klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Rabu, 30 Disember 2009

Norza TIADA KES terhadap dakwaan rasuah ! SPRM pemBERSIH pimpinan UMNO/BN dan kroni !

Saya dihubungi oleh wartawan konsep era pakatan untuk meminta komen saya terhadap kenyataan saksi dalam Mahkamah Seksyen Temerloh bahawa seorang pegawai tinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menghantar surat kepada Umno mengatakan bahawa suruhanjaya itu "tidak ada kes" terhadap Datuk Norza Zakaria . bekas Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan . Bekas ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan tersebut yang sedang menghadapi tuduhan rasuah
Ianya adalah tidak mengejutkan saya kerana bukan sekali ini berlaku situasi tersebut di mana pimpinan UMNO / BN 'dibersihkan' oleh SPRM ( dulu BPR ) . Saya menyatakan keyakinan berlakunya campurtangan politik bagi menyelamatkan Norza . Tindakan dan kredebiliti SPRM akan terus kekal diragui dan bertindak double standard. SPRM terus menyerang dan bertindak segera terhadap laporan kes rasuah yang kononnya dilakukan oleh pimpinan Pakatan Rakyat walaupun berdasarkan laporan daripada blog .
Integriti dan kredebiliti SPRM akan terus dipertikaikan apabila tindakan 'menyelamatkan' Norza daripada tuduhan tersebut. SPRM tidak akan mampu bertindak telus , tegas, adil dan profesional selagi terus kekal berada di bawah Jabatan Perdana Menteri . SPRM akan terus akan menjadi badan yang akan bertindak sebagai MEMBERSIH pimpinan UMNO / BN termasuk kroni mereka walaupun diyakini berlaku rasuah dan penyelewengan . Kes Skandal Perwaja yang melibatkan Eric Chia , kes rasuah melibatkan Kasitah Ghadam dan banyak lagi dibebaskan dan didapati tidak bersalah atau dibebaskan . Walaupun dakwaan dibuat oleh Ahmad Said , MB Terengganu supaya siasat Monsoon Cup , Taman Tamadun Islam ( TTI ) , akhirnya SPRM menjadi tukang pembersih dengan menyatakan tiada rasuah dan penyelewengan dalam semua itu .
Mohamad Norza, 43, yang juga bekas anggota Majlis Tertinggi Umno, dituduh memberi suapan RM1,500 kepada Khadri Musa menerusi Halimi untuk diagihkan kepada anggota perwakilan sebagai dorongan untuk mengundi beliau memenangi dalam pemilihan bagi kerusi Majlis Tertinggi pada perhimpunan agung Umno, Mac lepas.Beliau juga menghadapi satu lagi pertuduhan memberi suapan RM1,900 kepada Mohammad Anuar Yunus menerusi Halimi bagi tujuan sama.
Sekiranya benar tiada kes terhadap Norza , sudah pasti SPRM tidak akan bertindak tegas untuk menghadapkan Norza ke mahkamah . Tetapi sepertimana biasa , semua pimpinan UMNO/BN serta kroninya akan dibebaskan serta dibersihkan apabila perbicaraan dilaksanakan .
Pimpinan UMNO/BN akan terus diselamatkan . Walaupun ternyata melakukan rasuah , salahguna kuasa dan penyelewengan .

Isnin, 28 Disember 2009

amk tetap pertahankan Saiful perlu dibicarakan di Mahkamah Syariah

AMK Malaysia tetap mempertahankan bahawa Saiful mesti dibicarakan di mahkamah syariah atas dakwaan QAZAF iaitu memfitnah tanpa bukti sepertimana tindakan yang dilakukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim .
Tindakan melengah-lengahkan perbicaraan tersebut adalah satu tindakan merendah-rendahkan martabat mahkamah syariah . Kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri sewaktu menjawab persoalan tersebut di dalam parlimen , bahawa perbicaraan terhadap Saiful dibuat selepas perbicaraan mahkamah sivil adalah satu tindakan berniat jahat serta merendahkan maruah dan martabat mahkamah syariah .
AMK tetap tidak menerima keputusan mahkamah tinggi apabila meneruskan perbicaraan fitnah liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan dibicarakan bermula 25 Januari 2010. Sedangkan terbukti berdasarkan laporan doktor dan pakar di Hospital Pusrawi dan Hospital Kuala Lumpur membuktikan tidak berlaku sepertimana yang didakwa oleh Saiful bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melakukan seks luar tabii terhadapnya . Ini adalah merupakan satu perlakuan fitnah yang melampau yang dilakukan oleh Saiful terhadap Ketua Umum .
Tindakan seolah-olah badan syariah ini telah diperguna dan dikuasai oleh unsur-unsur politik kotor para konspirator dan UMNO/BN . Campurtangan manusia yang tidak bermoral dan berakhlak ini mencampuri pengurusan JAWI adalah satu tindakan yang terus dipergunakan untuk menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menjadikan mahkamah syariah sebagai kelas tercorot dalam sistem perundangan dalam negara .
AMK Malaysia akan meneruskan gerakan bagi menjana kefahaman rakyat bahawa konspirasi ke dua ini membuktikan bertapa teruk dan dasyatnya perancangan jahat mereka terutama Najib Razak , Ghani Patail dan Musa Hassan dalam menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim . Kami tidak akan gentar dengan tindakan mereka yang mempergunakan PDRM untuk menangkap para pimpinan AMK . Ini membuktikan betapa takutnya mereka terhadap tindakan AMK yang mengedarkan memorandum yang membuktikan segala perancangan jahat mereka .
Bicarakan Saiful dengan segera di mahkamah syariah !
Fariz Musa
Timbalan Ketua AMK

kerana memorandum Qazaf 4 orang ditangkap

Memorandum tuntutan AMK Malaysia mendesak agar perbicaraan Qazaf yang di buat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Saifool benar-benar menakutkan Najib Razak , UMNO dan terutama para konspirator telah mengakibatkan 4 orang pimpinan AMK telah ditangkap oleh pihak Cawangan Khas . Saya difahamkan pihak polis akan terus menangkap ramai lagi pimpinan sekiranya bertindak mengedarkan memorandum tersebut .
Di Selangor Sdr Jonah ( Naib Ketua AMK Malaysia / Ketua AMK Selangor ) bersama Sdr. Azizi ( EXCO AMK Selangor ) ditangkap sewaktu mengedarkan memorandum tersebut di Masjid Negeri selepas solat Jumaat pada 18 Disember 2009.
Di Negeri Sembilan pula pada 25 Disember 2009 , Sdr Rebin ( Ketua AMK Negeri Sembilan ) dan Sdr. Asmar ( AMK Cabang Rasah ) di tangkap selepas selesai solat Jumaat di Masjid Kelana Putra , Jalan Jelebu , Seremban kerana mengedarkan memorandum yang sama .
Saya sewaktu tersebut turut berada di masjid menyaksikan betapa rakus tindakan pihak polis Cawangan Khas yang terus menangkap Sdr. Rebin dan Asmar sebaik sahaja baru mengagihkan memorandum tersebut antara mereka berdua untuk diedarkan pada para jemaah . Merampas memorandum dan menangkap kedua-dua mereka .
Sewaktu saya bertekak dengan anggota SB tersebut saya mempersoalkan kenapa menangkap kedua-dua mereka . Jawapannya ialah " kami menerima arahan!". Saya soal lagi arahan siapa ? Saya terus diminta diam dan jangan menganggu tugas penjawat awam melakukan tugas . Kemudian kedua-dua mereka di bawa ke Balai Polis Rahang , Seremban .
Saya ucapkan penghargaan kepada Setiausaha MPN Negeri Sembilan , Abg Sabarudin dan Sdr. Ibrahim ( Ketua Penerangan MPN Negeri Sembilan ) turut hadir ke Balai Polis Rahang memberikan sokongan . Termasuk kehadiran YB Rashid dan YB Amirudin yang turut datang memberikan sokongan moral kepada OKT , termasuk juga kehadiran Chegu Badrul dan teman-teman AMK .
Saya terpaksa bergerak awal dari balai polis kerana malam tersebut saya berceramah di Bukit Gantang , Perak . Saya dimaklumkan Sdr. Rebin dan Sdr. Asmar dibebaskan pada lewat petang pada hari tersebut dengan ikat jamin polis .

inilah memorandum yang sangat ditakuti oleh Najib dan UMNO

Angkatan Muda Keadilan Malaysia
Parti Keadilan Rakyat
10hb Disember 2009 / 23hb Zulhijjah 1430

Memorandum : Mahkamah Syariah Perlu Adil, Telus Dan Bebas Daripada Campurtangan Mana-Mana Pihak.

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) bersama-sama seluruh rakyat Malaysia menyatakan rasa terhina dan terkejut terhadap jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Mejar Jeneral Dato’ Jamil Khir bin Baharom, pada 27 Oktober 2009 di Parlimen. Soalan adalah berkenaan kenapa pendakwaan aduan Qazaf terhadap Mohd Saiful Bukhari Qazaf yang dibuat Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI) di Bahagian Pendakwaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan masih belum dimulakan. Menteri tersebut telah menjawab bahawa untuk menelakkan konflik maka kes Qazaf di Mahkamah Syariah tidak boleh dibicarakan kerana kes dakwaan liwat terhadap DSAI sedang berjalan di Mahkamah Sivil.
Kenyataan Menteri tersebut amat tidak tepat dan mengelirukan kerana Mahkamah Persekutuan telahpun memutuskan bahawa apabila terdapat dua kesalahan yang sama di hadapan Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil, maka kes yang dimulakan terlebih dahulu hendaklah dijalankan. Dakwaan Liwat (persetubuhan di luar tabie) adalah berlainan sekali dengan dakwaan Qazaf (dakwaan palsu) dengan demikian tiada terdapat sebarang halangan untuk perbicaraan di Mahkamah Syariah. Qazaf adalah suatu kesalahan yang tidak diperuntukkan dalam sistem Sivil.
Juga adalah dikesali Menteri tersebut yang bertanggungjawab terhadap hal-ehwal agama di Malaysia, tidak yakin dengan sistem keadilan perundangan Islam di Negara ini malahan memandang rendah kewibawaan Mahkamah Syariah. Menteri tersebut cuba menggambarkan seolah-olah Mahkamah Sivil mengatasi dan mempunyai kuasa serta status yang lebih tinggi daripada Mahkamah Syariah walhal Perlembagaan Persekutuan telah memberi bidangkuasa dan kuasa yang secukupnya kepada Mahkamah Syariah untuk membicarakan kesalahan-kesalahan jenayah Syariah.
AMK Malaysia juga menganggap jawapan Menteri terbabit telah menjatuhkan maruah dan martabat Mahkamah Syariah seolah-olah statusnya berada di kelas kedua atau ketiga. Ini jelas satu penghinaan besar terhadap Mahkamah Syariah yang sepatutnya dihormati dan mempunyai peranan, hak dan kuasa tersendiri.
AMK Malaysia dalam Memorandum ini menyatakan pendirian dan membuat desakan :
Pertama : Mahkamah Syariah Kuala Lumpur perlu segera memulakan prosiding kes Qazaf yang difailkan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim tanpa menunggu mahkamah sivil memulakan kes berkenaan satu kes dakwaan liwat oleh Saiful Bahari dibicarakan atau selesai. Melambatkan kes Qazaf ini adalah satu bentuk usaha menghalang keadilan terlaksana kerana melambatkan perlaksanaan keadilan adalah penafian hak kepada keadilan.
Kedua : Mahkamah Syariah di seluruh Negara digesa bersikap berani, adil dan telus serta tidak terpengaruh dengan sebarang campurtangan politik. Seluruh anggota dan kakitangan Bahagian Pendakwaan serta Mahkamah Syariah perlu amanah dalam menegakkan keadilan dan kesaksamaan selaras dengan tuntutan Al-Quran dan Sunnah.
Ketiga : Martabat Mahkamah Syariah di negara ini perlu diperkasakan serta dipertahankan dan tidak dibenar dipermainkan oleh mana-mana pihak. Jangan sesekali sesiapapun menghina dan memandang rendah status Mahkamah Syariah.
Keempat : Menggesa seluruh anggota badan pendakwaan dan kehakiman Mahkamah Syariah supaya tidak tunduk kepada campurtangan politik. Mereka perlu menjunjung tinggi prinsip bahawa Mahkamah Syariah adalah penegak keadilan yang melaksanakan semua tuntutan yang termaktub di dalam perundangan seperti digariskan oleh Al-Quran, Al-Sunnah, Ijma dan Qias.
Maka, dengan ini Angkatan Muda Keadilan Malaysia menggesa dan menuntut Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan supaya menjalankan tanggungjawab yang telah diamanah kepada beliau dengan memulakan prosiding di Mahkamah Syariah berkenaan kes Qazaf terhadap Mohd Saiful Bukhari yang difailkan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim
ANGKATAN MUDA KEADILAN MALAYSIA

