klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Rabu, 9 Mac 2011

PATUT LA UMNO MARAH KAT SAIFUDDIN ABDULLAH.....

Anwar: Masalah besar BN atau modal besar Pakatan


Ahli panel forum yang membincangkan tajuk "Survival Parti Politik Menjelang Pilihan Raya Umum ke-13" di Universiti Malaya (UM) semalam, dilihat memberi pandangan berbeza sewaktu menjawab soalan berhubung pesonaliti Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.


NONETiga ahli panel yang dijemput - Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah, dan dua ahli parlimen Pakatan Rakyat - Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) dan Nasir Zakaria (PAS-Padang Terap) - memberi pandangan berbeza tentang Anwar sama ada beliau menjadi faktor penarik pengundi kepada Pakatan atau merupakan cabaran BN dalam pilihan raya akan datang.

Forum tersebut adalah anjuran Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMCEDEL) diadakan di Dewan Kuliah C Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FSSS).

Bagi Nurul Izzah, sewaktu reformasi meletus pada tahun 1998, beliau, melihat bapanya lebih kepada simbol agenda reformasi dan bukan dari sudut hubungan kekeluargaan.

reformasi 1998 270808 02"(Beliau) adalah simbol kepada (mangsa) kezaliman (yang berlaku) dan bagaimana (beliau) membebaskan institusi demokrasi. Saya melihat beliau bukan kepada peribadi tetapi simbol kepada agenda reformasi," katanya dihadapan kira-kira 120 hadirin.

Katanya lagi, sebagai simbol itu, beliau berharap Anwar yang juga ketua pembangkang diberi ruang untuk ditemuramah atau bercakap di media arus perdana supaya rakyat dapat menilai agenda yang ingin dibawanya.

Manakala rakan gabungannya Nasir pula dilihat bersependapat dengan Nurul Izzah. Bagaimanapun beliau menambah dengan menyatakan PAS "sanggup bersama-sama Anwar" kerana "perjuangannya untuk menghapuskan sistem yang korup dan zalim, dan bukan kerana peribadinya".

reformasi 1998 270808 01"Bukan isu individu (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim), tetapi (isu) bagaimana hendak selamatkan Malaysia... Beliau adalah pemimpin yang dikenali (di seluruh dunia)," katanya.

Katanya, rakyat Malaysia perlu berbangga dengan ahli parlimen Permatang Pauh itu yang banyak menyampaikan kuliah atau syarahan di peringkat antarabangsa khususnya di universiti terkemuka sebelum ini.

Menurutnya lagi, sewaktu beliau memimpin Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) UM sewaktu reformasi meletus, beliau juga diminta untuk memperjuangkan keadilan kepada Anwar yang ketika itu adalah timbalan perdana menteri.

"Dalam antara program terakhir beliau adalah di Universiti Malaya, beliau ada memberitahu kemungkinan beliau akan ditangkap dan dipenjarakan," katanya sambil mendakwa ia merupakan satu kezaliman disebabkan sistem yang ada.

NONESementara itu, Saifuddin yang juga ahli majlis tertinggi Umno berkata terpulang kepada individu itu melihat sama ada Anwar memberi "masalah besar" kepada BN atau "modal besar" kepada Pakatan.

"Itu adalah persepsi masing-masing," katanya sambil menambah "pembunuhan karektor" dalam politik "bukan politik yang segar" dalam konteks politik hari ini.

dari Parlimen : Nazri akui wujud pejabat First Lady untuk bantu ‘tugas’ Rosmah


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Nazri Aziz hari ini mengakui kewujudan Divisyen Wanita Pertama Malaysia (FLOM) tetapi berdolak-dalik dengan mengatakan pegawai Jabatan Perdana Menteri (JPM) hanya dipinjamkan untuk membantu ‘tugas’ Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau berkata, mereka yang ditugaskan itu bagi kerja-kerja sementara itu adalah kakitangan yang diambil bertugas di Pejabat Perdana Menteri.

“Tiada kontrak atau kakitangan tetap ditugaskan khusus kepada isteri perdana menteri, sebaliknya pegawai dari jabatan itu dari semasa ke semasa ditugaskan bagi membantu beliau,” lapor Malaysiakini.

Nazri kemudian memberi alasan senarai enam pegawai FLOM pada direktori JPM dikeluarkan dari laman sesawangnya kerana ia sedang dikemas kini, kononnya bagi mengelakkan kekeliruan.

Beliau berkata demikian ketika mengulas soalan tambahan daripada Anthony Loke (DAP-Rasah) berhubung mengapa divisyen FLOM disenaraikan jika tiada divisyen seumpama itu ditubuhkan.

Sementara itu, HarakahDaily melaporkan, kos keseluruhan lawatan rasmi Rosmah ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76.

Perkara itu diakui Nazri dalam jawapan bertulisnya terhadap soalan sama Ahli Parlimen Rasah, Loke Siew Fook dan Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar di Parlimen hari ini.

Bagaimanapun, soalan Firdaus sama ada kos itu tersenarai dalam bajet 2011, tidak dinyatakan jawapan.

Dalam penjelasan itu, Nazri berkata rombongan yang diketuai Rosmah itu turut disertai Menteri Wanita, isteri-isteri menteri, menteri besar-menteri besar, ketua menteri serta beberapa pegawai kerajaan.

Rombongan ke bandar Riyadh, Muscat dan Dhaka itu juga mendapat kelulusan Jemaah Menteri.

Isu lawatan Rosmah sebelum ini menjadi pertikaian banyak pihak ekoran didakwa melangkaui bidang kuasa menteri berkaitan yang hanya menjadi peserta rombongan.

Turut dipertikaikan, kos yang ditanggung kerajaan di saat rakyat berdepan pelbagai tekanan ekonomi.

Hisam Nak Guna ISA Terhadap Radio Free Sarawak : Kerana keselamatan atau PR DUN Sarawak atau takut pembongkaran ?

ISA boleh diambil ke atas Radio Free Sarawak

Siasatan terhadap Radio Free Sarawak, stesen radio yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini, telah pun bermula dengan memberi tumpuan kepada kandungan yang disiarkan kepada orang ramai, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammudin Hussein.

NONE"Ini bukanlah tentang politik, ini mengenai penyebaran pembohongan berniat jahat, isu membabitkan perpaduan dan keharmonian kaum," katanya kepada pemberita selepas melawat Bilik Gerakan Kementerian Dalam Negeri di Pusat Latihan Pegawai Penjara (Pulapen) Sarawak di Kuching.

Hishammuddin bagaimanapun berkata pada masa ini tiada tindakan undang-undang yang boleh diambil terhadap Radio Free Sarawak memandangkan siasatan masih berjalan.

Ditanya mengenai kemungkinan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) digunakan, beliau berkata akta itu boleh digunakan jika individu di sebaliknya membawa ancaman serius terhadap keselamatan negara.

Minggu lepas sayap Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) membuat laporan polis dengan mendakwa radio itu beroperasi secara tidak sah dan menyebarkan tuduhan palsu, khususnya terhadap Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

NONEDiketuai oleh timbalan ketuanya, Pandi Suhaili, laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching di Jalan Simpang Tiga di sini sebagai respons kepada kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Multimedia Datuk Joseph Salang bulan lalu.

Salang dipetik sebagai berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hanya boleh bertindak selepas laporan polis dibuat.

Clare Rewcastle Brown, ipar bekas Perdana Menteri Britain Gordon Brown, dan Peter John Jaban, seorang aktivis kaum Iban, membuat kenyataan pada 23 Feb lalu dalam sebuah akhbar tabloid Britain dengan menyatakan mereka bertanggungjawab terhadap blog Sarawak Report, dan stesen radio itu.

Dalam perkembangan berasingan, Hishammudin berkata pilihan raya negeri Sarawak ke-10 adalah antara topik yang dibincangkan dalam pertemuannya dengan Taib sebelum itu.

"Kami membincangkan banyak perkara, antaranya kaedah untuk menangani politik tidak sihat dari Semenanjung yang menular ke dalam politik Sarawak pada pilihan raya akan datang," katanya tanpa mengulas lanjut.

- Bernama

Fitnah II: Doktor HKL tidak pasti berlaku sodomi ke atas Saiful

KUALA LUMPUR: Ahli Patologi Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Razuin Rahimi dalam keterangannya hari ini meragui pemeriksaan yang dilakukan beliau sebelum ini terhadap pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Malah saksi pendakwa ke-23 yang juga doktor keempat dari HKL itu menyatakan beliau tidak pasti berlakunya sodomi ke atas pengadu.

