klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Khamis, 24 Februari 2011

Najib Perlu Mencontohi Turki Sebagai Negara Demokrasi Penuh

KELANA JAYA 23 FEB: Rombongan ke Turki yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu belajar dan mencontohi negara Turki sebagai negara yang mengamalkan demokrasi penuh.

Dalam satu sidang media di Ibupejabat PKR petang tadi, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Turki turut mengharapkan agar Malaysia belajar tatacara mentadbir negara mengikut hukum Islam dan menggunakan pendekatan ekonnomi yang lebih telus.

"Saya alu-alukan kerana pertamanya hubungan harus baik dan banyak yang Malaysia boleh belajar dan menimba pengalaman Turki tentang apa makna negara demokratik ikut hukum, dan prestasi ekonomi yang cukup membanggakan," jelas beliau.

Selain itu, beliau berkata rombongan ini tidak sama sekali akan menjejaskan hubungan baik beliau dengan pimpinan tertinggi Turki dan adalah harapan beliau agar rombongan Najib dapat belajar maksud melaksanakan demokrasi dan menegakkan keadilan.

Beliau juga berkata daripada pesanan ringkas yang diterima oleh beliau daripada pimpinan tertinggi Turki berkenaan perjumpaan tersebut, beliau amat berpuashati dengan mesej yang disampaikan oleh pimpinan Turki kepada rombongan Najib.

Dalam pada itu, beliau berkata para pemimpin Turki perlu diberi pengiktirafan atas kelantangan menentang tindakan kejam regim Mubarak.

"Saya rasa kita patut memberi pengiktirafan kepada kerajaan Turki, mereka merupakan kerajaan Islam yang amat relevan dan yang pertama menyuarakan pendirian mempertahankan rakyat Mesir menentang regim diktator Hosni Mubarak, dan anda tidak boleh membandingkan pimpinan Turki dengan pemimpin Umno," tegas belia lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan