klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Khamis, 24 Februari 2011

Hassanuddin Salim calon PR Dun Kerdau

YAB Musyidur Am , Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat telah mengumumkan Sdr. Hassanuddin Salim sebgai calon PAS ( PR ) bagi Pilihanraya DUN Kerdau yang akan berlangsung bermula penamaan calon pada 26 Februari 2011 dan pembuangan undi pada 6 Mac 2011 .

Pengumuman calon tersebut di adakan di Kompleks PAS Kerdau yang turut dihadiri oleh pimpinan PR . Beliau adalah Ketua Penerangan PAS dan juga merupakan bekas calon Dun Kerdau pada PRU 12 .

Hasanuddin, 43, adalah seorang usahawan kelulusan diploma ukur tanah UiTM.

kerajaan PR Kelantan perihatin biayai kepulangan 1,006 pelajar ke Mesir

Kelantan Setuju Biayai Hantar Balik Pelajarnya Ke Mesir



KOTA BAHARU 24 FEB : Kerajaan Kelantan bersetuju membiayai penghantaran pulang semua 1,006 penuntut anak negeri itu di Mesir untuk meneruskan pengajian mereka berikutan pergolakan di negara itu yang kembali pulih.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat exco di Kuala Lumpur, malam tadi, yang dipengerusikan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Mereka yang terbabit terdiri daripada pelajar di bawah tajaan sama ada berbentuk biasiswa atau pinjaman dari Kerajaan Persekutuan atau negeri," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata mesyuarat exco itu diadakan di Kuala Lumpur berikutan berlangsungnya Mesyuarat Majlis Raja-Raja di ibu negara.

Mohd Amar berkata keputusan itu juga sebagaimana yang dipersetujui kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat yang akan menghantar balik anak negeri masing-masing ke Mesir untuk menyambungkan pengajian mereka apabila keadaan negara itu kembali pulih.

Sebahagian besar penuntut Malaysia di Mesir dibawa pulang sama ada menerusi Ops Piramid ataupun pembiayaan sendiri berikutan krisis yang berlaku di negara itu.


TINDAKAN UMNO RASUAH AHLI PKR TAK BERAKHLAK MENJELANG PRK MERLIMAU & KERDAU

Tindakan Umno Cuba Rasuah Ahli PKR Mencemar Politik


PETALING JAYA 24 FEB : Pimpinan UMNO Pahang dikesan cuba merasuah lima pemimpin Parti Keadilan Rakyat negeri itu untuk membawa keluar 500 ahli PKR menjelang pilihananraya kecil Kerdau dan Merlimau pada 6 Mac depan, kata Setiausaha Agong PKR Saifuddin Nasution hari ini.

Menurut beliau, pemimpin PKR terbabit ditawarkan wang ringgit dan projek untuk mengisytiharkan diri mereka keluar parti bersama ahli-ahli peringkat cabang dalam tempoh terdekat.

Saifuddin berkata ibupejabat PKR mendapat maklumat mengenai usaha-usaha tersusun Umno untuk merasuah pemimpin PKR menjeang pilihanraya kecil Kerdau.

"Mereka dijanjikan wang dan projek untuk mengisytiharkan keluar parti dalam masa terdekat. Perkara ini perlu dipandang serius oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kerana tindakan merasuah pimpinan akar umbi dan wakil rakyat parti lawan semakin menjadi-jadi," kata Saifuddin dalam kenyataan yang dibacakan oleh Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad.

"KEADILAN membuat ketetapan untuk tidak berdolak dalik dengan mengenakan tindakan tegas kepada mana-mana anggota parti yang dibuktikan terbabit dengan cubaan menerima rasuah sebegini dari UMNO BN", tambah beliau.

PKR menganggap usaha tersusun UMNO cuba merasuah ahli parti itu supaya meninggalkan perjuangan mereka sebagai mencemar imej politik negara ini, kata Saifuddin.

Taktik Umno mengumumkan ahli PKR lompat parti sering digunakan menjelang pilihanraya kecil untuk menyakinkan rakyat sokongan masyarakat terhadap Umno-Barisan Nasional, kononnya, semakin kuat.

