klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Rabu, 2 Februari 2011

Izzah : Rakyat Terus Dibebani Kenaikan Harga Barangan

PETALING JAYA 2 FEB : Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mendakwa kadar inflasi yang dilaporkan oleh Bank Negara dan kerajaan bahawa kadarnya adalah rendah hanya sekadar mahu mengaburi mata rakyat tatkala realitinya harga barangan dan perkhidmatan terus naik mendadak.

Rakyat terus dibebani dengan kenaikan harga barang keperluan harian dalam masa beberapa bulan sahaja jelas menunjukkan kerajaan mengambil tidak prihatin dengan bebanan yang ditanggung rakyat.

"Keadaan inflasi di bawah Bank Negara Malaysia, kadar inflasi di bawah kerajaan Malaysia hanyalah sekitar 2.07% tapi realiti di bawah itu kalau dulu 1kg bawang hanya RM1.60 sekarang dah naik RM5.00 dan saya pasti akan naik lagi tapi isunya statistik yang dibekalkan semua tak boleh pakai, tak boleh dipercayai, penipuan belaka," katanya.

Peningkatan harga untuk barangan atau perkhidmatan tertentu seperti kenaikan harga makanan meningkat secara mendadak tidak seiring dengan pendapatan yang diperolehi rakyat apabila kadar gaji tidak berubah.

Kenaikan harga barangan bersubsidi iaitu petrol, gas LPG, diesel dan gula jelas menunjukkan kadar inflasi negara sememangnya tinggi dan bukannya sederhana seperti yang diuar-uarkan oleh kerajaan Umno-BN.

Pada 1 Februari lepas, Petrol Ron 97 Naik RM0.10 lagi menjadikan harganya meningkat menjadi RM2.50 peningkatan kali keempat dalam tempoh 3 bulan.

Kenaikan harga ini juga dilakukan sehari selepas pilihan raya kecil DUN Tenang yang berlangsung semalamnya.

Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.50 pada 4 Januari tahun ini.

"Kerana itu rakyat marah dengan keputusan yang dibuat oleh pimpinan (BN) berkisar tentang ekonomi negara itu tidak dibuat memikirkan tentang kepentingan rakyat jelata," katanya . - tv selangor

Khalid: PAS tak akan kerjasama dengan Umno

orange book forum klscah 250111 khalid samadAhli parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad berkata parti Islam itu lebih suka bekerjasama dengan kumpulan 'berakhlak mulia' dalam DAP dan PKR berbanding golongan Islam dalam Umno.

“Umno ajak PAS kerjasama kerana kedua-duanya parti Melayu macam orang Melayu Islam yang ajak kita pergi pub untuk minum bir.

"Tapi ada pula orang bukan Melayu bukan Islam ajak kita pergi kedai mamak minum teh tarik," katanya dalam satu majlis ceramah anjuran PKR di Petaling Jaya malam tadi.

Khalid mendakwa, perbandingan itu dibuat berdasarkan realiti terhadap tindakan Umno sepanjang pentadbiran selama 53 tahun di Malaysa, termasuk rasuah dan salah guna kuasa.

"Jadi kita patut ikut Umno atau ikut orang yang ajak kita minum teh tarik?," soalnya yang disambut dengan jawapan "teh tarik" oleh kira-kira 1,000 yang hadir di ceramah berkenaan.

Tambahnya, tindakan yang ditunjukkan PKR dan DAP juga lebih selari dengan nilai-nilai Islam yang didukung PAS.

"PAS tidak akan bekerjasama dengan Umno sekalipun dijemput oleh (Yang Di-Pertuan) Agong," tegasnya.

Khalid mewakili PAS dalam siri pertama Jelajah Pimpinan Keadilan yang bermula malam tadi di Taman Sri Manja, Petaling Jaya.

Program itu dilihat sebagai usaha PKR untuk memulihkan imejnya yang tercalar, kesan daripada pemilihan langsung yang dijalankan parti itu November lalu,

Ceramah berkenaan dianjurkan PKR cabang Lembah Pantai.

