klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Sabtu, 23 Januari 2010

PERLANTIKAN PENGARAH PILIHANRAYA DAN KETUA BIRO LATIHAN

KENYATAAN MEDIA
UNTUK EDARAN SEGERA

Tarikh: 23 Januari 2010

PERLANTIKAN PENGARAH PILIHANRAYA DAN KETUA BIRO LATIHAN

Mesyuarat Biro Politik Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) pada 20hb Januari yang lalu telah membuat rombakan penting di dalam pimpinan tertinggi parti sebagai usaha memantapkan organisasi bagi menghadapi PRU 13 yang dijangka akan diadakan pada pertengahan tahun hadapan. YB Puan Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Kuantan telah dilantik sebagai Pengarah Pilihanraya bagi menggantikan YB Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail yang akan memegang jawatan Setiausaha Agung berkuatkuasa 1 Februari 2010.

Portfolio Ketua Biro Latihan yang sebelum ini di pegang oleh YB Puan Fuziah Salleh kini diamanahkan kepada Sdr Mustaffa Kamil Ayub yang juga adalah Ketua Biro Hal Ehwal Antarabangsa. KEADILAN percaya dengan rombakan ini persediaan awal dapat dilakukan bagi merealisasikan KEADILAN bertapak di Putrajaya.

WAN AZIZAH WAN ISMAIL

Presiden

Parti Keadilan Rakyat

kursus master trainer akademi keadilan di holiday villa , cherating , pahang . 22 - 24 Januari 2010

Saya di kursus Master Trainer anjuran Akademi Keadilan ( aRk )

Selepas program merdeka centre yang berakhir jam 6.30 ptg , saya terus bergegas ke Cherating , Kuantan untuk menghadiri kursus Master Trainer di Holiday Villa. Sepatutnya saya mesti lapor diri jam 3 - 7 petang .
Saya tiba jam 9.30 malam . Terus menyertai program dan bertemu semua teman-teman trainer dari seluruh Malaysia . Kursus tersebut bermula 22 hb hingga 24 hb Januari 2010.

22 Januari 2010 - Saya hadir program " Islam & Democracy Dialogue" anjuran Merdeka Centre

Semalam 22 Januari 2010 , saya menghadiri satu program yang dianjurkan oleh Merdeka Centre , ISTAC dan beberapa agensi . Majlis bermula jam 3.00 petang yang turut dihadiri daripada ramai teman-teman NGO dan parti-parti politik .
Bersama dalam majlis tersebut ialah Cikgu Fauzie ( mampat ) , Ng Chai Heng ( DAP ) , Muzafeq Mohamad ( AMK Terengganu ) , Fariz dato' Musataffa ( mampat ) dan ramai lagi . Termasuk juga daripada UMNO .
Saya ditempatkan dalam kumpulan 3 . Kesemua kumpulan membincangkan beberapa topik . Saya gunakan ruang tersebut untuk meyampaikan idea. Seronok dalam berbincangan isu perkataan "Allah". UMNO cuba pertahankan akan surah "al-ikhlas" .
Kebimbangan golongan kristian menggunakan perkataan tersebut untuk menyeleweng orang-orang islam . Saya sengaja provoke mereka untuk melihat pandangan mereka . Mereka bagai tidak dapat menjawab beberapa kenyataan saya .
Saya kilas dengan menyatakan Dr Yusof Qardawi , Tokoh Maal Hijrah Malaysia dan Presiden Ulama Dunia menyatakan tidak ada kesalahan agama lain menggunakan perkataan tersebut dan Allah adalah untuk semua manusia .

Mohd Faizal Baharuddin Adalah Ketua AMK Cabang Kuala Selangor Yang Sebenar

Kenyataan Media

Angkatan Muda Keadilan Selangor

Parti Keadilan Rakyat

22hb Januari 2010

Mohd Faizal Baharuddin Adalah Ketua AMK Cabang Kuala Selangor Yang Sebenar

Angkatan Muda Keadilan Selangor menjelaskan bahawa Saudara Mohd Faizal Baharuddin adalah Ketua Angkatan Muda Keadilan Cabang Kuala Selangor yang sebenar dan bukan Nizaruddin Darmawan seperti yang dilaporkan oleh media. Justeru Ketua AMK Cabang Kuala Selangor yang sebenar dan sah iaitu Mohd Faizal Baharuddin tidak pernah sama sekali terlibat dalam komplot cubaan membubarkan Cabang PKR Kuala Selangor.

Oleh itu, dakwaan Ketua AMK Cabang Kuala Selangor meletak jawatan adalah tidak benar sama sekali. Mohd Faizal Baharuddin telah mengambil alih kepimpinan AMK Cabang Kuala Selangor melalui pemilihan semula mengikut perlembagaan yang ditetapkan selepas Nizaruddin Darmawan tidak aktif menggerakkan AMK Cabang Kuala Selangor sebelum dan selepas PRU-12. Malahan segala butir-butir maklumat pemilihan ini sudah dihantar laporannya malahan semasa Mesyuarat Agung AMK Cabang Kuala Selangor pada 2008,Mohd Faizal adalah ketua AMK Cabang Kuala Selangor yang sebenar yang dihadiri oleh semua AJK AMK Cabang Kuala Selangor bersama pemerhati daripada AMK Selangor dan Pusat.

Malahan mesyuarat Exco AMK Selangor , Mohd Faizal Baharuddin yang hadir untuk mesyuarat tersebut sejak daripada pemilihannya. Oleh itu, AMK Selangor menolak sama sekali dakwaan bahawa Nizaruddin Darmawan adalah ketua AMK Cabang Kuala Selangor yang sebenar.

Adalah dengan penjelasan media ini, maka sewajarnya semua pihak tidak terpengaruh dengan dakwaan bahawa ketua AMK Cabang Kuala Selangor telah meletak jawatan. Malahan keyakinan AMK Cabang Kuala Selangor terhadap kepimpinan Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim adalah mantap dan memberi sepenuh kepercayaan untuk beliau terus memimpin Cabang PKR Kuala Selangor.

AMK Selangor membidas pihak UMNO yang cuba menangguk di air keruh dalam situasi dalaman PKR Cabang Kuala Selangor. Pihak AMK Selangor memberi amaran keras kepada UMNO agar tidak sekali-kali cuba mencampuri urusan dalaman PKR khususnya apa yang berlaku di Cabang PKR Kuala Selangor.

Khairul Anuar Bin Ahmad Zainuddin

Ketua AMK Selangor