Sepertimana biasa , setiap kali PRK berlangsung , sudah pasti UMNO/BN akan mengambil pendekatan untuk merasuah atau mengugut para pengundi bagi tujuan meraih undi . Tindakan sedemikian adalah merupakan amalan biasa yang dilakukan . Bukan itu sahaja , projek-projek 'mee segera' akan melimpah ruah diturunkan di kawasan berlakunya PRK . Sudah 10 tahun jalan tidak bertar , berlubang dan rosak . Dengan segera jentera pembuat jalan tar akan tiba , kontraktor 'mee segera' akan muncul atau JKR mula bekerja. Seolah-olah selama ini semua itu tidak nampak atau tidak wujud sebelum ini .
Walaupun pelbagai aduan telah dibuat sebelum ini tetapi semuanya hanya sekadar 'melepas batuk di tangga' sahaja . Tetapi apabila timbul PRK maka yang tidak pernah dibuat aduan pun diambil tindakan termasuk yang jalan yang tidak rosak pun diturap kembali . Itu adalah senario yang biasa dilihat setiap kali PRK .
Sebab itu setiap kali PRK , PR bukan sahaja berdepan dengan jentera UMNO/BN tetapi berhadapan dengan jentera kerajaan sama ada peringkat kerajaan negeri atau kerajaan Persekutuan . Melimpah ruah turun segala bala tentera , wang , projek dan janji . Sehingga rakyat jadi keliru , mana satu parti dan mana satu kerajaan . Rakyat didoktrinkan bahawa UMNO itu Kerajaan dan Kerajaan itu UMNO.
Sedangkan yang bertempur setiap kali PRK ialah parti politik dan bukannya kerajaan . Tindakan salahguna kuasa UMNO mempergunakan instrumen kerajaan termasuk wang peruntukan kerajaan sentiasa ditutup mata oleh SPR . Seolah-olah tindakan tersebut adalah halal dan tidak merupakan kesalahan .
PRK di negeri-negeri PR adalah berbeza berbanding di negeri-negeri yang dikuasai UMNO/BN . Negeri-negeri yang dipimpin PR tidak akan menggunakan secara total dan melibatkan kerajaan negeri . Sewaktu PRK berlangsung , jentera parti sepenuhnya menjalankan gerakerja kempen tanpa melibatkan jentera kerajaan negeri .
Sebab itu di negeri-negeri PR , parti memperkasakan kerajaan supaya rakyat dapat di didik bahawa parti adalah parti dan manakala kerajaan adalah kerajaan . Tapi malangnya UMNO/BN terus mendidik rakyat sebaliknya . UMNO tidak perlu mengeluarkan dana yang banyak , tetapi dana rakyat dipergunakan sepenuhnya seolah-olah segala projek segera tersebut adalah duit 'mak bapak' mereka .
SPRM menganggap segala amalan rasuah yang berlaku disepanjang PRK adalah halal dilakukan oleh UMNO/BN . Bukan satu kesalahan . Kehadiran Perdana Menteri , Timbalan Perdana Menteri , Menteri-menteri , Menteri Besar dan exco Kerajaan Negeri serta ketua-ketua jabatan hadir dengan menghulurkan pelbagai bantuan segera disepanjang PRK adalah bukan satu kesalahan atau pun jenayah rasuah . Sedangkan tindakan tersebut adalah merupakan kesalahan apabila menyogok para pengundi dengan wang , material dan projek supaya memberikan undi kepada calon parti mereka . Lulus itu dan ini . Sedangkan kehadiran mereka adalah Pegawai Tertinggi Kerajaan bukannya sebagai pimpinan parti politik .
Sepatutnya dalam suasana PRK , kehadiran mereka adalah sebagai pimpinan parti politik yang bertanding. Ada dua kesalahan yang sepatutnya diambil oleh SPRM dan SPR ialah 1
) salah gunakuasa 2) menyogok atau merasuah pengundi . Kenyataan yang dibuat oleh DS Mohd. Ali Rustam boleh dibuat terhadap dua kesalahan . 1
) Cubaan merasuah 2) mengugut pengundi . Sama sepertimana yang diungkapkan oleh DS Najib Razak " Lu tolong gua , gua tolong lu ". Merasuah pengundi suapaya mengundi calon parti mereka dan mengugut pengundi kalau hendakkan sesuatu habuan maka perlu mengundi calon mereka , jika tidak " habuk pun tarak " .
Selagi SPRM dan SPR tidak reformasikan dan bertanggungjawab kepada parlimen , selagi itulah SPRM dan SPR menjadi balaci kepada UMNO/BN dan menghalalkan segala kebejatan yang dilakukan setiap kali PRK berlangsung .
PR sedar bahawa kita berdepan dengan suasana yang tidak adil serta berat sebelah . Walaupun sudah pelbagai cara dan keluhan termasuk kritikan dihaburkan kepada SPRM dan SPR agar bersifat telus , profesional dan berintegriti , tetapi semuanya tidak berkesan . Walaupun berdepan dengan suasana sukar . Berlawan di padang yang tidak rata , pengadil yang berat sebelah , penuh dengan taktik kotor dan menjijikan , media hanya melaporkan sebelah pihak sahaja , PR tidak pernah mengaku kalah dan lemah , terus berjuang dan berjuang .
Semoga rakyat diberikan keimanan yang tinggi , dibukakan pintu hati agar dapat berfikir dengan baik . Membuat pilihan dengan berani tanpa dipengaruhi oleh segala yang dilakukan oleh UMNO/BN . Walaupun ianya adalah agak sukar , PR tidak akan berputus asa . Kita bangun dan Lawan !
Ubah Sekarang , Selamatkan Malaysia !