Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyiapkan siasatan dakwaan penyalahgunaan dana awam untuk lawatan bekas menteri besar Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo (bawah) ke taman tema Disneyland di Perancis dan Amerika Syarikat. Pengarah SPRM Selangor Datuk Jaafar Mahad berkata kini terpulang kepada peguam kanan persekutuan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya untuk mengambil lanjut. "Saya dimaklumkan SPRM Putrajaya telah menyelesaikan siasatannya mengenai itu dan (hasilnya) telah dihantar ke peguam kanan persekutuan. "Sekarang, peguam kanan persekutuan akan menyiasat perkara itu dari semua sudut perundangan, berdasarkan keterangan yang diberikan," katanya dalam sidang di pejabatnya di Shah Alam hari ini, lapor Bernama. Mohd Khir didakwa menggunakan dana kerajaan negeri untuk membuat dua "lawatan teknikal" ke taman tema di Perancis dan Amerika Syarikat pada 2004 dan 2007, yang dikatakan membabitkan perbelanjaan kira-kira RM1.7 juta wang anak syarikat kerajaan negeri Permodalan Negeri Selangor Bhd. Sebelum itu, pada kira-kira jam 11.30 pagi tadi, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor telah menghantar 'rombongan' ke pejabat SPRM di Shah Alam, dengan membawa replika 'Disneyland'. Ia merupakan satu 'ingatan' kepada SPRM supaya membuka segera kes lawatan Khir ke Disneyland, pada 2004. Dalam satu kenyataan, Abdul Razak Ismail - pegawai kepada exco kerajaan Selangor, Dr Xavier Jayakumar, berkata pejabat baru bahagian aduan SPRM kini terletak di Bangunan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS). Ketua AMK Selangor, Khairul Anwar Ahmad Zainuddin ketika berucap di perkarangan bangunan PKPS berkata, mereka kesal dengan penahanan Hussein Ahmad, pegawai khas exco kerajaan Selangor, Yaakob Sapari, yang didakwanya dibuat tanpa sebarang bukti kukuh. Katanya, Hussein direman selama lima, sedang SPRM tidak menahan reman Khir Toyo semasa siasatan dilakukan. Kira-kira 30 anggota AMK Selangor turut memakai telinga ala 'mickey mouse' sebagai satu peringatan kepada SPRM supaya jangan berat sebelah dan melalukan 'pendakwaan terpilih' dalam mendakwa mana-mana pihak. |
Selasa, 26 Januari 2010
Siasatan lawatan Disneyland diserah ke Putrajaya
Kes liwat Anwar: Polis soal siasat Wan Azizah
Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Naib Presidennya, R Sivarasa terpaksa meninggalkan mesyuarat biro politik parti itu, petang tadi kerana mempunyai janji temu dengan polis. Mereka berkejar meninggalkan ibu pejabat PKR pada jam 3 petang dan terus menuju ke balai polis Tropicana yang terletak tidak jauh dari situ. Ditemui oleh wartawan sebelum memasuki balai polis, Wan Azizah berkata: “Saya tidak tahu mengapa kami dipanggil tetapi akan berjumpa polis untuk mendapatkan penjelasan.” “Menurut polis pihak pendakwaan mempunyai kes yang kukuh. Saya tidak faham mengapa mereka ingin menyiasat lebih lanjut,” katanya. Menurut Wan Azizah, dia dan Sivarasa dimaklumkan dua hari lalu untuk berada di balai polis hari ini. 'Saksi alibi' |
AMK SELANGOR KE SPRM SELANGOR HANTAR LAPORAN LAWATAN KE DISNEYLAND KHIR TOYO BERJUMLAH RM1.6 JUTA
Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor membuat semula laporan SPRM di Pejabat SPRM Selangor (Wisma PKPS) mengenai isu penggunaan wang rakyat untuk perbelanjaan peribadi Khir Toyo dan keluarga beliau ke Disneyland semasa beliau menjadi MB Selangor berjumlah RM1.6 juta.
Sebagai simbolik, semua anggota AMK yang hadir memakai topi Mickey Mouse dan membawa replika Disneyland. Sambil menyanyikan lagu Mickey Mouse replika Disneyland tersebut diarak dan seterusnya AMK Selangor menghadiahkannya kepada SPRM beserta salinan2 dokumen yang boleh membantu SPRM membuat siasatan dan seterusnya mengambil tindakan terhadap Khir Toyo... Nantikan lagi laporan2 serta gimik2 yang bakal menyusul dan kita nak lihat sejauh mana ketelusan SPRM.
Saya bersama-sama Sdr Jonah ( Ketua AMK Selangor ) serta AMK Selangor telah mengadakan pertemuan dengan Pengarah SPRM , Datuk Jaafar berkaitan isu tersebut. Pengarah SPRM Selangor memaklumkan bahawa kes tersebut telah diambil alih oleh SPRM Putrajaya dan telah pun selesai . Sekarang laporan tersebut telah dihantar kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan seterusnya.
Perkataan yang sangat mengecewakan apabila Pengarah SPRM Selangor menyatakan " terpulanglah kepadsa Jabatan Peguam Negara ". Saya berkesempatan meminta pihak SPRM bertindak telus , adil dan profesional dan SPRM benar-benar menjadi badan berintegriti .
hai big mama rosmah ! suke benor peluk-peluk ni!
Siapa pula yang Datin Seri peluk kali ini?
Posted by rakyat marhaen Isnin, 2010 Januari 25
Sebelum kita ulas apa kelakuan Datin Seri ini, ucapan tahniah kepada Dato’ Lee Chong Wei yang berjaya menewaskan Boonsak Ponsana dalam Kejohanan Badminton Super Series Terbuka Malaysia Proton 2010 yang berakhir Ahad lalu.
Tujuan penulisan ini dibuat bukan untuk mengulas kehebatan Dato’ Lee Chong Wei menewaskan Boonsak Ponsana dalam straight set, tetapi untuk mengulas kelakuan seorang isteri pemimpin negara ini.
Tanpa menafikan perasan keterujaan rakyat Malaysia selepas Dato’ Lee Chong Wei berjaya merangkul juara Terbuka Malaysia sebanyak 6 kali, tetapi tindakan Penaung Permata ini bagi saya tidak boleh diterima apatah lagi sebagai umat Islam yang waras.
Adakah tidak cukup dengan hanya mungkin menjabat tangan mengucapkan tahniah? Kenapakah perlu dipeluk anak muda ini? Adakah ini contoh yang boleh diikuti oleh anak didik Permata Negara? Pasti media massa utama tidak menyiarkan foto ini demi untuk menjaga air muka Penaung Pertama dan suaminya.
Justeru itu nasihat saya, berpada-padalah dalan meraikan kejayaan. Cukuplah hanya segelintir artis menjadikan peluk memeluk ini sebagai budaya. Jangan ia juga menjadi budaya di kalangan pemimpin tertinggi negara apatah lagi di kalangan rakyat jelata.
GASAK SPRM SELANGOR !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
AMK akan GASAK SPRM SELANGOR dengan isu lawatan ke DISNEYLAND KHIR TOYO !
Berkumpul d Pejabat SPRM Selangor yang baru !
( selepas kes Beng Hock , Pejabat SPRM telah berpindah di Bangunan PKPS )
Depan Hotel Blue Wave
16 JANUARI 2010
jam 10.00 pagi
JOM TURUN RAMAI-RAMAI !
Langgan:
Catatan (Atom)