klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Khamis, 23 Julai 2009

Apa status kes 54 Adun BN Selangor habiskan RM 27 juta?

Jaraknya tidak sampai setahun selepas peristiwa kematian A.Kugan semasa di dalam tahanan polis, rakyat sekali lagi dikejutkan dengan tragedi ngeri kematian misteri Setiausaha Politik Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teoh Beng Hock.Beng Hock dilaporkan ditemui mati di koridor luar tingkat lima bangunan plaza Masalam di Shah Alam selepas disoal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berhubung isu penyalahgunaan wang peruntukan melibatkan beberapa Adun Pakatan Rakyat negeri Selangor.
Tragedi tersebut menggamit pelbagai persepsi tidak menyenangkan terhadap pihak berkuasa tempatan. Di mana piagam kerajaan dalam menjamin keselamatan suspek semasa menjalani proses siasatan?Apatah lagi siasatan ke atas Beng Hock dilihat agak luar biasa apabila memakan masa terlalu lama (kira-kira 10 jam). Modus operandi itu secara tidak langsung menimbulkan unsur penderaan mental sekaligus bersalahan dengan etika hak asasi manusia.Justeru, tidak ada cacatnya desakan agar Suruhanjaya Diraja ditubuhkan kerana tragedi tersebut memberi kesan besar kepada iltizam rakyat yang ingin melihat sesuatu perkara itu dari sudut keadilan.Tindakan mengunci suara mana-mana individu yang cuba melontarkan pandangan atau pendapatnya terhadap perkara yang berlaku menggambarkan bayangan seram pemimpin kerajaan cuba menyembunyikan kemungkaran di sebalik telunjuk sendiri.
Tidak mampu! Bahkan bertentangan dengan prinsip demokrasi negara.Perspektif kerajaan adil tidak menepati kretirearnya selagi hak kebebasan rakyat bersuara masih diganggu-gugat dengan sekatan atau ugutan. Konsep 1Malaysia rakyat didahulukan, hanya sia-sia jika gagal mencipta satu dimensi baru secara keseluruhan buat rakyat.Kalau Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Nazri Abdul Aziz, sendiri boleh berspekulatif, kematian mangsa berpunca dari terjun bangunan, kenapa tidak dibolehkan rakyat turut berspekulatif ia adalah dari kejahatan SPRM berdasarkan kaitan 'environment'.
Sebelum ini, beberapa orang penyokong Dato� Norza Zakaria, calon Majlis Tertinggi Umno telah membuat laporan polis bahawa mereka telah didera dan diseksa oleh SPRM semasa soal siasat dilakukan ke atas mereka berkaitan rasuah melibatkan Norza.Justeru cadangan penubuhan Suruhanjaya Diraja bukan menjurus kepada satu aspek tragedi kematian Beng Hock, tetapi apa yang lebih jauh dari itu ialah tahap keintegritiannya terhadap sesuatu kes.SPRM mula beroperasi secara rasmi pada 1 Januari 2009. Sebelum ini dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR) Malaysia. Ditubuhkan melalui penggubalan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2008 (Akta 694).Ia ditubuh bagi meningkatkan keberkesanan dan kecekapan dalam usaha pencegahan rasuah serta memperbaiki persepsi kebebasan dan ketelusan dalam pelaksanaan fungsi-fungsi suruhanjaya.
Sebaliknya hari ini SPRM dilihat gagal membuktikan peranannya menyebabkan ramai orang mempertikaikan kredibilitinya seolah-olah mengamalkan polisi 'double standard'.Jika Beng Hock bersama Adun-Adun Pakatan yang lain SPRM boleh seagresif itu dalam menjalankan siasatannya, tetapi kenapa tidak terhadap beberapa pemimpin BN yang telah diketahui umum terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dan rasuah bernilai jutaan ringgit?
Sebagaimana kes berlaku di Selangor sebelum pilihan raya umum 8 Mac 2008 melibatkan wang peruntukan Adun BN yang berjumlah RM500,000 dihabiskan dalam tempoh 50 hari merangkumi jumlah keseluruhan (54 Adun) sebanyak RM27 juta?Dan kemana hilangnya aduan terhadap individu terbabit dengan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) bernilai RM12.5 bilion, serta istana bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Khir Toyo, mencecah RM24 juta melebihi pendapatan asalnya di samping lawatannya ke Disneyland yang menelan belanja hampir RM1.8 juta.
Ringkasnya, ke mana pergi laporan demi laporan mengenai penyalahgunaan kuasa pemimpin BN tidak dipedulikan SPRM? Rakyat menuntut jawapan tegas tanpa sebarang unsur politik.Kegagalan SPRM berbuat demikian bermakna SPRM telah mencalar polisi kebebasannya sendiri yang boleh dianggap penubuhannya adalah semata-mata untuk menjadi kuda tunggangan Umno-BN bagi melemahkan kerajaan Pakatan Rakyat. - azm-

