klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Rabu, 18 November 2009

MEMPERCEPATKAN PERLAKSANAAN AGENDA REFORMASI

Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan
18 November 2009

Angkatan Muda Keadilan Malaysia menyeru agar ketiga-tiga parti dalam Pakatan Pakyat bersatu-padu untuk melaksanakan dasar perubahan dan agenda reformasi. Usaha ini penting untuk mengelakkan Barisan Nasional merampas semula 2/3 majoriti dalam kerusi parlimen pada PRU Ke-13.
Pakatan Rakyat mesti meneliti secara serius tentang keputusan kajian selidik yang dijalankan oleh Merdeka Centre. Keputusan tersebut boleh dijadikan satu tanda peringatan untuk kesepakatan Pakatan Rakyat dalam memperkukuhkan sokongan rakyat dan sekaligus mewujudkan sistem dua-parti di Malaysia.
Mengikut statistik kajian selidik tersebut, sokongan kaum India terhadap BN telah meningkat secara mendadak dari 35% ke 55%. Manakala masyarakat Melayu pula menaik sedikit sebanyak 4% iaitu dari 53% ke 57%. Sekiranya parlimen dibubarkan sekarang, Pakatan Rakyat akan hilang 20 hingga 30 kerusi dan menjadi jumlah kerusi dalam parlimen tinggal 50 hingga 60 kerusi.
Walaupun keputusan tersebut hanya sekadar rujukan tetapi sudah mencukupi untuk mengingatkan wakil rakyat yang tidak mempunyai prestasi yang memuaskan. Ketua Pembangkang Dewan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga memberi amaran kepada mereka yang tidak mempunyai rekod perkhidmatan yang memuaskan. Sekiranya mereka masih tidak berubah, maka kemungkinan besar akan digugur pada PRU Ke-13.
AMK berpendapat bahawa setiap lapisan pimpinan Pakatan Rakyat harus memainkan peranan yang lebih proaktif untuk mendapat sokongan daripada rakyat. Hanya dengan semangat reformasi yang mengutamakan rakyat, menyelesaikan masalah rakyat, barulah boleh menyakinkan rakyat terhadap keupayaan Pakatan Rakyat untuk menggantikan BN dalam menerajui kerajaan Persekutuan.
Walaupun 52 tahun BN yang penuh dengan rasuah dan penyelewangan telah ditolak dengan tsunami politik 8 Mac, tetapi asas untuk sistem dua parti di Malaysia masih tidak kukuh. Malahan pelbagai tekanan serta sekatan yang dikenakan oleh BN telah membantut proses demokrasi khasnya sistem dua-parti.
Oleh itu, AMK berbangga dengan pencapaian kerajaan PR dalam 20 bulan yang lepas. Namun masih terdapat ruang untuk diperbaiki serta mempercepatkan agenda reformasi serta proses demokrasi untuk menjadi model negeri kepada negeri lain.

Lee Khai Loon
Ketua Penerangan
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

LAPORAN SIASATAN TANAH RUNTUH BUKIT ANTARABANGSA

KENYATAAN MEDIA
18 NOVEMBER 2009

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini telah menggunakan kuasanya dibawah seksyen 2c Akta Rahsia Rasmi untuk mendeklasifikasikan laporan siasatan kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa pada 6 Disember 2008 lepas.
Tindakan itu telah dibuat setelah Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) hari ini bersetuju supaya laporan itu - yang telah dikelaskan sebagai “rahsia” oleh Kerajaan Persekutuan – dikeluarkan untuk tatapan umum.
Laporan tersebut yang bertajuk “Kajian Siasatan Kejadian Tanah Runtuh di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarbangsa” telah disediakan oleh oleh cawangan kejuruteraan cerun, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan telah sampaikan kepada menteri Besar oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) setelah menerimanya dari JKR pada September lepas.Laporan ini boleh didapati di pejabat MPAJ bermula Isnin depan dengan harga kos. Walaubagaimanpun satu ringkasan laporan akan diedarkan oleh MPAJ secara percuma.
“Kita berharap laporan ini boleh menolong kita mengatasi masalah-masalah cerun. Kerajaan Negeri juga akan meneliti laporan tersebut sebelum mengadakan perjumpaan dengan masyarakat Bukit Antarabangsa pada awal Januari tahun hadapan,” kata Tan Sri Abdul Khalid ketika sidang media selepas MMKN.

SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT MENTERI BESAR

SELAMATKAN WANG RAKYAT TERENGGANU ( SEMARAK TERENGGANU )

Kenyataan Media
19 November 2009

Angkatan Muda Keadilan ( AMK ) Negeri Terengganu menganggap pembaziran dan penyelewengan kuasa ini benar-benar amat mengecewakan sehingga mendapat teguran daripada Ketua Audit Negara terhadap pengurusan kewangan yang melibatkan jutaan wang rakyat yang diamanahkan dibazirkan sedemikian rupa tanpa rasa bertanggungjawab .

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA TERHADAP PENYATA KEWANGAN KERAJAAN NEGERI DAN PENGURUSAN KEWANGAN JABATAN AGENSI NEGERI TERENGGANU 2008

Laporan Ketua Audit terhadap Peyata Kewangan Kerajaan Negeri Dan Pengurusan Kewangan Jabatan Agensi Negeri Terengganu 2008 menunjukkan KEGAGALAN , PENYELEWENGAN , RASUAH , PEMBAZIRAN DAN SALAHGUNA KUASA Kerajaan UMNO / BN Negeri Terengganu dan penglibatan segelintir pegawai-pegawai Kerajaan Negeri dalam menguruskan kewangan Kerajaan Negeri Terengganu .

HUTANG NEGERI TERUS MENINGKAT

Walaupun mendapat sumbangan Dana Khas sebanyak RM2.613 bilion dari kerajaan Pusat bagi tahun 2007 dan 2008, kedudukan akaun hasil disatukan kerajaan negeri masih defisit (kurangan). Pada tahun 2007, jumlah perbelanjaan mengurus adalah RM1,546.52 juta berbanding hasil yang diperolehi sebanyak RM1,262.13 (defisit RM284.39 juta).Manakala pada tahun 2008, perbelanjaan mengurus sebanyak RM1,790.10 melampaui hasil sebanyak RM146.54 juta (defisit) dengan penerimaan hasil adalah sebanyak RM1,643.56 juta. Ini bermakna Kerajaan Negeri Terengganu mengalami defisit dua tahun berturut-turut . Laporan tersebut juga menyatakan bahawa hutang Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan yang meningkat pada tahun 2008 kepada RM997.60 juta berbanding RM937.87 juta pada tahun 2007 iaitu meningkat sejumlah RM59.73 juta atau 6.4%.

Laporan Ketua Audit Negera Terhadap Pengurusan Kenderaan Kerajaan

1. PEROLEHAN KENDERAAN MAJLIS PERBANDARAN KEMAMAN

Semakan Audit mendapati Majlis Perbandaran Kemaman telah membuat pembelian sebelum mendapat kelulusan daripada pihak MITI.Tindakan Majlis Perbandaran Kemaman bertentangan dan menyalahi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri ( MITI ) malah kelewatan menerima kenderaan daripada perjanjian yang mengakibatkan kerugian masa selama 9 bulan untuk menggunakan bas tersebut dan terpaksa menanggung kos sejumlah RM15,000 .

2. PEMBAZIRAN RM 10.5 JUTA PROJEK SISTEM PENGANGKUTAN BAS AWAM NEGERI TERENGGANU

Kerajaan negeri membazirkan RM10.5 juta membeli 26 buah bas melalui Syarikat Cas Ligas Sdn. Bhd. yang dibiarkan tersadai apabila rancangan menyediakan perkhidmatan bas antara daerah terpaksa dibatalkan. Pada 19 Disember 2007, pihak Setiausaha Kerajaan Negeri ( SUK ) telah bersetuju melantik Syarikat Cool Caliber Sdn.Bhd. untuk membekalkan 4 buah bas bandar berharga RM355,000 sebuah dan 20 buah bas antara daerah berharga RM415,000 sebuah. Manakala baki 2 buah bas bandar akan diperoleh daripada Syarikat Sumai Engineering Sdn. Bhd. dengan harga RM402,000 sebuah.

Semakan Audit mendapati:

i) Tiada Perjanjian Dibuat Antara Kerajaan Negeri Dan Syarikat Pembekal

Semakan Audit mendapati, tidak ada perjanjian disediakan antara Kerajaan Negeri dan syarikat pembekal. Bagaimana boleh berlaku tiada perjanjian dibuat antara SUK dan Syarikat Pembekal ? Adalah amat mencuriga dan menghairankan kenapa tidak ada sebarang dokumen perjanjian antara SUK dengan syarikat-syarikat pembekal melibatkan wang rakyat RM10.5 juta ? Satu kesalahan dan tindakan penyalahgunaan kuasa yang sangat nyata !

ii) Kelewatan Penerimaan Bas

Semakan Audit mendapati Syarikat lewat membekalkan kesemua 24 bas dalam tempoh yang ditetapkan dan tidak ada denda dikenakan kepada pembekal terhadap kelewatan tersebut. Mengikut peraturan bayaran penalti sejumlah RM300 sehari bagi setiap buah bas akan dikenakan sekiranya Syarikat gagal membekalkan bas dalam tempoh yang dipersetujui. Pihak SUK menjelaskan disebabkan pengubahsuaian semula spesifikasi terhadap bas-bas dan bersetuju di atas kelewatan bas tersebut dengan syarat tidak ada kos tambahan dikenakan.
AMK Terengganu mempersoalkan ,bukankah sebarang pengubahsuaian semula spesifikasi terhadap bas-bas tersebut sudah pasti dibuat daripada awal lagi di antara pihak SUK dan syarikat pembekal ? Adakah kos pengubahsuaian 24 buah bas bersamaan jumlah denda sekiranya denda dikenakan kepada syarikat di atas kelewatan RM300 sehari yang berjumlah keseluruhan RM760,800 ?
Pengubahsuaian apakah yang telah dilakukan kepada 24 buah bas tersebut ? Dianggarkan RM31,700 kos pengubahsuaian bagi setiap bas . RM760,800 jika dikutip daripada denda kelewatan perolehan bas tersebut sudah boleh membeli 2 buah bas lagi .

