klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Jumaat, 15 Mei 2009

Zambry bukan MB , hanya ‘caretaker’

4 hari lalu Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa YAB Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin merupakan Menteri Besar yang sah disisi undang-undang . Dengan ini membuktikan bahawa Datuk Seri Zambry Abdul Kadir adalah Menteri Besar yang tidak sah .
3 hari lepas , Zambry telah memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan . Mahkamah Rayuan menerima rayuan Zambry dan berjaya mendapat perintah menangguh perisytiharan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai ketua kerajaan negeri.
Majlis Peguam dalam kenyataannya berpendirian keputusan Mahkamah Rayuan itu bererti Zambry hanyalah penjaga kuasa kerajaan negeri atau “head of a caretaker government” sehingga rayuan penuh beliau didengar.
Justeru Zambry tidak ada hak untuk membuat sebarang tindakan dengan menggunakan kuasa Menteri Besar kerana beliau hanyalah ‘penjaga’ kerajaan negeri buat sementara waktu .
Dalam pada itu, Peguam Nizar pula menfailkan permohonan bagi mengenepikan perintah Mahkamah Rayuan yang diperolehi oleh Zambry.
Konflik politik Perak terus berlarutan bagai tiada kesudahan . Rakyat negeri Perak menjadi mangsa percaturan dan konspirasi jahat UMNO / BN . Pakatan Rakyat terus konsisten agar pembubaran Dun Perak berlaku dan memberikan mandat kepada rakyat menentukan sama ada Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional sebagai peneraju Kerajaan Negeri Perak .