MAKLUMAN: Pakatan Rakyat Memorial Service for Teoh Beng Hock

Pakatan Rakyat Memorial Service for Beng Hock

Dimaklumkan bahawa Pakatan Rakyat akan mengadakan satu upacara memperingati mendiang Teoh Beng Hock. Butiran acara tersebut adalah seperti berikut:

Tarikh: 23 July 2009 ( Khamis )
Masa: 8pm
Tempat: KL-Selangor Chinese Assembly Hall, Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur

Ucapan oleh:
DAP National Vice Chairman, YB Tan Kok Wai
DAP Parliamentary Leader, YB Lim Kit Siang
Penang Chief Minister, YAB Lim Guan Eng
PAS Vice President, YB Dato' Salahuddin Ayub
KEADILAN Secretary-General, Datuk Salehuddin Hashim
SUARAM Coordinator, Tah Moon Hui

Siasatan awam cari punca kematian Teoh - Malaysiakini

Mesyuarat mingguan jemaah menteri hari ini tunduk kepada desakan popular pelbagai pihak, termasuk pemimpin BN, agar menyiasat secara bebas punca kematian Teoh Beng Hock. Keputusan rasmi kabinet itu yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib Razak dalam satu sidang media khas di pejabat perdana menteri di Putrajaya menyebut:
Pertama, Kementerian Dalam Negeri dan polis diarahkan menyelesaikan siasatan secepat mungkin dan laporan siasatan tersebut, yang sedang berjalan, akan diumumkan.
Dua, satu inkues atau siasatan awam yang diketuai oleh seorang majistret untuk menentukan punca kematian Teoh.
Tiga, menubuhkan suruhanjaya diraja dengan bidang kuasa khas untuk menilai kaedah soal siasat yang diguna pakai oleh SPRM dan menentukan sama ada pernah berlaku pencabulan hak asasi manusia sewaktu Teoh disiasat mulai petang 15 Jun hingga awal pagi esoknya.
Susulan kematian mengejut dan penuh tanda tanya Teoh selepas disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan salah guna peruntukan DUN di Selangor, banyak pihak menggesa penubuhan suruhanjaya tersebut. Teoh merupakan setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah

There is many a truth in the parody - Raja Petra Kamarudin

NO HOLDS BARRED

Some of you may think that the MACC Downfall Parody video is in bad taste. I mean, how can we make fun of Teoh Beng Hock’s death when we should instead be mourning him? Yes, it was a hard decision to make as to whether to publish that video or not. But we decided to do it anyway not with intent to make fun of Teoh’s death but to reveal the real circumstances behind his death. And the video best describes the events behind what really happened.Many months ago, soon after Perak fell, Malaysia Today had revealed the plan to bring down the Pakatan Rakyat state governments of Selangor, Penang and Kedah. Unfortunately, instead of taking corrective measures by strengthening their defences against the onslaught, Pakatan Rakyat became embroiled in inter-party and intra-party bickering. And most of the bickering was about petty and personal issues involving personalities and egos.
Perak was supposed to be the beginning. Selangor, Penang and Kedah were supposed to follow suit. In time, all the states under Pakatan Rakyat, save Kelantan, would be back in the hands of Barisan Nasional.The Selangor plan was simple. The Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, and a few of the Selangor State EXCO Members would be arrested for corruption. They would be held a day or so in the lockup and then dragged to court to be charged. The trial would be speedy so that their resignations or disqualifications would come fast. And that would be the end of the Pakatan Rakyat Selangor government.
The modus operandi would be the same as what they did to Anwar Ibrahim in 1998. One need not actually receive money or benefit financially for it to be regarded as corruption. Even if your office is used in what could be perceived as an abuse of power or you personally instruct someone to ‘do something’ -- even if it does not involve money or financial gain -- that too would be considered corruption and you can be sent to jail.So the MACC was instructed to build a case against various people in the Pakatan Rakyat Selangor government, from the Menteri Besar down to his team of EXCO Members. And to implicate these people in corruption the junior officers would be hauled in and forced to make statements that their bosses instructed them to ‘do certain things’. This would be the ‘evidence’ they use to arrest and charge the Pakatan Rakyat leaders.
We must remember, Anwar Ibrahim was arrested, charged, put on trial, pronounced guilty, and sent to jail for six years in exactly the same manner. All they needed to do was to get the Special Branch to ‘reveal’ that Anwar had instructed them to ‘interfere’ in a police investigation. And that was strong enough evidence to send Anwar to jail.This whole thing came out in Anwar’s trial back in 1998 although many did not understand the implications at that time. The Special Branch officers testified that Anwar had summoned them to his office. And in Anwar’s office they engaged in a conversation. And the conversation involved Anwar asking the Special Branch to help force the witness, Azizan Abu Bakar, to retract his allegation of sodomy.Azmin Ali, Anwar’s political secretary at that time, testified that Anwar did not summon the Special Branch officers to his office. They had in fact come to Anwar’s office with a request to meet Anwar. Azmin told them that Anwar is busy and would not be able to meet them. But they told Azmin it is important that they meet Anwar and insisted that they be allowed to meet him.
And when they met Anwar they tried to persuade him to give them permission to arrest Azizan so that they could interrogate him and find out who are the ‘forces’ behind the allegation of sodomy. But Anwar was reluctant to allow them to do that and told them he would have to think about it first.
Anwar then went to meet Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad to seek his advice. Mahathir advised Anwar to just ignore the allegation. Mahathir said if he acted on every allegation made against him he would have no time to do any other work.
The Special Branch officers came to meet Anwar again and Anwar told them what Mahathir had said. The Special Branch officers, however, insisted that Anwar allow them to arrest Azizan. This matter involves national security, they said. It is not about Anwar. It is about ‘certain forces’ plotting the downfall of the Deputy Prime Minister and it is important that the police find out who they are for the sake of the nation’s security.
Finally Anwar had no choice but to say yes.The issue is simple. Did Anwar summon the Special Branch officers to his office or was it they who came to see Anwar? And was it Anwar who wanted them to arrest Azizan or was it the Special Branch who sought permission to arrest Azizan?Anwar and Azmin said it was the Special Branch officers who came to Anwar’s office and it was they who insisted that they meet Anwar. Anwar did not summon them to his office. And Anwar did not agree for them to arrest Azizan. It was the Special Branch that insisted Anwar allow them to arrest Azizan. But before they could do that Anwar would first have to make a police report.
The court accepted the Special Branch’s version of the story rather than Anwar’s and Azmin’s although during the trial the Special Branch officers testified that they were prepared to lie while on the stand if ordered to do so. Nevertheless, Anwar was found guilty and was sent to jail.So it is not difficult to send someone to jail for corruption. All you need to do is to get someone to testify that someone instructed him or her to ‘do something’. And if that ‘something’ is considered an abuse of power then you go to jail.
The MACC wanted Teoh to say that he too was ordered to ‘do something’ by those in the Pakatan Rakyat Selangor state government. If he says that then the MACC would have a case against the Pakatan Rakyat leaders. And they wanted the whole thing done fast. It must be settled by Friday because that was the day they wanted to arrest Tan Sri Khalid and a few of his EXCO Members.So the heat was on. Friday was the dateline. They wanted Tan Sri Khalid and his team arrested that same day. And they would have to use force if necessary to get Teoh to say what the MACC wanted him to say to meet this dateline.
And in their eagerness to get Teoh to talk they killed him. So the crucial witness was now dead. And they could not arrest Tan Sri Khalid and his team of EXCO Members on Friday as planned after all.So it is back to the drawing board. They will now need new ‘witnesses’. Other junior officers in the Pakatan Rakyat state government would need to be hauled in as ‘witnesses’ and would have to be made to testify under force that they had been instructed to ‘do certain things’ by ‘certain people’. Then these ‘certain people’ can be arrested and charged for corruption. And only then will the Pakatan Rakyat Selangor state government fall as planned.Yes, watch the MACC Downfall Parody video again. There is many a truth in that parody. The video may appear funny. It may look like it is meant as a joke. But it is not at all humorous in what they did to Teoh in their effort to bring down the Pakatan Rakyat Selangor state government.Malaysia-Today

Kes Anwar: Pendakwa dapat penangguhan sementara

Jul 22, 09 2:05pm

Mahkamah Tinggi hari ini memberikan penangguhan pelaksanaan interim, bagi permohonan penangguhan yang dibuat oleh pihak pendakwaan terhadap perintah Mahkamah Tinggi supaya menyerahkan sebahagian besar dokumen yang diminta Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mahkamah memerintahkan ianya diserahkan kepada pihak pembelaan sebelum perbicaraan kes liwatnya bermula, sementara menunggu perbicaraan permohonan penangguhan pelaksanaan pada hari Jumaat ini.Pada 16 Julai lalu, Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah membenarkan permohonan Anwar dan mengarahkan pihak pendakwaan menyerahkan dokumen itu dalam tempoh tujuh hari, dan tempoh itu tamat esok.Mahkamah menetapkan Jumaat ini untuk mendengar sebutan semula permohonan Anwar bagi mengenepikan dakwaan liwat terhadapnya dan sebutan semula kes itu.
Mohamad Zabidin hari ini membenarkan permohonan pihak pembelaan menangguhkan pendengaran bagi permohonan penangguhan yang dibuat, untuk membolehkan ia menjawab afidavit sokongan yang diserahkan kepadanya oleh pihak pendakwaan semalam.Mahkamah hari ini dijadualkan untuk mendengar permohonan penangguhan itu, namun seorang daripada peguam Anwar, Amer Hamzah Arshad berkata pihaknya hanya menerima salinan notis usul serta afidavit itu semalam, dan memerlukan masa untuk menjawabnya.
Bagaimanapun Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, yang mengetuai pasukan pendakwaan, membantah kerana menurutnya afidavit yang dikemukakan itu lebih bersifat fakta undang-undang dan berhubung dakwaan.Di dalam affidavit itu, pihak pendakwaan antaranya menyatakan penangguhan pelaksanaan perintah mahkamah pada 16 Julai itu adalah perlu kerana perintah itu berhubung kenyataan saksi yang dirakamkan di bawah Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah yang diarahkan dibekalkan kepada Anwar, akan memberi impak yang mana akan memudaratkan penyiasatan pendakwaan bukan sahaja dalam kes ini tetapi dalam kes jenayah lain.
Affidavit itu juga menyatakan penangguhan pelaksanaan perintah mahkamah itu juga perlu bagi mengelakkan rayuan pendakwaan terhadap perintah itu di Mahkamah Rayuan menjadi akademik kerana ia adalah persoalan undang-undang yang penting.Anwar, 65, didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan, 24, di Desa Damansara Kondominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara pada 26 Jun tahun lalu.
Hakim turut membenarkan permohonan peguam Amer Hamzah untuk memberi kebenaran kepada Anwar untuk tidak menghadiri pendengaran permohonan penangguhan itu Jumaat ini.