Menyambut Cabaran Dr Mahathir

kenyataan media
Walaupun kami tidak percaya mantan PM Tun Dr Mahathir Mohamad serius, namun Parti Keadilan Rakyat (KEDILAN) mengalu-alukan cabaran beliau supaya pemerintah membentuk sebuah Suruhanjaya Bebas untuk menyiasat pendedahan Barry Wain dalam buku tebarunya bahawa di bawah bekas PM itu lebih RM100 bilion lesap akibat rasuah dan pembaziran.
Sebenarnya Mahathir mencabar pemerintahan Umno-Bn yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib Razak. Najib tidak perlu bertangguh-tangguh atau berdolak-dalik dan harus membentuk segera Suruhanjaya tersebut. Suruhanjaya itu hendaklah diberi bidang kuasa luas bagi menyiasat pendedahan Barry Wain dan juga mengkaji segela bentuk rasuah dan pembaziran yang dikaitkan dengan mantan PM Mahathir itu. Bahkan, jika perlu dan sesuai, Suruhanjaya ini boleh juga mengkaji segala yang belaku di bawah mantan PM Abdullah badawi, sebgaimana didakwa dan didesak oleh Mahathir.
Sesuai dengan “cabaran” Mahathir, Suruhanjaya ini hendaklah dianggotai bukan saja oleh hakim serta bekas hakim, tetapi juga tokoh-tokoh politik kerajaan serta bukan kerajaan dan tokoh-tokoh professional (misalnya dari golongan academia serta Majlis Peguam). Seharusnyalah ada jaminan supaya segala perakuan Suruhanjaya diambil tindakan oleh Kerajaan serta pihak berkuasa lain. Janganlah hendaknya ia ditimpa nasib seperti suruhajaya mengenai polis dan “Pita Lingam”.

Dr SYED HUSIN ALI
Timbalan Presiden KEADILAN
25 Disember 2009

Selasa, 22 Disember 2009

laporan SPRM oleh AMK Negeri Terengganu 23 Disember 2009

Laporan SPRM oleh AMK Negeri Terengganu esok 23 Disember 2009 berkaitan LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - PEROLEHAN KENDERAAN MAJLIS PERBANDARAN KEMAMAN jam 2.30 petang di Pejabat SPRM Cawangan Terengganu , Wisma Persekutuan .
Laporan akan dibuat oelh Sdr. Muzafeq Mohamad , Timbalan Ketua AMK Negeri Terengganu

SELAMAT HARI ULANG TAHUN EMAK


selamat hari ulang tahun pada emak hari ini 22 Disember 2009 . Semoga Allah merahmati , melindungi dan memanjangkan umur emak .

Semoga Allah membalas segala pergorbanan emak pada diriku dari kecil hingga sekarang .

UCAPAN DATUK SERI ANWAR IBRAHIM DI KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT


19HB DISEMBER 2009
AUDITORIUM MBSA.

I. KEYAKINAN KEPADA RAKYAT

Kita mengadakan konvensyen ini sebagai menyambut suara rakyat. Rakyat telah bersuara pada 8hb Mac 2008. Dan suara rakyat semakin lantang.
Apakah yang rakyat mahu?
Rakyat telah memberikan kita sedikit kepercayaan. Tsunami politik 2008 memcerminkan rakyat telah muak dengan kerenah rasuah, politik perkauman dan taktik jelek adu domba Umno-BN. Mereka marah dengan skandal V K Lingam, dan tatkala harga petrol melabung mereka tidak yakin BN bersungguh-sungguh untuk membantu rakyat.
Maka rakyat memberikan dokongan kepada gagasan Keadilan, DAP dan Pas. Jika kita lihat persiapan jentera pilihanraya, kerjasama antara parti-parti kita yang masih longgar, dan kita melihat pula jaganath pilihanraya Umno-Bn, dengan propaganda licik dan penuh fitnah, semua merasa mustahil kita mampu memperoleh kemenangan yang begitu besar. Tidak ada pendita politik yang mempercayainya, dan sebahagian besar kita sendiri tidak mempercayainya.
Tetapi rakyat memberikan kita kepercayaan. Maka kita harus insaf dan bersifat tawadhu. Kita memperoleh kemenangan tersebut bukan kerana kekuatan kita atau jentera parti. Kita di Dewan Rakyat, di tampuk pemerintahan negeri kerana rakyat memberikan kita sedikit keyakinan. Kita jangan sekali jadi seperti kaduk naik junjung.
Rakyat mahu mencuba kita, rakyat mahu menguji kita. Maka kita jangan mengkhianati kepercayaan tersebut. Kita perlu yakin dengan kebijaksanaan rakyat. Meskipun mereka dihujani dengan propaganda murahan, dan mereka disekat dengan pelbagai instrumen pemerintahan, tetapi bila tiba saatnya, rakyat akan membuat pilihan dan penentuan yang benar dan adil.
Maka kita mengadakan konvensyen ini bukan untuk mencerca dan mengkritik BN dan Umno. Pemerintahan yang ada sekarang sudah kehilangan keabsahan moral, legitimasi moral mereka sudah terhapus. Kita berada di sini untuk mengungkapkan dasar dan kebijakan Pakatan Rakyat, bukan sekadar sebagai gabungan parti-parti politik, tetapi juga sebagai gerakan politik. Pakatan Rakyat is not merely a political alliance, it is first and foremost a political movement.
Perjuangan yang kita bawa ini bukan milik parti-parti politik semata-mata. Agenda perubahan, agenda reformasi yang kita bawa turut menjadi milik lembaga swadaya masyarakat (NGO), blogger, pemikir, penyair dan seniman.
Dengan kepercayaan rakyat yang kita perolehi kita kini berada di persimpangan zaman. Kita tidak berjuang sekadar untuk mengganti satu kekuasaan dengan kekuasaan yang lain. Kita tidak berjuang untuk membuat perubahan runcit-runcitan. Kita berjuang untuk membuat perubahan besar, big change, fundamental change. Semangat dan hati nurani rakyat menuntut ini dan mendorong kita membuat lompatan yang jauh. Maka kita perlu ada keberanian kebenaran, the courage of truth, keyakinan terhadap semangat rakyat, faith in the power of the spirit of the people.

II. FALSAFAH KEBANGSAAN

Apa yang hendak kita lakukan adalah tidak lain dari membina semula sebuah bangsa dan sebuah Malaysia yang berteraskan kekuatan moral rakyat. Dan kekuatan moral rakyat adalah berteraskan prinsip karamah insaniah, kemuliaan darjat insaninya “walakad karamna bani Adam.” Prinsip ini turut diungkapkan oleh seorang pejuang kemanusiaan dan rakyat; Martin Luther King, “A nation where its people will not be measured by the color of their skin but by the content of thier character." Rakyat sudah merdeka 50 tahun, dan rakyat mahu keluar dari kepompong perkauman yang dibikin oleh ahli-ahli politik yang berfikiran kecil dan sempit.
Maka yang mendasari segala dasar dan kebijakan yang kita bentangkan hari ini adalah prinsip moral sejagat. Ini bukan gimik politik. Kita yakin perjuangan yang tidak dipandu oleh prinsip moral sejagat akan menemui jalan buntu, tidak akan membawa keadilan dan kesejahteraan untuk semua.
Kita berpegang kepada prinsip moral kerana rakyat mahu ahli-ahli politik meleburkan kerangka pemikiran usang dan jumud. Inilah falsafah kebangsaan yang kita maksudkan, satu kebangsaan yang inklusif, adil, tanpa diskriminasi. Surah al Hujurat ayat 13 jelas menganjurkan agar kita meninggalkan perkauman sempit ini:
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
Prinsip karamah insaniah dan litaarafu inilah yang menggembeling keyakinan baru di kalangan umat Melayu dan bumiputera untuk membanteras sikap perkauman dan membantah sebarang dasar yang meminggirkan golongan lain atas pertimbangan ras. Justeru itu jangan ada yang mahu menggantikan satu bentuk rasisme dengan rasisme yang baru, dengan membidas perkauman Umno semata-mata dari perspektif kepentingan kaum tertentu. Kepada kaum Cina, India, Kadazan, Iban dan Melayu, ingin saya jelaskan di sini perkauman sempit tidak boleh ditewaskan dengan perjuangan serta tuntutan perkauman sempit juga.
Jika ini berlaku, maka tidak akan ada kemajuan dalam perjuangan melawan perkauman. Perjuangan melawan perkauman hanya akan berjaya jika didorong oleh keadilan sejagat dan kesederhanaan sikap.
Rakyat Malaysia dari pelbagai kaum mempunyai moral resources, khazanah akhlak, yang kaya untuk memerangi fikiran sempit dan perkauman, dan menggantikannya dengan keadilan sejagat untuk semua, menghapuskan prasangka dan menyemai benih persaudaraan insaniah. Inilah yang dituntut oleh Saidina Ali Karamallahu Wajhah apabila ditanya mengenai persaudaraan sesama insan:
Akhukum fil Insaniah(Persaudaraan sesama insan) yang mana turut bergema dalam tradisi tamil: ontre kulam oruvane thevan( satu jiwa kerana kemanusiaan) dan juga dalam tradisi cina yang diungkapkan oleh mahaguru Kung dalam kitab Lun Yu,“si hai zhi nie jie xiong di” yang membawa maksud (empat lautan terbentang luas, semua manusia bersaudara)

III. MENJANA MUAFAKAT

Saya menghargai keringat dan buah fikiran rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama yang sanggup berbincang secara terbuka dan ikhlas. Ini belum pernah berlaku dalam sejarah Malaysia. Maka hari ini kita mencipta sejarah. Bukan mudah untuk sampai kepada suatu muafakat yang boleh disebut sebagai overlapping consensus sepertimana yang diungkapkan oleh filasuf John Rawls. Proses perbincangan yang intense dan rancak dari kalangan yang berbeza latar, fahaman dan kepercayaan. Kita menghormati falsafah perjuangan parti-parti masing, yang punya sejarah gemilang dan getir melawan kerakusan kuasa dan mengalami pelbagai bentuk penindasan. Kita berbincang secara terbuka dan ikhlas. Perkara-perkara yang selama ini dianggap sensitif kepada parti masing-masing dan kaum-kaum tertentu. Kerana ada kejujuran maka kita berjaya mencapai muafakat.
Dengan muafakat yang kita perolehi, bangsa Malaysia boleh berrgerak ke hadapan mengharungi abad ke 21 dengan penuh keyakinan, bangsa Melayu punyai keyakinan, bangsa Cina perolehi keyakinan, bangsa India perolehi keyakinan, bangsa Iban perolehi keyakinan dan bangsa Kadazan perolehi keyakinan. Kita tidak membina satu muafakat dengan rasa ketakutan atau rasa tidak selamat.

IV. EKONOMI

Cabaran terbesar yang dihadapi oleh negara adalah dalam sektor ekonomi. Jika ekonomi lembap, kesejahteraan rakyat akan terhakis, ramai rakyat akan hilang pekerjaan. Dasar-dasar yang ada sekarang menyebabkan negara kita jauh ketinggalan dengan negara-negara di rantau ini seperti Singapura, Korea Selatan dan Taiwan. Pakatan Rakyat ingin merangka satu dasar yang akan mengembalikan Malaysia di barisan pertama dengan negara-negara termaju di rantau ini. Kita mesti melakukan satu reformasi ekonomi yang mampu meransang daya saing, kecekapan dan produktiviti. Dan unsur bersepadu daam reformasi tersebut adalah menjaga kepentingan rakyat melalui satu kerangka keadilan sosial. Kita perlu memastikan pengagihan yang saksama dan menumpukan pertolongan kepada anggota masayarakat yang paling lemah, tanpa mengira kaum atau kumpulan. Kita akan mengadakan kerangka-kerangka dan kebijakan-kebijakan untuk menarik pelabur asing demi meransang pelaburan tempatan. Kita akan mesra dengan usahawan dan memastikan
penyertaan bumiputera di dalam ekonomi.
Saya menegaskan di sini sebagai satu Pakatan Rakyat, hati nurani tidak boleh membiarkan sesiapapun di kalangan rakyat tidak memperolehi taraf kehidupan yang manusiawi, seperti rumah, pendidikan, pengangkutan dan lain-lain perkara asas. Malaysia adalah sebuah negeri yang kaya, usahawan kita berdaya saing dan produktif. Pekerja-pekerja rajin dan tekun dan kita mempunyai penjawat-penjawat awam yang berdisiplin. Dengan gabungan kesemua ini tidak mustahil dalam masa 15 tahun, Malaysia akan kembali ke barisan pertama negara-negara maju di rantau ini.

