klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Jumaat, 18 Februari 2011

Fitnah II: Saiful mungkin sodomi dengan 10 lelaki – Dr Seah

KUALA LUMPUR: Suasana Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bertukar menjadi hangat apabila digemparkan dengan pengakuan pakar DNA, Ketua Unit Jenayah Berat Jabatan Kimia, Dr Seah Lay Hoong bahawa sample DNA yang diambil daripada tubuh pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan mungkin membabitkan 10 lelaki.

“Terdapat kemungkinan DNA yang ditemui pada sample yang diperiksa datangnya daripada 10 orang lelaki,” kata Dr Seah dalam keterangannya pagi tadi ketika menjawab soal balas daripada peguam Karpal Singh.

Terdahulu, mahkamah semalam digemparkan dengan penemuan tiga DNA lelaki pada calitan yang diambil daripada tubuh Saiful, juga yang diakui oleh Dr Seah.

Pasukan peguam Anwar juga berjaya dalam bantahan mereka menolak dokumen tambahan dalam laporan kimia pada awal perbicaraan semalam kerana perbezaan ketara dengan dokumen yang diterima pada awal perbicaraan. - keadilandaily

KITA CABAR MAHATHIR SERTAI GERAKAN ANTI ISA , ADA BERANI ?

NGO pelawa Mahathir sertai kempen mansuh ISA

NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mempelawa Tun Dr Mahathir Mohamad secara sukarela menyertai kempen menuntut akta kontroversi ISA dimansuhkan jika bekas perdana menteri itu berkongsi hasrat yang sama.


gmi indonesian embassy memo isa detainees 180108 e nalini"Jika Dr Mahathir melihat ISA membenarkan pencabulan hak asasi dan penyalahgunaan kuasa oleh pihak berkuasa, dia patut segera mendesak pemansuhan akta kuku besi ISA," kata penyelaras Suaram Nalini E (kanan).

Semalam, Dr Mahathir mendakwa beliau pernah cuba untuk memansuhkan ISA ketika menjadi perdana menteri tetapi mendakwa polis berkata 'tidak boleh' kerana bahawa masih ada ancaman.

Dalam kenyataan hari ini, Nalini berkata, jika dakwaan Dr Mahathir tentang tindakan polis itu benar, beliau sendiri dan kerajaan patut memberi jawapan kerana memberikan "kuasa mutlak" kepada polis untuk menggunakan ISA dan menahan orang ramai tanpa perbicaraan.

azlan"Pasukan polis perlukan reformasi segera. Walaupun terdapat saranan daripada Suruhanjaya Pasukan Polis pada 2005 untuk mengurang dan memantau kuasa polis, sehingga ini saranan itu kekal begitu saja.

"Satu-satunya sebab polis menyalahgunakan kuasa kerana kerajaan gagal melaksanakan sistem pemantauan semak dan imbang untuk keseluruhan pasukan polis di Malaysia," kata Nalini.

Mengulas dakwaan Dr Mahathir semalam, Nalini berkata pendedahan Dr Mahathir semalam menimbulkan banyak persoalan berbangkit.

"Jika dakwaan Dr Mahathir itu benar (bahawa polis menghalangnya mansuhkan ISA), kenapa dia ghairah mempertahankan ISA selama ini? Kenapa ISA terus digunakan meluas bertahun-tahun, menjelang Operasi Lalang pada 1987, gerakan reformasi 1999 hingga 2001 dan perang menentang keganasan selepas 11 September?

"Apa yang menggerakkan Dr Mahathir mencadangkan pemansuhan ISA? Adakah polis terlalu berkuasa untuk menghalang arahan perdana menteri?" soal Nalini. - MALAYSIAKINI

UBAH SEKARANG , SELAMATKAN MALAYSIA !

oleh : Mohd. farid Hamlud

Ya, saya seorang pencinta keamanan dan kebenaran. Bahkan saya mencintakan kebenaran lebih daripada diri saya sendiri.


Saya sendiri cemburu kepada Mohamed Bouazizi, 26, kerana dia telah berjaya menjadi asbab kepada kebangkitan rakyat Tunisia, bahkan setin petrol yang dibelanjakan itu menjadikan dia asbab kepada kebangkitan jutaan rakyat Timur Tengah yang sudah tidak mampu menanggung marah ke atas pemerintahan zalim kerajaan masing-masing.

Mesir, terkenal dengan kerajaannya yang kuku besi, pengkhianat, dan menindas golongan yang ingin menyebarkan dan menegakkan Islam. Hosni Mubarak bersekongkol dengan Israel menutup sempadan Rafah yang sebelum ini menjadi "talian hayat" penduduk Palestin yang menjadi mangsa kezaliman Yahudi dan sekutu.

Menangkap dan membunuh Ulama' sudah tidak perlu diceritakan lagi, di tangan merekalah gugurnya Asy-Syahid Imam Hassan Al-Banna, Asy-Syahid Sayyid Qutub dan ramai lagi pejuang Ikhwanul Muslimin yang sentiasa vokal, sehingga ke hari ini, menyatakan kebenaran dan menegakkan keadilan.

Tunisia, kerajaan yang zalim, penindas dan boros. Keluarga Ben Ali hidup dengan mewah membelanjakan harta rakyat. Sudahlah mereka hidup bersenang-lenang dalam kemewahan, tanggungjawab mentadbir dan menguruskan negara dipandang enteng dan langsung tidak mempedulikan kehendak dan perasaan rakyat.

Begitu juga dengan Negara Timur Tengah lainnya, begitu zalim dan menindas. Negara mereka kaya raya, namun ekonomi tidak stabil bahkan rakyat hidup merana dan melarat. Sudahlah dibiarkan hidup miskin, malah perhatian dan hak mereka diabaikan.

Bukan sehari dua mereka hidup dalam keadaan tertekan dan tertindas begitu, bahkan puluhan tahun mereka dihimpit kemiskinan. Sesiapa sahaja yang bertindak menentang kerajaan akan dipenjarakan dan dikenakan hukuman yang berat. Mereka ditahan tanpa bicara, dan dihukum juga tanpa bicara.

Siapa Mohammad Bouazizi?

Tentu ramai yang ingin mengenali siapakah Mohammad Bouazizi yang begitu dicemburui pejuang keadilan dan kebenaran.

Tunisia, seperti negara yang sedang bergejolak lainnya, merupakan negara yang rakyatnya dihimpit masalah kemiskinan. Peluang pekerjaan yang terhad memaksa rakyatnya untuk hidup berdikari berniaga demi mencari sesuap nasi.

Bouazizi hidup susah sejak dari kecil, beliau menyara kehidupannya dan keluarga dengan menjual buah-buahan dan sayur-sayuran di jalanan.

Suatu hari, gerainya dirampas oleh pihak berkuasa gara-gara berniaga tanpa lesen. Beliau sendiri ditampar oleh seorang pegawai penguatkuasa wanita.F Hamdi bukan sahaja menampar, malah meludah, menghancurkan alat timbang milik Bouazizi di depan matanya sendiri sambil dibantu oleh dua rakannya yang lain membelasah dan mengutuk ayahnya.

Malang yang menimpa dirinya berterusan apabila rayuan dan suaranya tidak diendahkan oleh pihak Gabenor kawasan Sidi Bouzid.

Kecewa dan hilang arah tujuan kerana tidak lagi berdaya membantu keluarga, mesej beliau yang terakhir di Facebook:

"Saya pergi, ibu. Maafkan saya. Mencela dan menyalahkan takkan membantu. Saya tersesat dan itu dari di luar kawalan saya. Maafkan saya jika saya tidak melakukan seperti yang ibu minta saya dan ingkar kepada ibu.

“Salahkan zaman di mana kita hidup, jangan salahkan saya.Saya sekarang pergi dan tidak akan datang kembali. Perhatikan saya tidak menangis dan tidak ada air mata jatuh dari mata saya.

“Tidak ada ruang lagi untuk mencela atau menyalahkan dalam zaman pengkhianatan di tanah Rakyat. Saya tidak merasa normal dan tidak dalam keadaan yang betul. Saya pergi, dan meminta yang memimpin perjalanan untuk melupakan."

17 Disember 2010, dengan setin minyak petrol beliau nekad membakar dirinya di hadapan bangunan pentadbiran Sidi Bouzid dan dikejarkan ke Hospital. Beliau bertahan sehingga 4 Januari dan menghembuskan nafasnya di Hospital di Sidi Bouzid.

Rakaman kejadian Bouazizi membakarr dirinya dan kisah bagaimana nasib yang menimpa dirinya menimbulkan kesedaran kepada puluhan ribu rakyat Tunisia.

Ibunya berkata, "Dia (Bouazizi) mati kerana mempertahankan maruahnya yang tercalar, bukan kerana desakan hidup," Memang, di Tunisia mereka yang sudah tidak berdaya dan tidak mampu menanggung dan menyara keluarga hanya layak mati

Kerajaan Ben Ali cuba mengawal keadaan dengan menurunkan harga barang selain berjanji tidak akan mempertahankan jawatan yang telah dipegangnya selama 23 tahun, namun kebangkitan rakyat sudah tidak dapat dielakkan.

Kemarahan rakyat ke atas kezaliman dan salah laku kerajaan, khususnya Ben Ali dan isterinya sudah tidak dapat dibendung. Berita kematian Bouazizi membuka mata puluhan ribu rakyat yang lain untuk bangkit menuntut pembelaan dan keadilan daripada kerajaan.

Begitulah yang terjadi di Tunisia dan kesannya merebak ke seluruh negara Timur Tengah yang rakyatnya berhadapan dengan krisis dan kepincangan urustadbir kerajaan yang korup, zalim dan menindas.

Saya pencinta ketenangan, kebenaran dan keamanan. Justeru saya juga tidak mahu perkara yang sama berlaku di Malaysia.

Kemarahan tidak dapat diredakan

Di Mesir, sejurus selepas berita kebangkitan rakyat ini tersebar luas melalui internet dan telefon, kerajaan bertindak menutup dan menyekat segala akses komunikasi ke negara itu, sebarang bentuk alat komunikasi baik telefon, radio, internet, dan sebagainya ditutup dan disekat oleh rakyat kerana bimbang rakyatnya bangkit.

Namun, dalam keadaan maklumat yang terhad itu sejuta malah lebih daripada itu, rakyat Mesir berhimpun di Tahrir menyatakan bantahan dan desakan kepada Hosni Mobarak untuk meletakkan jawatan.

Pembubaran kerajaan Mesir dan pengumuman penstrukturan semula negara sedikitpun membantu, malah tetap dan tidak berganjak sedikitpun. Walaupun berhadapan dengan ancaman bunuh oleh kerajaan Mesir yang memang sudah sedia terkenal menyembelih dan membunuh rakyatnya sesuka hati.

Kemarahan dan kebangkita rakyat ini sudah tidak dapat dielakkan dan hanya satu yang mereka inginkan, "perubahaan yang total!"

Peluang Untuk "Mengajar Amerika, Yahudi dan Sekutu".

Kebangkitan ini bukan sahaja dilihat sebagai ancaman besar kepada kerajaan tempatan malah inilah peluang terbaik untuk masyarakat dunia menjatuhkan dan menghancurkan Amerika Syarikat yang selama ini mengawal tengkuk pemimpin-pemimpin negara-negara tersebut.

Lihat sahaja Mesir, dan negara Arab lainnya, begitu bergantung kepada Amerika Syarikat sehingga harga minyak, yang mereka sebagai pengeluar utama pun, dikawal oleh Amerika Syarikat.

Mereka begitu takut kepada Amerika Syarikat sehingga menjalinkan hubungan ketenteraan kononnya untuk menghapuskan pengganas dan militan. Mesir sendiri menjalankan latihan ketenteraan bersama Amerika Syarikat di buminya sendiri.

Natijah Kegagalan Urus Tadbir Yang Baik oleh Kerajaan

Inilah (kebangkitan) yang akan berlaku di mana-mana apabila sesebuah kerajaan mahupun pemimpin sesebuah institusi sudah hilang kawalan dan kelayakan untuk memimpin dan menguruskan rakyat serta pimpinannya.

Paling mudah, jika disebutkan di sini, berkaitan dengan urus tadbir yang baik (good governance), kerajaan atau mana-mana pemimpin perlu responsif kepada kehendak rakyat.

Responsif di sini, bermaksud kehendak dan pandangan rakyat didengari, seterusnya keputusan yang baik dilaksanakan dengan berkesan bagi mengawal dan membaik pulih keadaan. Bukan sahaja di dalam kepimpinan negara, hatta sekecil-kecil syarikat pun memerlukan kepada kaedah urus tadbir yang baik ini.

Misalnya syarikat sekecil sebuah keluarga yang dipimpin oleh suami. Tetap memerlukan kepada urustadbir yang baik. Iaitu responsif terhadap kehendak ahlinya, telus dalam membuat dan melaksanakan sesuatu keputusan, mendaulatkan undang-undang atau polisi keluarga yang bersifat sejagat dan sebagainya.

