klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Jumaat, 29 Mei 2009

Nama Ketua UMNO Kapar Disebut Dalam Kes PKFZ

Friday, May 29, 2009 5:54 PM

Nama Ketua Umno bahagian Kapar, Datuk Abdul Rahman Palil disebut didalm dakwaan penyelewengan laporan audit Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang didedahkan kepada umum pada hari semalam.Nama beliau turut disebut dalam laporan audit PKFZ oleh PriceWaterhouse Coppers (PwC) berkaitan tanah milik Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) yang didakwa boleh menimbulkan kemungkinan konflik kepentingan.
Laporan itu menyebut Abdul Rahman merupakan ahli lembaga pengarah PKA dari 1997 hingga 2003.Dalam satu mesyuarat lembaga pengarah tersebut, kata laporan itu, beliau telah mengisytiharkan dirinya sebagai pengerusi Koperasi Pembangunan Pulau Lumut Berhad (KPPLB) dan bertanya mengenai cadangan pengambilan balik wajib tanah melalui pembelian terus.
KPPLB merupakan pemilik asal sebahagian daripada tanah tersebut.Mengikut laporan itu, memandangkan pengambilan balik wajib tersebut akan menguntungkan PKA, maka rasional Abdul Rahman menimbulkan perkara itu adalah tidak jelas.PKFZ merupakan zon bebas komersial dan perindustrian bersepadu seluas 1,000 ekar yang menawarkan kemudahan untuk pengedaran kargo antarabangsa dan sebagai pusat penyatuan setempat.Ia terletak bersebelahan Pelabuhan Barat di Pulau Indah, dan boleh diakses melalui Lebuhraya Kesas.Laporan audit PKFZ menunjukkan bahawa kos projek tersebut boleh melonjak kepada RM12 bilion berbanding RM1.96 bilion ketika ia dilancarkan pada 2001.
Turut disebut dalam laporan tersebut - yang membabitkan kemungkinan berlaku konflik kepentingan - ialah Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heung dan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) yang juga ahli Parlimen Bintulu Datuk Tiong King Sing.Sementara itu Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang Datuk Lee Hwa Beng hari ini menyerahkan laporan audit mengenai Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Sambil menjelaskan bahawa beliau diarah oleh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat mengemukakan salinan laporan itu kepada SPRM, Lee berkata LPK akan memberi kerjasama penuh jika SPRM menjalankan siasatan.Katanya, laporan audit itu juga akan diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Negara.Mengenai tindakan terhadap mereka yang dinamakan dalam laporan itu, Lee berkata ia bergantung kepada siasatan SPRM.

PENANTI : UMNO gila meroyan adakan Ceramah.. SPR / POLIS apa Tindakan kamu..??



28 May 2009

Angkatan Muda Keadilan membuat laporan polis terhadap Umno kerana mengadakan ceramah politik ketika kempen pilihan raya N12 Penanti walaupun parti tersebut mengumumkan ia tidak bertanding.Laporan polis itu dibuat oleh Timbalan Ketua AMK, Fariz Musa di balai polis Kubang Semang kira-kira pukul 4 petang tadi.
"Kebetulan dalam kerja lapangan kami, AMK berjaya mengesan sepanduk ceramah umno di Penanti."Oleh itu kami meminta pihak berkuasa mengambil tindakan untuk menghalang ceramah itu kerana BN tidak bertanding dalam pilihan raya ini," tegas Fariz.Beliau menjelaskan walaupun ceramah ini tidak dianggap berkempen secara langsung, namun ia boleh mempengaruhi perjalanan pilihan raya di DUN Penanti.
"Saya menggesa pihak polis untuk tidak mengambil sikap berat sebelah mengambil tindakan Umno. Umno tidak perlu berada di sini," kata Fariz lagi.Semasa berkempen pimpinan Pakatan Rakyat sering mengungkap bahawa walaupun UMNO tidak bertanding namun roh parti itu berkeliaran secara aktif di Penanti.

kedahLanie...!

