klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Rabu, 13 Januari 2010

1 MALAYSIA JADI 'BENGGONG' DENGAN CADANGAN LAWAK MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI & KEPENGGUNAAN

Susbsidi petrol belum muktamad: Menteri
Cadangan pemberian subsidi petrol berdasarkan kapasiti enjin dan jeniskenderaan belum dimuktamadkan kerana kerajaan masih meneliti mekanisme pelaksanaan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan perlu melihat perkara itu dalam semua aspek bagi memastikan tidak ada pihak yang teraniaya.

"Daripada segi perincian kita akan umumkan kemudian kerana sekarang sistem tersebut masih dalam proses pengemaskinian, jadi soal siapa yang dapat, bagaimana pengiraan, akan diumumkan kemudian," katanya kepada pemberita selepas taklimat bersama Pemuda, Wanita dan Puteri Umno berhubung pemberian subsidi gula di Kuala Lumpur semalam. - malaysiakini

Apabila kenaikan harga petrol di pasaran antarabangsa naik , maka sudah pasti negara akan terpalit dengan tindakan menaikkan harga petrol . Sudah pastinya rakyat akan berdepan dengan kenaikan harga petrol dan berjangkit dengan kenaikan harga barang serta kenaikan-kenaikan harga lain-lain lah.
Saya dalam sinar harian baru-baru ini telah menyatakan bahawa kenaikan harga petrol di pasaran antarabangsa akan mengakibatkan berlaku kenaikan harga petrol dalam negara . Kerajaan akan menaikkan harga sewenang-wenangnya secara tiba-tiba , sepertimana kenaikan harga gula mentah di pasaran maka kerajaan tanpa rasa segan dan silu menaikkan harga gula sebanyak 20 sen. Hadiah menyambut tahun baru 2010 . Tanpa memikirkan kesan dan akibat kepada rakyat umum .
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan akan berlaku kenaikan harga petrol apabila berlaku kenaikan harga petrol di pasaran anatarabangasa . Maka keluarlah cadangan lawak dari beliau yang mem'benggong'kan rakyat 1 Malaysia untuk berfikir .

Cadangan tersebut ialah :

kerajaan akan memperkenalkan mekanisme baru subsidi petrol bagi memastikan hanya warganegara yang layak sahaja menikmatinya.

Laporan itu menyebut pelaksanaan akan ditentukan berdasarkan kapasiti enjin kenderaan mereka, dengan tumpuan kepada golongan berpendapatan rendah yang lazimnya menggunakan enjin berkapasiti kecil.

Kerajaan dijangka mengumumkan mekanisme baru itu pada 1 Mei serentak dengan pemansuhan pemberian subsidi petrol kepada warga asing.

Bagi memastikan hanya wargenagara yang layak menikmati subsidi petrol , ini bermakna akan wujud jawatan baru di semua stesyen pam petrol iaitu "Pemeriksa Kad Pengenalan" bagi mengesahkan warganegara Malaysia atau tidak . Bolehlah mana-mana rakyat Malaysia yang menganggur memohon jawatan tersebut. Sudahlah ramai yang bekerja di stesyen pam minyak warganegara asing . Mat Bangla !
Cadangan tersebut menyebabkan pihak penguasa stesyen petrol terpaksa menyediakan pam untuk warganegara dan bukan warganegara . Menarik juga ni .
Selain daripada itu akan wujud pula pam petrol untuk kereta-kereta berkapasiti tinggi dan rendah . Mana-mana kereta berkapasiti tinggi akan dikenakan harga petrol berbeza mungkin setaraf Mat Bangla yang bukan warganegara Malaysia .
Bayangkan pakcik di kampung Seberang Marang , Terengganu , beli kereta mercedes 2000cc yang dibeli tunai rm 4 ribu daripada simpanan ASB , kereta yang sudah berumur 30 tahun , sudah pasti tidak akan menikmati harga subsidi walaupun seorang warganegara Malaysia yang kais pagi , makan pagi , kais petang makan petang . Pejuang UMNO hakiki mungkin ! Menarik tu.
Apa pun tindakan kerajaan sudah pasti yang penting kerajaan untung . Rakyat susah tidak mengapa . Walaupun kerana kenaikan petrol di pasaran antarabangsa menghasilkan keuntungan yang besar kepada petronas . 1 Malaysia melopong je la .
Setiap kali nampak wajah menteri ni saya jadi ketawa seorang diri .

