klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Isnin, 30 November 2009

DSAI Private Bill to amend Section 10 of Act 144, Petroleum Development Act 1974

YB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM [Permatang Pauh] akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan agar Kerajaan Persekutuan mengambil langkah supaya Seksyen 10 Akta 144 Akta Pembangunan Petroleum 1974 dipinda dengan memasukkan perkataan seperti berikut (saperti yang dihitamkan):

“Seksyen 10A:
Terjemahan:
“di Luar Pantai”: Untuk maksud Akta ini, perkataan “di luar pantai” bermaksud sebahagian kawasan di tengah laut terbuka di luar pesisir pantai yang berada di dalam had Zon Ekonomi Ekslusif bagi Persekutuan dan di ukur menurut undang-undang yang di terima pakai oleh Persekutuan pada masa berkaitan”.

Bahawa Dewan mengambil maklum kontroversi berkaitan isu royalti daripada hasil dan kegiatan carigali minyak di luar tanah pesisir pantai dalam negeri-negeri di bawah Persekutuan kerana wujudnya kesamaran makna perkataan “di luar pantai (“Offshore”)” di dalam Akta Pembangunan Petroleum 1974 (“Akta tersebut”).
Perkataan “di luar pantai” (offshore) dirujuk sebanyak 3 kali dalam Akta tersebut. Bagaimanapun ianya tidak ditafsirkan di mana-mana pun dalam Akta tersebut.
Oleh kerana Akta tersebut digubal dengan tujuan, antara lain, sebagai terma rujukan kepada penyerahan hak keatas sumber hydrocarbon daripada Negeri-Negeri dibawah Persekutuan, maka adalah wajar perkataan “di luar pantai” (offshore) merujuk kepada semua kegiatan carigali petroleum yang dilaksanakan di sesebuah negeri semasa Akta ini di rangka. Ini termasuk kawasan galian minyak di luar pantai Terengganu yang melangkaui hujah kawasan 3 batu nautika.
Persempadanan 3 batu nautika hanya timbul secara kesimpulan kerana wujudnya kesamaran kepada perkataan “di luar pantai” (offshore)”. Kerajaan menggunapakai definisi “kawasan perairan” atau “territorial water” yang terkandung dalam Akta Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 1969 untuk menghadkan sempadan “di luar pantai” (offshore)” sepertimana yang terkandung dalam Akta tersebut.

BIL PERSENDIRIAN AHLI INI BERMAKSUD UNTUK TUJUAN BERIKUT:

1. Memperjelaskan perkataan “di luar pantai (offshore)” agar ia mencerminkan maksud dan semangat sebenar semasa Akta tersebut digubal dengan pemahaman yang sama diantara Negeri-Negeri dan Kerajaan Persekutuan apabila bersetuju menyerahkan hak negeri-negeri keatas sumber hydrocarbon.
2. Mengelak kekaburan di masa hadapan agar suatu regim fiskal yang jelas dapat ditentukan dalam industri minyak dan gas – pertikaian masakini diantara Kerajaan Persekutuan dan Negeri-Ngeri khususnya Kelantan dan Terengganu memberi isyarat negatif kepada pelabur dalam sektor minyak dan gas dimasa hadapan. Salah satu ciri yang diambilkira oleh pelabur dalam industri minyak dan gas ini ialah kejelasan, kestabilan, dan kepercayaan kepada sistem perundangan berhubung hakmilik sumber hydrocarbon. Tindakan Kerajaan yang memutarbelit maksud dan semangat Akta tersebut dengan menggunapakai segala kelopongan perundangan memberi isyarat negatif kepada industri ini yang mesti dirumuskan dengan segera.

ASAS KEPADA PINDAAN DAN DEFINISI
1. Menghimbau kembali sumber rujukan kepada perkataan “di luar pantai” (offshore) semasa Akta tersebut di gubal pada tahun 1974. Ini adalah penting bagi meninjau kegiatan luar pantai Negara ketika itu samaada “di luar pantai” (offshore)” itu bermaksud had 3 batu nautika, atau melangkaui had tersebut.
2. Asas in penting untuk menentukan kedudukan operasi sebenar semasa Akta tersebut digubal yang sepatutnya dijadikan rujukan terbaik dalam mendefinasi semangat “di luar Pantai” (Offshore) dalam Akta tersebut.;
3. Kegiatan carigali di luar pantai di Terengganu bermula pada tahun 1968 dengan telaga Tapis-1 oleh Esso dan hanya pada tahun 1973 minyak di temui di luar pantai Terengganu;
4. Pengeluaran minyak mentah oleh Esso hanya bermula pada tahun 1978 daripada kawasan carigali Pulai di Terengganu.
5. Kawasan ini – Pulai dan Tapis – adalah kawasan carigali yang penting setakat maksud perkataan “di luar pantai” (offshore) kerana ia adalah kawasan luar pantai pertama di Semenanjung Malaysia; dan ini adalah asas utama rujukan perkataan “di luar pantai” semasa Akta tersebut di gubal pada tahun 1974;
6. Ini bermakna perkataan “di luar pantai” (offshore) di dalam Akta tersebut merujuk kepada kawasan carigali yang baru dibangunkan pada awal tahun 1970an, bukannya kawasan persempadanan kawasan perairan 3 batu nautika yang sehingga kini tidak wujud kegiatan carigali petroleum dan gas dalam Negara. Oleh yang demikian tidak ada sebab mengapa sesebuah Negeri tidak berhak kepada royalti menurut definasi masakini;
7. Kedua-dua kawasan carigali ini yang sudah pasti menjadi asas utama rujukan terletak di dalam kawasan Zon Ekslusif Ekonomi dan antara kawasan yang paling jauh daripada pantai Terengganu;
8. Oleh yang demikian, adalah jelas semasa Akta tersebut di rangka ia menggunapakai kaedah operasi sebenar pada masa itu (iaitu kawasan carigali awal oleh Esso Production Inc), yang merupakan kawasan carigali di luar pantai Terengganu melangkaui persempadanan 3 batu nautika;
9. Dalam konteks itulah perkataan “di luar pantai” (offshore) di dalam Akta tersebut di gubal; maka semangat Akta tersebut menghendaki sebahagian daripada bayaran tunai hendaklah di buat kepada Negeri-Negeri dimana aktiviti carigali petroleum dan gas di jalankan samaada di darat atau di luar pantai;
10. Untuk mengembalikan semangat Akta tersebut, pindaan untuk memperjelaskan perkataan “di luar pantai” (offshore) dalam Akta Pembangunan Petroleum 1974” di perlukan.

Taklimat Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor, 2 Dis 2009 - Ucaptama oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat Ekonomi Selangor

Kerajaan Negeri Selangor akan menganjurkan satu sesi taklimat berkenaan Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor pada hari Rabu ini, 2 Disember 2009 bagi menerangkan usaha terkini kerajaan negeri dalam menjanakan ekonomi negeri.
Dato’ Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim akan hadir untuk merasmikan program tersebut; dan Penasihat Ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ucaptama bagi sesi taklimat itu.
Sesi taklimat yang akan diadakan pada jam 2:30 petang di Bangunan Annexe, Dewan Negeri Selangor ini merupakan program pertama yang dihadiri oleh Anwar Ibrahim sejak dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Selangor.
Yang turut dijemput hadir ke sesi taklimat itu adalah Ahli Panel Penasihat Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor, Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen Selangor, Ketua-ketua Jabatan Kerajaan Negeri.
Sesi taklimat itu akan dipengerusikan oleh Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Besar.
Ahli Panel dan topik pembentangan adalah seperti berikut:
1. Tuan Haji Jaafar Mohd Atan (Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa) – “Pemuliharaan dan Pembangunan Sungai Klang”
2. Dato Mohamad Roslan Sakiman (Datuk Bandar Petaling Jaya) – “Projek Pembaharuan Bandar”
3. Datin Paduka Alinah Ahmad (Pengarah Eksekutif Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor) – “Pembangunan Semula Projek-projek Terbengkalai”
4. Ahmad Zakaria Mohamad Sidek (Pengarah Pertanian Selangor) - “Program Melipatkangandakan Hasil Padi”

Sekian, terima kasih.

Oh...Rupa-rupanya ini yang Wan Hisham kata 'kejayaan' yang dimaksudkan sukar diterjemah

Pengarah Piala Monsun, Datuk Wan Hisham Wan Salleh semalam sebagaimana dilaporkan agensi Bernama berkata matlamat tersirat penganjuran perlumbaan perahu layar itu telah dicapai. Katanya 'kejayaan' yang dimaksudkan sukar diterjemah dalam bentuk data atau statistik, tidak dinafikan sejak ia dimulakan pada 2004, pelbagai sektor di negeri pantai timur itu menerima manfaatnya sama ada secara langsung atau tidak.
Ramai yang tertanya-tanya, apa kejayaan yang sukar di terjemah yang dimaksudkan oleh bekas Exco Terengganu itu.
Rupa-rupanya, Berita Harian hari ini, Isnin, 30 November menceritakan segalanya. Ikuti laporan yang berlaku beberapa meter sahaja dari tapak konsert piala monsun yang akan diadakan;Baca Seterusnya >>>