Namun, kebanyakan pengumuman itu kemudiannya didapati meleset apabila mereka yang diumumkan sebagai keluar parti itu didapati bukan ahli atau jumlahnya jauh lebih kecil daripada apa yang diuar-uarkan oleh media kawalan Umno-BN.

"Gejala ini adalah suatu kesalahan rasuah yang nyata dan sekiranya SPRM tidak memberi fokus, ia akan menjadi sebahagian dari amalan politik Malaysia, " kata Saifuddin.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Terengganu, Azan Ismail berkata desas-desus Umno bersiap sedia untuk sekali lagi mengeluarkan imbuhan bagi membeli pemimpin-pemimpin PKR peringkat negeri kuat bertiup sejak awal bulan ini.

"Sebaik saja selepas mesyuarat kabinet pertama di luar Putrajaya, ada beberapa berita terbaru mengatakan ahli PKR dikunjungi pemimpin UMNO BN untuk memujuk keluar parti," kata Azan.

"Kami mengambil insiatif untuk beri amaran keras terhadap usaha tak bermoral ini. Dahulu ada usaha menarik pemimpin peringkat tertinggi, tapi mungkin kerana gagal, mereka tumpu pula pada peringkat pertengahan dan bawahan." tambah Azan.

DEMOKRASI MATI DI UNVERSITI DAN KEBANGKITAN MAHASISWA

Dua hari lalu , pintu kaca bangunan pentadbiran UPM yang menempatkan pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) Prof Dr Mohd Fauzi Ramlan, pecah selepas dirempuh sekumpulan mahasiswa pro-M. Mereka dilaporkan bertindak demikian selepas Dr Mohd Fauzi enggan memberikan penjelasan mengapa kemenangan calon mereka dalam pilihan raya kampus itu kelmarin dibatalkan. Difahamkan mereka berkumpul di bangunan selama 19 jam - sejak jam 10 malam kelmarin.Ia ekoran keputusan pentadbiran universiti menarik balik pembatalan kemenangan 11 calon pro-M .

Turut berlaku di UM apabila timbalan naib canselor (TNC) Hal Ehwal Pelajar (HEP) telah menolak pencalonan empat calon pro-M dalam pilihan raya kampus universiti tersebut. Mahasiswa Pro M membantah tindakan tersebut dengan mengusung 'mayat' ketika berkumpul di hadapan bangunan pejabat timbalan naib canselor (TNC) Hal Ehwal Pelajar (HEP)UM .

Termasuk juga tindakan tidak rasional pihak universiti yang menganggu sidang media yang dilakukan oleh mahasiswa serta mengekang mahasiswa dengan pelbagai peraturan baru yang secara jelas bersifat berat sebelah dan mengekang mahasiswa .

Insiden-insiden tersebut adalah terbukti DEMOKRASI YANG MATI di universiti demi mengikut telunjuk dan berpihak kepada arahan pemerintah iaitu UMNO /BN bagi mengekang mahasiswa . Penggunaan AUKU yang secara nyata digunapakai sebagai instrumen untuk "menghalalkan" segala tindakan mereka .

Seharusnya , universiti menjadi medan penyuburan amalan demokrasi dan pendidikan politik yang terbaik , mendidik para mahasiswa sebagai agen perubahan masayarakat , bakal pemimpin negara masa depan dengan menterjemahkan demokrasi yang tulin di negara yang berdaulat . Tetapi malangnya , universiti telah dijadikan alat oleh pimpinan UMNO/BN untuk mengekang kebangkitan mahasiswa . Menjadikan mahasiswa sebagai insan yang jumud .

Pemilihan Pilihanraya Kampus di beberapa universiti menjadi bercelaru , berat sebelah serta berlaku salahguna kuasa pihak pentadbiran universiti telah mengagalkan proses demokrasi dalam pemilihan tersebut . Kegagalan Menteri Pengajian Tinggi dalam menangani isu tersebut dan bersifat "lembu kenyang" dengan apa yang berlaku tanpa sebarang reaksi yang positif . Menjadikan suasana menjadi semakin 'panas' dan menjana kemarahan apabila hak dan suara mahasiswa telah dinafikan dan seolah-olah diperlekehkan apabila menteri tersebut menjawap tiada kelapangan untuk mendengar suara mahasiswa .