V. WANITA
September yang lalu telah terbit kajian yang berjudul The Female Economy dalam makalah Harvard Business Review. Menurut kajian makalah tersebut, ketakjuban ekonomi terkini bukanlah ekonomi China ataupun India, ataupun ekonomi kedua-duanya digabungkan. Ketakjuban ekonomi itu ialah ekonomi kaum hawa. Pendapatan kaum hawa seluruh dunia untuk tahun 2009 sahaja berjumlah USD 13 trillion, lebih besar dari gabungan KDNK China dan India untuk tahun ini; masing-masing sekitar USD 4.4 trillion dan USD 1.2 trillion. Pada masa 5 tahun akan datang jumlah jumlah pendapatan kaum hawa dijangka mencecah USD 18 trillion, manakala gabungan KDNK India dan China hanya pada angka sekitar USD 8.4 trillion. Maka seperti gejala globalisasi, kebangkitan ekonomi hawa adalah satu gejala yang tidak boleh dihentikan atau diterbalikkan(unstoppable dan irreversible). Oleh itu dalam dokumen Dasar Pakatan Rakyat, terdapat khusus satu bab mengenai wanita.

VI. GOLONGAN MUDA

Golongan muda seharusnya mempunyai serta memperlihatkan keyakinan yang tinggi untuk melakukan perubahan. Pakatan Rakyat sedar bahawa golongan muda memainkan peranan penting demi memastikan kejayaan pilihanraya umum yang lepas. Pakatan Rakyat menyedari untuk mengeratkan lagi hubungan antara generasi dan demi merapatkan jurang tersebut, perlu ada satu keputusan berani, bertanggungjawab dan meyakinkan. Kini kita lihat ramai pemimpin muda yang muncul, samada sebagai ahli parlimen mahupun sebagai adun.

Namun ini tidak seharusnya menjadikan anak-anak muda khususnya yang bersama Pakatan Rakyat cepat berpuas hati. Kita mempunyai agenda yang lebih penting, iaitu menterjemahkan janji-janji serta dasar-dasar yang kita ungkapkan. Oleh demikian pemimpin muda Pakatan, di semua peringkat, perteguhkan tekad, kefahaman serta gerak kerja berdasarkan garis besar perjuangan Pakatan Rakyat. Kita mesti meyakinkan golongan muda betapa Perubahan merupakan perkara asasi, fundamental, bukan sahaja untuk generasi sekarang, juga untuk generasi masa depan.

VII. ALAM SEKITAR

Tatkala kita merumuskan dasar Pakatan Rakyat ini, sedang berlangsung Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Copenhagen. Persidangan yang lebih dikenali sebagai COP 15 itu sungguh mustahak bagi mendapatkan persetujuan serta kesanggupan masyarakat antarabangsa untuk memastikan kelangsungan bumi yang kita diami ini.
Kita akui pembangunan sememangnya penting namun ini tidak bermakna kerusakan yang berlaku terhadap alam harus diiyakan sahaja. Makanya kebelakangan ini, laporan seumpama Stern Review, berupaya menjadi garis panduan melakar dasar nasional yang mengembalikan hala tuju pembangunan ke landasan yang tepat di samping memastikan agenda alam sekitar dan kelangsungan bumi tidak terabai. Pakatan Rakyat bersama dengan masyarakat antarabangsa yang prihatin menyatakan iltizam serta tekad untuk menangani isu perubahan iklim dan berusaha untuk mengurangkan pengeluaran karbon.

VIII. KEBUDAYAAN

Bangsa Malaysia yang kita gagaskan bukanlah satu bangsa yang eka dimensi-one dimensional nation. Kita tidak mahu Malaysia menjadi sekadar bangsa ekonomi, meskipun ekonomi itu amat penting untuk kesejahteraan. Kita mahu bangsa Malaysia itu satu bangsa yang syumul, bangsa yang mempunyai ketinggian akal budi dan segar lagi kreatif dalam pengucapan kebudayaan. Justeru itu antara unsur penting dalam Dasar Pakatan Rakyat adalah Muafakat Kebudayaan Baru. Ia tidak lain sejajar dengan semangat kemerdekaan negara yang kemudiannya perlu digilap lanjutan dari Dasar Kebudayaan Kebangsaan (1971).

IX. PENUTUP

Hari ini kita mencipta sejarah. Tetapi ini hanyalah titik permulaan. Dasar Pakatan yang akan dimeterai sebentar lagi adalah garis besar perjuangan rakyat. Dasar-dasar ini adalah moral compass dalam perjungan politik kita. Pakatan Rakyat akan berlayar jauh, maka kita perlu ada kesatuan fikrah, kesatuan pemikiran dan sentiasa berada di garis tengah. Kita perlu mematuhi ethics of coalition, Etika Pakatan.
Setiap kumpulan punya tuntutannya sendiri dan mempunyai legitimasi dan keabsahannya. Tetapi kita juga perlu melihat urutan keutamaan kerana tidak semua tuntutan boleh ditangani dengan sekaligus. Maka kita tidak boleh melihat tuntutan political constituency masing-masing tanpa melihat dan mempertimbangkan political constituency rakan-rakan kita. Perlu ada sikap empathy, keprihatinan terhadap pelbagai sektor dan constituency rakan –rakan kita.
Justeru menjayakan agenda Pakatan Rakyat adalah menjadi prasyarat untuk mendapat dokongan penuh dan keyakinan rakyat. Hanya dengan keyakinan rakyat , bahawa rakyat yakin kita bersatu hati, kita akan memperolehi kemenangan. InsyaAllah.

TAHNIAH DI ATAS KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT

Konvensyen Pakatan Rakyat yang berlangsung pada 19 Disember 2009 yang lalu benar-benar hebat dan berjaya . Buat kali pertama dalam sejarah negara , ketiga-tiga parti iaitu Parti Keadilan Rakyat ( Keadilan ) , Parti Islam SeMalaysia ( PAS ) dan Democratic Action Party ( DAP ) secara kolektif bersama dalam satu program bersama KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT yang memperlihatkan komitmen bersama sebagai wadah perjuangan rakyat .
Secara rasminya ketiga-tiga parti bersetuju dan bersama dalam membentuk satu sistem parti di atas nama Pakatan Rakyat . Berkongsi Dasar Pakatan Rakyat yang dipersetujui bersama yang di akhir konvensyen ditandatangani perjanjian persefahaman ( MoU) oleh pimpinan utama ketiga-tiga parti iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim , Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan En. Lim Kit Siang .
Usaha ke arah penjanaan permuafakatan rakyat Malaysia serta penolakkan fahaman sempit perkauman dan penafian terhadap sistem UMNO/BN menjadi intipati ucapan pimpinan kepada sistem politik baru untuk rakyat Malaysia . Pakatan rakyat secara jelas dan tuntas menolak fahaman perkauman sempit yang mendasari perjuangan UMNO/BN . Mendirikan Malaysia yang lebih baik atas prinsip permuafakatan rakyat .
Konvensyen ini sudah pasti menutup segala tomahan dan fitnah rekaan UMNO/BN bahawa Pakatan Rakyat adalah pakatan yang longgar , tiada akar tunjang yang mendasari Pakatan Rakyat dan macam-macam cubaan jahat yang bertujuan menghilangkan keyakinan rakyat kepada Pakatan Rakyat . Semua sudah menjadi lebur dan Pakatan Rakyat semakin utuh serta kuat .
1500 orang perwakilan yang mewakili ketiga-tiga parti menyaksikan detik bersejarah ini dan suasana permuafakatan dapat dirasai bersama tanpa rasa prejudis . Konvensyen Pakatan Rakyat adalah permuafakatan rakyat .
Dasar pakatan Rakyat yang dibentangkan dalam Konvensyen tersebut menjadi dasar perjuangan kepada Pakatan Rakyat dalam usaha menuju ke Putrajaya . Dasar yang merakyat dan begitu mantap untuk rakyat Malaysia . Merangkumi semua aspek iaitu pendidikan , ekonomi , wanita , generasi muda , kesihatan , untuk rakyat Sabah dan Sarawak dan sebagainya adalah satu pernyataan dokumen yang harus dihadami oleh seluruh pimpinan dan ahli Pakatan Rakyat untuk difahami oleh rakyat .
Semoga Konvensyen Pakatan Rakyat menjadi 'azimat' ke arah merealitikan segala kepentingan dalam memperkasakan rakyat . Dan tidak ada jalan lain ialah sepakat menuju ke Putrajaya bagi merubah Malaysia yang lebih baik .
Fariz Musa

harap maaf

saya mohon kemaafan kerana sudah sekian lama tidak update blog saya kerana masalah yang tidak dielakkan . masalah P1 saya dan kesibukkan yang tidak dapat dielakkan . harap maaf .
terima kasih .
Fariz Musa

Rabu, 16 Disember 2009

Ceramah saya di Bukit Sentosa , Hulu Selangor malam tadi

Saya berceramah di Dewan Sivik Kg. Sentosa , Bukit Beruntung , Hulu Selangor malam tadi bersama UStaz Azman Sapawi , Timbalan Ketua DPPP . Turut hadir bersama sdr. Khairul Anwar ( Jonah ) , Naib Ketua AMK Malaysia merangkap Ketua AMK Selangor .

Saya menekan isu fitnah liwat Datuk Seri Anwar yang merupakan konspirasi ke 2 terhadap beliau . Doktor dari Hospital Pusrawi dan 3 Pakar dari Hospital Kuala Lumpur ( HKL ) mengesahkan tiada tusukan pada lubang dubur Saifool . Bermakna tiada liwat !

Keputusan mahkamah menolak rayuan Datuk Seri Anwar supatya menolak kes tersebut dibicarakan adalah buktiu konspirasi tersebut . Ini merupakan sejarah dunia , tiada liwat tetapi tetap dibicarakan . Saya meminta supaya rakyat di Hulu selangor turun ke Mahkamah Tinggi Jalan Duta , 25 Jan 2010 sebagai tanda sokongan kepada Anwar Ibrahim .

Doa TG Nik Aziz supaya turunkan BALA pada Najib , menakutkan Najib dan UMNO . Saya jelaskankan doa TG Nik Aziz doa bukan sahaja supaya turun bala ke atas Najib tapi mintak juga Allah turunkan BALA ( Balasubramaniam ) pada Najib !

Bala sedia jumpa SPRM dan kenakan beberapa syarat , antaranya ialah :
1. Tarikh dipersetujui bersama
2. Tempat soalsiasat ialah di Singapura atau London kerana bimbang keselamatannya sekiranya dibuat di Malaysia
3. Kos ditanggung oleh SPRM termasuk peguamnya
4. Rakaman audio di buat oleh pihak beliau bukan SPRM
5. Salinan laporan siasatan diserahkan pada beliau

saya juga meminta supaya rakyat di Hulu Selangor mengingati akan kejadian UMNO Terengganu meruntuhkan rumah rakyat , menarik balik lesen menduduki sementara (TOL) dan turut meruntuhkan masjid di Kg. Bujal , Kijal , Kemaman . Akhirnya Allah telah balas dengan kejadian runtuh Stadium Sultan Mizan Zinal Abidin , keretakan dan kerosakan kepada projek-projek mega sewaktu zaman pemerintahan Idris Jusoh . Termasuk masjid-masjid yang dibina zaman beliau rosak dan runtuh siling hingga menyebabkan kematian .

Doa rakyat yang dizalimi dan tindakan zalim terhadap rakyat dan juga hingga sanggup meruntuhkan rumah Allah dan UMNO / BN sedang menghadapi doa laknat dan bala dari rakyat . UMNO semakin pecah dan rosak , BN semakin retak .

Saya memohon agar rakyat di Hulu Selangor mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat kerana mempertahankan kemenangan sangat sukar daripada untuk menang .

Terkini: Emel Americk Singh Sidhu (Peguam P.Balasubramaniam) kepada SPRM

From: Americk SidhuTo: rahman_b@sprm.gov.myDear En. Abdul Rahman,

Re: Report lodged by Shamsul Iskandar Mohd. Akin in relation to the recent disclosure by Balasubramaniam.
With reference to the above matter, I wish to inform you that I am counsel representing Mr. Balasubramaniam a/l Perumal.
I have been made to understand that you are desirous of interviewing Mr. Balasubramaniam in connection with the report lodged with your commission by En. Shamsul Iskandar Mohd. Akin on the 3rd December 2009.
Untuk selanjutnya: sila layari www.shamsuliskandar.wordpress.com.

Isnin, 14 Disember 2009

esok saya ceramah di Hulu Selangor

Insyaallah jadual ceramah saya di Bukit Sentosa , Hulu Selangor . Saya akan memberikan tumpuam kepada isu fitnah liwat Big Boss .
Terima kasih kepada AMK Cabang Hulu Selangor yang menjemput saya .

Selamat Ulang Tahun Ke 70 Ayahku Musa Muda

Ayah semakin sihat selepas menjalani pembedahan . Hari ini 14 Disember . Ulangtahun Ayah yang ke 70 . Semoga Allah panjangkan umur , memberikan kesihatan sangat baik dan dimurahkan rezeki .

happy birthday to you my lovely father !

KETUANAN MELAYU ATAU KETUANAN UMN0 ?

oleh : Fariz Musa
Semangat cintakan melayu memang menebal disanubari saya kerana saya memang telah di'tarbiyah'kan oleh GPMS dan UMNO sejak saya di bangku sekolah menengah lagi . Sememangnya saya memang telah di'doktrin'kan sedemikian rupa dan istilah ketuanan melayu , agenda melayu , politik melayu , pendidikan melayu , ekonomi melayu dan segala melayu memenuhi sarat minda dan dhomir saya .

Saya dihidangkan dengan lagu 'warisan' yang sering mendirikan roma saya , menyusup psikologi saya , mengawal kognatif serta merasakan segala-galanya adalah melayu . Malah saya di antara kader-kader GPMS yang sering mengadakan latihan untuk mendoktrinkan anak-anak muda melayu dari bangku sekolah lagi .

'melayukan gagah di nusantara ! melayukan gagah di nusantara ! melayukan gagah di nusantara !' menjadi laungan disetiap ruang-ruang latihan yang dilakukan . Dengan linangan air mata kononnya atas kesedaran dan keinsafan melayu , darah melayu mengelegak , semangat kemelayuan menjadi 100% mendidih .

Selepas itu saya terus berjuang bersama-sama UMNO . Mengenali erti politik dalam kerangka melayu mesti mempertahankan melayu . Dan hanya UMNO lah yang akan mempertahankan melayu . Meneruskan kesinambungan melayu dari GPMS kepada UMNO . Dan seterusnya bersama BTN .

Pimpinan UMNO terus bangkit memperjuangkan agenda ketuanan melayu . Menggunakan semaksimum BTN sebagai platform mendoktrinisasikan minda-minda melayu dari segenap lapisan manusia melayu . Menjadikan sasaran PAS sebagai parti yang memecahkan orang melayu dengan menggunakan agama . Menunding pada DAP sebagai parti komunis dan parti cina .

Orang cina telah menguasai ekonomi , orang cina memonopoli pendidikan , orang cina hendak memerintah negara dan MELAYU AKAN JADI HAMBA CINA . Justeru , tidak ada cara lain demi melayu mesti mempertahankan UMNO sebagai wadah politik orang melayu . Hanya kuasa politik yang masih tinggal pada melayu yang akan menyelamatkan survival melayu . Semua orang melayu mesti bangkit memperjuangkan ketuanan melayu , JANGAN SAMPAI ANAK CUCU , CICIT AKAN KENCING DI KUBUR KITA KERANA MEMBIARKAN MELAYU HANCUR !

itu kerja saya sewaktu dalam GPMS , UMNO dan BTN . Syukur kehadrat Allah SWT , hari ini saya menyedari bahawa sebenarnya UMNO bukan memperjuangkan agenda ketuanan melayu . Sebenarnya mempertahankan agenda ketuanan UMNO yang perlu dipertahankan . Memainkan sentimen melayu sebagai propaganda bagi mendapatkan sokongan orang-orang melayu terutama melayu desa dan kampung . Yang diperbodohkan dengan isu-isu yang dicipta kononnya atas prinsip ketuanan melayu . Sehingga pemimpin UMNO yang korup bukan isu dan tidak penting . Pemimpin melayu perlu di 'samii' na wa ato'na' ( akur dan patuh) tanpa berbelah bagi .

Sebenarnya UMNO adalah pengkhianat kepada orang melayu . Terutama pimpinan UMNO yang menggunakan 'lesen' ketuanan melayu bagi merompak dan membaham orang melayu . Menggunakan Dasar Ekonomi Baru ( DEB ) sebagai dasar untuk meraih dan memperkaya segelintir manusia melayu atas prinsip ketuanan melayu . Membudayakan amalan 'korupsi' dan gejala 'nopotisme , kronisme ' yang menghisap darah orang melayu .

Pembohongan demi pembohongan terus dilakukan atas tajuk ketuanan melayu oleh pimpinan UMNO . Kenyataan retorik atas nama ketuanan melayu oleh pimpinan UMNO adalah dendangan merdu yang menyusup di hati orang melayu . Di bibir mereka terungkap perkataan ketuanan melayu sedangkan hati mereka adalah mempertahankan ketuanan UMNO . Agar mereka akan mampu mengaut keuntungan di atas prinsip ketuanan melayu . Sedangkan melayu masih terus berada ditakuk lama . Pimpinan UMNO terus mengaut laba yang mengenyangkan perut gendut mereka . Kepentingan diri diutamakan .

Sesiapa yangmempertikaikan ketuanan melayu yang di bawa oleh UMNO dicop dengan simbol 'pengkhianat melayu'. Melawan UMNO adalah pengkhianat melayu . Menentang UMNO adalah merupakan 'murtad melayu' . Mensinonimkan melayu dengan UMNO iaitu "UMNO adalah Melayu dan Melayu adalah UMNO" .

Projek-projek , AP , tender dan segala peluang yang menguntung kantung mereka digunakan atas kaota melayu . Justeru , mereka terus bekerja kuat bagai memastikan ketuanan UMNO akan terus dipertahankan , mesti dikuasai , mesti perkuatkan !

Melayu korup tidak mengapa yang penting melayu , melayu menyeleweng tidak ada hal bagi mereka asalkan melayu , pemimpin umno kaya raya tidak mengapa sebab melayu walaupun penyelewengan membelit mereka dan pelbagai kebejatan yang dilakukan tetap tidak dihiraukan kerana atas nama melayu . Orang melayu di desa , di kampung-kampung termasuk di bandar tetap akan pilih UMNO atas prinsip melayu setriap kali PRU .

UMNO tetap dan terus menipu melayu , kerana ' tidak UMNO namanya kalau tidak menipu' .

Yang wajar dan perlu kita perjuangankan ialah KETUANAN RAKYAT !

Penalis: Ketuanan Melayu 'projek politik' kekal kuasa

Konsep Ketuanan Melayu dan kontrak sosial adalah merupakan satu helah politik parti pemerintah untuk kekal berkuasa, kata naib presiden DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim.

Katanya, jika adapun apa yang dipanggil kontrak sosial, ia tidak ada kena mengena dengan hak istimewa Melayu, tetapi ia merupakan rangka untuk melindungi rakyat.

Beliau berkata demikian dalam majlis forum bertajuk 'Mitos Ketuanan Melayu' anjuran Refsa (Research for Social Advancement) di ibunegara semalam.

Tiga lagi ahli panel ialah Noraini Othman' (UKM/Sister in Islam); pakar sejarah Malaysia, Clive Kessler dan ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Richard Yeoh.

Menurut Tunku Abdul Aziz, apa yang dianggap rakyat sebagai kontrak sosial adalah sebenarnya satu persefahaman antara pengasas kemerdekaan negara untuk 'tinggal bersama, kita mesti kerja bersama-sama".

Katanya, para pengasas tersebut merupakan golongan yang berfikiran liberal dan tidak pernah terfikir tentang hak keistimewaan orang Melayu.

Beliau juga menegaskan bahawa Malaysia, sebagai sebuah negara, masih belum menemui identitinya ekoran dasar-dasar yang tidak inklusif.

Menurutnya, identiti bersama itu boleh dicapai sekiranya rakyat merasakan mereka dilayan secara adil dalam dasar-dasar yang dilaksanakan dan mereka tidak merasakan bahawa Malaysia adalah tempat milik orang Melayu.

Konsept 1Malaysia 'kabur'

Ditanya sama ada konsep 1Malaysia itu bertujuan menangani isu perkongsian identiti, Tunku Abdul Aziz berkata, idea yang dibawa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah kabur dan mendakwa perdana menteri sendiri gagal menjelaskannya.

Sebaliknya, kata beliau, konsep 'Malaysian Malaysia' anjuran DAP "tidak mendiskriminasi atau menyokong kesengsaraan rakyatnya."

Tunku Abdul Aziz berkata, beliau secara peribadi percaya kepada konsep tersebut sejak sebelum menyertai DAP lagi dua tahun lalu.

Menurutnya, konsep Malaysian Malaysia itu, apabila pertamakali diperkenalkan oleh pemimpin Parti Bertindak Rakyat (PAP) Lee Kuan Yew pada 1960-an, wujud banyak rasa curiga di kalangan pelbagai masyarakat etnik ekoran jurang ekonomi yang luas.

Pandangan tersebut turut dikongsi oleh Noraini yang berkata konsep tersebut sesuai dengan keadaan sekarang kerana wujudnya ramai masyarakat kelas pertengahan Malaysia yang bersedia untuk menjadi sebahagian daripada negara yang memberi kesaksamaan
kepada semua rakyatnya.

Beliau bagaimanapun mengakui bahawa masih wujud halangan psikologi di mana ramai orang Melayu yang masih merasakan yang mereka belum bersedia untuk melepaskan 'tongkat' mereka.

Menurutnya, ia merupakan satu lingkaran di mana rakyat masih terperangkap dalam cara pemikiran feudal.

Noraini, yang merupakan penulis bersama buku 'Sharing the Nation', menambah bahawa konsep ketuanan Melayu membuat beliau kecut kerana ia membangkitkan "perasaan penghambaan".

Menurut istilah klasik Melayu, katanya, perkataan 'ketuanan' membawa maksud tuan ke atas hamba tawanan, yang menurutnya, satu konsep pra-feudal yang tidak sama waktunya dengan 1957, 1963 dan hari ini.

Seperti juga Tunku Abdul Aziz, beliau mengingatkan supaya jangan terjebak dengan 'perangkap' ketuanan Melayu, yang dianggapnya sebagai satu 'projek politik'.

Asal usul Ketuanan Melayu

Sementara itu, Yeoh pula berkata, istilah 'Ketuanan Melayu' bermula dengan ucapan Tan Sri Abdullah Ahmad pada 1989 yang berkata orang Melayu mesti dominan dalam kepimpina politik.

Bagaimanapun, katanya, ucapan itu tidak memudaratkan, tetapi ia telah membawa maksud ketuanan Melayu kepada sesetengah pemimpin Umno yang tidak semestinya faham maksudnya.

Sehubungan itu, katanya, istilah tersebut perlu dilihat mengikut kontek sebenarnya, kerana ia ditimbulkan sewaktu Umno berdepan dengan krisis kepimpinannya di mana Tengku Razaleigh Hamzah mencabar kepimpinan Dr Mahathir ketika itu.

Menurut Yeoh, perlembagaan hanya menetapkan hak-hak keistimewaan untuk orang Melayu dalam bidang-bidang yang sudah pun ada sebelum kemerdekaan, dan tiada lagi keistimewaan baru yang ditambah.

Orang Melayu, katanya, boleh mencapai semua yang mereka telah capai, dan mungkin lebih daripada itu, tanpa istilah Ketuanan Melayu.

Sementara itu, Kessler pula menambah bahawa negara ini sedang melalui gelombang ketiga perjanjian Merdeka yang dipersetujui oleh para pengasasnya - yang pertama datang pada 1969 dan ketiga pada 1972 dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Gelombang kedua, katanya, mulai berakhir pada 1999 tetapi terus hidup tanpa kebiasaan dari 2004 "ketika kerajaan merasakan yang semuanya telah dimaafkan, sehinggalah apa yang berlaku pada pilihan raya umum 2008".

Oleh itu, katanya, adalah diharapkan gelombang ketiga ini akan "mendukung semangat perjanjian Merdeka", yang mempunyai tujuan untuk membangunkan sebuah negara yang "pluralistik dan inklusif".

Malah, hujah Klesser, timbalan perdana menteri kedua, Tun Dr Ismail Abdul Rahman pernah berkata bahawa penerusan dasar-dasar afirmatif yang membantu orang Melayu, boleh menjadi satu penghinaan kepada maruah mereka.

BTN BAZIRKAN WANG RAKYAT RM550 JUTA UNTUK KEPENTINGAN PARTI UMNO ?

Isu BTN terus mendapat perhatian akhbar-akhbar berbahasa Cina apabila akhbar China Press pada Selasa lalu menyiarkan artikel bertajuk 'Liew Chin Tong dedah peruntukan RM74 juta untuk BTN'.

Menurut akhbar itu, Ahli Parlimen Bukit Bendera mendakwa, BTN mendapat peruntukan sebanyak RM74 juta pada tahun ini dan peruntukan itu lebih RM4 juta berbanding peruntukan parlimen iaitu RM70 juta.

Chin Tong mendakwa, jumlah itu terlalu banyak dan sangat 'memeranjatkan' kerana ia semata-mata untuk menanam fahaman perkauman.

Kata beliau lagi, menurut Bajet BTN 2010 itu, ia akan mengambil 224 pekerja tetap tahun depan dan penambahan itu tidak sepatutnya berlaku kerana BTN kini bermasalah.

"Berbanding peruntukan untuk Jabatan Perdana Menteri (JPM), bajet untuk parlimen sangat sedikit," kata ahli parlimen itu yang turut membandingkan bajet untuk JPM dan parlimen secara panjang lebar.

Sementara itu, Pengerusi DAP, Lim Kit Siang dalam http://blog.limkitsiang.com menyelar kerajaan dengan mendedahkan perbelanjaan BTN berjumlah RM550 juta dalam tempoh 10 tahun.

"BTN telah membelanjakan sebanyak RM 550 juta dalam tempoh 10 tahun sejak tahun 2000 sehingga 2009 dan ia telah mencetuskan sentimen perkauman sehingga menyebabkan ramai para cendekiawan lari ke luar negara."

Berdasarkan belanjawan tahunan untuk tempoh 10 tahun terakhir yang berjumlah RM548 juta, berikut adalah perincian kos tersebut mengikut tahun.

Bagi tahun 2000, kira-kira RM28,928,500 dibelanjakan manakala setahun selepas itu, tahun 2001 sebanyak RM27,172,300 pula dibelanjakan. Kos tersebut meningkat kepada RM34,199,700 pada tahun berikutnya dan terus meningkat lagi pada tahun 2003 kepada RM35,620,163. Kos tersebut meningkat lebih daripada sekali ganda iaitu RM86,165,889 pada tahun 2004 namun mengalami sedikit pengurangan iaitu RM68,160,330 pada tahun selepasnya.
Pada 2006, kos BTN berkurang lagi kepada RM43,097,076 tetapi bertambah kepada RM74,339,400 pada tahun lalu iaitu RM76,348,700. Bagaimanapun, pada tahun ini kos nya berkurang sedikit tetapi masih lagi pada angka yang besar iaitu sebanyak RM74,023,100.

Menurut Belanjawan 2010, kira-kira RM62.5 juta diperuntukkan untuk tujuan Kursus BTN.

"Ia melibatkan sejumlah wang yang besar. Bagaimana mungkin wujud justifikasi untuk membelanjakan peruntukan besar untuk sebuah agensi bagi melaksanakan kesinambungan agenda yang bertentangan dengan semangat perpaduan bagi memecah belahkan rakyat Malaysia kepada perkauman, sepertimana yang dinyatakan beberapa pemimpin pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam baru-baru ini,"

Terdahulu, Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM), Mohd Ridzuan Mohamad menyifatkan Kursus BTN sebagai 'tidak sesuai' yang menyuntik sentimen perkauman dan tidak membantu melahirkan kepimpinan dalam persatuan pelajar.

Selain itu, ahli Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia, Hisyamuddin Che Ali berkata Fakulti Pengajian Islam mengadu bahawa sentimen perkauman sememangnya diajar pada kursus-kursus BTN dengan memaklumkan orang Cina merupakan pendatang yang dibawa masuk ke negara ini.

Penilaian Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) Di tangguh, 10 Menteri Gagal

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Umno/ Barisan Nasional hari ini gagal membentangkan laporan Indeks Petunjuk Prestasi (KPI-Key Performance Index) apabila 10 menteri kabinet gagal menyerahkan laporan masing-masing.

Dengan itu, pembentangan laporan tersebut terpaksa ditunda sehingga akhir bulan Disember, sebulan terlewat dari sasaran sebagaimana di tetapkan Najib sendiri, penilaian dibuat setiap enam bulan sekali.

Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak berkata beliau akan berjumpa dengan menteri berkenaan dalam beberapa hari ini, bagi memastikan KPI yang dibentangkan setelah enam bulan beliau mengambil alih tampuk pemerintahan.

"Saya akan menemui beberapa menteri esok dan yang lain selepas Persidangan Iklim di Copenhagen. Semua (penilaian) pembentangan akan selesai akhir bulan ini," katanya sebagaimana dilaporkan Bernama.
Najib berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat kali ketiga berkaitan persiapan akhir KPI.(Gambar kiri -dari Malaysian Insider)

Berikutan itu, akhbar-akhbar media perdana tidak melaporkan kegagalan tersebut sebaliknya memusingkan kepada soal pencapaian keseluruhan enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), yang ditonjolkan sebagai ‘mencapai tingkat puas hati’ Perdana Menteri

Kerajaan Umno/BN Terengganu Menerima Akibat ‘Doa Laknat’

KUALA TERENGGANU - Masih heboh diperkatakan oleh media dan rakyat tentang isu ‘doa laknat’ yang belum dibaca lagi oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pada umumnya, orang ramai dapat menerima, apabila seseorang itu dizalimi, dianiayai, dan hilang segala punca mahu meminta pertolongan, maka dia akan berdoa kepada Allah SWT. (Gambar - Runtuhan Masjid Bujal).

Cuma orang-orang Umno yang tidak dapat menerima hakikat ini kerana, mungkin mereka tidak pernah menerima kesusahan dan kesengsaraan akibat dizalimi.

Apa pun doa yang dibaca oleh seseorang yang dizalimi itu, terpulanglah kepada orang itu sendiri, samada mahu mendoakan sesuatu yang buruk terhadap orang yang menzaliminya atau doa yang baik.

Namun, secara tabi’ie (semulajadi) sifat manusia, apabila mereka dizalimi, mereka akan meminta tuhan membalas keatas apa yang telah dilakukan oleh ‘penzalim’ terhadap mereka.

Di negeri Terengganu, khususnya di daerah Kemaman masih tidak lupa satu tragedi yang paling menyayat hati dimana kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu yang diketuai oleh Dato’ Seri Idris Jusoh telah melakukan satu kezaliman yang sangat dahsyat.

Tanggal 26 Mei, 2005, kerajaan Umno/BN bukan sahaja merobohkan rumah-rumah rakyat bahkan mereka merobohkan rumah Allah.

Seluruh masjid Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Kampung Bujal lenyap dari muka bumi akibat kezaliman yang dilakukan oleh Umno dan BN.

Apakah salah penduduk-penduduk kampung Bujal sehingga masjid yang mereka dirikan dengan wang yang halal, hasil dari derma sumbangan sedeqah dan jariah orang ramai, tiba-tiba dengan mudah tanpa sedikitpun perasaan kasihan belas, masjid mereka telah dirobohkan.

Apa yang kami boleh buat ketika masjid Bujal dirobohkan?? Tentulah kami mendoakan agar Allah membalas segala kejahatan yang dilakukan oleh kerajaan Umno/BN.

Begitu juga di RTB-RTB lain.

Seluruh dunia menyaksikan bagaimana seorang perajurit Negara, yang masih dalam pakaian seragam, mengalirkan air mata, melihat rumah yang dibinanya dari wang simpanannya dirobohkan oleh kerajaan Umno dan BN.

Seorang askar yang berkhidmat untuk mempertahan tanah air dan Negara, mengumpulkan wang sedikit demi sedikit, demi untuk mendirikan rumah tempat untuk berlindung dari sejuknya cuaca malam hari dan panas terik matahari pada waktu siang.

Orang ramai yang cuba menghalang perobohan rumah anggota tentera itu telah mendirikan solat hajat dirumah tersebut sebelum dirobohkan.

Sang perajurit itu turut mengaminkan doa, yang dibaca beramai-ramai oleh jamaah apabila selesai solat hajat.

Apakah dalam keadaan itu orang ramai dan perajurit akan mendoakan supaya kerajaan Umno dan BN akan diberikan keberkatan, ditambahkan rezeki, terus maju dan cemerlang??

Tentu kandungan doa mereka memohon kepada Allah yang maha adil untuk membalas segala perbuatan zalim kerajaan Umno/BN.

Begitu juga di RTB Belimbimg Api, RTB Padang landak dan Padang Luas, semuanya di daerah Besut.

Tentu mereka tidak pernah terfikir, tanah yang mereka terima secar ikhlas dari kerajaan PAS Terengganu, dirampas.

Rumah-rumah yang mereka dirikan, dirobohkan dengan segala jentera berat dan anggota penguatkuasa yang tidak langsung menggunakan akal dan fikiran akibat ugutan dan paksaan oleh pemimpin Umno dan BN.

Justeru, Allah yang maha adil dan maha berkuasa mungkin telah memperkenankan doa-doa kami dan mereka yang dizalimi.

Kerajaan Umno/BN Terengganu, tidak pernah aman, walaupun memiliki kekayaan wang ringgit berbilion, itu pun hasil dari wang rakyat, hasil royalti yang dirompak.

Percayalah ! Pemimpin Umno/BN Terengganu tidak akan aman dan sentiasa berbalah, walau apa jua tindakan perdamaian yang diambil kerana mereka lah yang menzalimi rakyat Terengganu.

Pembinaan bangunan yang hebat-hebat, Stadium, Lapangan Terbang, Kolam Renang, Menara Komunikasi, Pusat ICT, Masjid; semuanya kini rosak, punoh dan runtuh, sebagaimana kerajaan Umno/BN merobohkan dan meruntuhkan rumah-rumah rakyat marhaen dan masjid Bujal !

Kerajaan Umno/BN Terengganu telah pun merasa azab doa laknat, yang dibaca oleh orang-orang yang dihambat seperti anjing, dihalau keluar dari rumah-rumah yang halal disisi Allah dan dizalimi oleh kerajaan Umno dan BN.

Maka tunggulah pula apa yang terjadi kepada Umno seluruhnya, apabila rakyat berdoa supaya dibalas kezaliman terhadap mereka yang menafikan royalti minyak yang dianugerahkan oleh Allah kepada hamba-hambanya, rakyat Terengganu dan Kelantan seluruhnya.

Tunggulah, InsyaAllah !

Bengkel Training Of Trainer Di Melaka Selesai Dengan Jayanya

Bengkel TOT ke 2 bertempat di Garden Farmosa Hotel , Melaka bermula 11 - 13 Disember telah berlangsung dengan jayanya . Majlis Penutupan Bengkel TOT telah disempurnakan oleh Sdr. Shamsul Iskandar Mohd. Akin , Pengerusi Perhubungan Negeri Melaka merangkap Ketua AMK Malaysia .
Banyak informasi yang berguna sebagai mempersiapkan diri sebagai Jurulatih aRk telah disampaikan oleh para fasilitator dari Akademi Keadilan ( aRk ) iaitu Dr. Zaliha , Tuan Haji Ismail Yusop dan Mr. Rajen .
Para peserta yang terdiri daripada negeri Melaka , Negeri Sembilan , Kedah , Johor , Selangor dan AMK Malaysia seramai 20 orang telah memberikan komitmen sepenuhnya di mana para peserta didedahkan dengan ilmu seperti komunikasi berkesan , bagaimana menjadi jurulatih yang baik , kemahiran mendengar dan sebagainya .
Saya juga berkesempatan mengenali Mat Zaman Kati blogger perakexpressyang turut hadir sebagai peserta TOT . Tahniah kepada warga kerja aRk yang menjayakan bengkel ini .

Jumaat, 11 Disember 2009

KETAGIH DENGAN PETRONAS, EKONOMI NEGARA MAKIN TERUK

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim melahirkan rasa bimbang dengan suasana ekonomi negara semasa, disebabkan rekod terbaru menunjukkan pendapatan Petronas berkurangan.

“Pendapatan Petronas berdasarkan laporan yang dikeluarkan, mencatatkan kejatuhan berjumlah RM 59 bilion, bermakna cukai yang sepatutnya diperolehi oleh Negara berkurangan sekitar 57%,” jelasnya dalam suatu kenyataan media di Parlimen.

Beliau berpendapat angka kejatuhan tersebut turut memberi impak berantai pada ekonomi negara kerana 48.6 peratus diperoleh dari keuntungan Petronas.

Jelasnya lagi, Petronas turut menyumbang sebanyak 44.9 peratus pada pendapatan negara tahun lepas.