Piala Monsun Capai Matlamat Tersirat


Oleh Syarifah Hunaini Syed Ismail

KUALA TERENGGANU, 29 Nov (Bernama) -- Kejohanan Piala Monsun yang kini menjadi ciri utama Pulau Duyong, di sini, dilihat berjaya mencapai matlamatnya terutama dalam memperkenalkan Terengganu sebagai lokasi sukan pelayaran antara yang berprestij di dunia.
Walaupun 'kejayaan' yang dimaksudkan sukar diterjemah dalam bentuk data atau statistik, tidak dinafikan sejak ia dimulakan pada 2004, pelbagai sektor di negeri pantai timur itu menerima manfaatnya sama ada secara langsung atau tidak.
Paling ketara, industri pelancongan Terengganu semakin pesat dan pelancong sama ada dari dalam dan luar negeri, berkunjung ke negeri itu hampir sepanjang masa.
Pengarah Piala Monsun, Datuk Wan Hisham Wan Salleh berkata matlamat tersirat telah dicapai, antaranya memecahkan halangan psikologi yang menganggap Terengganu hanya sesuai dikunjungi pada musim-musim tertentu sahaja.
"Rekod penginapan di hotel umpamanya menunjukkan sebelum penganjuran sukan ini, kedatangan pelancong sama ada dari dalam atau luar negeri pada musim monsun sangat berkurangan. Tiada siapa berminat datang melancong ke Terengganu pada musim tengkujuh.
"Namun, sejak Piala Monsun diperkenalkan, hotel-hotel turut menerima tempahan memberangsangkan. Untuk tahun ini, saya diberitahu kebanyakan hotel di bandar telah pun menerima tempahan penuh," katanya kepada Bernama di sini, baru-baru ini.
Begitu juga daripada segi ekonomi, Wan Hisham berkata memang ada petunjuk menandakan peningkatan dalam sektor itu sekalipun pernah dikatakan penganjuran Piala Monsun merugikan kerajaan negeri selain tidak memberi sebarang manfaat kepada penduduk tempatan.
Katanya Menteri Besar Datuk Ahmad Said pernah mengakui kerajaan negeri mendapat keuntungan daripada segi nilai pengiklanan apabila kejohanan disaksikan lebih 1.2 bilion penonton di seluruh dunia.
Menteri Besar terdahulu, Datuk Seri Idris Jusoh menyatakan penganjuran kejohanan itu turut menjana pelaburan jangka panjang bagi membantu pertumbuhan ekonomi negeri.
Menurut Idris, beberapa tahun lalu, sebuah syarikat dari Belanda, Conoship International B.V melabur RM1 bilion bagi membina 20 unit kapal persiaran mewah bagi pasaran Eropah di Terengganu.
Mengulas lanjut, Wan Hisham berkata bazar yang diwujudkan setiap kali acara itu diadakan juga memberi pulangan lumayan kepada peniaga tempatan.
"Ada penjual menjual kuih tradisional, buah rotan berperisa coklat dan strawberi meraih jualan RM1,000 sehari sepanjang kejohanan ini. Dua tahun lalu, ada seorang pelanggan yang datang untuk menonton kejohanan ini di Pulau Duyong.
"Ketika dibawa ke sebuah kedai songket, beliau membelanjakan RM200,000 untuk membeli songket Terengganu, ini benar-benar berlaku. Jika ingin dilihat dalam bentuk statistik, sukar kita beri, tapi itulah antara manfaat yang turut diterima rakyat negeri ini," katanya.
Selain itu, produk tradisional Terengganu seperti keropok sira, baulu rangup, apit-apit, rempeyek, dodol daun palas, putu kacang, coklat manisan serta air dan aiskrim nira nipah semakin mendapat perhatian di kalangan pengunjung termasuk di peringkat antarabangsa.
"Sepanjang musim tengkujuh yang menyaksikan rezeki segelintir penduduk seperti nelayan sedikit terjejas, peluang kembali terbuka jika mereka tahu memanfaatkan kelebihan yang dibawa sukan ini, selagi ia masih ada di sini," katanya.
Mengikut perjanjian yang dicapai antara penganjur kejohanan itu, T-Best Events, dengan Kejohanan Kapal Layar Jelajah WMRT, Piala Monsun yang menjadi acara tahunan sejak lima tahun lalu perlu diadakan sehingga 2012.
"Sebab itu kita benar-benar berharap kontrak dilanjutkan selepas 2012 nanti dan acara ini akan terus dilangsungkan di Pulau Duyong untuk kepentingan penduduk di negeri ini," katanya.
Jika sebelum ini sukan layar agak asing kepada penduduk negara ini, apatah lagi kepada penduduk di kawasan pantai timur, ia kini semakin mendapat perhatian dan digemari pelbagai lapisan masyarakat.
Katanya pada peringkat awal pengenalannya, hanya ada empat pasukan tempatan menyertai kejohanan itu, namun kini jumlahnya semakin meningkat dan untuk tahun ini ada 13 pasukan tempatan bertanding dalam Malaysian Match Racing Championship (MMRC).
MMRC diperkenalkan sebagai kejohanan kelayakan bagi kejohanan Piala Monsun bagi menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia menyertai perlumbaan kapal layar di peringkat tertinggi. Satu lagi kejohanan kelayakan ialah Asian Match Racing Challenge (AMRC).
"Hasrat untuk melihat penyertaan lebih ramai anak tempatan dalam sukan layar juga semakin menjadi kenyataan dengan penyertaan banyak pasukan baru tempatan saban tahun.
"Diberi sedikit masa, tidak mustahil sukan ini akan jadi sukan yang akan mengharumkan nama negara setanding sukan-sukan lain dan memiliki pengikut dan peminat sendiri," katanya.
Katanya perkembangan sukan itu jelas kelihatan dengan mutu yang ditunjukkan semakin meningkat, malah jumlah hadiah yang ditawarkan bertambah dari tahun ke tahun.
Penasihat lumba Piala Monsoon Datuk Peter Gilmour berkata Piala Monsun 2009 yang bakal berlangsung dari 1 hingga 6 Dis ini akan menawarkan hadiah paling lumayan dalam mana-mana acara sukan layar dunia, menjangkau jumlah USD454,000 (RM1.57 juta).
Katanya peningkatan jumlah hadiah itu adalah hasil sokongan penaja utama Piala Monsun, yang merupakan peringkat perlumbaan pusingan akhir World Match Racing Tour (WMRT).
Namun apa yang lebih penting, katanya Piala Monsun menandakan peringkat akhir WMRT dengan pemenang dinobat takhta gelaran juara dunia Persekutuan Pelayaran Antarabangsa (ISAF).
WMRT adalah siri pelayaran profesional berprestij yang menampilkan sembilan acara kejohanan di seluruh dunia dan ia diiktiraf oleh Persekutuan Pelayaran Antarabangsa (ISAF)dengan status "Acara Istimewa", di samping perlumbaan seumpamanya yang termasuk America's Cup dan Volvo Ocean Race.
Kejohanan kali ini sekali lagi akan menampilkan pelayar antarabangsa, antaranya Adam Minoprio dari New Zealand, Ian Williams (Britain) dan Torvar Mirsky (Australia).

-- BERNAMA

TANGKAP SEGERA PENCIPTA LAGU WARISAN , MENTERI DAN PEGAWAI-PEGAWAI BTN DI BAWAH ISA !

Saya sememangnya ANTI ISA ! Sementara ISA masih digunapakai oleh Kerajaan Malaysia dan BTN adalah penyokong kuat mempertahankan akta ISA ini maka adalah wajar digunakan ke atas bekas Ketua Pengarah BTN ini YANG SEKARANG SEBAGAI NAIB CANSELOR DI UUM , Tan Sri dr. Nordin Kardi . Sebab beliaulah pencipta kepada lagu WARISAN yang boleh mencetuskan ketegangan kaum , perpecahan kaum , menolak perpaduan , boleh mengugat kestabilan dan keamanan antara kaum , menimbulkan sentimen prejudis kepada kaum lain , penghasut dan mengugat keselamatan negara !

" anak kecil main api

terbakar hatinya yang sepi

air mata darah bercampur keringat...." ( lagu warisan )

Saya juga mencadangkan agar lagu WARISAN tersebut DIHARAMKAN daripada dinyanyikan , dsiarkan , diterbitkan dan yang sewajar dengan akta yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia .

Saya juga mencadangkan agar semua Pegawai-Pegawai Tertinggi BTN , Pegawai-Pegawai BTN sama ada yang tetap atau kontrak , penceramah , pemudahcara , pengkuliah , jurulatih dan semualah yang terlibat dengan BTN ini ditangkap di bawah Akta ISA kerana atas tuduhan menghasut , penyebab perpecahan , mengugat kestabilan dan keselamatan negara yang boleh mencetuskan ketegangan kaum , pemusnah perpaduan negara , rasis , ekstrimis dan yang paling dasyat ialah MENGAGALKAN KEJAYAAN GAGASAN PERDANA MENTERI MALAYSIA iaitu 1 MALAYSIA !
Tindakan serta usaha ke arah mengagalkan , merosakkan dan mensabotaj agenda dan gagasan Perdana Menteri 1 Malaysia adalah merupakan 1 kesalahan yang sangat besar !


Tindakan ISA adalah sangat perlu diambil kepada menteri yang bertanggungjawab ke atas BTN di atas tindakan dan kesalahan yang sama kerana BTN berada di bawah Jabatan Perdana Menteri .

Akta ISA ini juga perlu diambil terhadap ketua bagi Jabatan Perdana Menteri yang turut sama bersetuju , menyediakan dana yang tidak perlu diaudit , melantik pegawai-pegawai , menguruskan BTN , mengarah tindakan-tindakan dan sebagainya dalam usaha menghasut , menyebabkan perpecahan kaum , mengugat keselamatan negara , rasis , ekstrimis kaum dan mengagalkan gagasan 1 Malaysia . Maka tindakan menahan ketua Jabatan Perdana Menteri ini di bawah ISA adalah perlu iaitu PERDANA MENTERI MALAYSIA !


farizmusa.blogspot.com

Najib’s BTN dilemma


KUALA LUMPUR, Nov 28 — Datuk Seri Najib Razak, his deputy Tan Sri Muhyiddin Yassin next to him, and a number of ministers were thoroughly briefed several weeks ago on the divisive nature of the controversial Biro Tata Negara (BTN) courses compulsory for civil servants and university undergraduates.

At the end of the briefing, the PM spoke of the fear and siege mentality the BTN courses had created, particularly among Malay participants.“This must end,” he told those present, including Muhyiddin, Datuk Seri Khaled Nordin and Datuk Seri Nazri Aziz.

The Malaysian Insider understands that all of the Cabinet members who were present at the briefing, arranged by Datuk Seri Idris Jala, nodded in agreement.

Najib is now facing increasing pressure to close down the BTN while the hawkish forces in his administration continue to defend what has been called racist brainwashing courses by participants and the Pakatan Rakyat (PR).

PR is now on a campaign to expose what its leaders say are political indoctrination programmes to ensure civil servants and students back Barisan Nasional (BN) and Umno.

An earlier proposal by the Najib administration to overhaul the BTN, or National Civics Bureau, may not be good enough, with more Malaysians speaking up against the courses.

If the government does not shut down the programme, Najib will face the prospect of more talk that his 1 Malaysia talk is empty.

In recent week, a number of former participants which include PR politicians and journalists have spoken of their experiences at BTN camps.They have pointed to how facilitators would stoke racial superiority, including portraying the Chinese as the most significant threat to the Malays.

PR parties such as the DAP have been portrayed as communist enemies of the country.A constant theme of the BTN courses, especially for Malay participants, is the emphasis on racial ideology which is strikingly similar to Umno’s Ketuanan Melayu rallying cry, according to the accounts of some former participants.

Government ministers at Jala’s briefing several weeks ago had all privately acknowledged the need for BTN to be revamped.Jala had spoken on the need to overhaul BTN, to make it more inclusive.Jala has been charged with the responsibility of promoting Najib’s 1 Malaysia concept.

His team has been incubating ideas which touch on race, religion and other stumbling blocks to better race relations which have deteriorated.The BTN courses have already been identified as one of those stumbling blocks.

But this week, as the flap grew over BTN, Muhyiddin defended the programme and denied that it was racist.Instead the Selangor PR government has been the subject of attacks, particularly in the Bahasa Malaysia press, for attempting to ban its civil servants and students at state-owned institutions from attending the courses.

Umno leaders including Defence Minister Datuk Seri Zahid Hamidi, a close ally of Najib, have spearheaded a stout defence of BTN as an organization which promoted national unity and was being subjected to unsubstantiated attacks from PR.

While Najib remains overseas attending the Commonwealth Heads of Government Meeting (CHOGM), his ministers and party-owned newspapers have promoted the idea that BTN is a flawless organisation.

They are also criticising PR parties for being unpatriotic or being against national unity.Such a stand is likely to put the Prime Minister in a difficult position.

The Malaysian Insider understands that there are moves within the administration to dilute the syllabus of BTN courses, as a compromise.But such half-measures are not likely to be enough if Najib is serious about reversing what many Malaysians see as institutionalised racism.

The question now is whether Najib will stick to what was articulated in private. - malaysiainsider

DOKTOR SAHKAN PEMBULUH DARAH AYAH PECAH !

Doktor telah sahkan bahawa pembuluh darah ayah telah pecah, sebab itu darah keluar dengan banyak melalui hidung dan mulut . Bila tekanan darah ayah tinggi darah akan keluar lagi . So perlu buat pembedahan laser segera untuk tutup pembuluh darah yang pecah tersebut .
Kos pembedahan laser tersebut ialah RM 7000 ! Ya Allah ... Maner saya nak cari duit ! Saya kena cari duit SEGERA !

Hari Ini Dalam Sejarah: Loteri UMNO 1951


Marilah kita mengimbas kembali kepada tahun 1951 di saat UMNO secara rasmi menjadikan Loteri Kebajikan UMNO sebagai salah satu sumber kewangan UMNO yang penting. Ertinya halal dan haram dalam UMNO tidak pernah menjadi masalah sejak penubuhannya mereka lagi. Malahan, UMNO telah membaham duit haram sejak sebelum Merdeka lagi.

Terima kasih kepada blog no2umno dan Al-Bakistani kerana memberikan kita sumber sejarah yang begitu berharga. Barulah kita tahu siapa sebenarnya UMNO. Telunjuk lurus, kelingking berkait, duri dalam daging, talam dua muka dsbnya.Kat luar cakap nak memperjuangkan Islam tapi sejak penubuhan mereka lagi kuat makan duit haram.

Terence Gomez (kalau tak silap saya) di mana beliau telah membuat kajian bagaimana UMNO telah menggunakan duit judi sebagai usaha membanteras kemelesetan ekonomi pada tahun 80an. Terence Gomez berkata :
"beliau hairan bagaimana orang-orang seperti Daim Zainuddin dan Mahathir serta UMNO yang mengaku Islam boleh bergelumang dalam dosa judi dengan begitu mendalam sekali".

Tak heranlah, generasi UMNO (yakni mereka yang dilahirkan, dibesarkan serta dididik dalam UMNO) seperti Najib Tun Razak boleh meluluskan 10 lesen judi baru dalam bulan pertama beliau menduduki kerusi Menteri Kewangan.


In Belit BN Belit UMNO, Islam Hadhari
on March 3, 2008 at 9:51 amal-bakistani.blogspot.com

Di sini dipaparkan surat resmi yang UMNO keluarkan sebagai pembuktian bahawa UMNO menghalalkan judi.

Kiri - Lampiran (a) klik sini untuk besarkan imej.

Surat pada lampiran (a) adalah surat yang dikeluarkan oleh SETIAUSAHA LOTERI KEBAJIKAN UMNO kepada Bendahari UMNO Malaya, Tuan Sheikh Ahmad bin Mohd Hashim, iaitu bapa kepada Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad, Bekas Menteri Sumber Asli dan Alam sekitar dan Bekas Setiausaha Agong UMNO.

Surat Resmi ini dikeluarkan pada 1953, menandakan UMNO semenjak itu sudah beramal dengan judi sehingga ke hari ini.

Di lampiran (b) pula, dipaparkan satu keratan Akhbar Utusan Melayu bertarikh 1951, menyatakan tentang fatwa yang telah dikeluarkan oleh Mufti Pulau Pinang, iaitu Tuan Haji Abdullah Fahim bahawa Judi loteri yang UMNO gunakan itu adalah HARAM.
Pada 1951 fatwa loteri haram telah dikeluarkan, tapi pada tahun 1953 loteri tetap dijadikan sumber ekonomi UMNO lagi. ini menandakan UMNO adalah parti yang tidak pernah hirau halal atau haram.

Tahukah anda, siapakah TUAN HAJI ABDULLAH FAHIM, mufti Pulau Pinang itu?Abdullah fahim merupakan datuk kepada Bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Abdullah Ahmad Badawi.

Abdullah Ahmad Badawi hanya di masyhurkan sebagai cucu tok guru, tapi sedikit pun ilmu dari datuknya tidak diambil...

Kiri - Lampiran (b) klik sini untuk besarkan imej.

Terjemahan tulisan Jawi dari Akhbar Utusan Melayu 20/8/1951.

Pulau Pinang-19 ogos – Loteri UMNO kalau seperti yang biasa di buat oleh Kelab-kelab Lumba Kuda itu, maka pihak ahli-ahli ‘Alim Ulama Pulau pinang dan Seberang Perai adalah menghukumkan HARAM, kerana cara perjalanan Loteri itu dita’rifkan masuk kedalam bab perkataan “JUDI” yang tersebut didalam Al-Qur'an.Demikian keputusan muktamad persidangan Khas Ahli-ahli Alim Ulama Pulau pinang dan Seberang Perai yang telah dilangsungkan di Madrasah Al-khairiyyah, pokok Sena, Seberang Perai semalam dengan di hadiri oleh kira-kira 50 orang Alim Ulama dan pemerhati-pemerhati dipengerusikan oleh TUAN HAJI ABDULLAH FAHIM, Mufti Pulau Pinang dan Seberang Perai Al-Bakistani

Lantaran dari polisi2 UMNO menghalalkan judi ini, maka lahirlah generasi -generasi Melayu yang tak malu beratur kat kedai Sports Toto untuk beli judi seperti di bawah :

Demi Kepentingan Rakyat : Selangor Beli Rumah PPRT Yang Dilelong Bank, Untuk Bantu Rakyat

Kerajaan Negeri Selangor akan membeli unit-unit rumah Projek Perumahan Rakyat Tempatan (PPRT) yang akan dilelong bank sekiranya hutang-hutang sewa tidak dapat dilangsaikan dalam tempoh terdekat.
Menurut Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Perihatin, Dr. Xavier Jayakumar, isu ini sedang dibincangkan oleh kerajaan negeri untuk mencari jalan membantu penghuni-penghuni PPRT di Selangor.
Xavier berkata, ini berikutan daripada gesaan bank kepada kerajaan negeri supaya bertindak menyelesaikan hal ini.Katanya, bank akan melelong rumah-rumah tersebut sekiranya penghuni tidak dapat menjelaskan sewa dalam tempoh tertentu. Bagaimanapun, kerajaan negeri dalam usaha untuk mendapatkan jumlah tunggakan yang sebenar.
"So dalam mesyuarat Exco kita telah bincang isu ini dan mungkin kita akan adakan satu program baru dimana kita akan minta bank-bank ini bila rumah-rumah ini yang dibiarkan dan tidak dibayar, mereka kena beritahu dengan kerajaan dulu berapa ramai rumah dia, siapa yang beli, siapa tak boleh bayar dan nak lelong untuk berapa".
Beliau berkata demikian kepada media dalam satu majlis di Klang, hari ini.Menurut Dr Xavier, setelah kerajaan negeri mengambilalih, pinjaman penghuni-penghuni, maka pihaknya akan mengatur semula pinjaman penghuni-penghuni PPRT dan akan mengurangkan kutipan sewa jangka panjang sebanyak RM150 sebulan.
"Kita punya cadangan, belum lagi pasti, tapi cadangan kita ialah negeri beli rumah ini semua. Sebab kita yang mulakan program ini dan kita akan hadir program ini. Dan kita katakan rumah-rumah ini untuk orang miskin," katanya.
Walaubagaimanapun, cadangan ini masih dalam perbincangan kerajaan negeri. –Hadri Yaziz.

tahniah !!!!! 1 lagi negeri PR HARAMKAN BTN !



Pulau Pinang Turut Haramkan BTN

Selang beberapa hari kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mengambil keputusan melarang pegawainya mengikuti program Biro Tata Negara (BTN) hari ini kerajaan Pulau Pinang pula mengambil langkah sama.

Menurut Ketua Menteri Lim Guan Eng, beliau tidak nampak ada keperluan untuk pegawai kerajaan negeri berkenaan menjalani program tajaan Barisan Nasional itu yang disifatkannya sebagai propaganda politik semata.

Kata beliau program itu dianjurkan hanya untuk kepentingan BN bagi mempengaruhi pegawai kerajaan termasuk penuntut institusi pengajian tinggi awam atau swasta menyokong BN.Guan Eng berkata berdasarkan maklumat yang diperolehi dari pegawai kerajaan yang pernah mengikuti program BTN ia tidak lebih dari saluran proses doktrinisasi BN bagi melahirkan fenomena perkauman yang melampau.

Beliau berkata kenyataan pemimpin Umno yang cuba menepis dakwaan keputusan kerajaan Selangor itu adalah semata-mata untuk mengaburi mata semua pihak terhadap BTN.

PUISI NEGERI PARA BEDEBAH

Ada satu negeri yang dihuni para bedebah
Lautnya pernah dibelah tongkat Musa
Nuh meninggalkan daratannya karena direndam bah
Dari langit burung-burung kondor
menjatuhkan bebatuan menyala-nyala

Tahukah kamu ciri-ciri negeri para bedebah?
Itulah negeri yang para pemimpinnya hidup mewah
Tapi rakyatnya makan dari mengais sampah
Atau menjadi kuli di negeri orang
Yang upahnya serapah dan bogem mentah

Di negeri para bedebah
Orang baik dan bersih dianggap salah
Dipenjarakan hanya karena sering ketemu wartawan
Menipu rakyat dengan pemilu menjadi lumrah
Karena hanya penguasa yang boleh marah
Sedangkan rakyatnya hanya bisa pasrah

Maka bila negerimu dikuasai para bedebah
Jangan tergesa-gesa mengadu kepada Allah
Karena Tuhan tak akan mengubah suatu kaum
Kecuali kaum itu sendiri mengubahnya

Maka bila melihat negeri dikuasai para bedebah
Usirlah mereka dengan revolusi
Bila tak mampu dengan revolusi, dengan demonstrasi
Bila tak mampu dengan demonstrasi, dengan diskusi
Tapi itulah selemah-lemahnya iman perjuangan !

oleh Adhie M Massardi
EraMuslim, Indonesia

Nik Aziz Pertahan Isu Doanya, Tidak Salah Daripada Aspek Islam

KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap mempertahankan bahawa tidak salah daripada segi agama Islam jika mendoakan seseorang itu dilaknat Tuhan jika mereka mempunyai niat jahat terhadap seseorang lain.
Menteri Besar Kelantan itu berkata beliau sanggup berhadapan dengan ulama yang membidas serta mengkritik kenyataannya itu dan mengingatkan beliau bahawa perbuatan sedemikian adalah haram di sisi Islam.
Jumaat lepas, Nik Abdul Aziz berkata beliau akan berdoa kepada Allah supaya memusnahkan masa depan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Umno jika kerajaan pusat enggan memberi royalti minyak kepada Kelantan, yang disifatkan sebagai sesuatu yang tidak betul.
Menteri Besar Kelantan itu turut menjelaskan kenyataannya itu.
"Doa yang dimaksudkan itu (kepada Perdana Menteri) hanya meminta Allah memperbetulkan fikiran Perdana Menteri, (Datuk Seri Najib Tun Razak) iaitu beri (royalti) gas dan petrol kepada Kelantan, kalu tak beri juga, bermakna beliau berniat tak baik.
"Niat tak baik itulah yang saya minta dilaknatkan Tuhan tu...," katanya.
Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria, dalam laporan media hari ini dipetik sebagai berkata umat Islam sepatutnya berdoa dan memohon kepada Allah supaya memberikan hidayah, kesejahteraan serta keselamatan terhadap orang lain, terutama saudara seagama, bahkan kepada orang kafir. BERNAMA

Negeri Kedua Termiskin Menawarkan Hadiah Paling Lumayan Di Dunia !

KUALA TERENGGANU – Terengganu, negeri yang kedua termiskin di Malaysia, selepas Sabah, menawarkan hadiah yang paling lumayan dalam edisi kelima Kejohanan Lumba Perahu Layar Piala Monsun.Sukan yang penuh kontroversi dan misteri itu akan berlangsung di Pulau Duyong di sini dari 1-6 Disember, menawarkan hadiah wang tertinggi dalam semua kejohanan dan sukan pelayaran di seluruh dunia dengan jumlah RM1. 57 juta (USD454, 000).
Peningkatan hadiah wang tunai tersebut dilaporkan kerana komitmen penaja utama dan kerajaan negeri Terengganu.Pemenang kejohanan tersebut akan meraih RM360, 000 (USD104, 000) sementara pasukan yang terditempatkan tercorot juga (tempat ke 12) masih boleh menerima RM50, 000 (USD14, 400).
Sementara itu, Pengarah Piala Monsun, Datuk Wan Hisham Wan Salleh berkata matlamat tersirat penganjuran piala monsoon tercapai.Beliau dilaporkan berkata, walaupun 'kejayaan' yang dimaksudkan sukar diterjemah dalam bentuk data atau statistik, sejak ia dimulakan pada 2004, pelbagai sektor di negeri pantai timur itu menerima manfaatnya sama ada secara langsung atau tidak.

Ayah Alami Darah Keluar dari Mulut Dan Hidung Lagi !

Saya ikuti perkembangan ayah hari ini . Nampak stabil dan semakin baik . Tidak lah membimbangkan hati saya . Ayah pun cakap nak balik ke Terengganu pagi hari ini .

Dalam jam 12.30 tgh malam saya ke uptown kota damansara . Lebih kurang jam 1.30 pagi , Din (adik ipar ) call yang ayah alami sekali lagi darah kluar daripada hidung dan mulut . Darah kluar dengan banyaknya . Ayah , Din bawa ke Tropicana Medical Centre (TMC ) Kota Damansara .
Saya terus bergegas ke TMC . Saya dapati ayah sedang tersandar di katil Emergency Unit TMC. darah masih keluar dari mulut. Jururawat sedang menguruskan beliau .

Kurang lebih 30 minit , darah berhenti . Kami ambil keputusan untuk masukkan ayah di wad. dah 2 kali , bermakna sudah semakin serius . Ayah keletihan dan tidak bermaya . Din uruskan semua urusan untuk masukkan ayah di wad.

Dalam jam 3 pagi , ayah di bawa ke tingkat 5 . Bilik 508 . Jururawat sibuk uruskan ayah . Periksa tekanan darah ( BP ) , drip dan stabilkan keadaan ayah . Jururawat pesan suruh bawa pil darah tinggi ayah pagi nanti . Kami biarkan ayah tidur . Dia sangat lemah . Tak sedar saya Hisham , adik saya dah sampai . Emak dah call adik saya Nazri yang kerja askar di Kem Kota Bharu . Saya ambil keputusan balik ke rumah saya . Standby di rumah , sebab dekat sangat dengan rumah . Sementara ni emak yang jaga , lepas tu diganti dengan Akim ( anak saudara ) . Hanya seorang sahaja yang dibenarkan jaga ayah .

Semoga ayah selamat dan segera sembuh . Amin !

Ahad, 29 November 2009

MB nafi k'jaan negeri tahu dokumen dibocorkan

Kerajaan Selangor menafikan bertanggungjawab membocorkan dokumen mengenai tregedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa dalam internet semalam.Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau tidak tahu yang dokumen sulit itu kini tersiar di internet."Ia tidak sepatutnya berlaku," katanya.
"Selain itu, dokumen itu tidak lagi ada dengan kita kerana kita telah memulangkannya kepada MAPJ (Majlis Perbandaran Ampang Jaya)," katanya ketika ditemui di majlis makan malam ulangtahun ke-10 Malaysiakini malam tadi.Mengulas mengenai cop rasmi seorang exco kerajaan Selangor pada dokumen yang bocor itu, Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri akan menyiasat perkara itu.
"Kita tidak pernah mengedarkan dokumen tersebut... dan mengenai cop tersebut, kita akan menyiasat sama ada benar-benar (datang dari kita)."Bagaimanapun, saya tidak fikir ia datang dari (kerajaan) negeri kerana kita masih menunggu kelulusan kerajaan pusat (untuk mendeklasifikasi) dokumen tersebut," katanya.Menteri besar juga menyuarakan kekecewaannya berhubung proses mendapatkan kelulusan tersebut, sambil menambah setakat ini kerajaan negeri telah menghantar empat pucuk surat kepada jabatan kerjaraya (JKR) dan kabinet."MPAJ baru-baru ini telah menghantar sepucuk lagi surat kepada JKR. Kemudian ia (JKR) kata kami sebaliknya perlu hantar surat itu kepada kabinet.
"Dan MPAJ kemudiannya meminta surat lain dari kita untuk dihantar kepada JKR sekali lagi, dan kami masih menunggu jawapannya," kata Abdul Khalid.
Dokumen dibuang?Semalam, dokumen yang diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi, telah disiarkan dalam satu lamanweb Rapidshare.
Dokumen setebal 86 muka surat itu, yang merupakan salinan fotostat, mempunyai cop rasmi seorang exco kerajaan Selangor.Setiap halaman tertera cop 'rahsia' dan mengandungi peta terperinci kawasan yang terbabit.
Bagaimanapun, semakan Malaysiakini pagi ini mendapati fail tersebut sama ada telah dipadam atau dibuang dari lamanweb tersebut.Dokumen tersebut menunjukkan sebuah jawatankuasa khas, cawangan kejuruteraan cerun JKR ditubuhkan untuk menjalankan siasatan tanah runtuh di situ.Sejumlah 21 saksi telah dipanggil memberi keterangan dengan jurutera-jurutera cerun tersebut untuk mendapatkan maklumat mengenai sejarah kawasan tersebut serta apa yang berlaku yang mengakibatkan berlaku tanah runtuh di situ.
Intipati laporan tersebut ialah mengenai punca kejadian tanah runtuh itu ialah kebocoran air dari paip di sepanjang rumah yang tidak dihuni, mengakibatkan berlaku tekanan air yang tinggi dalam curun dan meningkatkan kelembapan tanah, dan sekaligus menjadikan cerun itu menjadi tidak stabil.Pada 18 November lalu, Abdul Khalid mengumumkan yang beliau akan menggunakan kuasanya di bawah Seksyen 2(c) OSA untuk mengumumkan laporan tersebut kepada umum.Khalid juga membaca ringkasan dan hasil utama siasatan yang mengakibatkan tragedi tanah runtuh berlaku di Taman Bukit Mewah,
Bukit Antarabangsa pada jam 3.30 pagi 6 Disember 2008 yang mengorbankan lima nyawa dan memusnahkan 14 buah rumah.Laporan penuhnya bagaimanapun tidak jadi diumumkan selepas kerajaan pusat mendakwa menteri besar Selangor telah melanggar OSA, yang membawa hukuman setahun penjara mandotari. - malaysiakini

UMNO USAH BOHONG PASAL BTN


Semua pimpinan UMNO , daripada Muhyidin yasin , Hisamuddin Hussein dan sebagainya cukup melatah di atas tindakan Kerajaan pakatan Rakyat Selangor melarang semua kakitangan , pelajar dan semua dibawah kuasa takluk kerajaan negeri daripada menyertai program BTN .

Tetapi tidak seorang pun menafikan bahawa BTN adalah alat dan perkakas UMNO dan pencetus kepada perpecahan kaum . Semua bercakap pasal program BTN hendak membina negara dan menjelaskan konsep 1 Malaysia . Menyalak bengis terhadap tindakan kerajaan negeri Selangor .

nampaknya mereka sudah hilang arah . Sudah bercelaru apabila BTN yang merupakan badan di bawah Jabatan Perdana Menteri dipertikaikan peranannya . Dituduh racist dan menjadi pencetus kepada perpecahan rakyat Malaysia apabila agenda Ketuanan Melayu dan Ketuanan UMNO sebagai intipati program mereka .

Kewangan atau peruntukan BTN tidak pernah diaudit dan tidak perlu diaudit . Silibus BTN yang kononnya memperjuangkan konsep 1 Malaysia , membina negara dan menjelaskan dasar-dasar kerajaan hanyalah di atas kertas semata-mata . Tetapi BTN adalah alat yang digunakan oleh UMNO semaksimum untuk mendoktrinisasikan fahaman sempit Melayu dalam ertikata UMNO , menghina kaum lain , memfitnah DS Anwar dan Pakatan Rakyat .

Menyatakan hanya UMNO yang mampu menyelamatkan Melayu dan negara . Hanya UMNO ketuanan Melayu akan dipertahankan , bahasa Melayu , agama Islam akan diangkat tinggi . Semuanya kerana UMNO . Kerana pemimpin-pemimpin UMNO . Fakta sebenar disembunyikan atau dipesong dan direka-rekakan. Fitnah menjadi silibus utama latihan oleh barua mereka .