Pro-ISA bertembung demo anti-ISA

Demonstrasi menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan pakatan pembangkang bakal bertembung dengan ribuan pendukung akta kontroversi itu, 1 Ogos ini.Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) bersama sepuluh NGO Melayu bakal memimpin "rakyat Malaysia yang cintakan keamanan" berhimpun di Pasar Seni di ibu negara bagi menunjukkan sokongan mereka terhadap ISA.
Timbalan Presiden II Pewaris, Rahimuddin Md Harun ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan rancangan itu.Katanya, dengan berpakaian putih, mereka akan berhimpun pada jam 1 tengah hari dan mengumpulkan tandatangan orang ramai meminta kerajaan mengekalkan akta tersebut."Kita juga bercadang hantar memorandum (mengekalkan ISA) kepada Yang di-Pertuan Agong jika dibenarkan," katanya.Perhimpunan tersebut yang bertemakan "1Malaysia, Selamatkan Malaysia, Kekalkan ISA dan Pertahankan Hak Keistimewaan Orang Melayu" dibuat serentak dengan Himpunan MANSUH anjuran GMI yang ingin berarak ke Istana Negara.
GMI, yang didukung parti pembangkang utama dan NGO hak asasi, memilih tiga lokasi yang selama ini menjadi pusat perhimpunan anti-kerajaan - kompleks membeli-belah Sogo, Masjid Jamek dan KL Sentral – sebelum menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.Mereka mengarahkan semua penentang ISA berpakaian merah dan hitam sebagai simbol bantahan.
Perhimpunan itu dijangka bertukar pentas untuk menuntut keadilan bagi Teoh Beng Hock - setiausaha exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah - yang ditemui mati dalam tanda tanya dekat pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Khamis lalu.
Ditanya sama ada tindakan Pewaris bakal mencetuskan pertembungan dengan penunjuk perasaan yang menentang ISA, Rahimuddin berkata, "mereka tidak berniat mencetuskan perkara itu"."Kalau (mereka) kata kebebasan bersuara, kami pun nak guna juga. Kita tidak ada niat pun nak bertembung dengan sesiapa," katanya, sambil menyifatkan pemilihan tarikh itu "cuma kebetulan sahaja".Pewaris akan bermesyuarat malam ini bagi membincangkan persiapan akhir, termasuk memohon permit polis bagi tujuan itu. Sidang media bagi mengumumkan perkara itu dijangka dibuat beberapa hari lagi.
FM - MENARIK NI !!!!! PAKAT TURUN RAMAI-RAMAI SOKONG ANTI-ISA ! BJU HITAM MERAH LWN BAJU PUTIH ! PENING FRU NANTI ! KITA TENGOK 1 OGOS NANTI !

Pendakwa pohon tangguh serah dokumen pada Anwar

Pihak pendakwa dalam perbicaraan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat permohonan segera untuk 'menangguhkan' perintah menyerahkan salinan rakaman video, dokumen dan laporan perubatan kepada peguambela.
Khamis lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan pihak pendakwa supaya menyerahkan dokumen-dokumen berkenaan kepada Anwar dalam tempoh tujuh hari.Pada hari berikutnya, pihak pendakwa memfailkan notis rayuan terhadap keputuan yang dibuat oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.Pada kira-kira jam 2 petang ini, pendakwa memfailkan permohonan 'penangguhan' perintah tersebut, di pejabat pendaftar jenayah Mahkamah Tinggi.Dokumen tersebut ditandatangani DPP Nordin Hassan - salah seorang daripada enam anggota pasukan pendakwaraya - yang diketuai Peguamcara Negara 11, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin.Peguam bekas timbalan perdana menteri itu - Sankara Nair - mengesahkan beliau telah menerima salinan permohonan tersebut, yang difailkan bersama dengan sijil kesegeraan.Tiada tarikh yang ditetapkan untuk mendengar permohonan tersebut, tetapi Sankara berkata, pihaknya akan memfailkan afidavit balas.
FM - sangat pelik , kenapa pendakwaraya masih teragak-agak untuk menyerahkan semua dokumen , salinan rakaman video dan laporan perubatan ? sehingga mohon untuk tangguhkan penyerahan semua itu sedangkan mahkamah telah membuat keputusan supaya pihak pendakwaraya menyerahkannya . konspirasi apa lagi ?????