K'tan hantar RM120 ribu bantu pelajarnya di Mesir

Kelantan hari ini menghantar wang tunai RM120,000 menerusi misi kemanusiaan Mercy Malaysia ke Mesir bagi membantu 1,281 pelajar negeri itu yang terperangkap di sana.

Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata bantuan itu yang dibawa bekas pengerusi Kelab Pelajar Mesir selaku wakil kerajaan Zulkifli Yaakob bertujuan membantu pelajar Kelantan membeli bekalan makanan.

"Bantuan itu untuk pelajar Kelantan yang dikatakan tidak cukup bekalan makanan dan dijangka tiba di Kaherah esok," katanya kepada pemberita, di Kota Bharu hari ini.

"Saya juga harap rakyat Malaysia dapat dibawa pulang dengan selamat dan seberapa segera berikutan keadaan kian meruncing," kata Nik Abdul Aziz yang turut meminta Presiden Mesir Hosni Mobarak tunduk kepada tuntutan rakyat negaranya agar berundur bagi memulihkan keadaan. - Bernama

Mubarak Janji Tak Tanding Sept. Ini, Enggan Undur Sekarang


KAHERAH 2 FEB : Presiden Hosni Mubarak mengumumkan tidak akan bertanding semula pada pemilihan September ini sambil menolak tuntutan agar meletakkan jawatan segera dan meninggalkan negara.

Menurut laporan yang dikeluarkan BBC, Hosni tidak memberikan sebarang kata dua sama ada akan meletakkan anak lelakinya sebagai pengganti beliau nanti.

Pengumuman Hosni itu dibuat ketika ribuan rakyatnya berhimpun di ibu negara Mesir menggesa beliau segera berundur.

Namun pemimpin yang menerajui bumi Mesir sejak tiga dekad itu bertekad hanya akan mati di utara Afrika itu.

Sementara, Al-Jazeera melaporkan, seusai Hosni menyampaikan ucapan, penunjuk perasaan dan penyokong-penyokong kerjaaan bertempur di Iskandariah, bandar Mediterranean, dan bunyi tembakan juga kedengaran.

Hosni hanya berucap selama 10 minit dengan nada tegas seolah-olah tidak menerima sebarang tekanan daripada demonstrasi yang berlangsung selama beberapa hari.

Dalam keadaan sedikit murung, Hosni, 82 tahun mengakui beliau ada melakukan kesalahan sepanjang tiga dekad memerintah Mesir, namun berkata, pengumumannya untuk tidak bertanding pada penggal keenam, tiada kaitan dengan rusuhan yang berlaku.

Tunjuk perasaan di Mesir itu menyusul pergolakan politik di Tunisia, satu lagi negara Islam.

“Saya memberitahu anda semua dengan jujur, tanpa mengira keadaan semasa, saya tidak pernah berhasrat untuk menjadi calon satu lagi penggal,” katanya.

“Saya akan berkhidmat ke arah bulan-bulan terakhir ini untuk membolehkan peralihan kuasa secara aman (dapat diadakan),” kata bekas komander angkatan tentera udara yang mengambil alih kepimpinan pada 1981.

“Ini tanah air saya... saya tinggal di sini, saya berjuang bagi negara ini dan saya mempertahankan negara ini, kedaulatan dan kepentingan negara ini.

“Di bumi ini, saya akan mati. Sejarah akan menilai saya dan kita semua,” kata Hosni, rakan karib Amerika Syarikat.

Sekitar 250,000 hingga dua juta orang dilaporkan berada di jalan-jalan raya di Mesir semalam, himpunan paling besar demonstrasi yang bermula 25 Januari lalu.

Di Washington, Presiden Barack Obama berkata beliau ada bercakap dengan Hosni selepas ucapannya dan rakan sejawatannya “mengiktiraf bahawa status quo tidak boleh berkekalan.”

“Bukan peranan mana-mana negara untuk menentukan siapa pemimpin Mesir. Hanya rakyat Mesir yang boleh berbuat demikian,” kata Obama.

“Apa yang jelas dan apa yang saya katakan kepada Presiden Mubarak ialah, kepercayaan saya bahawa perlu ada peralihan tersusun yang bermakna, ia mesti aman dan ia mesti bermula sekarang,” kata Obama.