BTN memang wajar dibubarkan . BTN wajar diISAkan kerana penghasut dan mengapi-apikan perkauman . Mencetus dan mendidik minda rakyat dengan fahaman racist sempit .

BTN adalah pendokong UMNO !

farizmusa.blogspot.com

HATI TAKUT BILA TENGOK GAMBAR MEKAH KINI DAN AKAN DATANG ... PETANDA SUDAH HAMPIR KIAMAT?

MEKAH DULU
MEKAH SEKARANG

HOTEL HILTON MEKAH

KFC MEKAH
HOTEL DAR-AL-TAWHID MEKAH
LIHAT PEMANDANGAN BANGUNAN-BANGUNAN YANG SEDANG DIBINA
MEKAH AKAN DATANG !!!!!!YA ALLAH SELAMATKANLAH BAITULLAH !

MALAYSIA MAVERICK : MAHATHIR MOHAMAD IN TURBULENT TIMES DEDAH PEKONG MAHATHIR

Dua Bekas editor Asian Wall Street Journal, Barry Wain akan meletopkan pekong Mamak Mandey melalui bukunya ‘Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times’.
Antara yang dibongkarnya ialah perjanjian sulit yang dibuat oleh mamak mandey membenarkan Amerika mendirikan Pusat Latihan Hutan di Johor, pusat baikpulih kapal di Lumut dan pusat membaikpulih pesawat C-130 Hercules di Kuala Lumpur. Tun M juga mengambil wang rakyat untuk membina Ibu Pejabat UMNO, Putra World Trade Centre. Lain-lain skandal yang akan membogelkan Mamak Kutty termasuk kes Bank Bumiputra di awal 1980an. Kerugian Perwaja Steel berjumlah RM2.56 billion. Pembelian M.V. Agusta bernilai RM348 billion.


Mahathir, despite his nationalistic rants, signed a secret security agreement with the United States in 1984 that gave the Americans access to a jungle warfare training school in Johor and allowed them to set up a small-ship repair facility at Lumut and a plant in Kuala Lumpur to repair C-130 Hercules transport aircraft. Mahathir’s Umno financed its new Putra World Trade Centre headquarters in Kuala Lumpur partly with taxpayers money, by forcing state-owned banks to write off at least RM140 million in interest on Umno loans. All the rakyat’s hard earned money down the drain and they have the audacity to raise fuel prices and asking the people to change their lifestyles.


Apakah betul ada orang menyebutkan bahawa Mahathir pengkhianat bangsa dan negara?

alhamdulillah ayahanda saya selamat

Dalam jam 12.45 tgh malam , saya dihubungi oleh anak saudara saya yang ayah ( Tokkey ) saya mengalami pendarahan teruk keluar melalui hidung dan mulut . Katanya bersembur-sembur di merata-rata rumah . Alhamdulillah adik lelaki saya Hisham ada , terus bawa ke klinik 24 jam di Seksyen 6 , Kota Damansara .
Saya terus bergegas keluar dan ke Seksyen 6 , Kota Damansara , malangnya 2 buah klinik 24 jam di situ menafikan ada pesakit mengalami pendarahan hidung dan mulut yang teruk . Saya hubungi anak saudara saya Akim dan beritahu Tokkey tak ada di situ . Akim suruh saya ke Tropicana Medical Centre .

Sesampai di sana saya terus ke bahagian kecemasan dan bertanya . Disahkan ayah saya ada di situ . Saya dibenarkan masuk ke bahagian kecemasan dan saya dapati ayah saya terlantar lemah di katil . Nurse yang bertugas sedang mendemah kepala ayah saya dengan ais . Kemudian masuk doktor bertugas . Dia beritahu keadaan ayah saya stabil . BP ayah semakin baik . Ayah diberikan drip dan doktor memantau dan membuat diagnosis , memantau kondisi ayah .

Alhamdulillah , BP ayah semakin stabil , pendarahan sudah tiada , doktor nasihatkan sama ada berehat di hospital atau pulang . Ayah hendak pulang . Saya beritahu , dari rumah ke TMC tidak jauh . Apa-apa kami akan hantar ke TMC dengan segera .

Terima kasih atas layanan baik doktor dan medical team yang bertugas . Ayah kami bawa pulang ke rumah adik saya Ateh . Kebetulan adik dan adik ipar saya berada di Medan , Indonesia . Esok baru balik . Yang ada kat rumah ateh , mak , Hisham , Efir , Akim , Ali , Zara dan Bibik .

Alhamdulillah ayah semakin baik dan sedang tidur . Allah sahaja yang tahu betapa terkejut dan susahnya hati saya . Dia beritahu selepas makan pil resdung yang ateh bagi , lebih kurang setengah jam darah keluar dari hidung dan mulut . Bersembur-sembur .

Syukur Ya Allah , ayah semakin baik . Saya sayang ayah !

BTN; ‘Topeng Demokrasi’ Umno Untuk Memecahbelahkan Rakyat Malaysia

KUALA TERENGGANU – Sikap Naib Presiden Umno, Dato’ Seri Hishamudin tidak sama dengan apa yang diucapkannya berkaitan pembaharuan dalam Umno.Beliau menyatakan ada usaha dan kemahuan politik untuk berubah dikalangan pimpinan Umno daripada presiden sehingga peringkat bahagian termasuklah timbalan presiden, naib presiden dan majlis tertinggi.Sebaliknya, beliau sendiri, bukannya mahu menerima kenyataan, malah menyelar dan menuduh mereka yang mengutarakan isu berkaitan Biro Tata Negara (BTN).
Hishamudin berkata, saranan pemimpin Pakatan Rakyat mahu kerajaan memansuhkan program BTN adalah kerana ketandusan isu dan satu percubaan mengalihkan isu-isu dalaman.”Apa? Saya pun tak faham ! BTN ni dah wujud lama ! Kenapa sekarang baru nak ditimbulkan ? Satu, saya rasa, mungkin mereka ketandusan isu; keduanya, saya percaya mereka nak alih pandangan dari masalah dalaman mereka sendiri,”dan ketiganya, mungkin mereka bimbang bahawa BTN ini dapat betul-betul menekankan perkara yang cukup penting, iaitu dalam kita hendak membina negara bangsa dan dalam konsep satu Malaysia,”katanya.
Hishamudin berkata demikian dalam sidang media di Kampung Tok Jembal, dekat sini, (gambar kanan) ketika menjawab soalan wartawan berkenaan kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang, berkaitan isu terbabit.