program ceramah di kelana jaya . tq halimey kerana gambar dalam FB


HARGA BARANG NAIK: KERAJAAN BARISAN NASIONAL GAGAL JAGA KEBAJIKAN RAKYAT

KENYATAAN MEDIA
UNTUK EDARAN SEGERA

Tarikh : 10 Januari 2010

HARGA BARANG NAIK: KERAJAAN BARISAN NASIONAL GAGAL JAGA KEBAJIKAN RAKYAT

Keputusan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menaikkan harga gula dan menarik balik subsidi terhadap roti putih, jelas menunjukkan sikap sebenar BN sebagai pemerintah yang khianat terhadap amanah yang diberikan rakyat. Tak sampai 6 bulan, slogan ’1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ diuar-uarkan; satu lagi bukti retorik yang mengabaikan komitmen untuk mendahulukan kebajikan rakyat.

Dengan keadaan ekonomi dunia yang masih meleset, Kerajaan Barisan Nasional sepatutnya melindungi kehidupan rakyat Malaysia yang selama ini bekerja keras dan membayar cukai untuk tujuan pembangunan negara. Begitu juga hasil minyak yang dibayar royalti oleh Petronas kepada Kerajaan Malaysia bagi pihak semua rakyat negara ini seharusnya digunakan untuk kepentingan rakyat.
Kerajaan Barisan Nasional mengambil mudah impak kenaikan harga gula dan roti putih terhadap kehidupan rakyat. Gula merupakan bahan penting dalam semua jenis makanan di negara ini dan kenaikan harganya akan menyebabkan kenaikan harga makanan lain secara keseluruhan.

Sikap cuai Kerajaan Barisan Nasional ini adalah sama dengan dosa mereka menaikkan harga minyak sebanyak 70 sen tidak lama dulu, yang diikuti dengan kenaikan harga barang secara mendadak. Walaupun selepas itu harga minyak dikurangkan; ia tidak berupaya memberi impak menurunkan harga barang. Rakyat terus teraniaya di bawah Kerajaan Barisan Nasional.

Nampaknya Kerajaan Barisan Nasional tidak belajar dari kesilapan lampau dan terus bermaharajalela menekan rakyat jelata.

HAJJAH ZURAIDA KAMARUDDIN
Ketua Wanita KEADILAN
Merangkap Ahli Parlimen Ampang

KERAJAAN NEGERI MAHU LAPORAN AUDIT KEWANGAN YBK

KENYATAAN MEDIA

12 JANUARI 2010

KERAJAAN NEGERI MAHU LAPORAN AUDIT KEWANGAN YBK


Kerajaan Negeri Selangor menyeru kepada Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) untuk membuat laporan audit yang memperincikan perjalanan kewangan dan pentadbiran harta yang telah diberikan untuk menjalankan program membasmi kemiskinan.

Mengikut pemantauan Kerajaan Negeri, YBK tidak pernah mengeluarkan laporan audit berkenaan akaun kewangan dan urusan pentadbiran selama lima tahun ini dan bagaimana duit serta harta yang diperuntukkan untuk program membasmi kemiskinan dijalankan.


Kerajaan Negeri bersedia memberi peruntukan supaya laporan audit dapat dibuat dengan segera memandangkan harta dan bantuan kewangan bernilai ratusan juta ringgit telah diberikan kepada YBK.

Kerajaan Negeri berharap semua badan bukan kerajaan (NGO) menyokong usaha ini bagi memastikan YBK menjalankan programnya dengan lebih telus dan bertanggungjawab supaya program yang rencanakan boleh memberi manfaat kepada golongan miskin.

Perkara ini mungkin tidak timbul dahulu kerana pentadbiran terdahulu dibawah Kerajaan Barisan Nasional tidak memberi keutamaan kepada ketelusan dan kebertanggungjawaban sehingga ada aduan yang mengatakan program YBK berbaur kepentingan politik dan tidak berlandaskan keperluan atau kemiskinan.