Mat Zain Dakwa Konspirasi Terhadap Beliau, Akan Dedah Kebenaran Berhubung Kes Mata Lebam Anwar - TVA

Friday, May 29, 2009 9:35 AM

Datuk Mat Zain Ibrahim, pegawai polis yang menyiasat insiden mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998, mendakwa menjadi mangsa konspirasi peringkat tertinggi yang menggunakan notis bankrap untuk memusnahkan kredibilitinya sebulan sebelum bermulanya perbicaraan kes liwat bekas Timbalan Perdana Menteri itu yang bermula dari 1 hingga 24 Julai depan.
Bernama melaporkan Rabu lalu bahawa Mat Zain telah diisytiharkan bankrap pada 21 April 2009 kerana gagal melangsaikan pinjaman berjumlah RM250,000 dan notos mengenainya telah diserahkan kepada beliau 26 Mei lalu. Berita mengenainya telah disiarkan oleh beberapa penerbitan tempatan termasuk The Malaysian Insider yang melanggan perkhidmatan Bernama.
"Saya menyatakan dengan penuh keyakinan bahawa terdapat pengaruh-pengaruh yang amat berkuasa yang mahukan perkara ini berlaku. Ini kerana mereka mahu memusnahkan kredibiliti saya dan/atau melumpuhkan keupayaan saya untuk memberi keterangan terhadap Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang didakwa memalsukan bukti berhubung kes mata lebam 1998 yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata Mat Zain dalam satu kenyataan beliau.
Mat Zain yang bersara awal pada 2001 sebagai Ketua Siasatan Jenayah Kuala Lumpur berkata beliau percaya notis bankrap yang diterimanya ada hubungkait dengan rayuan yang dibuatnya kepada Lembaga Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk membersihkan namanya selepas SPRM memutuskan hanya Gani dan Musa didapati tidak terlibat dalam tuduhan kesalahan jenayah berhubung isu memalsukan bukti dalam siasatan kes mata lebam yang dibawa oleh Datuk Seri Anwar.
"Saya mempunyai alasan untuk mempercayai bahawa pihak pendakwa menjangka Anwar akan menimbulkan isu pemalsuan bukti dalam kes mata lebam tersebut pada satu ketika dalam perbicaraannya kelak. Keterangan saya akan amat penting ketika itu. Opsyen yang ada pada mereka adalah untuk menjahanamkan kredibiliti saya.
"Walaupun kenyataan ini akan menyebabkan sedikit keresahan kepada saya dan keluarga saya namun saya menganggapnya sebagai satu rahmat dan ia hanya akan menguatkan lagi iltizam saya untuk mendedahkan segala kebenaran berhubung episod mata lebam ini."Percayalah, ini bukanlah satu-satunya kes di mana kedua-dua individu ini mempunyai peranan campur tangan. Terdapat banyak lagi kes yang sama tahap sensasinya. Kebenaran akhirnya akan timbul," kata Mat Zain.
Beliau mendakwa telah menyiasat kes mata lebam tersebut tanpa ragu atau takut dan kenyataan beliau telah dicatatkan sebanyak lima kali oleh agensi terdahulu daripada SPRM, Badan Pencegah Rasuah (BPR) apabila Anwar membuat laporan pada 1 Julai 2008 bahawa Gani, Musa dan Dr Abdul Rahman Yusof telah memalsukan laporan perubatan berhubung kes tersebut.
Walau bagaimanapun Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan mengumumkan pada 3 Mach bahawa tiga orang ahli panel bebas yang diketuai oleh Peguamcara Negara telah meneliti kertas siasatan dan mendapati Gani dan Musa tidak terlibat dalam apa-apa kesalahan berhubung kes tersebut, lantas menyebabkan Mat Zain membuat rayuan terhadap keputusan panel itu.
"Saya bagaimanapun mempunyai alasan kukuh bahawa Perdana Menteri tidak diberi keterangan yang sebenarnya dan juga keseluruhan fakta mengenai isu ini. Sekiranya kebenaran didedahkan saya percaya Perdana Menteri akan bertindak dengan sewajarnya," kata Mat Zain lagi.
Mat Zain berkata beliau telah mengarahkan peguamnya untuk meneliti isu bankrap tersebut kerana beliau mendakwa tidak pernah menerima sebarang notis bagi mendengar saman yang difail pada 10 Ogos 2004 terhadap beliau oleh ahli perniagaan, Yap Thoong Choan, 72, dari Damansara Heights yang sepatutnya didengar di Mahkamah seksyen Bandar Baru Bangi bagi menuntut baki sebanyak RM250,000 daripada jumlah pinjaman yang gagal dilangsaikan.
Ahli perniagaan tersebut dalam kenyataannya berkata Mat Zain, 60, telah mengambil pinjaman berjumlah RM500,000 melalui perjanjian yang ditandatangani pada 22 Februari 2002 dan dipersetujui dalam perjanjian tersebut untuk membayar balik kesemua hutang pada atau sebelum 21 Ogos 2002.Yap berkata setakat ini Mat Zain hanya membayar sebanyak RM250,000 daripada pinjaman tersebut. Surat tuntutan bagi baki RM250,000 bertarikh 14 Julai 2004 telah dihantar kepada Mat Zain tetapi gagal menjelaskan baki hutang tersebut.Mahkamah Tinggi Shah Alam 21 April lalu mengeluarkan notis bankrap terhadap Mat Zain mengarahkan beliau membayar RM250,000 berserta bunga dan kos berjumlah RM288,824.92.