Skandal PKFZ: Tiga hadapi 31 tuduhan

Bekas pengurus besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK), Datin Paduka OC Phang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Klang hari ini, atas tiga tuduhan pecah amanah berhubung skandal projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Phang tidak mengaku salah terhadap semua tuduhan tersebut.

Dia dituduh melakukan pecah amanah itu membabitkan RM254 juta.

Tuduhan terhadap Phang - yang ditahan polis pagi tadi - dibaca di hadapan Hakim Yong Zaridah Sazali.

Phang yang diwakili peguam Ng Aik Guan, dibenarkan ikatjamin sebanyak RM350,000 dengan seorang penjamin.

Kesnya ditetap untuk mula didengar pada 12 Januari ini di mana Phang diarah menyerahkan pasportnya pada tarikh yang sama.

Pendakwaan pula dijalankan oleh Manoj Kurup, Dzulkifli Ahmad dan Hashley Tajudin.

Dua lagi individu yang ditahan bersama Phang pagi tadi - iaitu ketua pegawai operasi Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB), Steven Abok dan seorang arkitek, Benard Tan Seng Swe - turut dihadapkan di mahkamah yang sama.

KDSB merupakan kontraktor utama projek PKFZ manakala Tan pula merupakan arkitek perunding kepada KDSM bagi projek tersebut.

Abok dan Tan, yang kedua-duanya memakai penutup muka semasa dibawa ke mahkamah,
didakwa bersama terhadap dua pertuduhan membuat tuntutan palsu membabitkan RM5.42 juta.

Tan turut didakwa bersama-sama seorang lagi yang masih bebas terhadap 24 tuduhan membuat tuntutuan palsu berjumlah RM122.27 juta.

Kedua-duanya juga tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan.

Steven dibenarkan ikatjamin sebanyak RM200,000 manakala Tan dibenarkan ikatjamin RM250,000. Kes mereka ditetapkan untuk didengar pada 4 Februari.

Steven diwakili oleh peguam Tan Hock Chuan manakala George Varghese mewakili Bernard Tan.

Abok's Kuala Dimensi was the turnkey developer of the Port Klang Free Trade Zone project while Tan was the consultant architect hired by Kuala Dimensi for the project.

Phang, 63, ditemani oleh suami dan anak perempuannya di mahkamah.

Projek PKFZ menimbulkan kontroversi apabila kosnya melambung daripada RM2 bilion kepada RM4.6 bilion. Ia dibina di satu kawasan seluas 400 hektar sebagai hab penghantaran kargo bersepadu.

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara yang mengadakan satu siasatan telah memperakukan agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dan polis menyiasat Phang, dan juga bekas Menteri Pengangkutan Tan Sri Chan Kong Choy, berhubung dakwaan pecah amanah dalam projek itu.

Jawatankuasa juga mendapati ada beberapa perkara yang dibuat tanpa mendapat kelulusan Kementerian kewangan.

LPK telah mengemukakan saman bernilai lebih RM1 bilion terhadap Kuala Dimensi Sdn Bhd dan BTA Architects selain menyaman Phang kerana penyelewengan tugas.

Polis juga telah membekukan beberapa akaun Kuala Dimensi Sdn Bhd.

Kerajaan telah menubuhkan satu pasukan petugas diketuai Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan untuk memulihkan projek itu.

AMK mahu Mahkamah Syariah dengar juga kes Anwar

Kira-kira 30 anggota PKR mengadakan protes secara aman di luar Masjid Jamek Seberang Jaya di Pulau Pinang selepas solat Jumaat hari ini.

Protes tersebut, yang diketuai Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin, mendesak kerajaan pusat membenarkan Mahkamah Syariah turut mendengar kes liwat terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut mereka, prosiding Mahkamah Syariah boleh berjalan serentak dengan prosiding di mahkamah sivil.

Anwar dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Ketua umum PKR itu telah menafikan tuduhan tersebut dan mendakwa ia merupakan 'satu lagi plot' kerajaan terhadapnya.

Malaysiakini

Kamal Hashim: Pakatan Rakyat perlu manfaatkan konvensyen pertama

Parti-parti Pakatan Rakyat akan mengadakan konvensyen pertama pada 19 Disember nanti di Shah Alam, Selangor. Dengan slogan "Memimpin perubahan, menjana kemenangan," perhimpunan ini membawa makna yang besar kepada seluruh rakyat Malaysia yang mahukan perubahan.

PR kini menjadi harapan kepada rakyat Malaysia untuk melihat perubahan daripada penguasaan Umno dan Barisan Nasional yang menguasai segenap ruang kehidupan rakyat, dan amat diharapkan PR melaksanakan apa yang dijanjikan sejak pilihan raya umum lalu.

Berdasarkan realiti politik Malaysia, gabungan parti ialah satu jalan untuk menewaskan BN dalam pilihan raya, yang sudah lama terlibat dalam mengatur medan pilihan raya melalui pelbagai cara.

Segala persempadanan semula, pembahagian kerusi sesama parti komponen dilakukan dengan mudah oleh BN yang selama ini tidak dicabar oleh mana-mana gabungan parti.

Sekarang ini, dengan wujudnya PR di persada politik negara, BN berdepan dengan cabaran yang besar kerana pembangkang sudah dapat bertanding sebagai satu pakatan.

Pemimpin-pemimpin ketiga-tiga parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Lim Guan Eng dilihat mampu untuk membawa parti masing-masing ke arah kerjasama yang lebih berkesan seperti yang ditunjukkan dalam Pilihan Raya Umum ke-12 lalu.

Sekarang ini, PR perlu memikirkan dengan serius kerjasama yang lebih rapat dalam menghadapi BN yang telah mula menunjukkan tanda-tanda keretakan dalaman. Diharapkan menjelang pilihan raya umum akan datang, kerjasama PR sudah menjadi lebih rapat daripada hari ini dan mampu untuk benar-benar menjadi pilihan rakyat untuk menggantikan BN.

Benar apa yang diucapkan pemimpin-pemimpin PR, BN hanya boleh dijatuhkan oleh gabungan lain yang menyerupai BN itu sendiri. BN kuat selama ini kerana pembangkang tidak bersatu dalam pilihan raya dan kerjasama politik yang boleh menjadi pilihan lain kepada rakyat.

PR mungkin tidak perlu manifesto bersama, tetapi perlu bersetuju dalam beberapa bidang seperti ekonomi dan urus tadbir untuk memandu pemerintahan PR pada masa akan datang.

Setakat ini, dari sudut satu lawan satu dalam pilihan raya, PR sudah berjaya melaksanakan strateginya. Sekarang, PR perlu memikirkan kerjasama lain termasuk program-program apabila dapat memerintah negeri atau negara.

Apa yang berlaku di negeri-negeri dimenangi PR seperti Perak (yang sudah dirampas balik) dan Selangor boleh dijadikan kajian untuk membentuk kerjasama ini. Dua negeri ini mempunyai komposisi rakyat yang berbilang kaum dan mempunyai bandar besar dan kampung, dan ini boleh memberikan banyak program untuk difikirkan.

PR perlu memuhasabah diri melihat rekod kepimpinan mereka untuk diperbaiki. Kalau boleh, biarlah ada satu standard yang diterima oleh semua parti komponen PR untuk dilaksanakan dalam pemerintahan. Biarlah negeri-negeri diterajui PR menunjukkan contoh terbaik dalam pengurusan negeri.

Konvensyen yang bakal diadakan di Shah Alam nanti perlu menjadi medan untuk membina kerjasama yang lebih rapat, walaupun setiap parti mempunyai perbezaan dasar dengan parti-parti lain. Apa yang boleh dipersetujui perlu dipersetujui dan dilaksanakan dalam usaha mengukuhkan pakatan dalam menghadapi BN.

PR perlu ingat satu pesanan dari ahli akademik, peluang diberikan rakyat hanya sekali. Masalah dihadapi sepanjang setahun dua lalu perlu ditangani dengan baik, untuk menhadapi pilihan raya umum akan datang dengan lebih yakin.

HarakahDaily.Net/-

Bengkel Training Of Trainer ( TOT ) anjuran aRk di melaka

Hari ini bermula 11 - 13 Disember 2009 berlangsung kursus TOT anjuran Ark ( Akademi Keadilan ) bertempat di Formosa Hotel, Jalan Limbongan, Klebang Kecil, Melaka .

Saya masih tidak dapat bertolak lagi ke sana kerana kereta saya rosak . tak tahu apa yang rosak . Specialist BMW datang ke bengkel tadi pun tak dapat nak kesan apa masalahnya . So saya dah hubungi Saedy , SU aRk untuk lambat sedikit lapor diri . Terpaksalah pinjam kereta adik saya .

Bengkel ini adalah bertujuan untuk melahirkan jurulatih bagi program latihan kepada ahli-ahli parti . Saya terpaksa pergi juga kerana telah tolak bengkel pertama di Pulau Pangkor awal Disember lalu .

MB Terengganu di Serang Lagi ! Mad Said akan dilucutkan jawatan MB ?

- Cakap-cakap ‘Ahmad akan Dilucutkan Jawatan’ Kedengaran di Putrajaya
KUALA TERENGGANU – Khabar tentang Menteri Besar (MB) Terengganu, Dato’ Ahmad Said, akan diturunkan dari Tingkat 16 Wisma Darul Iman tidak pernah berhenti.

Sejak menjawat jawatan politik tertinggi Terengganu melalui pilihan istana pada Mac tahun lalu, Ahmad sentiasa diserang.

Terutamanya oleh kumpulan yang menyokong bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Idris Jusoh.

Mungkin silap beliau sendiri, yang membuat kenyataan awal, bahawa perlantikannya sebagai MB tidak akan bertahan lama.

Justeru, berita baru yang tersebar lebih panas dan sensasi, kerana pada kali ini ia bukan serangan yang datang dari kem Idris.

Bekas Setiausaha Perhubungan Umno Terengganu, Dato’ Rosol Wahid dikatakan sudah berdiam diri, mungkin mengadakan ‘gencatan senjata’.

Ia berikutan persetujuan beliau dilantik semula sebagai penyelaras DUN Ajil sebagaimana dilaporkan akhbar media perdana 13 November, 2009.

Oleh itu, berita Ahmad Said akan diturunkan dari kerusi Menteri Besar bukan sahaja memanaskan musim Monsun di Terengganu, malah sudah menjalar hingga ke Putrajaya.

Ia bermula dengan kedatangan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak bagi menutup kejohanan perahu layar piala monsun pada 6 Disember, minggu lalu.

Percakapan berkenaan ‘agenda besar’ itu dilaporkan menjadi topik perbualan beberapa ADUN ketika Najib menyampaikan sumbangan bantuan bajir di Mengabang Telipot, Kuala Nerus.

Sumber Buletinonline mengesahkan khabar tentang MB Terengganu akan ditukarkan telah kedengaran di Kementerian Kewangan beberapa hari lalu.

Ahmad Said, pada 19 November lalu telah berangkat menunaikan haji, akan pulang pada 9 Disember dan dijangka memulakan tugas pada pertengahan Disember.

Berita selanjutnya akan menyusul.......

Iltizam jejak Nazim dan Deepak

Hafiz Yatim & Salhan K Ahmad
Dis 11, 09

kemaskini 7.21pm Yang dikejar tidak dapat, yang dikendong tidak pula berciciran - akhirnya adik perdana menteri yang dikaitkan dengan penarikan akuan bersumpah penyiasat persendirian P Balasubramaniam, ditemui tanpa diduga hari ini setelah dua minggu berusaha menjejakinya.

Berkat iltizam untuk mengesahkan dakwaan serius bekas anggota polis Cawangan Khas itu, Malaysiakini terserempak Datuk Mohamed Nazim Razak di Masjid Negara selepas solat Jumaat tadi.

"Tidak ada apa-apa yang saya hendak cakap," katanya sewaktu ditemui selepas melangkah dari pusara bapanya Tun Razak Hussein, di pinggir masjid itu, untuk beredar.

Balasubramaniam mendakwa beliau bertemu dengan Mohamed Nazim, bersama isterinya yang sedang sarat hamil, pada malam sebelum menafikan akuan pertamanya bahawa Datuk Seri Najib Razak, waktu itu timbalan perdana menteri, mempunyai hubungan intim dengan Altantuya Shaariibuu. Najib telah menafikannya.

Pertemuan itu didakwa berlaku di kompleks membeli-belah The Curve, Damansara - yang diatur oleh seorang ahli perniagaan permaidani Deepak Jaikishan - selepas Balasubramaniam mendedahkan akuan awalnya di ibu pejabat PKR, 3 Julai tahun lalu.