Sabtu, 28 November 2009

NAJIB MESTI BUBARKAN BTN UNTUK JAYAKAN 1 MALAYSIA

Saya rasa terpanggil apabila terdengar kenyataan yang dibuat oleh YAB TPM Muhyidin Yassin dalam Astro Awani 501 dengan menyatakan kemarahan terhadap Kerajaan Negeri Selangor melarang kakitangannya dan pelajar institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri itu daripada menghadiri kursus BTN, berkuatkuasa serta merta, dengan alasan bahawa kursus BTN adalah satu proses doktrinasi oleh kerajaan UMNO/BN.
Saya dengan rendah hati BERSETUJU dengan tindakan YAB MB Selangor TS Khalid Ibrahim yang mengambil keputusan secara drastik tersebut . Sememangnya wajar dan amat relevan larangan tersebut di buat dan perlu diikuti oleh semua negeri-negeri di bawah kekuasaan Pakatan Rakyat.
Saya bersetuju bukan kerana saya adalah merupakan ahli Parti Keadilan Rakyat dan merupakan pimpinan AMK pusat maka saya mesti bersetuju dengan apa jua keputusan yang di buat oleh TS Khalid dan Kerajaan Negeri Selangor .
Ini adalah kerana saya sewaktu berada di dalam UMNO , adalah merupakan seorang SAHABAT BTN ( tenaga penceramah , fasilitator , pengkuliah , jurulatih di panggil 'Sahabat BTN ') ! Saya adalah merupakan PENCERAMAH dan FASILITATOR BTN Cawangan Terengganu ( Boleh sahkan dengan Sdr. Rosli Abdullah sekarang Setiausaha Majlis Perhubungan Negeri PKR Terengganu – beliau ialah bos saya selaku Pengarah BTN Cawangan Terengganu ) . Sejak tahun 1991 hinggalah saya dipecat pada tahun 1998 . Perkhidmatan saya ditamatkan selepas saya didapati menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim .
Saya mula bersama BTN sewaktu saya berada di Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung ( GPMS ) . Saya pernah dipilih dalam Persidangan Agong Tahunan GPMS sebagai EXCO GPMS Kebangsaan ( sesi 1993-1996 ) bersama-sama Dato’ Shuhaimi Ibrahim , Sdr. Rezal Merican ( Datuk ) , Sdr. Sharil Rejab dan ramai lagi . Saya memang dididik dan di’tarbiyah’kan dengan semangat ke'melayu'an yang melampau .
Waktu itu memang menjadi kebanggaan kepada saya kerana dipilih menjadi SAHABAT BTN . Setiap bulan 2 atau 3 kali saya akan berada di Kem Bina Negera sama ada menjadi Penceramah atau Fasilitator .
Sebelum berkisar kerja saya dalam BTN , sewaktu saya masih dibangku sekolah menengah , saya pernah menjadi peserta program BTN . Disitulah saya didoktrinkan dengan semangat kemelayuan . Saya diasuh untuk membenci orang cina! Saya disuntikkan dengan kekuatan UMNO sebagai landasan mempertahankan kuasa politik melayu dan mesti membenci kaum cina . Orang cina sebagai komunis , DAP adalah komunis , orang cina hendak menguasai negara melalui kuasa politik . Di situ saya mula mengenali lagu WARISAN .
Bila menyanyikan lagu WARISAN .. menangis dan meraung-raung! Semangat melayu membuak-buak!!! Meratapi nasib melayu .. kalaulah ada orang cina di situ jawabnya MATI lah !
Dari sekolah menengah lagi saya menyertai GPMS sehinggalah menjawat jawatan EXCO GPMS Kebangsaan . Lagu WARISAN menjadi lagu Tangga No. 1 carta muzik GPMS . Menarik lagi lagu tersebut dicipta oleh bekas Setiausaha Agong GPMS Sdr Nordin Kardi ( Dato’ Dr. ) ( beliau menjadi pensyarah saya sewaktu saya belajar di UPM , selepas itu beliau dilantik sebagai Ketua Pengarah BTN ) .
Semasa menjadi penceramah dan fasilitator BTN , memang tugas saya ialah mendoktrinkan para peserta untuk menyokong UMNO! UMNO lah parti yang memperjuangkan orang melayu . Banyak kejayaan yang dibuat oleh UMNO dalam mentadbir negara dan negeri , UMNOlah segala-galanya . UMNO IS THE BEST IN THE WORLD!
Pembangkang ( PAS , DAP dan Semangat 46 ) adalah musuh negara . PAS adalah Parti Ajaran Sesat , DAP Komunis dan Semangat 46 petualang Melayu yang sanggup bersekongkol dengan DAP dan PBS ( parti kristian – waktu itu PBS adalah pembangkang dan menerajui kerajaan Sabah ) .
Kejayaan manusia bernama Mahathir Mohamad sebagai Ultra Melayu . Mesti menjayakan Wawasan 2020 , Mahathir adalah yang paling hebat ! Peserta mesti diyakini bahawa untung nasib melayu dan negara terletak pada UMNO dan BN . Mahathir dan UMNO adalah penyelamat melayu ! Apa yang kami sampaikan pada peserta dari hari pertama hinggalah ke hari akhir ialah melayu,melayu,melayu,melayu! UMNO,UMNO,UMNO,UMNO!
Mana peserta yang mirip pada PAS akan kita ‘turning over’ kepala otak mereka . Pernah sewaktu mengendalikan Kem Bina Negara di kem Kijang PCB , Kelantan , untuk pelajar-pelajar Kolej Agama Sultan Zinal Abidin ( KUSZA ) berlaku ketegangan antara peserta dengan fasilitator . Maklumlah , student-student KUSZA ini banyak yang kuat agama , dalam pengajian Islam , Usuludin dan sebagainya kuat PAS . Apa yang di buat ialah di‘mark’kan pelajar-pelajar tersebut . Didenda , diajak berbincang dan macam-macam lagi. Yang penting ialah keluarnya mereka dari kem , mereka akan sokong UMNO !
Sewaktu saya masih bekerja sebagai cikgu di Terengganu ( 1999 ) , sebelum saya ditukarkan ke Sekolah Jenis Cina Jabor , Hulu Kemaman ( sempadan Pahang – Terengganu ) , saya dikaitkan menyokong pembangkang dan menjadi penyokong kuat REFORMASI serta Anwar Ibrahim , saya telah dinamakan untuk menghadiri Kursus Bina Negara di Kem Bina Negara , Bukit Keluang , Besut . Semua kakitangan kerajaan yang di senarai hitam menyokong pembangkang , reformasi dan Anwar Ibrahim dikumpulkan dalam program tersebut. Para penceramah adalah daripada daripada BTN Pusat . Kami di’basuh’ agar kembali menyokong UMNO. Cerita-cerita Anwar pengkhianat , agen Amerika , Azmin agen Amerika , PAS menyesatkan , Mahathir betul , negarawan hebat dan pelbagai dakyah songsang disampaikan kepada kami termasuk tentang keselamatan negara . Syukur kerana mereka tidak berjaya mengubah pendirian dan prinsip saya.
Semua tenaga BTN sama ada Pengarah , Penolong Pengarah , kakitangan tetap , penceramah , pengkuliah , jurulatih hatta kontraktor makan, pembekal bahan makanan dan semuanya yang terlibat dengan BTN adalah WAJIB UMNO ! Berjawatan dalam UMNO !
BTN adalah jentera latihan untuk UMNO . Saya sendiri pernah terlibat sebagai peserta kursus Simulasi Pilihanraya anjuran BTN dan Biro Latiahan Pemuda UMNO Malaysia . Seluruh pimpinan pemuda UMNO di Negeri Terengganu menghadiri program tersebut yang dilatih oleh Rahim King dan kapten Sudirman.
Malah saya sendiri pernah menjadi fasilitator BTN untuk Wanita UMNO Negeri Terengganu bertempat di Peladang Agrotourism Setiu .
Kalau betul BTN hari ini sedang memperkukuhkan agenda 1 Malaysia seperti kata Muhyidin Yasin , kenapa semua peserta program-program BTN MESTI MELAYU ? Saya juga diberitahu bahawa guru-guru yang LULUS PTK diwajibkan menyertai kursus BTN barulah mengesahkan mereka ke tangga gaji baru .
Hari ini Najib buat 1 Malaysia .Hilang Wawasan 2020 dan hilang Islam Hadhari . Yang diwar-warkan sekarang ialah 1 Malaysia . Dalam media , di billbord tepi-tepi jalanraya dan di mana-mana sahaja cerita 1 Malaysia . Slogan “Rakyat Didahulukan’Pencapaian Diutamakan” cuba diserap dalam minda rakyat . Walaupun idea tersebut lapuk tapi diperbarui dengan bersungguh-sungguh . Sebab itulah Najib sanggup bayar berjuta-juta ringgit kepada sebuah Syarikat Yahudi untuk menjayakan gagasan beliau . Ianya mengambarkan Malaysia sebagai sebuah negara majmuk , berbilang bangsa , pelbagai agama membawa satu wadah iaitu 1 Malaysia . Menunjukkan bahawa perpaduan rakyat berbilang kaum diutamakan . Sedangkan Pakatan Rakyat telah lama memperjuangkan 1 Malaysia ini .
Sekira benar itu hasrat Najib dan kuncu-kuncunya . Termasuk Muhyidin Yasin selaku timbalan Najib . Maka adalah amat RELEVAN organisasi yang bernama Biro Tatanegara di bawah Jabatan Perdana Menteri ini DIBUBAR! Kalau tidak , 1 Malaysia hanyalah slogan semata-mata atau bersifat ‘kosmetik’ . Untuk meralisasikan 1 Malaysia , BTN yang merupakan pencetus semangat perkauman , mendoktrinkan nilai perpecahan kaum, penghasut dan penghancur perpaduan kaum WAJIB DIBUBARKAN! Kalau tidak Najib perlu ‘kubur’kan slogan 1 Malaysia tersebut. Dan Najib tidak layak bercakap tentang 1 Malaysia .
Saya CABAR , Pergerakan Pemuda UMNO , Pemuda MCA , Pemuda MIC , Pemuda PPP , Pemuda Gerakan dan semua pemuda komponen BN termasuk di Sabah dan Sarawak untuk desak Presiden UMNO merangkap Pengerusi BN ini memBUBARkan BTN!
1 MALAYSIA hanyalah retorik semata-mata !

farizmusa.blogspot.com

Pulau Pinang Beri Anugerah Kepada 137 Penghafaz Al-Quran Negeri

Seramai 137 penghafaz Al-Quran atau Hafiz di Pulau Pinang diberi penghargaan oleh kerajaan negeri dalam satu Majlis yang diadakan di Dewan Seri Pulau Pinang, kelmarin.Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang,YAB Lim Guan Eng, pemberian anugerah ini adalah untuk memberi penghargaan kepada mereka yang berjaya menghafaz sepenuhnya AL-Quran dalam membentuk insan yang bertaqwa, sebagai pemangkin ekonomi negeri.
Jelas beliau, walaupun wujud kepelbagaian agama di negara ini khususnya di Pulau Pinang tetapi beliau berpegang kepada hakikat bahawa kesemua agama mengajak penganutnya ke arah kebaikan dan kesejahteraan.Tambah beliau, Kerajaan negeri memberi pengiktirafan ini kerana percaya bahawa bukan mudah untuk menjadi seorang penghafal Al-Quran kerana ia memerlukan disiplin dan komitment yang tinggi dan hanya insan-insan berjiwa besar serta berkeperibadian mulia mampu melakukanya.
Penyampaian anugerah kepada para hafiz dan hafizah ini telah dimulakan sejak tahun 2008 dalam usaha melahirkan ramai para hafiz di negeri ini.Setiap penerima anugerah diberikan sijil penghargaan dan wang tunai RM 500 setiap seorang. Turut hadir dalam majlis penyampaian anugerah kepada 137 para hafiz dan hafizah, Tuan Yang Terutama Negeri Pulau Pinang Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Bin Abbas,Dato Abu Hassan Din Al-Hafiz dan Tuan Haji Mohamad Sabu.
Lim Guan Eng percaya dengan lahirnya para hafiz dan hafizah di negeri Pulau Pinang ini akan dapat melahirkan insan yang berintegriti tinggi serta melahirkan masyarakat yang harmoni dan dinamik. -TVS

Saya bersama AMK Terengganu pernah membuat laporan polis meminta siasatan di buat terhadap akuan bersumpah P. Balasubramaniam pada 7 Julai 2008

ini berita yang saya petik daripada KibadBlog

AMK Terengganu buat laporan polis terhadap Najib
Posted on 7:54 AM by Tekong68
7 Julai 2008