Wajah Sebenar Cif Inspektor Azilah Hadri - TVA

Friday, May 29, 2009 9:31 AM

Inilah wajah sebenar Cif Inspektor Azilah Hadri yang menutup wajahnya gaya ala ninja sepanjang tempoh 159 hari perbicaraan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.Gambar yang disairkan dalam sebuah akhbar tempatan bertarikh 28 Mei 2009 menunjukkan muka beliau dari bahagian tepi kiri.
Azilah, 33. bersama rakannya, Koperal Sirul Azhar Umar, 37, di hukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam 9 April lalu apabila didapati bersalah terhadap tuduhan membunuh Altantuya.
Sebelum ini kedua-dua tertuduh dibicarakan bersama-sama Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia (MSRC), Abdul Razak Abdullah Baginda, 48, yang dituduh bersubahat membunuh Altantuya.
Bagaimanapun pada 31 Oktober tahun lepas, penganalisis politik dan penasihat kanan Perdana Menteri Najib Razak itu dilepas dan dibebaskan tanpa perlu membela diri setelah pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen penting dalam pertuduhan bersubahat.
Azilah dan Sirul Azhar telahpun memfailkan notis rayuan beberapa hari setelah keputusan Mahkamah Tinggi.Perbicaraan mereka mencatat beberapa rekod termasuk tempoh perbicaraan paling panjang membabitkan sejumlah 84 saksi.Azilah direman di Penjara Sungai Buloh selama 891 hari manakala Sirul Azhar selama 895 hari.

P/Raya DUN Penanti Perlaksanaan Manifesto PKR PRU-12 - Fariz

Johor Bahru - Astro Awani di saluran 501 telah sagmen SUDUT PANDANG jam 9.00 malam tadi menyajikan depat diantara Sdr. Fariz Musa ,Timbalan Ketua AMK Malaysia dan Sdr. Shuhaimi , EXCO Pemuda UMNO Malaysia yang juga Pengerusi Biro Ekonomi Pemuda UMNO Malaysia .
Perbincang dianatara dua tokoh muda ini kelihatan agak tegang sehingga diakhir perbahasan pengacara rancangan terpaksa secara 'cut off' perdepatan itu. Secara umumnya Fariz yang dianggap 'Singga AMK' mempertahan partinya yang dimanipulasi oleh Umno sebagai mempergunakan politik murahan untuk mentadbir Malaysia. Shuhaimi dengan tegas membidas Pakatan Rakyat terutama PKR dalam pergolakkan politik Malaysia kini.
Namun dalam perdepatan itu Johor Daily memuji sikap merendah diri Fariz yang meminta para pengundi dan dan ahli partinya memberi peluang kepada Pakatan Rakyat membuktikan segala manifesto pilihanraya yang baru berusia setahun. Malah dalam masa yang sama beliau membidas Barisan Nasional yang sudah 51 tahun memmerintah masih meraba-raba menunaikan janji-janji pilihanraya mereka.
Johor Daily juga memuji Shuhaimi diatas kesungguhannya membawa dokumen persediaan untuk perdebatan itu walaupun tidak sempat mendedahkan isi kandungannya. Malah beberapa kali menunjukkan kepada penonton dan Fariz dokumen tersebut. Johor Daily kecewa kerana tidak baris pun dibacakan kepada umum isi kandungannya.
Johor Daily percaya kedua-dua panel menganggap dirinya juara debat tersebut. Shuhimi berjaya membawa dokumen untuk fakta debat walau tidak diumumkan dan Faris berjaya dalam fakta debatnya bahawa Piliharaya Kecil DUN Penanti adalah perlaksanaan manifesto PKR, iaitu pemimpin atau wakil rakyat yang disabitkan dengan kesalahan tidak dibenarkan memimpin .
Posted by JOHOR DAILY

