klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Sabtu, 1 Ogos 2009

Impian Menjadi Realiti – TIA lenyap menjadi 1MDB, Bukan Lagi Milik Terengganu

KUALA TERENGGANU – Terengganu Investment Authority (TIA) bukan lagi sebuah badan pelaburan milik kerajaan Terengganu apabila ianya diputusakan menjadi sebuah entiti persekutuan dikenali sebagai 1Malaysia Development Berhad (1MDB)
Akhbar the Star pada 22 Julai lalu telah memetik kenyataan Perdana Menteri Malaysia yang berkata selepas berbincang dengan Putera Mahkota Abu Dhabi General Sheikh Mohamed Zayed Al-Nahyan, yang juga Pengerusi al-Mudabala Development.
Selepas lawatan peribadinya sehari ke Abu Dhabi, Najib berkata syarikat pelaburan tersebut bersetuju untuk melabur sebanyak USD 1 bilion dalam bidang hartanah dan perkhidmatan di Malaysia.”Untuk membolehkan pelaburan ini berjaya, kerajaan telah memutuskan TIA akan di kembangkan menjadi sebuah Dana Kekayaan Diraja (sovereign wealth fund) yang akan dikenali sebagai 1Malaysia Development Bhd,”kata Najib dalam satu kenyataan
Pada asalnya TIA dicadangkan atas kepentingan menjamin kekayaan minyak Terengganu dikekalkan untuk masa depan sekiranya Terengganu tidak lagi menjadi pengeluar minyak.Ia dijangka mengumpulkan RM6 bilion dana hasil tawaran bon yang mencagarkan ‘bayaran royalti kerajaan negeri Terengganu’ yang belum diterima.
Dengan pengumuman itu juga, TIA, yang dimiliki sepenuhnya oleh Perbadanan Menteri Besar Terengganu akan di letakkan dibawah Kementerian Kewangan dan dilaporkan terus kepada Perdana Menteri Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan