klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Jumaat, 14 Januari 2011

JANJI JINGGA PR : MANIFESTASI KETUANAN RAKYAT

Janji Jingga Pakatan Rakyat ( PR ) adalah merupakan manifestasi daripada perjuangan Ketuanan Rakyat yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat . 10 janji yang dimenterai memberikan gambaran yang nyata dan jelas , berpaksikan secara realis gagasan Pakatan Rakyat demi kebaikan dan kepentingan rakyat seluruhnya dan negara Malaysia tercinta yang selama ini dirobek oleh kerakusan dan rompakan secara tersusun oleh UMNO / BN terhadap dana rakyat demi kepentingan kroni dan nepotisme .
Selama ini rakyat hanya mendapat ketirisan semata-mata daripada segala apa yang lakukan oleh kerajaan UMNO/BN yang melakukan pembangunan dan prasarana kononnya atas nama rakyat tetapi sebenarnya memenuhi tembolok dan kantung mereka .
Janji Jingga PR bukan bersifat populis sepertimana yang digembar-gemburkan oleh pimpinan UMNO . Pelbagai tomahan dan suara-suara sumbang mengambarkan ketakutan yang amat sangat oleh mereka , mereka sedar bahawa janji 100 hari Pakatan Rakyat memerintah negara adalah janji yang mampu direalitikan oleh Pakatan Rakyat yang akan menutup 'lubang duit' mereka dan membuka pekung dan nanah yang selama ini bersarang serta membusong .
UMNO bimbang , Janji Jingga PR akan diterima oleh rakyat dan memberikan 'keranda' bagi menyemadikan UMNO . Sebab itu DS Najib terlalu takut untuk berdepan dengan DS Anwar dalam pelawaan debat . Adalah menjadi suatu kebiasaan dalam negara-negara yang mengamal demokrasi ( kecuali Malaysia ) , pendebatan dan penjelasan polisi adalah sangat perlu bagi diperjelaskan kepada rakyat dan rakyat berhak untuk mendengar , mengetahui dan memahami sedalam-dalamnya .
Adalah amat hairan DS Najib menganggap pedebatan tersebut hanyalah sesuatu yang sia - sia dan membuang masa . Kenyataan yang menampakkan ketakutan amat sangat DS Najib untuk berdepan dengan DS Anwar . Bukankah ini masa dan saat yang sesuai bagi rakyat mendengar dan menilai parti manakah yang akan mampu memberikan kebaikan kepada rakyat dan negara .
PRU 13 sudah semakin hampir . Rakyat harus mengambil pendekatan yang terbaik untuk kebaikan mereka . Bebanan kenaikan harga barang dan bahan api sudah cukup memberikan kesan kepada rakyat terutama golongan miskin . Kerajaan UMNO / BN tidak mampu mengawal suasana ini dan rakyat terus terbeban dengan situasi ini.
Janji Jingga PR diyakini akan mampu merubah suasana ini . Rakyat akan terus terbela dan negara akan kembali atas landasan sebenarnya . Reformasi secara menyeluruh sistem dan polisi negara yang lebih merakyat .

UBAH SEKARANG , SELAMATKAN MALAYSIA !

Standard Khairy Terlalu Rendah Untuk Berdebat Dengan Anwar

Tindakan Pemuda UMNO mencabar DS Anwar berdebat terutama ketuanya Khairy Jamaludin berhubung 100 hari Pakatan Rakyat benar-benar menimbulkan kegelian di hati ramai . Adakah layak Khairy untuk berdebat dengan DS Anwar ? Sedangkan parti dan Presidennya pun tidak yakin kepada beliau untuk diberikan kepercayaan dilantik apa-apa portpolio dalam Kerajaan Malaysia . Relevankah DS Anwar menerima jemputan dari seorang 'anak hingusan' untuk berdebat ?
Isu debat ini menampakkan keghairahan Khairy yang cuba bersikap populis setelah tengelam dalam arus umno sendiri . Khairy dilihat cuba menjadi 'hero' dalam suasana 'boss'nya DS Najib Abd. Razak telah menunjukkan kedayusan dan terlalu takut untuk berdepan dengan dengan cabaran debat oleh DS Anwar . Samada Khairy berlagak 'hero' atau sedang menghina Perdana Menteri DS Najib yang dilihat terlalu bacul untuk berdepan dengan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat berbanding dengan beliau .
DS Najib menganggap cabaran debat DS Anwar adalah " membuang masa" . Benarkah ianya membuang masa atau semangnya terlalu takut untuk berhadapan dengan DS Anwar berkaitan dengan program 100 hari Pakatan Rakyat ? Janji Jingga Pakatan Rakyat yang lebih realistik dan berkemampuan memberikan kebaikan kepada rakyat dan negara Malaysia .
Adalah lebih baik Khairy dan Pemuda UMNO menghantar desakan kepada PM DS Najib Abd. Razak untuk bersedia berdebat dengan DS Anwar . Adalah amat tuntas DS Najib Abd. Razak yang merupakan Perdana Menteri berdebat dengan Ketua Pembangkang . barulah sesuai berbanding standard Khairy terlalu jauh rendahnya dan tidak layak untuk berdebat dengan DS Anwar yang mempunyai pengalaman sebagai Timbalan Perdana Menteri , Menteri Kewangan , Menteri Pendidikan , Menteri Belia dan Sukan dan Menteri Pertanian .
Saya berkeyakinan DS Anwar tidak akan melayan pelawaan debat oleh Khairy Jamaludin yang standardnya umpama 'langit dengan bumi' . Desakan kita ialah DS Najib berdebat dengan DS Anwar , rakyat Malaysia ingin melihat dua tokoh ini berdebat dan berhujah . Kalau DS Najib mempertikai dan menganggap Janji Jingga PR adalah tidak relevan dan bersifat uthopia , ayuh terima cabaran debat DS Anwar Ibrahim , baru bertemu 'buku dengan ruas' ! Khairy tugas anda ialah pujuk boss anda terima pelawaan DS Anwar !