Sementara itu, pegawai Jabatan Negara Amerika Syarikat berkata, bekas duta Frank Wisner, yang merupakan kawan lama Hosni, telah mengadakan pertemuan dengan presiden Mesir kelmarin untuk menyampaikan mesej Obama bahawa sudah tiba masa baginya berundur.

MY NAME IS ANWAR AND I ' M NOT TERRORIST !

Sambil memperolokkan dakwaan terbaru kerajaan pusat terhadapnya - yang beliau ada hubungan dengan "pengganas" - ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memetik dialog dari filem blockbuster Bollywood 'My Name is Khan'.

pkr forum 010211 anwar 04"Nama saya Anwar dan saya bukan pengganas," katanya, meniru watak yang dimainkan oleh bintang terkemuka India, Shah Rukh Khan.

Gaya beliau gamat disambut ketawa ribuan penyokong PKR yang menghadiri program jelajah PKR di Petaling Jaya malam tadi.

Anwar menjawab kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bahawa beliau sedang disiasat kerana disyaki ada hubungan dengan satu 'kumpulan pengganas' yang berasal dari Arab Saudi.

Hishammuddin menyatakan demikian ketika mengulas laporan CNN yang mendakwa melihat dokumen yang mendakwa satu siasatan dijalankan oleh Arab Saudi ekoran aduan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa ada personaliti di negara itu yang membiayai Anwar.

Laporan CNN itu juga mengatakan bahawa siasatan tersebut tidak menemui sebarang bukti wujudnya hubungan tersebut.

Para pemimpin PKR telah menolak dakwaan tersebut sebagai satu lagi usaha untuk mencemarkan Anwar.- MALAYSIAKINI

Perutusan Selamat Tahun Baru Cina Dr. Wan Azizah Wan Ismail

Di kesempatan ini ingin saya ucapkan Gong Xi Fa Cai dan Xin Nian Kuaile kepada semua rakyat Malaysia yang berbangsa Tionghua. Semoga Tahun Baru Cina di raikan dengan suasana yang mesra dan meriah. Tahun ini adalah tahun arnab, ianya melambangkan sifat-sifat yangpeka,bijaksana, diplomatik lagi berseni.

Justeru, perayaan ini seharusnya disambut dalam suasana yang boleh menjalin perpaduan tulin di antara segenap lapisan masyarakat dan kepelbagaian kaum. Hanya dengan keharmonian sejati maka agenda besar membina sebuah masyarakat bertamadun akan tercapai.

Saya yakin sambutan pada tahun ini adalah dalam suasana yang cukup sederhana. Ekonomi negara yang belum keluar dari kekangan kemelesetan pasti terus menekan rakyat. Apatah lagi kegagalan kerajaan mengawal kenaikan harga barangan akibat dari kenaikan harga petrolium nampaknya terus melonjakkan kos sara hidup.

KEADILAN yang berpegang atas panji Pakatan Rakyat akan terus memperjuangkan hak dan kepedulian kepada rakyat. Buku jingga yang kita galur sebagai tanda aras janji dan iltizam perjuangan, telah kita sebarluaskan agar rakyat melihat jelas program merakyatkan ekonomi
negara.

Tahun ini adalah tahun penentu memandangkan besar kemungkinan pilihanraya umum mungkin diadakan. Inilah masanya rakyat membuat keputusan samada mahu terus dengan kesempitan ekonomi, kekangan berpolitik dan adu domba perkauman atau bersedia membina Malaysia yang maju ke hadapan. Pakatan Rakyat adalah pilihan bagi menjana kehidupan yang mencerminkan sebuah negara yang benar benar merdeka dari segi politik, ekonomi dan sosial.

Gong Xi Fa Chai, Xian Nien How

Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden
Parti Keadilan Rakyat

Perutusan Tahun Baru Cina Anwar Ibrahim

Tahun arnab bagi masyarakat Cina adalah tahun keempat dalam kalendar mereka. Arnab adalah isyarat bertuah serta lambang kepada kestabilan, keamanan dan ketenangan. Adalah dinasihati sepanjang tahun arnab ini sememangnya baik tumpuan diberi kepada keluarga, keselamatan mereka dan berusaha membangun lingkungan yang aman.