Dalam wawancara yang diterbitkan di internet, Mohamed Nazim didakwa mengugut Balasubramaniam tentang keselamatan anggota-anggota keluarganya.

Usaha menjejak Mohamed Nazim bermula sewaktu kehangatan isu tersebut diperkatakan di Internet, khususnya melalui soal jawab wawancara Balasubramaniam di Malaysia Today dan rakaman videonya di Youtube.

Berdasarkan maklumat umum melalui carian di Google, pejabat Mohamed Nazim berjaya dikesan di Bangunan AMDB, berhampiran sebuah hotel terkenal di Jalan Pahang, Kuala Lumpur.

Pejabat tersebut dikunjungi pada 26 November, selepas cubaan untuk menghubungi Mohamed Nazim melalui telefon di pejabatnya tidak berjaya beberapa hari sebelumnya.

Pada kira-kira jam 11 pagi, Malaysiakini singgah di pejabat urusan firma arkitek dan disambut oleh seorang setiausahanya, kelihatan hujung 20-an, yang berjaya dihubungi sebelumnya.

Setiausaha tersebut, yang hanya ingin dikenali sebagai Jeannie, berkata anak keempat Razak itu bagaimanapun tidak berada di pejabatnya di tingkat 15 bangunan tersebut.

Gadis itu kemudian meminta soalan-soalan dikemukakan kepadanya untuk disampaikan kepada ketuanya.

Soalan-soalan tersebut dihantar melalui emel telefon bimbit dan wartawan kemudiannya menunggu di ruang menyambut tetamu firma arkitek tersebut hampir setengah jam sebelum ditemui oleh seorang pengurus pejabat.

Wanita tersebut menerangkan, Mohamed Nazim berada di luar negara setelah dijelaskan hasrat untuk menemuramah adik perdana menteri.

Permintaan untuk mendapatkan nombor telefon bimbit Mohamed Nazim juga tidak dipenuhi, kerana menurutnya, maklumat itu milik peribadi dan tidak harus diberikan tanpa kebenaran.

Cubaan beberapa kali untuk menetapkan temujanji dengan Mohamed Nazim melalui kakitangan pejabatnya sepanjang minggu lalu juga menemui jalan buntu, namun setiausahanya itu berkata Mohamed Nazim akan kembali ke tanah air minggu ini.

Selain Mohamed Nazim, Malaysiakini semalam turut menjejaki Deepak di pejabatnya di Jalan Chan Sow Lin dan juga di kedai permaidaninya di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Di pejabat tersebut, seorang wanita menemui Malaysiakini di aras dua bangunan empat tingkat Carpet Raya Sdn Bhd dan meminta supaya menunggu sementara beliau mendapatkan setiausaha Deepak.

Seorang wanita muncul kira-kira lima minit kemudian dan menjelaskan Deepak tidak berada di situ dan meminta wartawan beredar segera.

Beliau, yang hanya ingin dikenali sebagai Wong, kemudiannya meminta Malaysiakini beredar segera dan mengiringi sehingga ke luar bangunan tersebut.

Alasannya, mereka sedang menunggu kedatangan seorang tetamu.

Setelah gagal di Jalan Chan Sow Lin, Malaysiakini ke kedainya di hujung kanan Jalan Tuanku Abdul Rahman, yang terkenal dengan gedung membeli-belah, ke arah Dataran Merdeka.

Setelah memasuki kedai tiga pintu tersebut, wartawan berjaya menemui ibu Deepak, yang mahu dikenali sebagai Puan Jai, bersama lima pembantunya.

Setelah memperkenalkan diri dan menjelaskan tujuan kedatangan ke kedai tersebut, Puan Jai kemudiannya membuat dua panggilan melalui telefon bimbit.

Perbualan itu di depan Malaysiakini, bagaimanapun ia tidak dapat difahami kerana dipercayai beliau menggunakan bahasa Hindi.

Ditanya kemudian, wanita dalam usia 50-an itu kemudiannya berkata Deepak tidak berada di dalam negara, begitu juga Dinesh, adik bongsu daripada tiga beradik.

Puan Jai juga enggan memberikan nombor telefon bimbit kedua-dua anaknya itu ketika diminta, tetapi hanya memberikan nombor telefon kedai berkenaan.

Beliau menyarankan kepada Malaysiakini agar berkunjung semula minggu depan.

Tambahnya, beliau tidak mengetahui sekiranya Deepak atau Dinesh pernah mempunyai hubungan baik dengan Datin Seri Rosmah Mansor, isteri perdana menteri.

"Saya tidak pernah menemuinya," katanya lagi, dalam bahasa Inggeris, ketika ditanya sama ada Rosmah pernah mengunjungi kedai tersebut.
FM - KALAU TENGOK CARA LARI DAN ALASAN KELUAR NEGARA TU MACAM MEMANG BETUL-BETUL TERLIBAT SEPERTIMANA DAKWAAN BALA !

Epilog: Tersasar Di Jalanmu dedah konflik sosial

Terima kasihsdr. Ali yang email pada saya ...

Oleh Akmal Abdullah

BARANGKALI ramai yang mengikuti acara Anugerah Skrin 2009 pada Jumaat lalu tidak menduga sebuah telefilem arahan Erma Fatima yang tidak menjadi bualan ramai dan disifatkan sebagai underdog dalam pertandingan Kategori Drama akhirnya dijulang sebagai pemenang utama. Drama itu sudah hampir empat tahun dihasilkan tetapi baru tahun lalu ia dapat disiarkan menerusi kaca TV.

Tersasar Di Jalanmu bukan saja menang kategori utama - Drama Terbaik - tetapi menyapu bersih lima lagi kategori lain yang dipertandingkan iaitu Pengarah Terbaik Drama, Pelakon Wanita Terbaik Drama (Rosnah Mat Aris) dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama (Norish Ismail) selain Lakon TV Terbaik dan Videografi Terbaik.

Pencapaian telefilem itu bukan sebarangan kerana ia dihasilkan atas kesedaran dan naluri Erma sendiri yang terdorong mengutarakan isu sosial secara realistik dengan beliau sendiri membuat pemerhatian terhadap manusia yang menghuni kawasan yang dianggap menjadi sarang tempat penagihan dadah, pelacuran, maksiat dan tempat manusia yang terpinggir.
Saya secara peribadi yang sudah menonton drama ini sebanyak tiga kali harus mengakui kekuatan naratif, pemikiran, isu yang disentuh, persoalan nilai dan moral yang dibawa dalam drama terbitan Rumah Karya Cipta Sdn Bhd, milik Erma sendiri - nyata satu cerita yang cuba mengajak masyarakat untuk merenung diri dan menyelami kehidupan manusia yang berada di lorong gelap kerana ada ketikanya bukan semua mereka yang mahu berada di tempat sebegitu tetapi keadaan yang mendesak atau memaksa. Hidup harus diteruskan dengan keadaan apa sekali pun kerana dihimpit masalah kemiskinan, terjebak dengan kongsi gelap, menjadi mangsa penipuan bapa ayam dan terpaksa mencari sumber pendapatan untuk menyara keluarga. Dalam kebobrokan itu masih ada kemuliaan yang boleh dicontohi.

Tema penuh noda dan dosa, kotor dan merimaskan menjadi latar tempat yang memaparkan kehidupan pelbagai rencam kehidupan manusia di Lorong Haji Taib, Chow Kit, Kuala Lumpur sememangnya satu pendekatan kepada realiti sebenar tetapi di tangan Erma beliau berjaya mengupas nilai kemanusiaan, kasih sayang, persahabatan, kekeluargaan, kejiranan dan perjuangan yang juga tumbuh segar di kalangan manusia yang menjadi penghuni kawasan itu.

Agak menarik kerana drama itu yang ada ramai watak ponda tetapi boleh disiarkan RTM. Ia adalah satu perubahan menarik kerana selama ini ramai produser dan pengarah drama kita sering menganggap RTM begitu sensitif dalam isi kandungannya termasuk tidak bertolak ansur untuk drama yang mengutarakan imej negatif seperti watak pondan atau mak nyah, pelacur menjadi protagonis dan kisah yang sering dianggap tidak menyumbang kepada perkembangan positif masyarakat.
Tetapi menerusi Tersasar Dijalanmu, RTM dilihat boleh menerima baik drama sebegini dan berjaya disiarkan kerana selain mungkin masih berkisar mengenai manusia di ‘lorong neraka’ tetapi ada falsafah kehidupan yang positif di dalamnya. Seperti mana Erma akui, ada stesen TV menolak drama arahannya itu kerana alasan tidak ada muka komersial yang membintanginya dan ceritanya memualkan, cuma RTM sudi menyiarkannya kerana elemen yang dipaparkan itu sesuai dengan Kempen Sosial Remaja pada 2006. Pujian harus diberikan pada RTM kerana berani untuk menyajikan konsep drama berkenaan.

Dengan kemenangan drama itu juga, kelmarin RTM mengadakan majlis apresiasi khas untuk Tersasar di Jalanmu di Angkasapuri.

Berbanding drama lain yang bertanding pada Anugerah Skrin 2009, pengisiannya lebih banyak bermain dengan emosi dan penderitaan watak yang meleret bak sudah jatuh ditimpa tangga atau cerita yang klise serta kurang membina pemikiran tetapi Tersasar Di Jalanmu mengolah kegembiraan, keceriaan, kesengsaraan dan penderitaan itu secara zig zag yang menarik menerusi mood manusia yang pelbagai. Kehidupan di lorong gelap dengan manusia yang berwatak hitam, putih dan kelabu di dalamnya. Dalam Tersasar Dijalanmu juga kita akan melihat situasi yang diberi gambaran jijik tetapi murni, busuk tetapi mulia dan berjiwa besar tetapi tertutup mindanya.

Dalam drama itu, selain dipaparkan mengenai manusia yang terbelanggu dengan sikap dan jalan yang mereka pilih sendiri tetapi pada sisi lain ia dimurnikan dengan penampilan watak kanak-kanak sekolah yang bercita-cita untuk menjadi seorang menteri. Kanak-kanak sekolah itu mempunyai kepandaian dalam persekolahan meskipun dunia yang dihuninya sebuah lorong jijik dengan saban hari melihat gelagat penagih dadah, pondan serta pelacur. Begitu juga watak seorang kakak yang terjebak dengan gejala mat motor dan akhirnya dia dinodai kemudian terjebak pula dengan najis dadah tetapi jauh di sudut hatinya dia masih boleh memberi nasihat dan motivasi untuk adiknya supaya berusaha gigih mencapai cita-citanya sebagai menteri supaya mengubah kawasan yang mereka diami itu.
Si ibu yang asyik mencari pendapatan dengan membuka gerai makanan tidak mengendahkan perkembangan pelajaran anaknya tetapi ciri seorang keibuan yang tetap mahu anaknya meneruskan persekolahan tetap kukuh, manakala si bapa yang tidak habis-habis suka bermain nombor ekor sekadar menjadi boneka dalam keluarga. Si abang yang malas bekerja dan memerap dalam bilik rupa-rupanya menjadi pengedar dadah tetapi stok dadah disembunyikan itu akhirnya digunakan adik sendiri sehingga terlebih dos lalu mengakibatkan maut.

Wanita muda yang menjadi mangsa penipuan suaminya terheret ke kancah pelacuran. Cubaannya melarikan diri daripada sarang maksiat itu tidak pernah berjaya sebaliknya sering dipukul, manakala seorang ibu dalam usia warga emas berjiwa penyayang terus menjadi pelacur demi mencari nafkah membesarkan anaknya yang tidak bersekolah, sehinggakan anaknya cuma setiap hari makan nasi bungkus di luar pintu rumah sedangkan ibu melayan pelanggan. Semuanya dirangkumkan Erma dengan gaya pengarahan yang kemas dalam Tersasar Di Jalanmu.

Meskipun sebelum ini kita juga pernah kerap menonton drama mengenai dunia pelacuran atau penagihan dadah, tetapi drama ini berjaya membuatkan konflik sosial manusia yang kebanyakannya Melayu secara bijak dan memberi impak kepada penonton. Seperti kata Erma: "Ia kisah yang membelenggu Lorong Haji Taib yang sedia maklum diketahui penuh dengan masalah sosial seperti dadah, pelacuran dan kongsi gelap. Namun, apa yang menyedihkan mengenang nasib kanak-kanak yang membesar di kawasan itu. Pada usia mentah yang tidak memahami apa-apa, mereka membesar dengan melihat apa yang tidak sepatutnya.”