Suami sebagai ketua bertanggungjawab memastikan undang-undang dan polisi keluarga ini dipatuhi dan undang-undang tertinggi mestilah undang-undang yang mampu mengawal dan menguruskan perkembangan dan kemajuan keluarga dengan baik.

Jika dilihat dari sudut kepimpinan negara, perkara yang sama juga perlu berlaku. Pemimpin kerajaan perlu menetapkan polisi-polisi tambahan dari semasa ke semasa bergantung kepada perubahan yang berlaku ke atas dunia lebih-lebih lagi keadaan semasa di dalam negara.

Turun-naik harga minyak misalnya, memang akan memberikan kesan ke atas keadaan ekonomi dunia, apalagi kerajaan Malaysia yang mengamalkan sistem kapitalis.

Negara amat bergantung kepada dolar, sedangkan dolar sudah lama rosak dan hanya bergantung kepada talian hayat negara-negara Arab, itupun semakin nipis talinya dikikis.

Rakyat Berhak Didengari

Dalam Hak Asasi Manusia, menyatakan manusia itu berhak didengari dan diberikan perhatian. Berhak didengari sama sekali tidak bermaksud kehendak mereka perlu dipatuhi.

Kita sememangnya memerlukan had dan batasan supaya tiada yang melampau dan bertindak sesuka hati. Tetapi hak untuk didengari dan diberikan perhatian yang sewajarnya ini juga perlu diuruskan dengan baik oleh pemimpin.

Memberikan penjelasan dan penerangan yang telus, mematuhi lunas undang-undang yang didokong dan disokong bersama, selain melaksanakan keputusan dengan berkesan dapat memelihara negara supaya terurus dan ditadbir dengan baik.

Tiada yang sepatutnya selamat dari dikenakan tindakan undang-undang, bahkan undang-undang mestilah daulat, dibaca dan ditakrifkan oleh mereka yang benar-benar layak, tidak bias, dan tidak mempunyai apa-apa kepentingan.

Apalagi di Malaysia, kita megamalkan doktrin pengasingan kuasa, antara tiga bidang kuasa yang utama iaitu, legislatif, eksekutif dan kehakiman.

Saya berharap kerajaan Malaysia faham mengenai konsep asas ini, kerana inilah yang setakat ini mampu mengekang perasaan kecewa dan tertekan yang dihadapi oleh rakyat.

Sebilangan besar rakyat Malaysia, masih memberikan kepercayaan kepada pihak penguasa walaupun ada yang ditahan tanpa bicara. Masih memberikan kepercayaan kepada pihak mahkamah walaupun terbukti Mahkamah bersikap "double standard" dalam membicarakan kes-kes tertentu sebelum ini.

Masih memberikan ruang dan kepercayaan kepada sistem dan amalan demokrasi di Malaysia, sekalipun ruang untuk bersuara ditutup sepenuhnya oleh kerajaan apabila media arus perdana dikawal sepenuhnya oleh mereka.

Harapan masih ada!

Masih, sehingga saat ini, walaupun belum pasti apa yang akan berlaku esok, saya memberikan peluang dan ruang kepada kerajaan Malaysia untuk melaksanakan perubahan dengan segera.

Mereka bukan sahaja akan digulingkan, bahkan akan dikerjakan dengan teruk oleh rakyat sedar yang semakin membuak-buak rasa marah akibat tekanan yang bertalu-talu yang dikenakan oleh kerajaan.

Semoga harapan terhadap pembelaan, keamanan, dan keadilan ini dapat kita saksikan dengan jalan yang baik. Kita selesaikan dengan cara aman, supaya kita menjaga keberkatan yang dilimpahkan oleh Tuhan ke bumi Malaysia yang bertuah ini.

Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia!

- malaysiakini

Fitnah II: Tumpuan pada DNA lelaki misteri

Perbicaraan kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan pemeriksaan semula ke atas saksi pendakwaan Dr Seah Lay Hong oleh timbalan pendakwa raya Noorin Badaruddin.

Semalam, doktor kanan dari Jabatan Kimia itu memberitahu mahkamah bahawa beliau telah menemui satu sampel “DNA Y” yang tidak dikenali pada satu bahagian di seluar dalam pengadu dalam kes ini – Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Di samping itu, satu sampel DNA sama juga telah ditemui pada empat spesimen yang diambil daripada bahagian anus dan usus besar Saiful.

Penemuan DNA lelaki misteri inilah yang menjadi perhatian di peringkat perbicaraan ini.

Sementara itu, pihak pembelaan juga dijangka akan menyoal balas Seah hari ini. - malaysiakini

RIWAYAT TANAH RIZAB MELAYU DI BAWAH KETUANAN MELAYU MANGKOK HAYUN UMNO..:

terima kasih Umngok Apco

Jabatan ketua pengarah dan galian...Enakman rizab melayu

MATLAMAT

Dengan dua objektif itu adalah diharapkan tanah-tanah kepunyaan Melayu akan berkekalan dikuasai oleh orang Melayu sepanjang zaman.
Tanah yang boleh diisytiharkan sebagai Rizab Melayu.

•Tanah Kerajaan
•Tanah Hutan Simpan
•Tanah Rizab Awam
•Tanah Milik

OBJEKTIF RIZAB MELAYU

Terdapat dua objektif utama :-

•Menyekat tanah kerajaan di dalam kawasan Rizab Melayu daripada dilupuskan dengan apa cara juapun kepada bukan Melayu

•Menyekat tanah Pegangan Melayu atau tanah Rizab Melayu daripada dibuat apa-apa urusniaga persendirian (private dealings) di antara Melayu dan bukan Melayu.
Rizab Melayu Kekal Sebagai Rizab Melayu
Mana-mana kawasan yang telah diisytiharkan sebagai Rizab Melayu hendaklah kekal sebagai Rizab Melayu melainkan ianya diisytiharkan dan diwartakan sebagai batal oleh pihak yang berkenaan.

SEBAHAGIAN TRAGEDI TANAH RIZAB MELAYU DI BAWAH KETUANAN MELAYU MANGKOK HANYUN..

1)Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.

2) Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.

26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.

3) 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vicent Tan untuk projek perlancungan.

4) Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.

5 ) 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Sehingga kini UMNO tidak mampu mencabar fakta yang dikeluarkan.. sila bawa ke mana2 makamah dunia utk mencabar segala fakta yang telah dikemukakan..
Selepas ini akan dibongkarkan lagi perihal nasib malang yang menimpa tanah rizab melayu yg telah diserahkan oleh pemimpin2 munafik UMNO kepada taikun cina dan india Malaysia demi mengharapkan sedikit komisyen terhadap perniagaan taikun-taikun tersebut..

BAGI BANGSA MELAYU YANG MASIH BEBAL DAN TERUS MENYOKONG UMNO :
Puak2 UMNO masih buta dgn semua penyelewengan UMNO terhadap org melayu hanya semata2 mereka digula2kan dgn Ketuanan Melayu Mangkok Hayun UMNO dan hak istimewa bumiputera.. yang entah apa2..

Melawan pun keluar mani ke ? Bukan 1 DNA tetapi 3 DNA … Saifool sendiri pun ada ! Siapakah ‘lelaki misteri’ tersebut ?

Apabila saya mengikuti kes perbicaraan Fitnah 2 terhadap DSAI sehari dua ini saya benar-benar rasa lucu dan mengelikan hati. Kenyataan balas oleh Dr. Khairul Nizam bahawa Saifool ‘melawan’ apabila dipaksa melakukan oral seks dan diliwat memberikan satu kekeliruan kepada sesiapa yang mengikutinya .

Kes pembicaraan tersebut ialah di bawah Seksyen 377B iaitu melakukan secara sukarela tanpa paksaan. Tapi saifool diberitahu oleh Dr. Khairul Nizam yang Saifool MELAWAN ! Saya agak geli hati apa bila membaca komen teman-teman FB saya yang menjadi bahan ketawa apabila membayangkan Saifool dalam keadaan MARAH dan MELAWAN tapi ‘menonggeng’ untuk diliwat oleh seorang tua berumur 63 tahun ! Macamana tu ? Bagaimana rupa Saifool yang ‘melawan’ tapi dipaksa juga buat oral seks dan diliwat .. ? Saya gelak besar bila salah seorang kawan FB saya Ymtuan tuan menjawab .. “macam itik sekati..”

Saya merasa amat kasihan pada seorang pakar perubatan yang telah diperbodohkan oleh seorang yang bernama Saifool . Kasihan..

Saifool sebelum ini dengan tegas memberitahu yang dia sanggup tidak mandi 2 hari dan tidak berak 3 hari kerana tidak mahu kehilangan bukti . Hebat perancangan si saifool dan tukang rancang ini . Tiba-tiba dalam mahkamah Dr. Khairul Nizam memberitahu yang beliau tidak dapat ambil DNA pada badan Saifool kerana Saifool telah membersihkan diri !

Timbul pula tentang laporan pro-forma iatu doktor berkenaan menyatakan dalam borang tersebut bahawa pengadu dalam kes ini – Mohd Saiful Bukhari Azlan – hanya terlibat dalam "cubaan liwat" dan "cubaan seks oral." Tidak perkataan “diliwat” dan “dipaksa oral seks” !

Karpal Singh berkata beberapa aspek penting dalam borang pro-forma seperti pemeriksaan rektal tidak diisi . Begitu juga dengan pemeriksaan dubur, latar sejarah perubatan Saifool dan peristiwa berhubung kejadian itu tidak diisi oleh doktor yang bertugas iaitu Dr Siew Sheue Feng . Ini membuktikan kaedah mengisi borang pro-forma adalah berlainan dengan apa yang Saifool beritahu kepada doktor. Bercanggah dengan kenyataan Dr. Khairul Nizam yang Saifool mendakwa diliwat dan dipaksa oral seks . Laporan bertulis tersebut menyatakan “cubaan diliwat” dan “cubaan oral seks” . Cobaaan !

Dalam perbicaraan semalam (17 Februari 2011 ) sekali lagi menimbulkan kemusykilan apabila Ketua Unit Jenayah Berat Jabatan Kimia, Dr Seah Lay Hong.memberitahu mahkamah bahawa DNA telah dijumpai pada kawasan peri anal atau di bahagian luar dubur Saifool dan dijumpai 3 DNA iaitu , DNA Saifool , lelaki Y dan seorang lelaki penyumbang lelaki .

Macamana DNA Saifool sendiri ada di peri anal nya ? Itu yang saya musykil .. Takkan beliau meliwat duburnya sendiri ? panjang benar ‘anu’ si Saifool ini sehingga ada air maninya di dubur sendiri? Ini sudah kira luar biasa ! Ini sudah kira ajaib ! Menakjubkan ! Hebat ! Wow !

Lagi musykil bagaimana Saifool dalam keadaan marah dan melawan boleh ghairah dan pancutkan air mani ? Bertambah musykil apabila bersama DNA Saifool terdapat dua lagi DNA yang disebut “lelaki Y” dan “seorang lelaki penyumbang lelaki” yang dijumpai di peri anal Saifool oleh Dr. Seah . ‘Lelaki Y’ saya sudah faham DNA siapa yang cuba dikaitkan tetapi , “ seorang lelaki penyumbang lelaki” yang disebut oleh Dr. Seah , siapakah “lelaki misteri itu” ?????

Ketua Unit Jenayah Berat Jabatan Kimia itu juga sewaktu perbicaraan menyatakan , “…. tompokan pertama air mani daripada seluar dalam tersebut menunjukkan ia mengandungi DNA Saiful. Tompokan kedua air mani itu mempunyai dua DNA. Satu miliki Saiful manakala satu lagi miliki seorang lelaki yang tidak dikenali dan dilabelnya sebagai “lelaki Y”.

Termasuk terdapat kesan tompokan mani pada seluar hitam yang digunakan oleh Saiful. Tompokan itu dikesan berhampiran kawasan zip depan. Dr. Seah berkata berdasarkan ujian yang dijalankannya, kesan tompokan mani di seluar hitam itu adalah milik Saiful sendiri.

Saya tidak faham , dia orang ni ‘main’ pakai seluar dan seluar dalam ke ?

Kalau dalam kes 98 , Azizan Abu Bakar tidak dibawa langsung berjumpa doktor . Tidak ada laporan doktor langsung digunakan dalam perbicaraan tersebut . Ini lagi teruk . Lagi tidak masuk akal . Namun DSAI tetap didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara 9 tahun oleh mahkamah .

Tapi kali ini nampaknya taktik tersebut ditukar agar dilihat benar-benar berlaku apabila Saifool pergi sendiri ke Hospital Pusrawi dan selepas membuat laporan polis dibawa pula untuk pemeriksaan oleh 4 orang doktor pakar di HKL .

Laporan Dr Mohamed Osman Abdul Hamid daripada Hospital Pusrawi mendapati tiada tanda sebarang koyakkan , pendarahan atau penanahan pada lubang dubur Saifool . Malah apabila di bawa ke HKL dan diperiksa oleh 4 orang pakar mengesahkan tiada sebarang penetrasi atau tusukkan pada lubang dubur Saifool . Lalu di gunakan isu DNA . maka keluarlah bahan pelincir ‘KY jelly’. Sebab itu tidak koyak tetapi terdapat DNA . Usaha untuk memadamkan isu koyakkan , kerana kesemua doktor termasuk 4 pakar HKL telah sahkan tiada koyakkan pada lubang dubur Saifool .

