klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Khamis, 24 Februari 2011

Pakatan tak perlu kabinet bayangan, kata Anwar

Pakatan Rakyat tidak perlu membentuk kabinet bayangan kerana jawatankuasa Parlimen yang telah ditubuhkan sebelum ini sudah memenuhi kriteria berkenaan, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONE"Tidak perlu dibentuk kabinet bayangan kerana kita telah pun mendahului dengan wujudnya jawatankuasa ini yang meneliti isu-isu mengikut portfolio kerja masing-masing," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas mempengerusikan 'Mesyuarat Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat' bersama Menteri-menteri Besar dan Ketua Menteri bagi negeri-negeri di bawah pakatan pembangkang di Kuala Lumpur, petang semalam.

Anwar mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini yang mencabar parti pembangkang supaya memperlihatkan bayangan Kabinet mereka kepada rakyat sekiranya mereka begitu berhasrat untuk memerintah negara.

Katanya, cadangan Najib itu adalah bukti Umno perakui dan khuatir visi Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya akan menjadi kenyataan.

"Secara positif saya melihat pertama kali pimpinan Umno, dulu hanya menolak saja kemungkinan Pakatan mengambil alih Putrajaya, sekarang, pertama kalinya mereka akui ada kemungkinan Pakatan akan ambil alih dan mereka nak tahu siapa barisan pimpinan kita dan menteri-menteri kita," katanya.

"Pilihan kita sekarang ialah membentuk jawatankuasa parlimen yang mengandungi tokoh-tokoh parlimen dan lain-lain bagi meneliti isu mengikut portfolio kerja dan juga institusi, dan ini telah berjalan, laporan telah dibuat dan beberapa aspek diketengahkan," katanya.

Menurut ketua umum PKR itu, maklumbalas dan cadangan jawatankuasa tersebut yang diteliti, digubal sehingga terbitnya Buku Jingga Pakatan Rakyat yang memperincikan program mereka dalam 100 hari pertama selepas menawan Putrajaya.

NONEDitanya berkenaan kecekapan jawatankuasa ini, beliau berkata Buku Jingga itu merungkapkan bukti kukuh kecekapan jawatankuasa berkenaan kerana semua pelan dan saranan yang diterbitkan dalam buku tersebut adalah susunan program yang menyeluruh.

"Bagaimana kita mampu menerbitkan Buku Jingga? Ia merupakan satu pelan yang komprehensif digubal dengan maklumbalas daripada jawatankuasa tersebut, jadi kalau kata kerja mereka tak memuaskan tak benar," katanya.- malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan