klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Sabtu, 9 Mei 2009

POLIS DIGESA SIASAT IDRIS JUSOH ATAS KEHILANGAN PEGAWAI KHAS BELIAU

Angkatan Muda Keadilan ( AMK ) Terengganu menganggap 72 jam tempoh masa yang diberikan oleh pihak polis untuk meminta Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir , bekas Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Besar Negeri Terengganu , Datuk Seri Idris Jusoh untuk membantu siasatan kes ugutan bunuh melalui SMS terhadap 3 ADUN bulan lalu , adalah terlalu lama dan menimbulkan rasa tidak selesa rakyat Terengganu terhadap kredibiliti pihak polis yang masih lagi teragak-agak dan double standard mengambil tindakan secara telus dan profesional berbanding tindakan terhadap pemimpin Pakatan Rakyat dan rakyat biasa , sedangkan kes ugutan bunuh tersebut adalah serius .
Adalah sangat menghairankan bagaimana pihak polis masih gagal untuk mengesan dan menahan beliau dengan segera sedangkan kini beliau bertugas sebagai Pegawai Khas kepada Datuk Seri Idris Jusoh , yang juga merupakan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat . Adalah menimbulkan kemusykilan , bagaimana Datuk Seri Idris Jusoh tidak tahu di mana Pegawai Khas beliau berada ?
AMK Negeri Terengganu juga benar-benar merasakan kesangsian adakah kehilangan beliau bertujuan untuk menutup dalang sebenar yang mengarahkan beliau untuk terlibat dalam kes jenayah ini . Kehilangan 'misteri' Datuk Dr Ahmad Ramzi yang juga merupakan bekas calon Parlimen Marang ini sehingga tidak dapat dikesan oleh pihak polis benar-benar memelikkan.
Persoalan dan kehilangan 'misteri' Datuk Dr Ramzi yang cukup lama sehingga pihak polis gagal mengesan dan menahan beliau harus juga semestinya diajukan kepada Datuk Seri Idris Jusoh kerana Datuk Dr Ramzi adalah merupakan orang kanan dan kepercayaan Datuk Seri Idris Jusoh. Malah pihak polis wajar menyiasat Datuk Seri Idris Jusoh dalam membantu kehilangan Pegawai Khas beliau serta siasatan kes SMS ugutan bunuh tersebut .
Rakyat Terengganu sedang menunggu laporan kes tersebut dan AMK Negeri Terengganu mengesa pihak polis dengan segera mendedah dan mendakwa individu dan dalang disebalik tindakan jenayah ugutan bunuh yang wajar dipandang serius dan bukannya melengah-lengahkan siasatan dengan memberikan tempoh masa yang lama untuk menahan Datuk Dr Ahmad Ramzi .
Fariz Musa
Ketua AMK Negeri Terengganu

pemimpin pengampu ?

Ia pemimpin suka mengampu
mengambil muka ia tak malu
halal dan haram dibawa lalu
penderitan orang ia tak mau tahu

kesenangan dirinya yang ia buru
diberi nasihat ia berseteru
akalnya busuk hati berbulu
dijadikan pemimpin banyaklah seteru
rakyat sengsara hilir dan hulu
malang menimpa celaka memburu

dijadikan tua membuat malu
dijadikan induk orang tak mahu
memimpin negeri buruklah laku.

( dipetik dari jaranganakmelayu.blogspot.com )