Sekarang bukan ada 1 DNA sahaja , tetapi terdapat 3 DNA termasuk kepunyaan Saifool sendiri dan ‘lelaki mistri’ . Bukan sahaja terdapat di bahagian luar dubur Saifool tetapi termasuk di seluar hitam dan seluar dalam . Jenis liwat apa ni ?

Perbicaraan kali ini benar-benar tidak masuk akal , mengarut , dangkal dan tidak logik . Benar-benar memalukan negara . Kerana kes ini mendapat liputan antarabangsa . Sudah pasti dilihat mahkamah Malaysia seperti ‘Mahkamah Kangroo’ . Orang yang tidak ada otak sahaja yang melihat perbicaraan tersebut masih relevan .

Kes ini seharusnya dibuang daripada awal lagi dan tidak berasas langsung . Konspirasi ini adalah semata-mata bermotifkan politik bagi tujuan mengaib dan menjatuhkan kredibiliti DSAI .

Sumpah Laknat yang dibuat oleh Saifool sedang melaknat beliau !

Hapus Tol, Bukan Kurangkan- Azan Ismail



SHAH ALAM 17 FEB: Penurunan kadar tol dibeberapa lebuhraya yang diumumkan kerajaan Barisan Nasional adalah tidak wajar.

Sebaliknya kerajaan Pakatan Rakyat menyarankan agar semua bayaran tol lebuhraya dihapuskan serta merta.

Ini berikutan pemotongan subsidi yang telah dikenakan terhadap rakyat menerusi petrol, gas dan minyak masak sepanjang tempoh pemerintahan Umno-Barisan Nasional (BN).

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail yang dihubungi Tv Selangor berkata penarikan subsidi petrol kerajaan sebanyak empat kali sehingga awal tahun ini berjaya menjimatkan lebih daripada RM25 bilion.

"Daripada RM25 bilion ini sepatutnya boleh digunakan untuk mengambil alih semua tol-tol dan lebuhraya yang ada termasuk Lebuhraya Pantai yang terbaru ini. Harganya tidak sampai tahap itu. Paling tinggi RM10 bilion hingga RM15 bilion sahaja. Maknanya kalau ambil alih tidak perlu bayar tol," kata beliau.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan kadar tol semasa RM1.60 di Plaza Tol Petaling Jaya Selatan 2 (PJS 2), kawasan antara Petaling Jaya Selatan dan Kampung Medan, akan diturunkan daripada RM1.60 kepada RM1 berkuatkuasa esok.

Pengumuman ini merupakan kali ketiga kerajaan Malaysia menurunkan kadar tol sejak Bajet 2011 dibentangkan Oktober lalu.

Azan yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Terengganu turut mempersoalkan pendirian Perdana Menteri yang tidak konsisten sebelum ini berhubung dasar ekonomi "Buku Jingga" yang diperkenalkan kerajaan Pakatan Rakyat.

Jelasnya, dakwaan negara akan muflis jauh sekali tersasar sebaliknya kerajaan pusat giat menciplak pendekatan tersebut.

"Najib sebagai Perdana Menteri selama ini tidak tahu akan perkara ini. Beliau hanya mengambil alih tampuk pemerintahan tanpa mengetahui secara khusus. Maknanya pentadbiran Najib turut tertipu oleh kroni yang selama ini mengaut keuntungan daripada kesusahan rakyat," jelas Azan.

Tambah beliau, ini termasuk pemberian subsidi yang dimanipulasikan segelintir pihak.

Haniff Akui Anwar Cadang Mansuhkan ISA


KUALA LUMPUR 17 FEB : Bekas Ketua Polis Negara Tun Mohd Haniff Omar hari ini mengakui Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah mencadangkan kepadanya supaya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan.

“Anwar kata kita harus mansuhkan ISA, Dr Mahathir kata OK.

“Tapi saya minta mereka untuk mempertimbangkan cadangan itu dengan berkata ia hanya membabitkan soal keselamatan negara,” katanya pada Forum Cabaran Semasa Demokrasi dan Perlembagaan Ke Arah Pencapaian Wawasan 2020.

