klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Isnin, 23 Mei 2011

UMNO DAN MEDIA SYAITAN UMNO MEMBISU ISU RM52 BILLION.....

Umno, Utusan masih membisu isu RM52 bilion saham bumiputera- Anwar

KOTA BELUT: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menimbulkan persoalan ke mana saham bumiputera berjumlah RM52 bilion yang dilesapkan kerajaan Umno-Barisan Nasional.

Ketika menyampaikan pidato pada ceramah di Kota Belut, Sabah malam tadi, Anwar menyatakan kesal dengan tindakan Umno bersama akhbarnya, Utusan Malaysia yang berlagak seolah mereka memperjuangkan Melayu dan Islam.

Namun pada masa sama katanya, Umno masih membisu mengenai isu kehilangan saham tersebut yang kini hanya berbaki sebanyak RM2 bilion.

“Akhbar ini (Utusan Malaysia) tuduh saya dan Tuan Guru Haji Hadi dan Tok Guru Nik Aziz sebagai alat Cina, tapi mereka membisu berhubung kehilangan saham Umat Islam, Melayu dan Bumiputera. Dulu saham ini bernilai RM54 bilion sekarang hanya tinggal RM2 bilion sahaja.

“Orang Kota Belud patut tanya kepada pemimpin Umno, ke mana hilangnya saham-saham ini,” tegasnya.

Isu RM54 bilion yang diagihkan untuk orang Melayu di bursa saham telah ‘hilang’ dan kini hanya berbaki sebanyak RM2 bilion mula ditimbulkanKetua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada Mac 2010.

Sekiranya saham berkenaan masih kekal dalam pegangan bumiputera, kaum Melayu dikatakan mampu mencapai sasaran pegangan ekuiti 30 peratus pada masa kini.

Anwar dalam ucapannya berkata, Umno bukan sahaja gagal menjawab isu itu, tetapi cuba mengalihkan perhatian dengan memfitnah Pakatan Rakyat bahawa parti dalam gabungan itu cuba menjadikan Kristian sebagai agama rasmi dan perdana menteri di kalangan bukan Melayu,

“Orang tanya saya (mengenai isu ini dan saya jawab). Saya Orang Islam. Aktif dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim). Malah, semasa dalam kerajaan saya mempelopori penubuhan Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

“Semasa menjadi Menteri Pendidikan, kursus guru-guru, kita terapkan dengan Qiamullail, kuliah Subuh. Perkara itu berlaku bukan sekarang, tetapi kita terap dan suburkan di Malaysia semasa (saya) menerajui Kementerian Pendidikan,” katanya.

Sehubungan itu, Anwar menyeru segenap lapisan anggota dan pimpinan Pakatan Rakyat agar tidak terperangkap dengan taktik Umno BN yang cuba mengapikan sentimen
kaum dan agama demi kepentingan politik sempit mereka.

“Jadi, nak suruh saya fitnah dan maki mereka (juga)? Tak boleh. (Kalau buat begitu,) Apa bezanya (kita dengan mereka?). Kalau saya sanggup buat begitu terhadap mereka, apa alasan kita nak bagi pilihan dan kerajaan alternatif kepada rakyat.

“Sebab itu, kekuatan kita ialah sebagaimana yang disebut dalam Surah al-Ahzab ayat 21 yang bermaksud “Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu contoh teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah,” tegasnya.

Turut serta dalam ceramah itu ialah pimpinan Pakatan Rakyat negeri dan Pusat. Jelajah Anwar di Sabah bermula sejak 21 Mei lalu dengan kunjungannya turut meliputi Kota Kinabalu, Pitas, Sandakan selain mengadakan mesyuarat bersama pimpinan KEADILAN Sabah.

perhimpunan BERSIH 2 : Kenyataan Hisam Keris disanggah

Hisamuddin Hussein dengan angkuh berkata bahawa perhimpunan BERSIH adalah bertujuan memburukkan imej negara. Bagi Hisamuddin Hussein tindakan mengadakan demonstrasi atau perhimpunan seperti BERSIH adalah cara lama seolah-olah tindakan seperti itu tidak memberikan kesan dan membuang masa.

Rakyat tidak akan memilih jalan dengan mengadakan perhimpunan tersebut sekiranya SPR menjalankan tanggungjawab dengan penuh telus , adil dan profesional. Rakyat tidak akan berhimpun sekiranya SPR melaksanakan perjalanan pilihanraya dengan adil dan tidak berat sebelah. Rakyat tidak akan sesekali bertindak sedemikian rupa sekiranya SPR tidak menjadi barua kepada UMNO/BN setiap kali pilihanraya umum mahu pun pilihanraya kecil. Rakyat terpaksa berdemonstrasi kerana SPR adalah pengadil yang tidak berwibawa dan berintegriti .

Setiap kali pilihanraya umum , pilihanraya kecil mahu pun baru-baru ini pilihanraya negeri Sarawak memperlihatkan sikap double standard SPR . Bertindak mengikut telunjuk UMNO/BN . Malah SPR sebagai badan yang bertindak memenangkan UMNO/BN setiap kali pilihanraya berlaku.

Segala tuntutan yang dibuat oleh BERSIH tidak diambil perhatian langsung , sedangkan segala tuntutan yang dibuat adalah bertujuan kebaikan dan membaiki imej SPR di mata rakyat sebagai badan yang benar-benar telus dan profesional dalam menjalankan tanggungjawab mengurus sesebuah pilihanraya.

Kenyataan Hisamuddin memperlekehkan suara rakyat benar-benar dikutuk dan terlalu ego. Kenyataan bahawa seolah-olah perhimpunan rakyat tidak memberikan kesan adalah merupakan cabaran yang perlu disahut oleh seluruh rakyat Malaysia yang mencintai negara ini agar sistem demokrasi di negara ini berjalan atas landasan keadilan dan profesional.

SPR wajib dibebaskan dengan meletakkannya bertanggugjawab di bawah Parlimen . Dengan melapor terus kepada parlimen bukannya sepertimana sekarang . Perlantikan Pengerusi SPR dan pegawai-pegawai kanan SPR sewajarnya ditentukan oleh parlimen dan bukannya dicadangkan oleh Perdana Menteri.

Perhimpunan BERSIH 2 ini wajib diteruskan . Suara rakyat adalah suara keramat . Tuntutan BERSIH 2 adalah perlu ke arah raa kecintaan kepada negara supaya pilihanraya akan diuruskan oleh satu badan yang bersih dan bebas serta mampu mengangkat demokrasi yang benar-benar tulin .