klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Rabu, 22 September 2010

CABARAN MUZAKARAH TERBUKA KEPADA PEMUDA UMNO TERENGGANU : ISU MP SERDANG ‘BUKA AURAT’ DALAM SURAU

Kenyataan Akhbar

Angkatan Muda Keadilan Negeri Terengganu

CABARAN MUZAKARAH TERBUKA KEPADA PEMUDA UMNO TERENGGANU : ISU MP SERDANG ‘BUKA AURAT’ DALAM SURAU

Sdr. Saiful Bahri Baharuddin , Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu dalam Sinar Harian pada 5 September 2010 dengan mencabar Angkatan Muda Keadilan ( AMK ) Terengganu dan Dewan Pemuda PAS Terengganu bagi menyatakan pendirian berhubung dengan tindakan Ahli Parlimen DAP , YB Teo Nie Cheng hadir ke surau dengan membuka aurat. Malah beliau juga mencabar agar kami Pakatan Pembangkang harus memberikan penjelasan kepada rakyat berkaitan isu tersebut yang di lihat memberikan kesan negatif .

Justeru , saya sebagai Ketua AMK Negeri Terengganu mencabar Sdr. Saiful Bahari Baharuddin , Ketua Pergerakan Pemuda UMNO untuk mengadakan Muzakarah Terbuka bagi membincangkan isu tersebut agar rakyat akan diberikan penjelasan berkaitan isu yang telah sengaja dieksploit dan dipolitikkan oleh UMNO bagi tujuan mencetuskan suasana negatif , rasis dan perselisihan agama.

Sebelum ini YB Teo Nie Cheng digambarkan menyampaikan ‘tazkirah’ oleh media milik UMNO yang akhirnya telah dinafikan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan beliau sendiri bahawa kehadirannya di Surau Al-Huda hanya bertujuan menghulurkan bantuan berbentuk sumbangan kerajaan negeri bagi memperbaiki pagar surau berkenaan , diminta menyampaikan ucapan serta berbuka puasa bersama anggota jawatankuasa serta jemaah surau dan kehadiran beliau ke dalam surau adalah tidak menyalahi dan hukumnya HARUS sepertimana yang termaktub dalam fatwa JAKIM .

Berkaitan isu ‘tidak menutup aurat’ yang cuba digembar-gemburkan oleh Pemuda UMNO setelah segala isu berjaya dipatahkan dan akhirnya menunjukkan kejahilan UMNO sendiri . Maka secara tegas kami AMK Negeri Terengganu menyatakan bahawa tindakan YB Teo tidak menutup aurat di dalam Surau Al-Huda adalah kesalahan yang tidak perlu dipertikai dan dieksploitkan serta dipolitikkan oleh Pemuda UMNO. Teguran dan nasihat telah diberikan kepada YB Teo berkaitan perkara tersebut , malah beliau telah menyatakan turut menyambut baik pesanan dan nasihat daripada semua pihak mengenai perkara tersebut dan akan lebih berhati-hati supaya tidak menimbulkan perasaan kurang senang dan perselisihan faham di kalangan umat Islam pada masa akan datang dan memohon maaf terhadap kejadian tersebut.

AMK Negeri Terengganu mencabar Pemuda UMNO Negeri Terengganu bagi menjawab tindakan tidak melanggar hukum Islam yang dilakukan oleh Datin Seri Rosmah Mansur , Isteri Perdana Menteri 1 Malaysia yang telah membuka urat sewaktu membaca al-quran dan menyampaikan ucapan di dalam surau bersama wanita UMNO tanpa menutup aurat ?

Adakah tindakan tersebut adalah suci dan positif bagi Pemuda UMNO Terengganu dan seluruh ahli UMNO yang beragama Islam ? Sekiranya YB Teo bersikap sedemikian adalah tidak hairan kerana beliau adalah teramat jahil dan tidak mengetahui hukum kerana beliau bukan seorang Islam dan beliau juga tidak dinasihati ketika itu . Bagaimana pula dengan Datin Seri Rosmah Mansur dan wanita-wanita UMNO sepertimana gambar di bawah?

Bagaimana pula dengan program KARNIVAL JUARA RAKYAT DI SURAU AL-FALAH anjuran UMNO Kuala Langat dan MAYC' pada 9 Mei 2010 di dalam sebuah surau , di mana dijadikan sebagai tempat untuk menyolek , menghias model2 pertandingan rias pengantin dan dengan penuh biadap , jahil dan kurang ajar BERPAKAIAN SEPARUH BOGEL di dalam Rumah Allah tersebut. AMK sedia menpertontonkan video tersebut sekiranya Pemuda UMNO tidak mengetahuinya.

Sekali lagi saya mencabar Sdr. Saiful Bahari , Ketua Pergerakan Pemuda UMNO bersedia bila-bila masa sahaja untuk diadakan Muzakarah Terbuka berkaitan isu ‘ aurat’ yang cuba dieksploit dan dipolitikkan oleh beliau bagi pihak Pemuda UMNO Negeri Terengganu .

Kalau sekiranya beliau tidak bersedia menyahut cabaran ini , kami menganggap beliau adalah terlalu bacul dan wajar meletakkan jawatan sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang tidak bertanggungjawab terhadap kenyataan beliau bagi memimpin Pemuda UMNO Negeri Terengganu .

FARIZ MUSA

Ketua AMK Negeri Terengganu