Anwar mungkin merengkok 12 tahun kerana DNA

Oleh Zukri Aksah
KUANTAN, Julai 20 — Walaupun telah wujud empat laporan dari doktor berlainan yang mengesahkan bahawa Saiful Bukhari Azlan tidak mempunyai sebarang kesan yang menunjukkan dia diliwat, tetapi perbicaraan kes liwat Saiful lawan Anwar Ibrahim yang bakal bersambung nanti mungkin akan memberi kelebihan kepada Saiful.
Dalam ceramah umum di Beserah, Kuantan pada malam Sabtu lepas, pemimpin-pemimpin kanan PKR yang hadir, Zulkifli Noordin, Fuziah Salleh dan Azan Ismail, serta Saudara Ahmad Nizam Hamid senada dalam mendedahkan tentang keputusan hakim dalam sesi perbicaraan terakhir sebelum penangguhan baru-baru ini, bahawa perbicaraan seterusnya akan hanya mengambil kira bukti klinikal yang berupa hasil dari ujian DNA.
Keputusan mahkamah yang sebegini tentulah sangat mengejutkan, apalagi dalam keadaan telah wujudnya laporan pemeriksaan dari empat doktor yang bersedia memberi kesaksian mereka.Mengecilkan skop pembuktian hanya kepada analisis DNA memberi gambaran bahawa empat orang doktor tersebut tidak berwibawa dan pandangan profesional mereka tidak berharga.
Pergantungan tunggal kepada ujian DNA dalam kes-kes jenayah, seperti di Amerika Syarikat, walaupun semakin diterimapakai di mahkamah-mahkamah mereka, namun sehingga hari ini masih menjadi kaedah pembuktian yang penuh kontroversi.Ketepatan DNA hanya bersifat kepercayaan popular, bahkan kadar ketepatan 99.9 peratus DNA hanyalah suatu anggaran dan tidak ada sesiapa yang pasti tentangnya.
DNA memang berbeza untuk setiap manusia, tetapi yang digunakan dalam pembuktian adalah Profil DNA, yang sebenarnya hanya sebahagian kecil sahaja dari DNA keseluruhan seseorang manusia. Kerana itu, Profil DNA dua orang adik-beradik mungkin sahaja hampir sama.
Pada tahun 2001, Kathryn Troyer telah menjalankan ujian terhadap pengkalan data Profil DNA penjenayah Arizona, dan telah membuat penemuan dua penjenayah dengan profil genetik yang hampir sama, kedua-dua penjenayah ini mempunyai padanan 9 dari 13 lokasi kromosom.Sememangnya mereka berdua bukan adik-beradik kerana seorang berkulit putih dan seorang lagi berkulit hitam.Asalnya FBI cuba menafikan bukti penemuan ini dengan mendakwa ia kes terpencil, 1 dalam 113 bilion, tetapi Troyer pada tahun-tahun berikutnya telah membuat berdozen-dozen penemuan yang serupa.
Ini telah menimbulkan persoalan tentang kredibiliti Profil DNA. DNA memang berciri unik, tetapi tidak untuk Profil DNA, ia hanya sekelumit dari keseluruhan genom.DNA haruslah digunakan dengan kehadiran bukti dan kesaksian yang lain.
Dalam kes jenayah, sebelum dibicarakan tertuduh bersalah atau tidak, Zulkifli Noordin berkata jenayah mesti dibuktikan berlaku.Jika ada tuduhan seseorang merompak, rompakan itu mesti berlaku, ada barang yang hilang, ada wang yang hilang. Jika ada tuduhan seseorang merogol, rogol itu mesti berlaku, mangsanya disahkan hilang dara, ada bukti koyakan, ada bukti tusukan dan sebagainya.
Dalam kes Saiful, dia mendakwa diliwat, maka liwat itu seperti rogol mesti berlaku, ada koyakannya, ada tusukannya, dalam Islam mesti menghadirkan empat orang saksi. Empat orang saksi telah hadir dengan laporan mereka, keempat-empat mereka doktor dan kesimpulan mereka sama, liwat tidak berlaku!
Doktor-doktor ini tidak akan dipanggil ke mahkamah, hanya hasil ujian DNA sahaja yang akan digunakan. Sampel DNA Anwar, menurut Zulkifli Noordin, boleh diperolehi di mana-mana sahaja, bahkan dari peluh yang dilap ketika Anwar berdebat dengan Shabery Chik dahulu pun, sebelum itupun sampel DNA Anwar sudah berada di tangan polis, ketika Anwar ditumbuk pengsan oleh Rahim Nor, dicuri tanpa keizinan, itu pengakuan polis sendiri, dan ia terdedah untuk disalahguna dengan menaburnya di lokasi yang didakwa tempat kejadian atau di bahagian tertentu di tubuh Saiful.
Ulas Zulkifli Noordin lagi, kali ini Anwar mungkin akan trpaksa ke penjara untuk tempoh yang lebih lama, 12 tahun, kerana ini adalah tuduhan kedua untuk kesalahan yang sama.