Syabas buat Erma dan pasukan produksinya. Tersasar Dijalanmu adalah manisfestasi kehidupan di Malaysia dan negara lain betapa kemajuan dan pembangunan yang dikejar tidak akan dapat membantu semua orang kerana akan wujud insan yang terhimpit di tempat sempit dan menjadi mangsa kemajuan. Mereka yang malang itu harus dibantu. Mungkin kita sudah terlambat tetapi itu lebih baik daripada membiarkan ia berterusan.

Kata orang, kehidupan ibarat si tidur makanan si jaga, si bingung makanan si cerdik...

membujur lalu melintang patah !

Saya agak tidak terkejut dengan tindakan manusia ini yang baru dilantik jawatan penting di Terengganu apabila bersungguh-sungguh untuk menjatuhkan saya dan memastikan saya digugurkan sebagai Ketua AMK Negeri Terengganu .
Sememangnya dari dulu lagi kami memang tidak berbaik dan banyak perkara yang saya tidak bersetuju dengan manusia ini . Bagi saya dia adalah 'pengkhianat dan petualang' pada parti dan perjuangan terutama kepada parti dari mula ditubuhkan . Orang-orang lama dalam Keadilan Terengganu sangat mengenali manusia ini . Yang menjadikan parti 'melukut di tepi gantang' sewaktu PAS memerintah Terengganu dan hanya cukup sekadar wujud sahaja . Manusia inilah yang marahkan saya selepas mengadakan perjumpaan dengan TGHA di rumah beliau kerana saya menyatakan komitmen ramai dengan penubuhan cawangan dan penambahan keahlian . " what's the hell mu nok tubuh cawangan banyok2?" , masih saya ingat .
Manusia inilah yang keluarkan kenyataan memfitnah saya dalam NST bahawa saya antara yang akan bertindak keluar daripada parti untuk sertai umno semula . Manusia inilah yang jugak sentiasa mengadakan perbincangan secara peribadi dengan pimpinan PAS sehingga Keadilan hanya dapat bertanding 2 kerusi dalam PRU10 iaitu Parlimen Kemaman dan DUN Telemong sahaja . Manusia inilah yang selepas kalah menghilangkan diri dan muncul selepas kemenangan hebat keadilan . Terlalu banyak perangai teruk manusia ini dan tak payahlah saya buang masa nyatakan di sini . Tidak menyesal saya untuk tidak berkawan dengan manusia sebegini termasuk barua-barua dia .
Saya dihubungi tadi bahawa manusia ini berjumpa Datuk Seri Anwar untuk pecat saya sebagai Ketua AMK Negeri Terengganu . Wow ! sampai ke situ ! Entah apa yang difitnahkan dan direka-reka cerita pada Big Boss . Perkara sebegini bukan baru . Sudah banyak tindakan bodoh yang dilakukan oleh manusia ini .
Konvensyen Khas parti di Terengganu gagal , bermacam tomahan dan fitnah pada AMK dan saya . jangan lupa wahai manusia , Allah itu Maha Kaya . Kebenaran tetap akan menang . Fitnahlah seberapa banyak yang kamu mampu . Orang yang 'sakit jiwa' je yang buat kerja-kerja macam ni. Orang yang hati perut busuk ! Memang saya tidak layan manusia ini dengan barua-barua dia ni... kalau layan bertambah-tambah kerja-kerja banggang dia orang . So ikut pandai puok2 mu la !
Saya tetap dengan gerakkerja saya , saya tidak akan bersekongkol dengan manusia yang hipokrit dan bodoh ini . Politik kampungan dan perangai lebih teruk daripada umno !
membujur lalu , melintang patah ! lawan tetap lawan ! Terima kasih atas sokongan sahabat-sahabat yang terus setia berjuang bersama-sama saya . Jazakallah !

Ancaman siber meningkat 87 peratus

Insiden kes ancaman siber yang dilaporkan kepada Pusat Bantuan Siber99 meningkat 87 peratus dalam tempoh 10 bulan pertama
tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Perangkaan itu dikumpul oleh Jabatan MyCert, CyberSecurity Malaysia.

Jumlah kes yang dikendalikan oleh Jabatan Forensik Digital, turut meningkat 17 peratus kepada 304 kes berbanding 260 dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Perangkaan itu diumumkan oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Fadillah Yusof dalam ucapan penutupan program Latih Amal Krisis Siber X Maya 2 selama dua hari mulai semalam di Seri Kembangan, Serdang.

"Oleh itu, usaha bagi mempertingkat keselamatan siber haruslah diberi perhatian serius oleh semua pihak," katanya.

Fadillah berkata pakar keselamatan siber turut memberi amaran mengenai wujudnya arah aliran serangan siber ke atas infrastruktur kritikal oleh kumpulan jenayah terancang, kumpulan pengganas dan ejen musuh yang bermotifkan wang, politik dan kepentingan strategik.

"Senario ancaman begini membimbangkan kerana sekiranya ancaman siber ini berlaku dalam sektor prasarana maklumat kritikal negara, ia akan mendatangkan implikasi buruk terhadap keselamatan negara," katanya. BERNAMA

Kes Anwar saman Dr Chandra 16 Mac

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 16 Mac bagi pengurusan kes saman fitnah RM10 juta yang difailkan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap tokoh akademik dan Presiden Just World Movement, Dr Chandra Muzaffar.

Tarikh itu ditetapkan apabila kes itu dikemukakan untuk sebutan di hadapan timbalan pendaftar Norazlin Othman di dalam kamar hari ini.

Anwar menyaman Dr Chandra ekoran dakwaan kenyataan fitnah yang dikeluarkannya dalam satu forum di Menara Star di Petaling Jaya pada 3 Mac tahun lepas dan kemudiannya disiarkan dalam akhbar.

Pada 7 Ogos lepas, Pesuruhjaya Kehakiman Datin Zabariah Mohd Yusof memerintahkan Dr Chandra untuk membekalkan butiran dan maklumat lanjut mengenai 64 soalan kepada pemimpin PKR itu.

Dalam satu pernyataan pembelaan, Dr Chandra menafikan mengeluarkan sebarang komen berniat jahat dan palsu berhubung Anwar yang kemudiannya disiarkan di dalam dua akhbar harian berbahasa Inggeris pada 5 Mac tahun lepas.

Alternatifnya, beliau mendakwa jika perkataan yang digunakannya itu fitnah, yang dinafikan beliau, perkataan-perkataan itu disiarkan pada satu keadaan perlindungan bersyarat tanpa niat jahat. - Bernama

Gerakan Mesti Bantah Terhadap UMNO Mengembalikan Hak Keahlian Ahmad Ismail

Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan
10 Disember 2009

Gerakan Mesti Bantah Terhadap UMNO Mengembalikan Hak Keahlian Ahmad Ismail

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia berpendapat bahawa tindakan UMNO mengembalikan hak keahlian Ahmad Ismail menunjukkan UMNO kekal dengan jalan perkauman sempit. UMNO langsung tidak insaf dengan pengajaran yang dibuat oleh rakyat pada PRU Ke-12, malah tidak berusaha untuk berubah. Sebagai parti komponen BN, Gerakan tidak boleh bisu sahaja untuk mempertahankan jawatan kerajaan yang sedia ada.

Keputusan unilateral UMNO telah membiarkan Ahmad Ismail terus bermaharajalela sehingga meminta tiga pemimpin tinggi Gerakan untuk mohon maaf secara terbuka. Ahmad Ismail bukan sahaja tidak insaf, malahan tetap dengan pendirian bahawa orang Cina adalah pendatang.

Keahlian Ahmad Ismail yang sepatutnya dihukum beku tiga tahun pada September tahun lalu telah dibatal dalam masa setahun. Ini menunjukkan UMNO tidak ikhlas dalam menghukum pemimpin yang bersifat perkauman sempit. Semua usaha yang dibuat hanya semata-mata sandiwara UMNO untuk meredakan emosi tidak puas hati parti-parti komponen BN pada masa tersebut.

Sebenarnya UMNO tidak pernah mengambil kira perasaan parti-parti komponen. Hakikatnya juga adalah kedudukan MCA dan Gerakan dalam BN langsung tidak diberi kehormatanoleh UMNO. UMNO hanya sebagai big brother yang seringkali berpendapat bahawa MCA dan Gerakan lebih memerlukan UMNO daripada sebaliknya.

Sehingga hari ini, UMNO masih menyalahkan MCA dan Gerakan kerana prestasi yang lemah dalam PRU Ke-12 telah mengakibatkan kehilangan kuasa pemerintahan negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kelantan. Namun begitu, UMNO langsung tidak reflek kesalahan mereka sendiri malah hanya menjadikan MCA dan Gerakan sebagai kambing hitam.

Walau bagaimanapun, Presiden Gerakan Koh Tsu Koon perlu menyampaikan bantahan mereka kepada Perdana Menteri Najib Tun Razak serta meminta penjelasan tentang pengembalian hak keahlian Ahmad Ismail. Jikalau tidak, kedudukan Gerakan akan menjadi lebih tergugat.

Tambahan pula, semasa Penasihat Gerakan Lim Keng Yaik menyeru ahli parti untuk berani membantah “Ketuanan Melayu”, adakah Koh Tsu Koon berani untuk membantah tindakan UMNO yang unilateral tersebut?

Oleh itu, AMK menyeru semua rakyat untuk melihat wajah sebenar UMNO. Jangan menaruh apa-apa harapan terhadap UMNO yang dipimpin di bawah Najib Tun Razak kerana konsep “Satu Malaysia” hanya merupakan satu slogan sahaja. Hanya dengan sokongan padu terhadap agenda reformasi Pakatan Rakyat, masa depan negara yang bebas, demokrasi dan adil barulah boleh dicapai.

Lee Khai Loon
Ketua Penerangan
Angkatan Muda Keadilan Malaysia
012-2258607

Khamis, 10 Disember 2009

KEJOHANAN BOWLING TERBUKA KLANG 2009


Siapakah yang terbaik dikalangan yang terbaik??? Siapakah yang akan menjadi Raja atau Ratu Longkang??? Dan siapakah yang BERTUAH???
Ingin mengetahuinya? Bersama-samalah dengan kami untuk melihat sendiri siapa mereka di...

OLE-OLE SUPERBOWL @ SEKSYEN 18, SHAH ALAM, pada 26 Disember 2009 (Sabtu) bermula jam 9.00pagi.
Jika anda adalah salah seorang daripada mereka dan ingin turut serta BERSAMA kami???

Sila lengkapkan borang penyertaan hantarkan kepada kami melalui e-mail, fax atau poskan kepada kami sebelum 19 Disember 2009 ini. Tempat adalah terhad. Hubungi Tel. : 012 - 546 6224

Hadiah yang ditawarkan :

Berkumpulan :
JOHAN : Wang Tunai, Pingat, Hamper Iringan dan Baucer Bermain Bowling di Ole-Ole Superbowl bernilai RM 1 700.00
NAIB JOHAN : Wang Tunai, Pingat, Hamper Iringan dan Baucer Bermain Bowling di Ole-Ole Superbowl bernilai RM 1 300.00
KETIGA : Wang Tunai, Pingat, Hamper Iringan dan Baucer Bermain Bowling di Ole-Ole Superbowl bernilai RM 900.00

Individu :
PERTAMA : Wang Tunai dan Cenderamata Bernilai RM 250.00
KEDUA : Wang Tunai dan Cenderamata Bernilai RM 230.00
KETIGA : Wang Tunai dan Cenderamata Bernilai RM 200.00
KEEMPAT DAN KELIMA : Wang Tunai dan Cenderamata Bernilai RM 140.00 setiap pemenang
KEENAM HINGGA KELAPAN : Wang Tunai dan Hamper Bernilai RM 110.00 setiap pemenang
KESEMBILAN DAN KESEPULUH : Wang Tunai dan Hamper Bernilai RM 80.00 setiap pemenang

High Game :
PERTAMA BERPASUKAN : Wang Tunai, Cenderamata dan Baucer Bermain Bowling bernilai RM 340.00
KEDUA BERPASUKAN : Wang Tunai, Cenderamata dan Baucer Bermain Bowling bernilai RM 260.00
KETIGA BERPASUKAN : Wang Tunai, Cenderamata dan Baucer Bermain Bowling bernilai RM 190.00

Raja atau Ratu Longkang :
Wang Tunai, Cenderamata dan Baucer Bermain Bowling bernilai RM 90.00 setiap pemenang

Setiap pasukan (yang terawal mendaftar sahaja) layak untuk menerima baju khas kejohanan dan cenderahati eksklusif daripada pihak penganjur.

Sekian, terima kasih.
--
SHAHRUL NIZAM BIN MUSA
Setiausaha,
Persatuan Anak Muda Klang.