Menurut Dr Razuin, dalam borang proforma, beliau menandakan aduan pengadu sebagai ‘percubaan’ liwat.

Ini kerana menurut Dr Razuin, beliau tidak pasti penestrasi seperti didakwa Saiful sampai sehingga ke bahagian rektum ataupun tidak.

“Jika ia sampai, sudah pasti saya menandakannya sebagai ‘berlaku’ seks rektal,” katanya yang kini merupakan Ahli Patologi Forensik di Hospital Sungai Buloh.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan ketua pasukan peguam cara, Karpal Singh.

Lebih teruk lagi, Dr Razuin turut terkedu sebaik diasak Karpal yang meminta pengesahan Dr Razuin bahawa tidak berlaku liwat kerana dalam borang proforma cuma tertulis ‘percubaan’.

Berikut adalah jawapan Dr Razuin kepada mahkamah.

Karpal: Bukankah seks rektal itu sodomi (liwat)?

Dr Razuin: Saya tidak bersetuju dengan kenyataan itu.

Karpal: Rektum bukan sebahagian daripada dubur?

Dr Razuin: Tidak Yang Arif.

Karpal: Untuk sampai ke rektum kita perlu melalui dubur bukan?

Dr Razuin: (Senyap)

Terdahulu, Dr Razuin juga mendakwa sebahagian tulisan dalam borang proforma diisi pegawai penyiasat, Jude Pereira.

Beliau juga tidak ingat secara tepat bila kenyataannya dirakamkan Pereira namun beliau mengingati beliau ditemui Pereira sebanyak dua kali, pertama sekitar Januari 2011 dan kedua kira-kira tiga minggu lalu di kampungnya.

SIAPA YANG BOHONGI DAN MANIPULASI FAKTA TITAH UCAPAN DYMM YDP AGONG ????

Miskin tegar di Malaysia: 44,000 keluarga menjadi 100 keluarga?

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail mempersoalkan sama ada wujud manipulasi di dalam teks yang dibacakan oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin pada titah ucapan baginda sempena pembukaan mesyuarat di Dewan Rakyat, semalam.

Ia berkaitan data yang mencatatkan jumlah keluarga miskin tegar di Malaysia yang berkurangan dari 44,000 kepada 100 keluarga sepanjang tahun 2010.

Beliau menjelaskan demikian ketika mencelah pada sesi perbahasan menjunjung kasih Ketua Pembangkang yang ketika itu dibacakan oleh Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail petang tadi.

“Saya bimbang sekiranya wujud manipulasi oleh pihak-pihak tertentu yang ingin memberikan persepsi yang baik kepada Tuanku mengenai data dan statistik keluarga miskin tegar di Malaysia, sedangkan perkara sebenar adalah sebaliknya,” jelas Azan.

Pada perenggan ke 27 ucapan Seri Paduka Baginda mencatatkan bahawa, “Beta bangga jumlah miskin tegar telah berjaya dikurangkan pada tahun 2010. Daripada jumlah itu lebih empat puluh empat ribu ketua isi rumah tegar yang dikenal pasti pada awal tahun, ia berjaya dikurangkan kepada sekitar satu ratus pada hujung tahun.”

Dalam pada itu Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohammad menambah, merujuk kepada data yang diperolehi dari kawasannya sahaja, sejumlah 414 pelajar yang terdiri dari keluarga yang masih berpendapatan di bawah paras kemiskinan walaupun hanya seorang sahaja di antara mereka yang menerima bantuan.

“Justeru, tidak masuk akal sekiranya pihak berkenaan memberikan maklumat bahawa jumlah keluarga miskin tegar di negara ini telah berkurangan,” jelas Siti Zailah.

Kegagalan Kerajaan Faham Beza Notis Dan Saman Memalukan

KUALA LUMPUR 8 MAC: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan kegagalan pihak kerajaan memahami perbezaan antara notis dan saman merupakan perkara yang memalukan.

Reaksi ini dibuat berikutan jawapan yang dikemukakan Timbalan Menteri Pengangkutan berhubung soalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing dan soalan tambahan daripada Mahfuz ketika sesi perbahasan Dewan Rakyat.

"Kita agak terkejut bagaimana pihak kementerian tidak boleh memahami persoalan pokok yang terdapat dalam undang-undang Akta Pengangkutan Jalan dan mereka tidak boleh membezakan antara saman dengan notis," katanya.

Mahfuz Omar yang juga Pengerusi Kempen Anti-Saman Ekor berkata, kerajaan sepatutnya akur dengan tafsiran yang telah dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuching berhubung Akta Undang-undang Pengangkutan Jalan Seksyen 17 (1) (D).

"Apa yang ingin saya ditimbulkan adalah yang diberikan notis untuk kita memberitahu tentang maklumat dalam tempoh tujuh hari untuk kita menjawab. Apa yang diberitahu oleh pihak menteri apabila kita tidak menjawab lalu menganggap kita melakukan satu kelasalahan dan telah menggunakan 17 (1) (D) untuk blacklist kenderaan-kenderaan kita sedangkan mengikut undang-unang lama dia perlu menyaman kita di mahkamah mengapa kita tidak menjawab," katanya.

Mahkamah Tinggi Kuching mentafsirkan Akta Undang-Undang Pengangkutan Jalan Seksyen 17 (1)(D) merupakan perkara yang dianggap perkara belum selesai; merujuk kepada perkara yang belum diselesaikan di peringkat mahkamah.

Mahfuz menyifatkan tindakan ini memalukan memandangkan pihak kerajaan sendiri menggesa pemilik kenderaan mematuhi undang-undang sedangkan mereka sendiri tidak melaksanakan undang-undang mengikut peruntukan yang ditetapkan.

"Sehingga sekarang kerajaan hampir 17juta saman yang dianggap tertunggak. Saman mana boleh tertunggak, kalau saman itu pergi ke mahkamah, mahkamah putuskan bayaran dan perlu bayar disitu. Itu adalah notis tertunggak. Notis tertunggak bukan pada penerima notis sebaliknya merupakan kesalahan polis untuk membawa orang yang menerima notis itu ke mahkamah," katanya.

Mahfuz menambah, keadaan ini pihak kerajaan mengatasi kuasa mahkamah dan meminta kerajaan tidak menyusahkan rakyat memandangkan masalah ini berpunca daripada pihak polis dan JPJ yang tidak mengikut prosedur yang diperuntukan undang-undang.

Sementara itu, Penasihat Undang- Undang Kempen Anti-Saman Ekor (KASE), Zulhilmi Shariff menyatakan rakyat perlu faham kuasa menghukum semua pesalah tertakluk pada mahkamah dan bukannya pihak kerajaan.

"Persoalan yang paling besar ditimbulkan dalam isu saman ekor ini, Ketua Trafik Bukit Aman atau Timbalan Menteri menyebut, kita beri peluang untuk rakyat membayar saman sehingga 10 Mac. Persoalannya di sini, siapa yang suruh bayar? Itu yang paling penting," katanya.

Zulhilmi menambah, kompaun yang dinyatakan merupakan tawaran yang diberikan dan terpulang kepada pemandu sama-ada untuk menerima atau menolaknya.

"Kalau dia mendakwa mengesyaki kita melakukan kesalahan dia dakwa kita di mahkamah dan biar mahkamah hukum kita bukannya polis. Dia hantar notis meminta maklumat seperti yang dimaklumkan Timbalan Menteri dalam dewan Notis 170 A dibawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan adalah notis meminta maklumat pemandu yang perlu dijawab dalam masa 7 hari.

"Kalau kita tidak jawab seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan menyatakan kita hendaklah memuaskan hati mahkamah bahawa kita tidak tahu siapa yang membawa. Maksudnya di sini kita ke mahkamah dan kita menjawab kita tidak tahu siapa yang membawa kenderaan ini. Bukan kita tidak jawab dalam masa 7 hari polis atau JPJ terus blacklist. Itu adalah menghukum," katanya.

Ujar beliau lagi, saman tidak perlu dibayar dan disemak sebaliknya pihak polis atau JPJ perlu membuktikan sama ada pemandu bersalah seperti yang didakwa.