klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Sabtu, 1 Ogos 2009

TV3 melaporkan

438 orang telah ditangkap sempena PERHIMPUNAN MANSUH ISA !

CATATAN FM DI PERHIMPUNAN MANSUH ISA

Jam 10.30 pagi saya bertolak ke LRT Kelana Jaya . Terbaik tinggalkan kereta dan naik LRT. Di Stesyen LRT Kelana Jaya , bertemu Jonah ( Naib Ketua AMK Pusat ) dan kawan2nya . Jonah bagitahu dan ramai kena tangkap di Masjid Jamek . Polis ramai di situ dan tangkap sesiapa yang disyaki untuk hador menyertai demontrasi . Saya ambil keputusan untuk turun di Stesyen Pasar Seni ( CM ) . Sampai di Pasar Seni , ramai yang dah kena tangkap dan di bawa masuk ke dalam trak polis. Saya tak nampak pun kumpulan Sokong ISA. Penakut ! Dalam risau ditangkap awal saya terus menapak bersebelahan Pasar Seni. Memang polis tak berapa perasan saya sebab saya dah trim misai . hehehe. penampilan berbeza! Saya terus perjalanan dan terus ke Masjid jamek . Ramai betul polis kat situ . saya terserempak dengan Abg Sazali Buletin Online dan Khairul Harakah . Rupanya di situ juga ada tangkapan , difahamkan ramai peguam di tangkap .
Saya tinggalkan Abg Sazali dan terus kan perjalanan ke Sogo . Angah dah sampai d Sogo. Syed pun dah sampai . Saya berjalan ikut jalan belakang Jalan TAR. peniaga duk bersiap betulkan gerai , pasar minggu rupanya. Sampai di Sogo memang ramai betul polis . Jalan TAR dah ditutup . Ramai orang di Sogo dan depan Kompleks Pertama . saya terus ke KFC dan jumpa Angah . Lip dan Chin pun ada . Si Panjang tengah beratur beli makanan. Saya tinggalkan mereka dan ke ruangan makan medan selera tepi Kompleks Pertama . Jumpa YB Amir , Jonah , Samsul Hidayat dan ramai lagi kawan2 AMK di situ.
Kemudian saya ke Sogo. Rupanya ada tangkapan lagi . Yang saya kenal Azizi AMK Rasah . Kebanyakkan yang ditangkap mereka yang pakai baju hitam atau merah ada perkataan Mansuh ISA. Saya hari ni pakai macam nak gi tengok wayang ! hehehe
Jonah beritahu akan mula perhimpunan jam 2 petang . Suasana di hadapan Sogo makin panas . Saya masuk balik ke medan selera dan order makan . Tepat jam 2 petang saya keluar dari Medan Selera dan meninjau keadaan . Tiba-tiba bergema laungan keramat "REFORMASI" dari depan KFC . Saya tengok Chegu Bard dah mulakan sambil berlari . Saya terus laung bersama Chegu Bard dan lead bersama. ratusan mula ikut kami dan semua yang berada di situ mula menyertai kami . Sampai di simpang antara Sogo dan Kompleks Pertama , Chegu Bard tanya saya , camner? Kita tukar laluan ! sebab polis dan FRU dan standby ! Kita tukar arah dan menuju jalan Mahameru. Saya tengok di belakang sudah ribuan bersama kami . Jalan berjaya kami jemkan. Laungan REFORMASI , MANSUH ISA , UNDUR NAJIB , TAKBIR bergema . Teringat saya masa zaman reformasi dulu. Kita kontrol jalanraya . Sampai hampir dengan Bank Negara , FRU sudah bersiap buat perisai siap dengan water canon. Lebih kurang 1 km kami nampak di atas flyover ada ribuan lagi yang sedang menunggu . Saya call Aru , minta himpunan di Masjid Negara stanby. Tapi kami terhalang dengan perisai FRU! kurang lebih 500 meter , FRU mula tembak gas pemedih mata ! Bertempiaran para demonstran lari dari terkena bahang pedih dan panas asap gas pemedih mata.
Saya pun tak tahan , muka dan mata pedih ! Nasib baik ada seorang budak Unit Amal sedang keluarkan garam dan saya ambil sedikit terus makan . Alhamdulillah tak beberapa lama pedih dan panas hilang. Ramai yang dah berundur . Saya dan Chegu Bard bincang dan tukar laluan . hendak ke depan memang tak boleh . bard suruh call Aru , Aru beritahu dia ada di Sogo .Datuk Seri Anwar , Datuk Seri Hj Hadi Awang dan Lim Kit Siang ada di Sogo. Kami arah semua untuk bergerak semula ke Sogo.
sampai di simpang hendak ke Sogo , terserempak dengan grup Datuk Mahfuz. Kita bincang dan akan bergerak ke Pejabat Pas Pusat , Jalan Raja Laut. Saya terus capai mic dan arahkan para demontran ke sana. Kaki dah rasa nak krem! dah rasa sakit sangat. Tapi kena teruskan perjalanan . Dari tadi helikopter polis memantau pergerakan kami dari udara.
Sesampai di pejabat PAS Pusat , kita terus berhimpun di situ . Saya di minta memulakan ucapan . para demonstran semakin ramai . Kumpulan pertama yang bergerak dengan saya bergabung dengan kumpulan di Sogo. Ucapan seterusnya ialah Ustaz Azman Sapawi dan seterusnya Datuk Mahfuz. Pimpinan parti masih terperangkap di Sogo. Tak dapat ke tempat kami berhimpun.
Selesai ucapan Mahfuz , Mahfuz maklum semua pimpinan sedang menuju ke tempat kami . Semua menunggu semula dan ucapan disambung oleh YB Saifuddin Nasution . Tak lama muncul Datuk Seri Presiden PAS , kemudian Datuk Seri Anwar , Lim Kit Siang , Presiden GMI dan ramai pimpinan PR . Dimulakan dengan ucapan terima kasih Tuan Syed , Presiden GMI , seterusnya YB Lim Kit Siang . Kit Siang beritahu inilah kali pertama beliau kena dan rasa gas pemedih mata . Ha! baru tau! rata-rata ucapan terhadap sokongan gerakan rakyat mansuhkan ISA . Datuk Seri Anwar menyampaikan ucapan yang berapi-rapi , membakar semangat para demonstran terhadap penentangan undang-undang zalim ISA yang didalangi UMNO / BN . Najib nak kaji tetapi rakyat nak mansuhkan !
Diakhiri ucapan oleh YB datuk Seri Hj. Hadi Awang yang turut membahang jiwa para demonstran . Datuk Seri Presiden mengkahiri ucapan dengan doa yang diaminkan oleh semua.
Saya terus masuk ruang lobi Pejabat PAS bersama dalam sidang media pimpinan PR . Sewaktu si dang media , FRU tiba dengan gerombolan mereka dan terus memancutkan air asid kepada para demonstran dan orang ramai !
Walaupun Memorandum tidak berjaya disampaikan kepada DYMM Yang DiPertuan Agong tetapi perhimpunan hari ini sangat berjaya , walaupun tangkapan demi tangkapan di buat bagi tujuan menakut2kan kita semua , tetapi terbukti para demonstran tetap utuh ! tetap meneruskan perhimpunan . Dan Saya yakin mesej sudah sampai pada DYMM Yang DiPertuan Agong .
Selepas itu saya keluar dari Pejabat PAS dan menapak ke Sogo . Tuhan saja tahu betapa penat dan tak laratnya. Sesampai hampir dengan Sogo tiba2 FRU menembak beberapa das tembakan gas pemedih mata lagi. Betempiran orang melarikan diri . Udara pedih dan panas dari kesan gas pemedih mata. Saya teruskan perjalanan dengan menukar laluan ke Sogo.
Minum dengan Asmizam dan geng2 AMK di Medan Mara. Sambil borak-borak masih terasa pedih mata apabila gas pemedih mata masih terus di tembak di luar . Apa nak jadi tak tahulah Malaysia ni. Perhimpunan sudah selesai tetapi FRU dan Polis terus menganas !
MANSUHKAN ISA !