Oleh itu, Kerajaan Pakatan Rakyat sekarang berusaha supaya program membasmi kemiskinan oleh YBK dijalankan dengan baik agar ianya dapat memberi manfaat kepada semua orang tanpa mengira kaum, agama atau sentimen politik.

Atas sebab itulah pada 20 Oktober lalu, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah membuat keputusan untuk melantik Menteri Besar Selangor sebagai pengerusi YBK sementara Exco Kebajikan sebagai anggota lembaga.

Kami tidak menolak kemungkinan perkara ini dibangkitkan sekarang kerana sesetengah pihak yang berkepentingan khuatir pengambilalihan ini akan merugikan mereka. Walaubagaimanapun, Kerajaan Negeri tetap dengan pendirian supaya nasib semua rakyat miskin akan terbela.

NIK NAZMI NIK AHMAD
Setiausaha Politk Kepada Dato’ Menteri Besar Selangor.

BN dendami K'tan, enggan beri royalti: PAS

Kerajaan pusat yang dikuasai BN masih berdendam terhadap rakyat Kelantan, yang ditadbir PAS, apabila enggan menyerahkan royalti petroleum, kata ketua penerangan PAS Idris Ahmad.

"Ketika PAS menang di Terengganu pada tahun 1999, serta-merta kerajaan BN menarik balik wang royalti dan menggantikannya dengan wang ehsan sebagai satu hukuman kepada rakyat Terengganu yang memilih PAS," katanya.

"Baru-baru ini selepas BN berjaya menguasai Terengganu untuk penggal kedua, BN mulai cuba mengubah taraf perjanjian itu kepada wang royalti semula."

Beliau mengulas kenyataan terbaru pengerusi badan perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed, yang enggan melayan tuntutan kedua Kelantan terhadap royalti minyak selepas tuntutan pertama RM2 bilion sejak pertengahan tahun lepas.

Mustapa merujuk kenyataan exco kanan kerajaan negeri Datuk Husam Musa yang ingin persekutuan berbuat demikian bagi kawasan cari gali baru di pelantar Bintang, di sempadan Kelantan-Terengganu.

Menurutnya, kerajaan persekutuan mendapat royalti RM9.7 bilion daripada projek tersebut.

Dalam kenyataannya hari ini, Idris berkata sikap Mustapa itu "satu penafian yang nyata" dan ia "tidak selari dengan fakta Jabatan Perangkaan Negara yang melaporkan pada 2004 bahawa Kelantan bersama Terengganu dan Sabah mengeluarkan minyak bernilai lebih RM46 bilion iaitu 76 peratus daripada nilai keseluruhan minyak dalam negara."

Beliau juga menuduh Mustapa "pengkhianat kepada rakyat Kelantan dan Sultan kerana enggan memperjuangkan isu royalti minyak" untuk negeri berkenaan.

Idris menambah, rakyat sesebuah negeri pengeluar minyak tidak suka wang ehsan disalurkan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan, bukan kepada kerajaan negeri seperti di Terengganu sewaktu dikuasai PAS sehingga 2004.

"Hal sama akan berlaku di Kelantan jika wang ehsan diberikan.

"Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan yang merupakan 'kerajaan hantu BN' di Kelantan akan bermaharajalela mengunakannya untuk meraih sokongan rakyat sebagai persiapan pilihanraya akan datang," katanya.

Tahniah AMK Subang !

Ceramah malam ini amat berjaya . kehadiran ramai orang ramai memenuhi dewan di Seksyen 7 , Kota Damansara . Antara yang teramai sepanjang saya hadir ceramah di sekitar Selangor. Mala ini juga kehadiran ramai penceramah .
Turut hadir menyampaikan ceramah bersama-sama saya ialah YB Chang Li Kang ( ADUN Teja ) , YB Sivarasiah ( MP Subang ) , Sdr. Jonah ( Ketua AMK Selangor ) , YB Khalid Samad ( MP Shah Alam ) , YB Azan ( MP Indera Mahkota ) , Ustaz Dr. Badrul Amin Baharom ( Ahli MPP ) dan Sdr. Shamsul Iskandar ( Ketua AMK Malaysia ) .
Tahniah AMK Subang !