FARIZ MUSA DI ASTRO AWANI - PRK PENANTI

28 Mei 2009

Saya dijemput menyertai sagmen SUDUT PANDANG di Astro Awani di saluran 501 dalam agak tergesa-gesa . Sagmen tersebut diadakan secara langsung ( live ) jam 9 malam . Selepas bersama teman-teman AMK di Balai Polis Kubang Semang , Penanti , saya bergegas ke Kuala Lumpur bagi memenuhi jemputan tersebut . Difahamkan saya akan berdebat isu Penanti dengan wakil Pemuda UMNO Malaysia .
Saya tiba di studio Awani 5 minit sebelum ke udara dan terus masuk ke studio dan Sdr. Kam sudah siap tersedia . Tidak lama kemudian masuk wakil Pemuda UMNO Malaysia , Sdr. Shuhaimi , EXCO Pemuda UMNO Malaysia yang juga Pengerusi Biro Ekonomi Pemuda UMNO Malaysia .
Perbicaraan segmen tersebut berlegar isu Pilihanraya Kecil DUN Penanti . Memulakan hujah Sdr. Shuhaimi membicarakan kenapa UMNO / BN tidak menyertai PRK N12 Penanti dengan hujah-hujah yang bersesuaian dengan alasan yang sama Presiden UMNO , Najib Razak . Syukur saya hadapi dangan tenang penghujahan Sdr. Shuhaimi .
Bila giliran saya , saya mulakan dengan PENANTI TANPA UMNO / BN CUKUP TENANG , TANPA UMNO / BN NEGARA PASTI HARMONI DAN TENANG . Saya kira itu yang menjadikan Sdr. Shuhaimi hilang punca dan emosional. Sehingga belum sempat saya habis berhujah sudah mahu mencelah .
Penghujahan saya berdasarkan fakta , PRK bukan pilihan tapi keperluan . Tindakan UMNO / BN yang mengugut bekas exco , ADUN Bukit Selambau YB Arumugam dengan ancaman terhadap beliau dan keluarganya menuntut beliau meletakkan jawatan , YB Fairus yang mempunyai integriti dan maruah diri mengutamakan kepentingan rakyat dan integriti parti sanggup meletakkan jawatan apabila beliau dituduh dengan dakwaan rasuah . Bukan seperti Pemuda UMNO yang mempertahankan dan menyembunyikan rasuah dan penyelewengan pemimpin mereka .
Sdr. Shuhaimi bagai tiada isu , cuba kaitkan dari awal dengan isu dalam PKR dan perlukan kepada satu undang-undang agar tidak membenarkan ADUN meletakkan jawatan . Persoalannya kenapa Penanti ? Kenapa tidak di Bukit Selambau ? Kenapa UMNO menganggu dengan program ceramah di DUN Penanti dan bas-bas percuma lawatan ke Langkawi dan Padang Besar ?Apabila Sdr. Kam menyatakan bahawa tidak perlu menyerang UMNO / BN di Penanti dan lebih kepada isu kebajikan rakyat . Saya tegaskan dalam kempen kita di Penanti , kita memperjelaskan kepada rakyat apakah tindakan dan perlaksanaan Kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang dan walaupun BN tidak menyertai PRK penanti tetapi media milik UMNO/BN terus menyerang kita .
Emosi Sdr. Shuhaimi terus menganggu pedebatan malam tadi. Melucukan . Bila Sdr. Kam meminta agar ada ruang proses permuafakatan yang boleh dimulakan oleh pemuda BN dan Pemuda PR . Saya tegaskan kita berlapang dada , yang penting ialah kesediaan Pemuda UMNO / BN untuk menentang rasuah dan penyelewengan yang berlaku dalam Kerajaan BN . Kita bukan anti pembangunan . Tetapi pembangunan yang telus dan tidak berlaku unsur rasuah dan penyelewengan .
Hujah saya diganggu dengan emosi tak terkawal Sdr. Shuhaimi . Sehingga menyatakan perjuangan AMK kolot ! Akhir segmen dilihat agak panas dalam saya tergelihati dengan keletah EXCO Pemuda UMNO ini yang juga Pegawai Khas YB Dato Noh Omar terus bercakap sewaktu saya berhujah . Ruang yang saya gunakan sebaik mungkin dengan tenang dan senyuman .