Kuala Terengganu - Empat orang ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Terengganu telah membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Terengganu, disini hari ini.
Mereka di ketuai oleh Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia yang juga Ketua AMK Terengganu, Fariz Musa. Fariz dalam kenyataannya berkata laporan polis dibuat terhadap Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah didakwa terlibat dalam kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shariibuu berdasarkan Akuan Bersumpah Bekas Penyiasat Persendirian Penganalisis Politik, Razak Baginda yang kini dituduh bersubahat dalam kes pembunuhan tersebut.
Beliau mendesak agar Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak segera letak jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.Ini kerana, katanya pemimpin UMNO tersebut yang juga TPM mempunyai moral yang sangat rendah serta memberi implikasi negatif kepada imej negara.
“Angkatan Muda KeADILan (AMK) Malaysia menyelar tindakan TPM, Dato Seri Najib Tun Abdul Razak yang berterusan mengulangi pembohongan kepada rakyat mengenai hubung kaitnya dengan mendiang Altantuya Sharibuu,“Pendedahan menggemparkan telah dibuat oleh penyiasat persendirian yang diupah oleh Abdul Razak Baginda, P.Balasubramaniam mengenai hubungan Najib dengan Altantuya,“Keengganan isteri Najib, Rosmah Mansor untuk mengheret Raja Petra kamaruddin ke mahkamah di atas Perakuan Sumpah dibuat oleh Raja Petra mengenai penglibatan Rosmah dalam pembunuhan mendiang Altantuya juga mewujudkan spekulasi sangat serius,” jelasnya.
Laporan polis terhadap Dato’ Seri Najib di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu pada jam 2.55 petang dan keluar dari balai tersebut pada jam 4.00 petang.
Menurutnya, beberapa siri ‘penipuan’ tersebut merupakan petanda negatif bagi imej seorang Timbalan Perdana Menteri yang sering kali cuba melarikan diri dari persoalan-persoalan melibatkan integriti dan maruah negara.Justeru itu, katanya AMK turut ‘mencabar’ Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi mengambil tindakan segera menggantung tugas Najib agar boleh disiasat dan didakwa jika terbukti bersalah.
Walaupun Akuan bersumpah yang dikemukakan oleh P Subramaniam kelmarin telah ditarik balik tanpa sebarang sebab pada hari ini, namun akuan itu adalah sempurna, tiada cacat cela, ditandatanganinya dan P Balasubramaniam telah mendapat nasihat peguam sebelum membuatnya (akuan bersumpah).
Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin pagi ini menyatakan bahawa Akuan (bersumpah itu) sudah menjadi bukti.Sehubungan dengan itu Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengatakan polis akan menjalankan siasatan terhadap dua akuan bersumpah yang dibuat oleh penyiasat persendirian, P Balasubramaniam walaupun beliau menarik balik tuduhan yang mengaitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Hadir sama mengiringi beliau membuat laporan berkenaan iaitu Setiausaha AMK Terengganu, Muzafeq serta dua lagi anggota AMK yang lain.
ini ialah kenyataan media penuh saya :
Najib Tun Razak Perlu Letak Jawatan Segera
Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) Negeri Terengganu menyelar tindakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berterusan mengulangi pembohongan beliau kepada rakyat mengenai hubung kait beliau dengan mendiang Altantunya Sharibuu.
Pendedahan menggemparkan yang dibuat oleh penyiasat persendirian yang pernah diupah oleh Abdul Razak Baginda, P. Balasubramaniam mengenai hubungan Najib dan Altantunya sekaligus menafikan pembohongan Najib yang terus mengulangi penafian dangkal bahawa beliau tidak kenal Altantunya sebermula Pilihanraya Kecil Dun Ijok tahun lepas.
Keenganan Isteri Najib, Rosmah Mansor untuk mengheret Raja Perta Kamaruddin ke mahkamah di atas Perakuan Sumpah yang dibuat Raja Petra mengenai keterlibatan Rosmah di dalam pembunuhan mendiang Altantunya juga mewujudkan spekulasi yang sangat serius, apakah benar yang beliau sememangnya terlibat.
Pengakuan Najib bahawa beliau turut bertemu Saiful Bukhari Azlan beberapa hari sebelum laporan polis dibuat oleh Saiful juga sekaligus membenarkan dakwaan AMK sebelum ini bahawa konspirasi untuk memalitkan imej dan karier politik Dato’ Seri Anwar Ibrahim turut melibatkan Najib dan kuncu-kuncunya.
Justeru siri-siri penipuan ini adalah satu petanda negatif bagi imej seorang Timbalan Perdana Menteri yang kelihatan seringkali cuba melarikan diri dari persoalan-persoalan yang melibatkan integriti dan maruah Negara.
Berdasarkan kepada perkembangan terbaru ini, AMK Terengganu ingin menggesa agar Najib SEGERA meletakkan jawatan kerana imej dan moral yang sangat rendah yang memberikan implikasi negatif kepada imej negara khususnya.
Lebih menghairankan tidak sampai 24 jam, tiba-tiba P.Balasubramaniam telah menarik balik akuan bersumpah yang telah dibuat pada 1 Julai 2008 dan membuat akuan sumpah baru dengan menafikan akuan sumpah terdahulu, dengan menafikan semua penglibatan Najib dan Altantunya. Satu persoalan atau adakah bukti penglibatan Najib secara jelas, dan kini kita digemparkan dengan kehilangan P. Balasubramaniam dan keluarga beliau.
AMK Terengganu mencabar supaya Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi untuk mengambil tindakan sewajarnya dengan menggantung tugas Najib agar beliau boleh disiasat dan didakwa jika terbukti beliau bersalah.
AMK Terengganu juga meminta pihak Polis DiRaja Malaysia dan Jabatan Peguam Negara mengambil tindkan segera secara tegas dan adil terhadap laporan polis yang dibuat oleh AMK berkaitan akuan sumpah pertama yang telah dibuat oleh P. Balasubramaniam.
AMK Terengganu mendesak supaya tindakan yang disarankan diambil pada kadar segera agar imej negara tidak terus terpalit dengan pelbagai masalah kerana kepimpinan yang lemah dan bankrap moral.
FARIZ MUSA
Ketua Angkatan Muda Keadilan Terengganu
Merangkap Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia

Peguam: Akuan Bersumpah ( SD ) Bala mengandungi dua bahagian

Akuan bersumpah (SD) pertama penyiasat persendirian P Balasubramaniam mengandungi dua bahagian - satu bahagian mengenai apa yang diberitahu kepadanya dan satu lagi mengenai apa yang dilihatnya sendiri.

Menurut peguam Balasubramaniam, Americk Singh Sidhu, bahagian pertama membabitkan kenyataan-kenyataan di mana penyiasat persendirian itu dalam kedudukan untuk mengesahkan kebenarannya.Ini termasuk bila Balasubramaniam berkata dia diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak dan Altantuya Shaariibuu ada menjalin hubungan.

Americk berkata, bahagian kedua SD Balasubramaniam mengandungi apa yang dialami sendiri. Contohnya ialah meseg SMS yang dilihat oleh Balasubramaniam pada telefon bimbit Abdul Razak Baginda pada hari penganalisa politik itu ditangkap.

SMS itu dikatakan memberitahu Razak baginda bahawa timbalan perdana menteri ketika itu menemui IGP (ketua polis negara) pada jam 11 pagi hari berkenaan dan diminta bertenang.

Razak Baginda, yang dikenali rapat dengan Najib, kemudiannya dibebaskan daripada tuduhan bersubahat membunuh bekas kekasihnya, Altantuya.

Americk juga berkata perbicaraan Altantuya telah menimbulkan lebih banyak soalan daripada jawapan di mana bukti tertentu tidak dikemukakan di mahkamah.

Katanya, dua anggota unit tindakan khas didapati bersalah membunuh seorang rakyat Mongolia tanpa sebab yang jelas dan perkara itulah yang mengganggu fikiran Balasubramaniam ketika dia membuat SD pertamanya.Baca berita penuh - malaysiakini

Before telling the world the true Malaysian story, let Malaysians know the truth of what is happening in Malaysia

Dipetik dari blog Yb Lim Kit Siang

Before telling the world the true Malaysian story, let Malaysians know the truth of what is happening in Malaysia – beginning with the story of Altantuya C4 murder

In his recent visit to New York, the Prime Minister, Datuk Seri Najib Razak said Malaysia’s message of reforms and transformation needs to be told to foreign investors consistently or risk being overshadowed by countries like China and other emerging economies.
First things first. Najib should allow the true Malaysian story to be told to Malaysians first or the credibility of the Malaysian story to global investors by Najib’s spin doctors would come under a great discount.
In the era of instant communications, it is both imprudent and self-defeating to believe that it is possible to mislead global investors about what is happening in the country.Recently in less than three months, Malaysia suffered three grievous blows undermining Malaysia’s international competitiveness, viz:
>World Economic Forum (WEF)’s Global Competitiveness Report (GCR) 2009-2010 – dropping three places from 21st to 24th ranking;
>World Bank’s Doing Business 2010: Reforming Through Difficult Times – falling two places from 21st to 23rd placing.
>Transparency International Corruption Perception Index 2009 – worst ranking at No. 56 and score of 4.5, as well as the worst single-year drop in 15 years in CPI ranking by nine places from No. 47 last year and fall of 0.6 CPI score from 5.1 last year.
It is because “global investors” are privy to the “true Malaysian story” that the country has suffered these grievous blows to our international competitiveness.
A good start to tell the world the true Malaysian story is to let Malaysians know the truth of so many dark secrets of the Malaysian story, stating with the true story of the C4 murder of Mongolian Altantuya Shaariibuu.
The Prime Minister and the authorities concerned just cannot pretend that the re-appearance of private investigator P. Balasubramaniam after 18 months and his video explanation for his two Statutory Declarations contradicting each other within 24 hours in July last year in connection with the Altantuya murder case, followed by the Malaysiakini interview with Bala’s lawyer, Americk Singh Sidhu, do not exist.
A response is warranted from the Prime Minister and the authorities concerned, for to continue to ignore the most damaging disclosures and allegations which have surfaced and taken the Internet by storm would gravely impair the credibility, integrity and legitimacy of the office of Prime Minister and key national instutions in Malaysia – further causing the “true Malaysian story” to global investors to be taken with more than a pinch of salt.

BNM siasat pemindahan RM10 juta oleh MB NS : ISA SAMAD BAKAL GANTI MOHAMAD HASAN JADI MB NS

Bank Negara (BNM) sedang menyiasat seorang pengurup wang tempatan yang didakwa terbabit dalam pemindahan RM10 juta ke London oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan pada 2008.
BNM mengesahkannya semalam tetapi enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih berjalan."Sebagai sebahagian daripada prosedur siasatan, pihak bank akan memaklumkan kepada pihak berkuasa yang berkenaan hasil siasatanya yang di luar bidangkuasa Bank Negara untuk tindakan mereka selanjutnya.
"Sebaik sahaja siasatan siap, BNM akan merujuk perkara itu kepada pejabat Peguam Negara," katanya dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.
Sebelum ini, pengarah strategi PKR, Tian Chua mendakwa Mohamad mungkin telah melanggar undang-undang pembankan negara kerana didakwa memindahkan RM10 juta melalui seorang pengurup wang.
Tian Chua juga mendedahkan bahawa Mohamad telah menggunakan perkhidmatan Salamath Ali Money Changer Sdn Bhd untuk memindahkan wang tersebut ke London.
Semalam, BNM berkata Salamath Ali telah melanggar Seksyen 30 Akta Pengurupan Wang 1998 dan lesennya telah dibatalkan pada 26 Oktober.
Mohamad yang juga ADUN Rantau, menjadi sasaran pembangkang sewaktu sidang dewan undangan negeri yang sedang berjalan.
Bagaimanapun, beliau enggan memberi penjelasan berhubung perkara itu.Wakil rakyat pembangkang juga menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat perkara itu. Berita asal

Bank Negara probes Negeri MB's RM10 mil fund transfer


The central bank is investigating a local money changer which was allegedly involved in the transfer of RM10 million to London by Negeri Sembilan Menteri Besar Mohamad Hasan in 2008.Bank Negara Malaysia (BNM) confirmed this yesterday but declined to comment further as investigations are ongoing."As part of standard investigating procedures, the bank shall inform the appropriate authorities of any findings which fall beyond the scope of the bank's purview for their further action."Once the investigation is completed, BNM will refer the matter to the Attorney-General's Chambers," it said in a statement to Malaysiakini.

Earlier, PKR's strategy director Tian Chua claimed that Mohd Hasan (left) could have broken the country's banking laws by allegedly transferring funds amounting to RM10 million through a money changer.Tian Chua also revealed that Mohd Hasan had used the services of Salamath Ali Money Changer Sdn Bhd to transfer the amount to London.