Saya yakin hasrat yang demikian murni, iaitu memastikan keselamatan serta kesejahteraan keluarga dan lingkungan juga dikongsi bersama masyarakat Melayu, India, Iban dan Kadazan. Pakatan Rakyat juga berusaha keras setiap masa demi memastikan hasrat tersebut terlaksana.

Menjelang tahun 2011 Muafakat Pakatan Rakyat telah berhasil menerbitkan satu dokumen penting yang digelar Buku Jingga, zahir dari iltizam kami untuk bersama-sama rakyat Malaysia memastikan kesejahteraan negara ini.

Moga tahun ini bermula dengan baik untuk kita semua. Saya berharap hasrat murni kita untuk melihat Malaysia yang sejahtera dan makmur akhirnya terlaksana. Kepada masyarakat Cina saya ambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina.

Gong Xi Fa Cai!

Anwar Ibrahim

Tiada Tempat Dalam KEADILAN Bagi Pemimpin Perkauman Seperti Gobala

Oleh Suara Keadilan

NNAhli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan yang mengumumkan keluar KEADILAN baru-baru ini telah menuduh berkali-kali bahawa KEADILAN meminggirkan masyarakat India.

Sebelum ini Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Nordin menuduh KEADILAN mengabaikan masyarakat Melayu.

Tuduhan-tuduhan bercanggah ini membuktikan bahawa pemimpin yang masih terperangkap dengan mentaliti perkauman tidak sesuai berada di dalam KEADILAN yang merupakan parti politik pelbagai kaum yang progresif.

Ramai pimpinan KEADILAN telah menjawab tuduhan Gobala secara spesifik dan menafikan dakwaannya bahawa KEADILAN meminggirkan masyarakat India. Masyarakat sendiri dapat menilai dakwaannya hanya terbit selepas beliau kalah dalam pemilihan dan tidak dilantik menjadi Naib Presiden Parti.

Saya juga ingin membetulkan laporan Free Malaysia Today yang menyebut bahawa 40 peratus anggota KEADILAN adalah dari masyarakat India sementara Gobala pula menyatakan 90 peratus pimpinan KEADILAN adalah dari masyarakat Melayu

(http://www.freemalaysiatoday.com/2011/01/30/lets-debate-my-mp-status-gobala-tells-wan-salleh/).

Daripada 371,612 anggota KEADILAN, Melayu adalah 45 peratus, Cina 11 peratus, India 23 peratus, Bumiputera Sabah, Sarawak dan lain-lain pula sebanyak 21 peratus.

Sementara itu kepimpinan Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN untuk sesi 2010-2013 pula terdiri daripada Melayu 62 peratus, Cina 20 peratus, India 12 peratus, Bumiputera Sabah, Sarawak dan lain-lain pula 4 peratus.

Hakikatnya majoriti besar pimpinan KEADILAN dipilih menerusi sistem satu anggota satu undi, dan anggota KEADILAN jelas meletakkan kebolehan, keupayaan serta komitmen kepada perjuangan mengatasi sebarang perkiraan perkauman.

Justeru, amat sesuai sekali pemimpin seperti Gobala yang masih lagi terperangkap dengan mentaliti lapuk untuk keluar parti. Rakyat akan menilainya di dalam Pilihan Raya Umum akan datang dan KEADILAN sebagai parti politik pelbagai kaum yang progresif akan terus bergerak ke hadapan.

NIK NAZMI NIK AHMAD
Pengarah Komunikasi KEADILAN

KEADILAN Lancar'Roadshow' Perjelas Program 100 Hari Buku Jingga

Oleh Suara Keadilan

NM9PETALING JAYA 1 Feb - Bagi memantapkan lagi usaha penerangan mengenai dasar serta Program 100 Hari yang terkandung di dalam Buku Jingga, Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) akan melancarkan sesi penjelasan kepada ahli diseluruh negara bermula hari ini.

Ketua Penerangan KEADILAN Pusat Dr Muhammad Nur Manuty berkata 'roadshow' yang bertema "Program Jelajah Pimpinan' akan bermula pakal pukul 4 petang hari ini di Empire Gallery, Subang Jaya yang kan dihadiri oleh Naib Presiden merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar serta Pengarah Komunikasi parti yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Dr Muhammad Nur menjelaskan program yang bertujuan merapatkan hubungan antara pimpinan pusat dan cabang ini akan diadakan di 30 lokasi diseluruh negara terutamannya di kawasan di mana KEADILAN bertanding pada pilihan raya umum dan juga yang dianggap strategik.

Kaunter pendaftaran juga akan diadakan dalam usaha meningkatkan bilangan ahli pada setiap program yang dijalankan kata beliau.

"Roadshow ini adalah signifikan kerana ini adalah pertama kali pusat memainkan peranan langsung dalam penganjuran program seperti ini," jelas beliau pada sidang media di ibu pejabat parti di Tropicana pagi tadi sambil berkata program ini akan berjalan selama tiga bulan berakhir April depan.

Sementara ini ketika ditanya media samada program ini adalah sebagai persediaan menghadapi PRU-13, Nurul Izzah berkata tarikh sebenar pilihan raya umum hanya diketahui oleh Perdana Menteri.

Nik Nazmi pula berkata antara isu yang akan diberi penekanan pada 'roadshow' nanti ialah penerangan lanjut mengenai Buku Jingga kepada ahli dan rakyat.

Anwar Ulangi Turunkan Harga Minyak Jika PR Tawan Putrajaya

GOPENG 1 FEB: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengulangi janji bahawa minyak petroleum akan diturunkan hanya sehari selepas Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya pada pilihanraya umum akan datang.

Ketua Umum PKR itu berkata dalam ceramahnya di Gopeng semalam bahawa alasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengatakan negara akan jatuh bankrap sekiranya membantu rakyat miskin dengan mengurangkan harga minyak dan barangan lain tidak berasas sama sekali.

Semalam kerajaan secara mengejut mengumumkan kenaikan petrol RON97 sebanyak RM0.10 sen menjadikan harganya RM2.50 sen. Ini merupakan kenaikkan kedua bahan api berkenaan bagi tahun ini.

"Kalau Allah takdirkan kita menang, masuk Putrajaya, saya ulang, hari ini masuk Putrajaya esok harga minyak turun seluruh negara," tegas beliau diikuti sorakan gemuruh daripada hadirin.

Dalam ceramah umum yang dibanjiri dengan kira-kira dua ribu hadirin, beliau menjelaskan keuntungan yang diperoleh oleh dari jualan hasil petroleum sahaja mencecah RM70 ke RM80 bilion setahun dan ini dapat digunakan untuk mengurangkan harga minyak hanya sekiranya hasil ini diuruskan dengan bijak dan adil.

Katanya, tidak logik sama sekali Najib membandingkan harga minyak di Malaysia dengan negara jiran seperti Singapura kerana Singapura bukanlah negara pengeluar minyak petroleum.

Anwar menjelaskan, inilah antara sebab beliau mengajak Perdana Menteri untuk berdebat berkenaan 'Buku Jingga' Reformasi 100 Hari PR yang dicemuh oleh Najib sebagai karut.

"Saya nak tanya, pasal apa harga minyak naik? kalau dia (Najib) kata Singapura, saya akan kata, banding Malaysia dengan semua negara-negara pengeluar minyak, mana-mana negara pengeluar minyak, Iran, Arab Saudi, Venezula, Qatar, Brunei, sebut mana ada satu negara pengeluar minyak, harga minyak mahal macam Malaysia, tak ada!" kata beliau lagi.

Beliau seterusnya berkata, kenaikan harga boleh dijustifikasikan sekiranya Malaysia bukannya pengeluar minyak.

"Kalau negara tak ada minyak, dan kata minyak naik tak ada apalah; (Menteri kata) Singapura pun naik, menteri bodoh cakap macam itu," kata beliau lagi. - TV Selangor