Bila ‘Brand’ tak laku, ‘lawan Tok Peraih’ Ikan pun kalah………Kata Rosol

KUALA TERENGGANU - Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Ajil, Dato’ Rosol Wahid berkata UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu menukar taktik dan teknik untuk berhadapan dengan PAS dan Pakatan Rakyat.
Beliau yang juga bekas Setiausaha Perhubungan UMNO Terengganu berkata taburan janji dan projek segera tidak lagi mampu untuk menarik pengundi.”BN masih tidak mampu untuk menang, ertinya BN perlu menukar taktik dan teknik untuk berhadapan dengan PAS dan Pakatan Rakyat,”taburan janji dan projek segera nampaknya tidak mampu untuk menarik pengundi, ini terbukti dalam 6 pilihanraya kecil yang telah kita lalui, ”ini terbukti dalam 6 pilihanraya kecil yang telah kita lalui, kita kalah 5-0...,”tulisnya dalam mengulas kekalahan terbaru BN dalam pilihanraya Kecil DUN Manek Urai.
Beliau menolak pandangan pemimpin UMNO yang mengatakan kemenangan tipis calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah (Abe uji) seolah-seolah BN telah menang.Katanya BN perlu menerima realiti bahawa kalah tetap kalah walaupun satu undi.Mengulas lanjut, beliau menulis secara sinis dan mempersoalkan, adakah BN terlalu parah ketika ini sehingga lawan ‘Tok Peraih Ikan’ pun kalah!Rosol yang juga bekas Exco kanan kerajaan Terengganu berkata ‘brand’ BN tidak popular dan tidak laku lagi masakini.Oleh itu, katanya, imej BN yang parah itu perlu dipulihkan dan perlu di lakukakan ‘Rebranding’.
”Orang putih sebut 'Rebranding'...Kalau brand kita telah dipandang enteng, maka apa sahaja yang kita lakukan tidak akan berkesan malah dipandang negatif. ”Pihak pembangkang dengan senang sahaja memanipulasikan apa sahaja yang kita buat,”katanya.Beliau turut meluahkan perasaan bimbangnya dengan yang menimpa UMNO/BN sekarang dan menyifatkan ia adalah ‘satu nasib malang’ kepada parti itu.Katanya, oleh kerana BN tidak popular lagi, segala apa yang berlaku, BN akan dipersalahkan.
”Kematian Beng Hock baru-baru ini juga kerajaan disalahkan, kematian seorang India di dalam lokap...kerajaan juga dicemuh, kenaikan tambang pengangkutan awam, bertambahnya penagih dadah, kerajaan dikeji,”apa-apa sahaja yang negatif, kerajaan juga jadi mangsa...pengumuman PM seperti penurunan Tol, pakej rangsangan ekonomi dll seolah-olah tidak memberi kesan apa-apa kepada rakyat, malah ia dipandang sepi begitu saja,”tulisnya lagi.
Beliau mengakhiri tulisannya dengan memetik kata-kata orang tua;”kalau pokok sudah condong, bukan sahaja kambing mampu panjat, malah kura-kura juga akan cuba merangkak naik", tulisnya dalam posting terbaru blognya.

Legasi Imam Hadhari; Sepuluh Lesen Judi

KUALA TERENGGANU – Minggu lalu, Multi Purpose Holding Berhad, syarikat induk kepada Magnum Corporation yang menjalankan aktiviti judi Empat Nombor Ekor mengumumkan anak syarikatnya itu telah mendapat lesen baru.
Lesen tersebut diperolehi dari Kementerian Kewangan pada bulan Oktober lalu yang diterajui oleh Perdana Menteri sekarang, dato’ Seri Najib Razak.Ketika itu, Perdana Menteri Malaysia adalah Imam Islam Hadhari, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi.Itulah kejayaan paling besar Imam Hadhari@Abdullah Ahmad Badawi di saat-saat akhir pemeritahannya dan meninggalkan legasi, kepada pewarisnya Najib dan Timbalannya Tan Sri Muhyidin Yassin.
Sebanyak 10 lesen judi telah diluluskan, sebagaimana dilaporkan oleh akhbar perniagaan Singapura, Business Times Singapore.’Rating’ pentadbiran Najib dilaporkan meningkat baru-baru ini dan perniagaan judi mungkin merupakan rahsia senjata ampuh yang digunakannya dalam menghadapi suasana ekonomi dunia yang tidak menentu.Kejayaan Imam Hadhari@Abdullah Badawi mengeluarkan lessen judi itu telah berjaya menambahkan pendapatan Negara kerana berjaya menghalalkan ‘judi haram’.
Pada tahun 2008, industri ‘judi halal’ mempunyai nilai yang cukup besar dalam kewangan Negara berjumlah kira-kira RM8 bilion.Tidak ada sesiapa yang mengetahui berapa besar perniagaan ‘judi haram’ di Malaysia, namun ia dilaporkan 15 kali lebih besar dari industri ‘judi halal’.Oleh itu, langkah kerajaan dianggap bijak dengan mengeluarkan 10 lesen judi baru itu yang menghalalkan ‘judi haram’ sekaligus meningkatkan hasil Negara dengan memperolehi cukai dari perniagaan ‘judi haram’.Justeru, kerajaan pimpinan Najib telah meluluskan lesen judi kepada Magnum yang akan memperkenalkan judi baru yang mempunyai nilai ‘jackpot’, satu cepumas yang tinggi nilai hadiahnya.Dengan perlaksanaannya yang dirancang pada tahun 2009 oleh Magnum sekurang-kurangnya akan meningkatkan pendapatan kerajaan dan akan mengurangkan beban ekonomi akibat masalah yang sedang melanda seluruh dunia.Hebat penjelasannya !
Mungkin itu jugalah yang dimaksudkan oleh Timbalan Najib, Muhyidin menangkis hujjah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat semasa pilihanraya kecil Manek Urai.Muhyidin menyatakan UMNO yang terlebih dahulu mempelopori usaha-usaha meningkatkan syiar Islam, jauh lebih baik dari PAS !
Meluluskan lesen judi yang membawa kepada peningkatan pendapat Negara mungkin termasuk dalam amar makruf.Kerana orang UMNO selalu berhujjah sekiranya ekonomi mundur, pembangunan akan mundur dan bagaimana umat Islam akan maju sekiranya tidak ada pembangunan !Cukup hebat penjelasannya ???Maka teruskanlah usaha meningkatkan ekonomi dengan meluluskan sebanyak-banyaknya lesen judi ! - buletionline

Impian Menjadi Realiti – TIA lenyap menjadi 1MDB, Bukan Lagi Milik Terengganu

KUALA TERENGGANU – Terengganu Investment Authority (TIA) bukan lagi sebuah badan pelaburan milik kerajaan Terengganu apabila ianya diputusakan menjadi sebuah entiti persekutuan dikenali sebagai 1Malaysia Development Berhad (1MDB)
Akhbar the Star pada 22 Julai lalu telah memetik kenyataan Perdana Menteri Malaysia yang berkata selepas berbincang dengan Putera Mahkota Abu Dhabi General Sheikh Mohamed Zayed Al-Nahyan, yang juga Pengerusi al-Mudabala Development.
Selepas lawatan peribadinya sehari ke Abu Dhabi, Najib berkata syarikat pelaburan tersebut bersetuju untuk melabur sebanyak USD 1 bilion dalam bidang hartanah dan perkhidmatan di Malaysia.”Untuk membolehkan pelaburan ini berjaya, kerajaan telah memutuskan TIA akan di kembangkan menjadi sebuah Dana Kekayaan Diraja (sovereign wealth fund) yang akan dikenali sebagai 1Malaysia Development Bhd,”kata Najib dalam satu kenyataan
Pada asalnya TIA dicadangkan atas kepentingan menjamin kekayaan minyak Terengganu dikekalkan untuk masa depan sekiranya Terengganu tidak lagi menjadi pengeluar minyak.Ia dijangka mengumpulkan RM6 bilion dana hasil tawaran bon yang mencagarkan ‘bayaran royalti kerajaan negeri Terengganu’ yang belum diterima.
Dengan pengumuman itu juga, TIA, yang dimiliki sepenuhnya oleh Perbadanan Menteri Besar Terengganu akan di letakkan dibawah Kementerian Kewangan dan dilaporkan terus kepada Perdana Menteri Malaysia.