Hasan keeping silentBank Negara had yesterday said that Salamath Ali had contravened Section 30 of the Money-Changing Act 1998 and its licence had been revoked on Oct 26."BNM adheres to rigorous monitoring systems and processes in ensuring that our regulatees and licensees function effectively and responsibly as financial intermediaries in serving the needs of the public," it said.Mohd Hasan, who is also Rantau state assemblyperson, came under fire from the opposition during the ongoing state assembly sitting.

However, he kept mum and refused to give an explanation on the matter. Opposition representatives have also called on the Malaysian Anti-Corruption Commission to conduct a probe on the scandal.
FM - ADAKAH MAT HASAN AKAN DIKENAKAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG ? ATAU TINDAKAN SIASATAN INI BERTUJUAN MEMBERSIHKAN MAT HASAN ? BANK NEGARA AKAN MENGUMUMKAN SETELAH SIASATAN DI BUAT SECARA TELUS , ADIL DAN PROFESIONAL , 'SEEKOR KAMBING HITAM' AKAN DIAMBIL TINDAKAN KERANA MEMINDAHKAN RM10JUTA TERSEBUT , GEMBALA KAMBING TIDAK BERSALAH DAN TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN DUIT TERSEBUT !

Eksklusif: Program Biro Tata Negara Sewajarnya Dimansuhkan Segera, Kerana Ia Jelas Membakar Sentimen Perkauman Serta Perpaduan Rakyat !!


Mutakhir ini, isu Biro Tata Negara semakin hangat diperkatakan. Ia berikutan tindakan Kerajaan Negeri Selangor mengeluarkan arahan pelajar dari IPT dan kakitangan kerajaan negeri tidak lagi dibenarkan menyertai kursus anjuran BTN. Banyak pandangan yang telah dibuat oleh beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat, terutamanya mereka yang telah menyertai program ini ketika belajar dan bekerja kerajaan satu ketika dulu. Ternyata, BTN banyak menimbulkan kontroversi dikalangan mereka yang pernah menyertainya dulu. Semangat "cintakan negara" yang mahu ditanamkan kepada peserta akhirnya bertukar menjadi propaganda UMNO dan Barisan Nasional itu sendiri. Selain api perkauman yang dimainakan, terkini BTN lebih menjurus kepada meyakinkan peserta tentang isu ketuanan Melayu, PKR Agen Yahudi, DAP Proksi Singapura dan PAS Parti Ajaran Sesat. Lantaran itulah tindakan Kerajaan Negeri Selangor melarang perkara ini amatlah munasabah sekali, dalam usaha menyatupadukan rakyat berbilang kaum di negeri itu. Dalam satu kenyataan di Pagoh hari ini, TPM Muhyiddin mengatakan bahawa Kursus BTN tidak bertujuan untuk membawa peserta kepada Umno dan Barisan Nasional. Ia tidak mempunyai niat yang jahat dan ia mempunyai tujuan-tujuan yang baik. Kenyataan Muhyiddin itu jelas untuk menutup kelemahan yang ada sebenarnya. Ini kerana peserta yang hadir itu, bukanlah majoriti mereka yang menyokong UMNO dan BN.
Maka atas maklumat daripada peserta terbabitlah, maka ia membuktikan sebaliknya dan bukan seperti apa yang disuarakan oleh TPM Muhyiddin itu sebenarnya. Oleh itu kami ingin mengajak pembaca menilai antara kesalahan besar yang berlaku dalam kursus BTN sejak sekian lama. Semoga dengan ini, rakyat boleh mendesak agar BTN turut dimansuhkan sama seperti ISA itu. Jelas sekali program ini tidak menggalakkan perpaduan kaum di negara ini. Malah, mereka dimomok-momokkan dengan berbagai cerita mengarut yang sukar diterima oleh peserta terbabit. Lantaran itulah, bagi mereka yang telah melaluinya akan merasainya. Bukankah Misi BTN itu sendiri berbunyi "BTN berdedikasi melaksanakan program-program memupuk semangat patriotisme dan ketaatan kepada kerajaan yang dipilih. Ini akan dilaksanakan secara profesional dan berpandukan kepada prinsip - prinsip etika". Bukankah ini bukti jelas BTN bertujuan membuat propaganda kepada rakyat agar mempunyai semangat patriotisme dan ketaatan kepada kerajaan yang dipilih?. Makanya, bukankah Kerajaan Selangor dipilih oleh rakyat, wajarlah larangan ini dikeluarkan oleh kerajaan negeri itu sebenarnya.

Biro Tata Negara Itu Wajar Dimansuhkan

Bagi kami, Kerajaan Negeri Selangor bukan sahaja perlu melarang kakitangan kerajaan dan pelajar negeri ini menyertainya, malah program Biro Tata Negara itu sendiri wajar dimansuhkan sebenarnya. Jika tidak, maka semakin ramai rakyat Malaysia terutamannya golongan muda yang akan rosak minda mereka akibat dihenyak bertubi-tubi oleh fasilator Biro Tata Negara yang dilatih khas untuk memesongkan minda mereka. Pada pandangan kami, program BTN memang tidak ada matlamatnya melainkan untuk memecah belahkan rakyat Malaysia semata-mata. Ada banyak bukti-bukti kukuh tentang konsep yang diamalkan dalam program BTN itu jelas sekali bertentangan dengan semangat demokrasi berbilang kaum di negara ini. Sebelum ini, pemimpin parti kaum Cina terbesar di negara ini iaitu MCA pernah mempertikaikan peruntukan besar dalam setiap kali pembentangan Bajet yang diberikan oleh kerajaan kepada program itu.
Memang kita tahu dalam kursus ini turut menerapkan dasar-dasar kerajaan. Namun semua itu hanya selingan semata-mata. Malah dalam sesetengan Latihan Dalam Kumpulan (LDK), tajuk-tajuk dan isu yang diberikan juga amat tidak relevan dengan konsep BTN itu sendiri. Mereka lebih mementingkan agenda kerajaan itu sendiri, ia itu untuk memesongkan minda peserta agar percaya bahawa segala yang berlaku diluar harus diubah. Misalnya dari sudut perkauman benci kepada parti pembangkang dan sebagainya. Malah, mereka langsung tidak boleh memikirkan betapa ada juag peserta kursus yang terdiri dari kalangan anak-anak orang Pakatan Rakyat dan bukan UMNO BN semata-mata. Inilah yang menyebabkan kerajaan terutamanya rakan-rakan dari GPMS amat suka dengan BTN. Kerana mereka semua adalah berkiblatkan UMNO dan Barisan Nasional sejak dulu, kini dan pasti buat selamanya.

Tanam Sentimen Perkauman Kepada Peserta

Pada awal kewujudan Biro Tata Negara (BTN) di negara ini, sememangnya isu perkauman sering menjadi fokus utamanya. Peserta ditanamkan sikap kebencian kepada kaum lain terutamanya kaum Tionghua di negara ini. Lagu "Warisan" anak kecil main api sering dinyanyikan bagi menunjukkan betapa ruginya memberi muka kepada kaum Tionghua yang akhirnya akan menjajah negara ini. Kononnya, habis harta benda dan tanah pusaka terjual kepada orang Cina yang mana akhirnya akan menyebabkan orang Melayu menjadi hamba di bumi sendiri. Ditanamkan sikap benci yang membuak-buak agar memandang hina kepada kaum Cina yang menjadi musuh orang-orang Melayu. Inilah yang ditanamkan kepada peserta kursus Biro Tata Negara dulu. Malah ada peserta yang terkejut dengan senario ini, dan menganggap ianya amat tidak wahar berlaku. Sikap anti perkauman ditanamkan dengan jelas kepada peserta, hingga menyebabkan mereka menjadi benci kepada kaum Tionghua selepas keluar daripada Kem BTN di seluruh negara. Apakah ini namanya menerapkan dasar-dasar kerajaan seperti yang dimaksudkan oleh Saudara Faizal itu agaknya.
Awalnya hanya bangsa Melayu yang dibenarkan hadir kursus BTN , Maka senanglah dimainkan sentimen perkauman itu sebenarnya
Bukankah ini membuktikan bahawa Biro Tata Negara menerapkan sikap anti perkauman sesama rakyat Malaysia sebenarnya. Atas dasar itulah program ini wajar dimansuhkan dengan segera !! Cuba lihat lirik dan semangat lagu Warisan disini . Lagu ini sering dimainkan dalam kursus Biro Tata Negara sejak sekian lamanya. Malah, lagu ini juga wajar diharamkan kerana ia menanamkan sifat anti perkauman sebenarnya.

Tanamkan Sikap Benci Parti Pembangkang

Selepas era pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim (foto), dari kerajaan UMNO dan BN penghujung tahun 1998 dulu, agenda BTN telah mula ditukar sedikit demi sedikit. Sentimen anti perkauman yang ditanam pada awalnya mula ditukar selaras dengan hasrat untuk memesongkan minda rakyat supaya menerima apa jua yang dilakukan oleh kerajaan ketika itu. Akhirnya mereka mula menyusun strategi supaya peserta ditanamkan sikap benci kepada parti pembangkang terutamanya parti yang didokongi oleh Anwar itu sendiri. Malah, dalam sesetengah kursus, memang fasilitatior secara terang-terangan membuat topik yang menjurus kepada membenci pembangkang. Topik akan dibincangkan dalam sesi Latihan Dalam Kumpulan (LDK) untuk dipersembahkan. Dari situ, mereka akan menilai kumpulan manakah yang dilihat cenderung kepada parti pembangkang sebenarnya. Jika dulu ditanamkan sentimen kaum Tionghua mahu jajah Malaysia dan menghalau orang Melayu dari negara ini. Kini tidak lagi, apa yang ditanamkan ialah PKR agen Yahudi, DAP Proksi Singapura dan PAS Parti Ajaran Sesat. Maka, ia ditanamkan dalam jiwa setiap peserta dengan berbagai topik yang dibincangkan. Inilah yang amat mengecewakan sebenarnya. Jiwa rakyat mahu dipesongkan seolah-olah hanya kerajaan UMNO dan BN sahaja yang layak memerintah negara ini. Jika PKR, PAS atau DAP memerintah, sudah pasti negara akan terjajah semula dan dijual kepada orang asing. Inilah yang dilakukan oleh mereka dalam usaha supaya mereka cinta kepada negara dan kerajaan BN. Biarpun kerajaan itu banyak melakukan penyelewengan, rasuah, korupsi dan menindas rakyat itu sendiri. Apakah ini bukan namanya menanamkan agenda UMNO dan BN dalam kursus BTN itu agaknya?. Justeru itu, amat wajarlah Kerajaan Negeri Selangor membuat larangan terbabit demi masa depan rakyat. -dipetik daripada pahang daily online