Mahasiwa bukanlah manusia seperti perumpamaan " lembu yang boleh dicucuk hidung " . Mereka adalah generasi muda
yang bersifat realistik dan idealis . Mereka seharusnya dididik oleh universiti dengan sistem yang kondusif dan komprehensif agar mampu melahirkan aset negara yang terbaik . Tetapi malangnya mahasiswa telah dimanipulasi dan hak mereka telah dikekang serta dinafikan demi kepentingan dan keberuntungan pimpinan UMNO/BN semata-mata .

Apakah harapan kita lagi , kalau universiti yang dihasratkan menjadi institusi pendidikan tertinggi dalam menyubur dan mengamali sistem demokrasi yang realistik tapi malangnya telah gagal berfungsi sebagaimana yang dihasratkan , sudah pasti kita seolah-olah sedang melahirkan para 'robot' yang hanya mengikut arahan dan diprogramkan untuk tunduk dan akur kepada pemerintah .

Tahniah kepada para mahasiswa secara soladiriti telah bangkit memperjuangkan hak dan mengamalan demokrasi di kampus-kampus universiti . Nampaknya mahasiswa telah 'mengajar' dan 'mengkuliahkan' para TNC dan para pentadbir di universiti memahami erti dan perjuangan demokrasi . Kita juga melihat hari ini kebangkitan mahasiwa , mereka semakin berani dan mula bangun memperjuangkan hak mereka serta isu-isu rakyat .

Sepertimana yang diungkapkan oleh Bekas Aktivis Mahasiswa dan Tokoh pejuang Demokrasi Malaysia , Datuk seri Anwar Ibrahim , " kalau sanubari kita penuh dengan ketakutan , kita akan hidup dengan ketakutan . Kalau kita nyalakan api perjuangan dalam dada kita , kita akan memiliki kekuatan untuk menengakkan keadilan , menghapuskan kezaliman " .

Fitnah 11: Anwar memang hadir di kondo, tapi untuk taklimat ekonomi

KUALA LUMPUR: Setiusaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail berkata, kehadiran Anwar Ibrahim di Kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008 bukan bererti beliau bersalah atas tuduhan yang dilemparkan ke atas beliau.

Dalam mahkamah hari ini, pihak pendakwa akan membawa CCTV yang diambil dari kondo tersebut.

Seorang pakar, saksi kerajaan telah mengesahkan bahawa beliau dapat mengecam no plat kereta yang dipercayai milik Anwar dan Saiful dalam CCTV itu.

“Memang kita tidak pernah menafikan Anwar hadir di kondo tersebut pada 26 Jun 2008. Kita juga tidak menafikan kehadiran Saiful kerana memang ketika itu beliau bertugas sebagai pembantu Anwar.

“Tetapi kehadiran Anwar pada hari itu adalah untuk program taklimat ekonomi oleh sekumpulan pakar-pakar ekonomi,” kata Saifuddin.

Ditanya kenapa kondo tersebut dipilih sebagai lokasi, beliau menegaskan: “Sebahagian dari pakar-pakat tersebut masih berkerja dengan kerajaan ketika itu. Jadi adalah menjadi kelaziman bagi mereka untuk mengadakan pertemuan dengan tokoh pembangkang di tempat yang di kira jauh dari pandangan umum. Kerana itu Kondominium Desa Damansara.”

Anwar kini sedang menghadapi fitnah kedua bagi menjatuhkan kareir politik beliau. Pada tahun 1998, Dr Mahathir Mohamad mengetuai sebuah konsprasi bagi merekacipta dan memfitnah bekas timbalannya itu dengan tuduhan liwat.

Konspirasi ini diteruskan lagi di pemerintahan Najib Razak. Ramai berpendapat konspirasi kali ini bertujuan memenjarakan Anwar sebelum pilihanraya Umum ke 13 kerana itu perbicaraan mesti dijalankan dalam keadaan terdesak dan tergopoh-gapah.

Pakatan tak perlu kabinet bayangan, kata Anwar

Pakatan Rakyat tidak perlu membentuk kabinet bayangan kerana jawatankuasa Parlimen yang telah ditubuhkan sebelum ini sudah memenuhi kriteria berkenaan, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONE"Tidak perlu dibentuk kabinet bayangan kerana kita telah pun mendahului dengan wujudnya jawatankuasa ini yang meneliti isu-isu mengikut portfolio kerja masing-masing," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas mempengerusikan 'Mesyuarat Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat' bersama Menteri-menteri Besar dan Ketua Menteri bagi negeri-negeri di bawah pakatan pembangkang di Kuala Lumpur, petang semalam.

Anwar mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini yang mencabar parti pembangkang supaya memperlihatkan bayangan Kabinet mereka kepada rakyat sekiranya mereka begitu berhasrat untuk memerintah negara.

Katanya, cadangan Najib itu adalah bukti Umno perakui dan khuatir visi Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya akan menjadi kenyataan.

"Secara positif saya melihat pertama kali pimpinan Umno, dulu hanya menolak saja kemungkinan Pakatan mengambil alih Putrajaya, sekarang, pertama kalinya mereka akui ada kemungkinan Pakatan akan ambil alih dan mereka nak tahu siapa barisan pimpinan kita dan menteri-menteri kita," katanya.

"Pilihan kita sekarang ialah membentuk jawatankuasa parlimen yang mengandungi tokoh-tokoh parlimen dan lain-lain bagi meneliti isu mengikut portfolio kerja dan juga institusi, dan ini telah berjalan, laporan telah dibuat dan beberapa aspek diketengahkan," katanya.

Menurut ketua umum PKR itu, maklumbalas dan cadangan jawatankuasa tersebut yang diteliti, digubal sehingga terbitnya Buku Jingga Pakatan Rakyat yang memperincikan program mereka dalam 100 hari pertama selepas menawan Putrajaya.

NONEDitanya berkenaan kecekapan jawatankuasa ini, beliau berkata Buku Jingga itu merungkapkan bukti kukuh kecekapan jawatankuasa berkenaan kerana semua pelan dan saranan yang diterbitkan dalam buku tersebut adalah susunan program yang menyeluruh.

"Bagaimana kita mampu menerbitkan Buku Jingga? Ia merupakan satu pelan yang komprehensif digubal dengan maklumbalas daripada jawatankuasa tersebut, jadi kalau kata kerja mereka tak memuaskan tak benar," katanya.- malaysiakini

Najib Perlu Mencontohi Turki Sebagai Negara Demokrasi Penuh

KELANA JAYA 23 FEB: Rombongan ke Turki yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu belajar dan mencontohi negara Turki sebagai negara yang mengamalkan demokrasi penuh.

Dalam satu sidang media di Ibupejabat PKR petang tadi, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Turki turut mengharapkan agar Malaysia belajar tatacara mentadbir negara mengikut hukum Islam dan menggunakan pendekatan ekonnomi yang lebih telus.

"Saya alu-alukan kerana pertamanya hubungan harus baik dan banyak yang Malaysia boleh belajar dan menimba pengalaman Turki tentang apa makna negara demokratik ikut hukum, dan prestasi ekonomi yang cukup membanggakan," jelas beliau.

Selain itu, beliau berkata rombongan ini tidak sama sekali akan menjejaskan hubungan baik beliau dengan pimpinan tertinggi Turki dan adalah harapan beliau agar rombongan Najib dapat belajar maksud melaksanakan demokrasi dan menegakkan keadilan.

Beliau juga berkata daripada pesanan ringkas yang diterima oleh beliau daripada pimpinan tertinggi Turki berkenaan perjumpaan tersebut, beliau amat berpuashati dengan mesej yang disampaikan oleh pimpinan Turki kepada rombongan Najib.

Dalam pada itu, beliau berkata para pemimpin Turki perlu diberi pengiktirafan atas kelantangan menentang tindakan kejam regim Mubarak.

"Saya rasa kita patut memberi pengiktirafan kepada kerajaan Turki, mereka merupakan kerajaan Islam yang amat relevan dan yang pertama menyuarakan pendirian mempertahankan rakyat Mesir menentang regim diktator Hosni Mubarak, dan anda tidak boleh membandingkan pimpinan Turki dengan pemimpin Umno," tegas belia lagi.