yang sama masih dalam siasatan pihak terbabit.
“Kertas siasatan yang pernah dilaporkan kepada BPR sebelum ini berhubung isu yang sama masih dalam siasatan mereka dan di pihak kita pula, siasatan terdahulu tidak pernah ditutup.“Jadi di sini saya telah mengarahkan pegawai saya supaya membuat rujukan dengan SPRM untuk mendalami lagi siasatan itu termasuklah laporan yang baru kita terima,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan Ketu:a Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin agar polis mengadakan siasatan menyeluruh terhadap Anwar susulan dakwaan rakan karib Anwar, Datuk S Nalakarupan.
Nalakarupan sebelum ini telah membuat kenyataan Anwar mempunyai pelbagai sumber kewangan yang besar seperti mana didedahkan oleh bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid dalam kenyataan yang dibuat dalam tahun 1999.
Manakala Anwar ketika ditanya isu tersebut berkata beliau sedia disiasat polis kerana tidak gentar dengan dakwaan tersebut, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu sebaliknya mahu siasatan turut dijalankan terhadap beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) yang memiliki ‘kekayaan melampau’.
Sementara itu, mengulas lanjut berkenaan laporan polis yang sama terhadap Anwar oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) India di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya, baru-baru ini, Musa berkata, kertas siasatan berhubung laporan tersebut telah dibuka.
“Siasatan laporan itu sedang dijalankan dan sekiranya perlu kita juga akan memanggil Anwar dan Khairy Jamaluddin atau sesiapa sahaja yang boleh mem:beri keterangan bagi melengkapkan siasatan,” katanya.

Prestasi Menurun Di 3 Kawasan, PAS Perlu Lakukan Kajian

PAS gagal untruk memenangi semula ketiga-tiga daerah mengundi yang dimenangi dalam pilihanraya umum tahun yang lalu perlu dikaji secara mendalam supaya dapat diatasi segera menjelang PRU akan datang.
Tiga kawasan tersebut ialah:
Pekan Siliau (BN 349 dan PAS 113 undi);
Ladang Atherton (BN 218 dan PAS 115);
dan Sua Betong (BN 371 dan PAS 149).
Manakala BN mengekalkan penguasaannya di Ladang Bradwall dengan memperolehi 215 undi dan PAS mendapat 90 undi.
Dalam pilihanraya umum 2008,
Pekan Siliau (PAS 275 undi dan BN 194 undi - majoriti 81 undi
Ladang Atherton (PAS 208 undi dan BN 124 undi - majoriti 84 undi
Sua Betong dengan (PAS 290 undi dan BN 244 undi - majoriti 46 undi
BN pula menang di Ladang Bradwall dengan mendapat 172 undi dan PAS memperolehi 131 undi (majoriti 41 undi).
Bagi undi pos, BN mendapat 3,521 undi, manakala PAS memperoleh 601 undi daripada keseluruhan 4,604. Pada pilihanraya yang lalu, BN mendapat 3080 undi pos sedang PAS memperolehi 1189.

PAS Tumpas, Rasuah Menang Di Bagan Pinang

Seperti yang dijangka, gergasi Barisan Nasional Tan Sri Isa Samad menewaskan calon Pas Zulkefly Mohamad Omar dengan majoriti besar 5,435 undi.BN meraih 8,013 undi berbanding Pas 2,578 undi, peningkatan sebanyak 1583 undi dari keputusan PRU-12 8 Mac tahun lalu.Dalam PRU lalu, Allahyarham Azman Mohd Nor menumpas calon Pas Ramli Ismail dengan majoriti 2,333 undi.
Peratusan keluar mengundi bagaimanapun tidak mencatatkan peningkatan ketara. Hanya 81.62 peratus bersamaan 11,157 dari 14,912 pengundi berdaftar keluar membuang undi berbanding 81.59 peratus atau 11,579 pengundi dalam PRU lalu.Pas dijangka menghadapi laluan sukar menewaskan calon popular Isa Samad di kubu kuat BN ini. Mantan Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun itu diketahui popular dan Umno mengerahkan seluruh kekuatan jenteranya bagi memastikan kemenangan pertama di Semenanjung tanah air.
Pakatan Rakyat sebelum ini menggesa Suruhanjaya Pilihanraya merombak proses pengundian pos bagi memastikan pengiraan yang telus dan bersih. Undi tentera mencecah [berapa] ribu dan menjadi batu halangan besar kepada gagasan kerajaan alternatif menewaskan calon pemerintah di Bagan Pinang.Meskipun Bagan Pinang melunaskan kekontangan Umno-BN, pemerhati politik bersetuju kemenangan Isa Samad memudaratkan imej Umno, dan merencat reformasi lanskap politik negara.
Isa Samad pernah digantung keahliannya dari Umno selepas terbukti terbabit rasuah dalam pemilihan Umno 2004. Dari Pakatan Rakyat hingga ke pemimpin veteran Tengku Razaleigh Hamzah dan Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat bahawa kemenangan Isa adalah kemenangan untuk rasuah dan penyelewengan.
Perdana Menteri Najib Abdul Razak bagaimanapun menepis rekod rasuah Isa Samad, asalkan Umno menang dalam pilihanraya kali ini.Gerombolan pemuda berbaju Barisan Nasional dan 1Malaysia mengempur markas Pas sebermula kempen menyebabkan beberapa orang petugas cedera.
Pada waktu itu terdapat 40 orang petugas berada di dalam markas.Keganasan berlanjutan sehingga ke hari penamaan. Sepanjang proses pengundian berlangsung, 2 orang anggota polis mengalami cedera ringan, 3 orang ditahan dan 13 laporan berkenaan dengan kecederaan dilaporkan.Menurut Ketua Polis Negeri sembilan, Datuk Osman Salleh tujuh kertas siasatan telah dibuka dan ia disiasat di bawah 324 kanun keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan 160 kanun keseksaan kerana mencetuskan pergaduhan.

Kalah Tetapi Bermaruah : Terima kasih kepada semua Jentera AMK

Saya selaku Pengarah Pilihanraya AMK Malaysia merakamkan jutaan terima kasih dan syabas kepada seluruh jentera AMK dari seluruh negara yang telah bekerja dengan penuh istiqamah dan bersungguh-sungguh di PRK N3 bagan Pinang bermula dari 3 Oktober sehinggalah 11 Oktober .
Saya amat berbangga dengan komitmen yang diberikan oleh seluruh warga AMK yang telah memberi tenaga bakti , mengorbankan wang ringgit , masa dan segala-galanya berkampung di DUN Bagan Pinang wal;aupun berdepan dengan pelbagai risiko dean keselamatan diri .
Walaupun keputusan amat mengecewakan dengan kekalahan PAS bagi pihak Pakatan Rakyat , saya amat berpuas hati dengan gerakerja dan soladiriti serta mobilisasi anak-anak muda berjiwa kental dan berdaya juang sepanjang PRK .
PRK bagan Pinang seperti juga PRK yang lain , kita berdepan dengan petandingan yang berat sebelah . Pertempur dalam suasana gelanggang yang senget , pengadil yang berat sebelah dan amalan serta permainan kotor lagi jelek pihak lawan . Malah pihak yang seharusnya menjaga keselamatan dan pelaksana undang-undang turut sama bersekongkol dengan pemimpin UMNO/BN .
PRK Bagan Pinang diwarnai dengan tindakan ganas dan tidak bermoral upahan UMNO/BN yang mencemar demokrasi dan iklim berkempen di sana . Keghairan mereka hingga sanggup memaki hamun , mencedera , memukul , memprovokasi dan menggunakan senjata kepada para petugas kita terutama pemuda-pemuda PR. Syabas kepada semua teman-teman yang terus kental dan berjiwa waja , terus berjuang sehingga ke wisel penamat . Itulah kekuatan kita .
Rakyat Bagan Pinang majoritinya terus memilih 'Perasuah' menjadi pemimpin mereka . Pengalaman yang sama saya pernah harungi selama 5 tahun di Negeri Sembilan sewaktu masih berkhidmat sebagai guru di mana saya ditukarkan di Felda Palong , Negeri Sembilan. Sebab itu kekalahan kita tidak begitu mengecewakan saya . Walaupun calon yang tidak berakhlak dan bermoral tetap dipilih oleh rakyat di Negeri Sembilan asalkan berlambang-logokan UMNO/BN.
Kita juga berdepan dengan jumlah pengundi pos yang sangat ramai . Walaupun pelbagai cadangan , desakan dan bukti berkaitan 'undi pos' tetap tidak diambil endah oleh SPR . Saya teringat kepada kata-kata YB Saifuddin Nasution sewaktu beliau sebagai Timbalan Ketua Pemuda Keadilan ( sekarang AMK ) dalam satu mesyuarat exco , sewaktu beliau sebagai Setiausaha Pemuda UMNO Malaysia mengadakan pertemuan dengan SPR . Pengerusi SPR ketika itu menyatakan " SPR ADALAH BENTENG TERAKHIR BN" .
Sewaktu Najib Razak di Perancis , beliau seolah memberikan amaran dan peringatan , " majoriti kecil atau besar tidak penting , tetapi mesti menang!". Mereka akan sanggup melakukan apa sahaja walaupun terpaksa menghalalkan cara bagi menunaikan permintaan Presiden merangkap Perdana Menteri mereka .
Kekalahan ini perlu dipost mortem bagi memperbaiki kelemahan di masa akan datang . Kekalahan kita adalah bermaruah . Apa erti kemenangan sekiranya kemenangan itu penuh kekotoran , kezaliman dan kejelekan . Jangan berputus asa , jangan lemah semangat . Redha menerima kekalahan dengan berlapang dada . Perbaharui tekad dan semangat .
Kali ini soladariti Pemuda PR semakin mantap . Mobilisasi Pemuda PR di Bagan Pinang menjana kekuatan secara kolektif .
Jazakallah dan semoga Allah memberikan kekuatan kepada kita !
Fariz Musa
Timbalan Ketua AMK Malaysia
merangkap
Pengarah Pilihanraya AMK Malaysia