klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Ahad, 3 Mei 2009

jadikan PRK penanti sebagai contoh - Anwar Ibrahim



Alhamdulillah berkesempatan hadir dalam taklimat YB Ketua Umum , Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu bertemu dengan Jentera Pilihanraya DUN Penanti bertempat Di Yayasan Aman , Penanti . Kehadiran jentera mencecah hampir 70 orang tersebut merupakan gambaran jelas komitmen dan kesungguhan dalam memastikan kemenangan Parti Keadilan Rakyat dalam Pilihanraya Kecil DUN Penanti .

Turut hadir bersama saya ialah YB Yusmadi ( Ketua AMK Pulau Pinang ) , Sdr Zulkifli ( EXCO AMK Pusat ) dan teman-teman EXCO AMK Negeri Pulau Pinang . Sdr. Shamsul Iskandar Mohd. Akin tidak hadir kerana terlibat dalam satu kemalangan di Bukit Beruntong ( Highway KL-Pulau Pinang ) dalam perjalanan ke Penanti . Alhamdulillah beliau selamat cuma kereta beliau mengalami kerosakkan teruk .

YB Ketua Umum merakamkan jutaan terima kasih di atas komitmen seluruh jentera terutama sekali keadaan dan suasana yang baik dan terkawal ekoran perletakkan jawatan Sdr. Fairus Khairudin dan sekarang meletakkan calon Dr. Mansor Osman dalam PRK Penanti . Walaupun UMNO/BN menggunakan isu Dr. Mansor bukan anak kelahiran Penanti ianya dalah merupakan isu dangkal dan remeh kerana sepanjang penglibatan Dr. Mansor bersama beliau , hampir seluruh ceruk tempat Dr. Mansor telah sampai untuk memberikan perkhidmatan kepada rakyat Permatang Pauh malah kemungkinan orang Permatang Pauh pun tidak sampai ke setiap ceruk di Permatang Pauh seperti Dr. Mansor . Calon yang punyai pengalaman dan memiliki kehebatan akademik .

Beliau menjelaskan isu permintaan PAS Permatang Pauh untuk bertanding di Penanti adalah tidak salah dan setiap kali berlaku pilihanraya semua ada permohonan seperti contoh di PRK Kuala Terengganu ada pandangan Parti Keadilan Rakyat wajar bertanding kerana parlimen tersebut pengundi pelbagai kaum . Tetapi kita menyerahkan kerusi tersebut untuk kekalkan PAS bertanding dan memberikan perkhidmatan yang terbaik bagi memastikan kemenangan PAS . Begitu juga di Kuala Terengganu dan Bukit Gantang , tidak membenarkan satu sen pun mohon kewangan dengan PAS , kita gunakan kewangan sendiri.
Permasalahan timbul ialah media milik UMNO / BN yang cuba memainkan isu seolah-olah Pakatan Rakyat pecah dan sebagainya . Dan dalam Pakatan Rakyat kita selesaikan dengan baik dan YB Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi telah menyatakan komitmen dan meyokong kuat Dr. Mansor sebagai calon PRK Penanti . Beliau merasakan kemungkinan informasi tersebut tidak sampai ke bawah . Beliau menegaskan hubungan kuat dan akrab beliau dengan YB Datuk Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi dan YAB Datuk Nik Aziz serta bersama kepimpinan DAP iaitu YB Lim Kit Siang . Pakatan Rakyat kemas dan kukuh .

YB Ketua Umum memohon agar tomahan terhadap Sdr. Fairus dihentikan dan beliau juga mempunyai kebaikan dan jasa kepada kerajaan negeri dan parti . Malah beliau menyatakan sokongan dan akan turut turun berkempen . Beliau tegaskan setuju perletakkan jawatan sdr. Fairus ialah untuk mengembalikan dan memulihkan keyakinan rakyat Penanti dan Pulau Pinang dan meletakkan tokoh berwibawa .

Beliau berkeyakinan terhadap jentera Permatang Pauh yang sangat baik dan meminta agar memanafaatkan kekuatan dan kehebatan Jentera Permatang Pauh bagi memastikan kemenangan di PRK Penanti . Najib tidak mahu meletakkan calon tetapi menerima desakan daripada Tun Dr. mahathir dan berkemungkinan UMNO akan meletakkan calon dan dijangka akan diketahui esok ( 4 Mei ) . Sekiranya UMNO tidak bertanding , pasti akan menaja calon BEBAS . Beliau tegaskan Parti Keadilan Rakyat sudah ada calon dan boleh meneruskan gerak kerja serta memperkemaskan program .

Beliau juga memaklumkan bahawa , parti mempunyai disiplin dan mempunyai proses disiplin . Tindakan disiplin akan diambil terutama mereka yang memburukkan imej parti , terutama menggunakan media . Sekiranya mereka masuk calon bebas dan melawan parti kita maka secara otomatik akan dipecat daripada ahli . Justeru beliau menyatakan dalam jemaah perlu kepada tolak ansur dan tidak perlu marah-marah .

Setakat ini strategi di PRK Penanti masih belum diputuskan lagi terutama oleh JawatanKuasa Pilihanraya Pusat ( JPRP ) . Beliau juga menjelaskan bahawa tindakan SPR memutuskan larangan penggunaan Pondok Panas dan perayu undi akan diuruskan tetapi kebiasaan serkiranya ada permintaan UMNO , SPR boleh ubah keputusan bila-bila masa sahaja . ( Itulah ketelusan dan profesionalnya SPR ).
YB Ketua Umum juga menjelaskan harapan yang sangat tinggi untuk memastikan PRK Penanti adalah merupakan contoh terbaik pilihanraya dan akan menjadi rujukan dan sejarah kepada negara .

Perjumpaan tersebut berakhir dengan tepukan gemuruh seluruh jentera parti yang memperlihatkan semangat berkobar-kobar bagi memstikan Parti Keadilan Rakyat menang dalam PRK tersebut dan menobatkan Dr. Mansor Osman sebagai Yang Berhormat DUN Penanti dan bakal Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang .


Yayasan Aman , Penanti ( 2 Mei 2009 )