klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Selasa, 6 Oktober 2009

POSTER FITNAH : AMK BUAT LAPORAN POLIS

Teluk Kemang , 5 Oktober - Angkatan Muda Keadilan Malaysia telah membuat laporan polis bertempat di Balai Polis Teluk Kemang terhadap poster-poster berunsur fitnah dan berniat jahat terhadap pimpinan Pakatan Rakyat dan Pimpinan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat serta bersifat perkauman dan menghina agama .
Tindakan tidak bertanggungjawab ini boleh menyebabkan berlakunya ketegangan dan mengugat keselamatan dan kehormanian antara kaum . Poster-poster tanpa logo ini ditampal di sekitar kawasan PRK Bagan Pinang .
Laporan polis telah di buat oleh Sdr. Fariz Musa , Timbalan Ketua AMK Malaysia yang juga merupakan Penagrah Pilihanraya AMK Malaysia pada jam 5.45 petang di Balai Polis Teluk Kemang .
Beliau memberitahu bahawa tindakan sebegini adalah merupakan kesalahan di bawah Seksyen 4A (1) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 dan perlu diambil tindakan tegas oleh pihak polis dan Suruhanjaya Pilihanraya .
Beliau juga menyelar tindakan pihak SPR yang begitu sibuk untuk menurunkan bendera Keadilan yang berada di Bilik Gerakan atau Markas Pilihanraya sedangkan poster-poster dan pemidang-pemidang yang berunsur fitnah termasuk billbord oleh BN yang berusur fitnah dan bersifat perkauman .
Turut hadir ialah YB Ustaz Firdaus , Pengarah Pilihanraya DPP Pusat dan Sdr. Kamarulzaman , Setiausaha DPP Pusat .