iii) Bas Tidak Dapat Digunakan Mengikut Tujuan Perolehan

Pada pendapat Audit, projek pengangkutan awam tanpa membuat kajian yang teliti terlebih dahulu menyebabkan rancangan projek ini tidak dapat dilaksanakan dan objektif projek tidak tercapai. EXCO Kerajaan Negeri batalkan projek , bas sudah dibeli dengan kos RM10.5 juta !

iv) Syarikat Yang Dilantik Membekalkan Bas Tidak Berpengalaman

Laporan Ketua Audit turut menyebut syarikat berkaitan kerajaan yang dilantik bagi melaksanakan perkhidmatan bas tersebut juga diapati tidak memiliki pengalaman mengendalikan perkhidmatan pengangkutan. Bagaimana syarikat yang tidak berpengalaman sedemikian diberikan tanggungjawab membekalkan bas-bas tersebut oleh pihak SUK ?

3. KOS PENYELENGGARAAN PERDANA V6 YANG MELAMPAU

Laporan Ketua Audit Negara mengesahkan juga menemui kos pengendalian dua Proton Perdana V6 adalah lebih tinggi dan melampau dari membelinya. Sejumlah RM308, 731 telah dibelanjakan untuk dua kenderaan tersebut yang dibeli dengan harga RM234,054.

Justeru , AMK Negeri Terengganu mendesak SPRM dan pihak bertanggungjawab menyiasat dan mendakwa mereka yang terlibat dengan penyelewengan dan salahguna kuasa ini yang melibatkan kepimpinan UMNO Negeri dan segelintir Pegawa-Pegawai Kerajaan yang korup . Kegagalan Kerajaan UMNO Terengganu mengurustadbir wang rakyat terbukti , berdasar Laporan Ketua Audit Negara ini . Rakyat Terengganu harus menyedari bahawa UMNO / BN tidak mampu menguruskan wang rakyat.

Negeri kaya rakyat miskin . Pemimpin UMNO kaya raya , rakyat papa kedana !

“1 MALAYSIA - DUIT RAKYAT DIDAHULUKAN , RASUAH DAN PENYELEWENGAN DIUTAMAKAN !”
SELAMATKAN WANG RAKYAT TERENGGANU !


FARIZ MUSA
Ketua AMK Negeri Terengganu

sidang media GERAKAN SELAMATKAN WANG RAKYAT TERENGGANU ( SEMARAK TERENGGANU )


TARIKH : 19 NOVEMBER 2009

TEMPAT : UNCLE CHUA KOPITIAM , LADANG , KUALA TERENGGANU

MASA : 10.30 PAGI

AMK DESAK KETUA POLIS NEGERI PERJELAS ISU TANGKAPAN ANAK EXCO KERAJAAN NEGERI TERENGGANU DALAM KES DADAH MELIBATKAN KENDERAAN EXCO KERAJAAN NEGERI

Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Negeri Terengganu

19 November 2009

Angkatan Muda Keadilan ( AMK ) Negeri Terengganu mendesak Ketua Polis Negeri Terengganu menjelaskan isu yang heboh diperkatakan bahawa seorang anak kepada seorang EXCO Kerajaan Negeri Terengganu ditahan baru-baru ini oleh pihak polis di dalam satu sekatan jalanraya. Dalam sekatan tersebut anak Exco itu dikatakan memandu kereta rasmi Exco milik kerajaan negeri dan pihak polis telah menjumpai dadah yang disembunyikan di bonet kereta tersebut. Jumlah dadah tersebut dikatakan jika disabitkan kesalahan boleh membuat hukuman mati mandatori.

Berdasarkan laporan banyak blog-blog menyatakan Exco Kerajaan Negeri tersebut yang juga salah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri di kawasan Parlimen Besut kini berada di Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadah haji. Namun begitu pihak tertentu UMNO Negeri dikatakan sedaya upaya ingin menyembunyikan serta menutup kes tersebut agar tidak dihidu oleh rakyat bagi menjaga nama baik UMNO.

AMK mengganggap sekiranya perkara tersebut benar-benar berlaku dan membabitkan penggunaan kereta rasmi EXCO Kerajaan Negeri Terengganu maka dalam tangkapan tersebut maka maka adalah wajar Ketua Polis Negeri Terengganu menjelaskan kepada umum kes tersebut kerana melibatkan penyalahgunaan harta rakyat .

AMK memohon agar Ketua Polis Negeri Terengganu bertindak secara telus dan profesional tanpa mengambil sikap mendiamkan diri serta tidak bertindak menyembunyikan perkara tersebut dengan bersekongkol dengan UMNO bagi menutup kesalahan tersebut .

Selamatkan wang rakyat Terengganu ( SEMARAK TERENGGANU )

Fariz Musa
Ketua AMK Negeri Terengganu