laporan polis terhadap ceramah UMNO di DUN Penanti

KUBANG SEMANG ( 28 Mei ) - AMK telah membuat satu laporan polis bertempat di Balai Polis Kubang Semang , pukul 4.15 petang terhadap tindakan UMNO yang tidak malu muka mengadakan program ceramah pada hari ini bertempat di Dewan Guar Perahu . Program ceramah dengan tajuk 'KENAPA BN TIDAK MENYERTAI PILIHANRAYA INI!!!!?' dengan membariskan beberapa orang penceramahantaranya ialah Sdr. Lokman Nor Adam ( EXCO Pemuda UMNO / Bekas Setiausaha Pemuda Keadilan Pusat ) .
Menurut Sdr. Fariz Musa , Timbalan Ketua AMK Pusat yang juga Pengarah Pilihanraya AMK bahawa Sdr. Syukri A. Hamid , Ketua Penerangan AMK Permatang Pauh telah membuat laporan polis meminta pihak polis bertindak membatalkan program ceramah tersebut kerana UMNO /BN tidak menyertai Pilihanraya Kecil N12 Penanti . Tindakan mengadakan ceramah boleh menyebabkan suasana pilihanraya kecil yang berjalan dengan harmoni dan stabil boleh mengakibatkan suasana yang tidak diingini .
Fariz juga menyatakan bahawa 'gian' UMNO yang tidak menyertai PRK N12 Penanti ini tidak harus dijalankan dalam kawasan DUN Penanti . Sekiranya mereka hendak menjelaskan kenapa tidak menyertai PRKPenanti buatlah di luar daripada DUN penanti atau selepas PRK N12 Penanti . Tindakan UMNO adalah sangat tidak bermoral dan memalukan . Fariz menambah , suasana PRK Penanti cukup tenang tanpa UMNO dan Barisan Nasional . Justeru jangan 'kacau daun' tegas beliau .
Difahamkan program ceramah tersebut telah berjalan selama 3 hari bermula pada 26 Mei di Permatang Pau , 27hb di Kuala Mengkuang ( dalam DUN penanti ) dan 28 Mei di Dewan Guar Perahu ( Dalam DUN Penanti ) .
AMK meminta agar pihak polis bersikap tegas bagi memastikan program tersebut dihentikan dan dibatalkan .

AMK lancar KEMPEN "PAKAT-PAKAT MAI MENGUNDI"

GUAR PERAHU ( 28 Mei 2009 ) - AMK hari ini telah melancarkan kempen " Pakat-Pakat Mai Mengundi " bertempat di Markas Operasi Utama AMK di Guar Perahu , Penanti . Program ini telah disempurnakan oleh Sdr. Amir Ghazali , Pengarah Operasi Pilihanraya Kecil N12 Penanti yang juga merupakan Ketua AMK Bahagian Permatang Pauh.
Program tersebut sebagai usaha untuk mengajak para pengundi Penanti supaya dapat menjalankan tugas sebagai warganegara yang bertanggungjawab merealitikan pelaksanaan amalan demokrasi dengan keluar beramai-ramai ke tempat-tempat pembuangan undi yang telah ditetapkan oleh SPR .
Menurut sumber-sumber sahih , UMNO Permatang Pauh sedang berusaha menjalankan propaganda supaya para pengundi di Penanti terutama para penyokong mereka tidak keluar mengundi pada 31 Mei ini . Malah mereka sedang berusaha menyediakan bas-bas secara percuma lawatan ke Langkawi atau Padang Besar beserta duit saku untuk berbelanja pada 31 Mei ini .
Justeri AMK merayu kepada seluruh pengundi Penanti agar dapat menepis segala dakyah yang tidak bermaruah dan bermoral UMNO dan menjalankan tanggungjawab mereka . AMK akan turun ke kampung-kampung bagi menjalankan kempen tersebut bermula 29 Mei.