Pertemuan Zahid Dengan Rakan Sejawatnya dari Israel Menimbulkan Persoalan

Kenyataan Media
22 Julai 2009

Parti Keadilan Rakyat melahirkan rasa kecewa dengan pendedahan laporan bahawa Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Israel, Ehud Barak di Paris bulan lepas.
Turut dilaporkan ialah Zahid telah terlebih dahulu mengakui menemui Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, dan bahawa beliau (Zahid) telah berkeras supaya tidak ada jurugambar yang hadir dalam pertemuan tersebut. Walaupun langkah berjaga-jaga telah diambil bagi memastikan pertemuan tersebut kekal menjadi rahsia, jelaslah sekarang bahawa apa yang berlaku di Paris, tidak semestinya hanya kekal di Paris!
Pertemuan yang sedemikian rupa dengan regim yang telah dikecam di seluruh dunia kerana kekejamannya di Palestin dan Lebanon secara tidak langsung menunjukkan ketidakpekaan dalam isu moral dan politik, tidak kira apa jua justifikasi yang diberikan oleh Zahid. Sesungguhnya, adalah amat menyedihkan sekiranya Zahid berasakan bahawa pertemuannya dengan Israel akan membuatkan Israel mengubah caranya, sedangkan sekutu-sekutunya yang paling setia seperti Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat pun tidak berjaya dalam desakan supaya regim Zionis mengubah caranya, contohnya desakan untuk menghentikan pembinaan pendudukan haram Yahudi di atas tanah Palestin.
Oleh itu, kita hanya dapat membuat kesimpulan bahawa terdapat lebih daripada sekadar pertemuan yang biasa dalam gerak isyarat diplomatik singkat Zahid dengan Menteri Pertahanan Israel, yang merupakan orang yang sama yang bertanggungjawab dalam semua serangan udara yang dikecam hebat oleh kerajaan Malaysia selama ini.
Pertemuan ini menimbulkan persoalan tentang keupayaan Zahid dalam membuat penilaian yang baik dalam tempoh yang singkat sejak dilantik sebagai Menteri Pertahanan. Apakah urusan Malaysia untuk bertemu dengan Menteri Pertahanan sebuah regim yang mana ia tidak mempunyai hubungan, atau yang tidak pernah diakui hubungannya? Bagi menambahkan lagi keraguan, pertemuan tersebut bukannya di antara dua orang menteri luar negeri, tetapi di antara dua orang menteri pertahanan. Protokol politik tidak akan membolehkan dua orang Menteri Pertahanan kerajaan-kerajaan yang tidak mempunyai hubungan diplomatik untuk mengadakan pertemuan. Jelaslah Zahid telah melangkaui deskripsi kerjanya.
Satu-satunya orang yang boleh menjawab persoalan ini ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Atau mungkin juga Zahid, yang pada awal tahun ini memainkan peranan ‘memperjuangkan Islam” dengan amaran kerasnya kepada pemimpin-pemimpin bukan Islam di Malaysia supaya ‘tidak menguji kemarahan orang Islam’, mahukah beliau memberitahu kebenaran dan membuat pengakuan tentang kepura-puraan diplomatiknya?(tamat)

Latheefa Koya
Ketua Penerangan
Parti Keadilan Rakyat