Hanya Ahli UMNO dan Kerabat JKKK dapat Pangsapuri Pulau Duyong

Written by Wartawan Buletin

Satu laporan telah dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan pembahagian pangsapuri mampu milik Pulau Duyong, dekat sini.
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Terengganu, Cikgu Fariz Musa berkata laporan dibuat berdasarkan dokumen yang dihantar kepadanya oleh pihak yang tidak diketahui.Menurutnya, setelah beliau meneliti isi dokumen itu, beliau dapati telah berlaku ketidakadilan dan penyelewengan oleh pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Cawangan UMNO Pulau Duyong.
”Saya dapati terdapat 3 dokumen, sepucuk surat, satu lampiran senarai nama penyewa-penyewa dan satu lampiran senarai penama-penama yang sepatunya tidak layak,”surat tersebut memohon saya bertindak isu berkaitan penyelewengan tersebut,”kata Fariz dalam sidang media yang diadakan di hadapan pejabat SPRM, Tingkat 11, Wisma Persekutuan, semalam.Beliau berharap pihak SPRM dapat mengambil tindakan dan menyelesaikan kes tersebut yang melibatkan dua blok bangunan yang telah diagihkan kepada 90 orang.
Katanya dokumen lampiran tersebut memperincikan sebab mengapa penerima tidak layak menyewa pangsapuri itu.”(sebagai contoh rumah) J-3-4 dimana pemilik tersebut adalah merupakan ayah kepada pengerusi JKKK Duyong Kelab Aya, ”dimana beliau sebagai pengerusi JKKK telah memberikan rumah tersebut kepada ayahnya dan (sedangkan) ayahnya telah memiliki rumah (lain),”dalam masa yang sama rumah itu tidak didiami oleh ayahnya, (sebaliknya) didiami oleh anaknya (pengerusi JKKK tersebut,”jelasnya.
Katanya, dalam dokumen tersebut juga menyatakan, ramai penerima pangsapuri itu mempunyai hubungan dengan JKKK dan beberapa cawangan UMNO di Pulau Duyong.Oleh itu katanya, beliau melihat pengagihan pangsapuri mampu milik itu telah berlaku penyelewengan dan ketidakadilan.”Pengagihan pangsapuri mampu milik Pulau Duyong ini telah berlaku penyelewengan dan ketidakadilan,”sebab itu kami, pada hari ini mengambil tindakan untuk membuat laporan SPRM dan meminta pihak SPRM mengambil tindakan tegas untuk menyiasat,”tegasnya.
Dalam masa yang sama, beliau turut meminta supaya siasatan dibuat terhadap pembahagian Blok yang baru diedarkan pada hari ini.

MAKLUMAN PERGERAKAN HIMPUNAN AMAN MANSUHKAN ISA PADA 01 OGOS 2009 - Mansuh ISA

Kenyataan Media (29 Julai 2009)

MAKLUMAN PERGERAKAN HIMPUNAN AMAN MANSUHKAN ISA PADA 01 OGOS 2009

1. Bagi melancarkan Himpunan Aman Mansuhkan ISA pada 01 Ogos 2009, Sekretariat Himpunan Aman Mansuhkan ISA mengumumkan tempat berhimpun dan pergerakan himpunan seperti berikut:

Ø Tempat berhimpun dan negeri-negeri berkaitan:
a. Sogo:Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak
b. Masjid Jame’ Kuala Lumpur:Kelantan, Terengganu, Pahang dan Wilayah Persekutuan
c. Masjid Negara:Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor.

Ø Peserta-peserta himpunan aman dikehendaki berkumpul mengikut negeri masing-masing2. Perarakan ke Istana Negara akan dimulakan tepat jam 2 petang untuk menyerahkan Deklarasi Rakyat membantah undang-undang zalim ISA

3. Semua peserta dikehendaki mengikut arahan pihak keselamatan (JABATAN AMAL) yang berpakaian merah
4. Peserta digalakkan masuk awal ke Bandaraya Kuala Lumpur dengan meggunakan kenderaan awam untuk mengelakkan kesesakan

Sekian,

KAMARUZAMAN BIN MOHAMAD
Timbalan Pengarah Himpunan Mansuh ISA,
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat.

Al-Fatihah Buat Allahyarham YB Hamdan Abd Rahman

ADUN Permatang Pasir, YB Datuk Hamdan Abd Rahman diberitakan meninggal dunia di Institut Jantung Negara pagi tadi.Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada beliau. Semoga beliau ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang yang berjuang di jalanNya.
Allahyarham telah memenangi DUN Permatang Pasir pada pilihanraya 2004 dan 2008. Di dalam PRU 2004, Allahyarham dari PAS mengalahkan Md.Isa Ramli dari BN dengan majoriti 679 undi dan pada PRU 2008, Allahyarham Datuk Hamdan mengalahkan calon BN, Ahmad Sahar Suhaib dengan majoriti 5,433 undi.
Menurut amalan biasa dan mengikut akta SPR pilihan raya akan diadakan dalam tempoh 60 hari apabila berlaku kekosongan di mana-mana kerusi DUN atau Parlimen.Berdasarkan pilihanraya kecil Penanti, UMNO BN dijangka tidak akan meletakkan calonnya di Permatang Pasir kerana ia didakwa sebagai satu percaturan politik Pakatan Rakyat dan ia membazirkan masa, tenaga dan wang ringgit, apa tah lagi di DUN Permatang Pasir ini UMNO BN hanya memperolehi 5,571 undi berbanding PAS PR yang memperolehi 11,004 undi.