Tindakan Haniff mengiakan kenyataan Tun Dr Mahathir bahawa beliau tidak pernah mengarahkan penangkapan pembangkang secara beramai-ramai di bawah Ops Lalang dibidas Pengarah Suara Anak Malaysia (SUARAM), Dr Kua Kia Soong, sebelum ini.

Menurut Kia Song, kenyataan Mahathir itu hanya akan mendedahkan lebih banyak kebenaran ketika insiden itu.

Malah cubaan mantan perdana menteri itu menyalahkan pihak polis di atas penangkapan 106 orang menggunakan akta zalim ISA hanya memakan dirinya.

Pakar Perlembagaan Prof. Dr Abdul Aziz Bari berkata, kenyataan Mahathir itu sebagai bertentangan dengan fakta yang dilihat semua pihak serta tak boleh dipercayai.

Mana satu ni 'diliwat' atau 'cubaan diliwat'... 'marah' atau 'sukarela' ... " 2 hari tak mandi' atau ' mandi'...

Perbicaraan kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menempuh saat genting hari ini apabila mahkamah mendengar keterangan daripada ketua unit jenayah berat Jabatan Kimia, Dr Seah Lay Hong.

NONESemalam, Seah hanya berada di kandang saksi selama beberapa minit sebelum perbicaraan ditangguhkan akibat gangguan bekalan elektrik di mahkamah.

Beberapa pendedahan memeranjatkan berlaku di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam, melibatkan borang pro-forma oleh doktor yang mengendalikan kes berkenaan.

Doktor berkenaan menyatakan dalam borang tersebut bahawa pengadu dalam kes ini – Mohd Saiful Bukhari Azlan – hanya terlibat dalam "cubaan liwat" dan "cubaan seks oral."

NONEDoktor Hospital Kuala Lumpur Dr Khairul Nizam Hassan sebelum ini memberitahu mahkamah bahawa Saiful mendakwa telah diliwat dan diminta melakukan seks oral.

Bagaimanapun, pihak pembelaan yang diketuai peguam Karpal Singh berjaya menimbulkan keraguan berhubung kenyataan berkenaan.

Turut hadir di mahkamah hari ini ialah wakil daripada Kedutaan Australia.

Dua orang pakar daripada negara itu turut hadir hari ini – ahli patologi forensik Dr David Wells dan pakar DNA Dr Brian McDonald.

YANG PASTI SAIFOOOOL BOHONG ! PEMFITNAH !


keadilan Kuala Krau lancar Bilik Gerakan PRK DUN Kerdau

17 Februari 2011 , Parti Keadilan Rakyat Cabang Kuala Krau yang dipimpin oleh Tuan Haji Shuhaimi Said yang juga merupakan Pengerusi Biro Felda Pusat hari ini telah melancarkan Bilik Gerakan Parti Keadilan Rakyat sempena Pilihanraya Kecil DUN Kerdau yang bakal diadakan ekoran ADUN Kerdau Datuk Zaharuddin Abu Kassim daripada Umno meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital selepas dilaporkan terjatuh di bilik air rumahnya.

Walaupun pihak SPR belum lagi mengumumkan tarikh PRK DUN Kerdau dan bakal diketahui pada 20 Februari 2011 nanti selepas SPR mengadakan mesyuarat , Parti Keadilan Cabang Kuala Krau telah mengambil inisiatif awal dengan mempersiapkan Bilik Gerakan dan jentera bagi menghadapi PRK DUN Kerdau .

Pelancaran Bilik Gerakan tersebut bertempat di Jengka 22 , DUN Kerdau telah disempurnakan oleh Dato Fauzi Abdul Rahman yang merupakan Pengerusi Majlis Perhubungan Negeri Pahang . Turut hadir dalam menyampaikan ceramah pada program tersebut ialah YB Tian Chua , Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat , Sdr. Fariz Musa ahli Majlis Pimpinan Pusat dan Tuan Haji Shuhaimi Said.

Walaupun pada awal ada usaha untuk menghalang program pelancaran tersebut oleh Pengurusan Felda dan UMNO Cawangan , namun telah berjaya ditangani dan program pelancaran tersebut yang dihadiri hampir 300 orang yang merupakan warga peneroka Felda serta dapat dijalankan dengan jayanya .

Tahniah kepada Parti Keadilan Rakyat Cabang Kuala Krau dan seluruh barisan kepimpinannya yang telah mengambil tindakan segera serta inisiatif yang proaktif bagi memastikan kemenangan Pakatan Rakyat di DUN Kerdau .