klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Rabu, 5 Ogos 2009

Muhyiddin Dan Utusan Disaman RM100juta Jika Gagal Minta Maaf Drp Anwar

Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Utusan Melayu Sdn. Bhd. diminta membuat permohonan maaf secara terbuka dan bercetak kepada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat berhubung rencana bertajuk "Anwar Pengkhianat, Putar Belit Fakta Mengenai Usaha Martabatkan Melayu – Muhyiddin".
Peguam Anwar, Sankara Nair berkata, surat tuntutan maaf telah dihantar kepada kedua-dua pihak berkenaan. Surat itu turut menuntut Utusan menarik balik artikel berkenaan dan berjanji tidak mengulangi tindakan berkenaan.
Katanya sekiranya kedua-dua pihak gagal memenuhi tuntutan berkenaan dalam masa tujuh hari bermula hari ini, saman ganti rugi berjumlah RM100 juta akan difailkan terhadap mereka.“Ia telah diucapkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yasin dalam kapasitinya sebagai pemimpin UMNO. Sebab telah pun dicetak, surat ini juga ditujukan kepada Utusan Melayu berdasarkan satu artikel bertajuk Anwar Pengkhianat, Putar Belit Fakta Mengenai Usaha Martabatkan Melayu – Muhyiddin.“Anak guam kami menyatakan bahawa artikel ini adalah satu artikel yang memfitnah dan satu tuduhan tidak berasas bahawa Anwar Ibrahim adalah seorang pengkhianat pada bangsa Melayu. Klien saya mengatakan bahawa dengan terbitnya artikel ini ianya berniat jahat terhadap beliau,” katanya.
Menurutnya artikel berkenaan yang diterbitkan hari ini menggambarkan Anwar sebagai individu yang tidak jujur, penipu, ahli politik yang tidak boleh dipercayai, pengkhianat pada bangsa Melayu, tidak layak memerintah, tidak ada prinsip dan korup, dan tidak beretika.Kata Sankara lagi, terpulang kepada Anwar sama ada untuk meneruskan atau menarik balik saman berkenaan sekiranya kedua-dua pihak berkenaan memenuhi tuntutan yang dibuat.“Bila lakukan fitnah, sekalipun fitnah telah ditarik-balik namun bisanya masih ada. Itu terpulang kepada Anwar untuk tarik tuntutan atau tidak terpulang,” katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata pihaknya telah menghantar satu permohonan semakan kehakiman terhadap kes pertuduhan liwat Anwar.“Bersama-sama ini, pada jam 2.40 petang kami telah memfailkan satu lagi permohonan di Mahkamah Tinggi. Ini adalah terhadap satu kenyataan oleh pihak pendakwa yang mereka katakan mereka tiada apa-apa dokumen yang berpihak kepada kes Datuk Seri Anwar. Ini adalah permohonan untuk semakan kahakiman,” katanya.

Polis Langgar Prosedur Tahan Kanak-Kanak Bawah Umur Dikesali

Bapa kepada tiga tahanan bawah umur berasa kecewa diatas tindakan pihak polis menahan anaknya tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan undang-undang.Kadeni Haji Jamaludin, 51 yang ditemui di lobi Mahkamah Sesyen berkata dengan nada kesal bahawa penangkapan anaknya itu tidak diberitahu oleh mana-mana pihak berkuasa sehingga menyangka anaknya telah hilang.
Beliau berkata sebagai seorang bapa beliau percaya anaknya tidak terlibat dengan mana-mana demontrasi pada 1 Ogos lalu dan menegaskan tindakan polis menahan dan menggari kanak-kanak bawah umur adalah tidak masuk akal.“Saya yakin anak saya tidak terlibat dengan demontrasi itu kerana mereka mengaji sekolah agama dan datang ke sini bukan atas tujuan menyertai perarakan berkenaan, kalau benar pun, mereka akan pergi dengan saya.“Saya kesal pihak polis tidak menghubungi waris selepas melakukan penangkapan, malahan mereka juga dikatakan menahan reman anak saya tanpa peguam. Ini adala tidak mengikut prosedur, justeru saya akan cuba buat aduan.
Kadeni bapa kepada Faizuddin Hashim 16, Kamarul Nadir 18, dan Abu Ubaidah Jallaludin 20 merupakan antara 600 orang yang ditangkap kerana didakwa mengambil bahagian dalam perhimpunan berkenaan.Sementara itu, seorang remaja Ammar Belatif 13 tahun yang turut ditangkap berkata beliau sama sekali tidak terlibat dalam demontrasi berkenaan.
Ujarnya, dia hanya datang ke kompleks Pertama untuk membeli kasut tetapi telah dikepung oleh polis dan terus ditahan secara keras.“Kami tidak dapat berbuat apa kerana terus ditangkap oleh FRU ke Balai Cheras tunggu sehingga tujuah dan dibawa Balai Polis Petaling dan Bukit Jalil. Kemudian jam 2.30 petang baru dibebaskan.“Layanan teruk yang kami terima adalah tidak diberi makan di Balai Polis Petaling sehingga peguam datang pada jam 12 pagi hari sabtu itu. Jika peguam itu tidak datang pasti sehingga pagi kami tidak makan. -TVA

Rasuah lebih mulia dari demonstrasi jalanan ?

Written by apakhbarganukita
Tuesday, 04 August 2009 01:12

Pada 1 Ogos, Demonstrasi Jalanan Secara Aman anjuran Gerakkan Mansuhkan ISA (GMI) diadakan bagi mendesak kerajaan menghapuskan akta zalim tersebut.Demonstrasi tersebut diadakan pada 1 Ogos bagi memperingati genap 40 tahun akta zalim itu di amalkan dalam undang-undang Malaysia.ISA pada awalnya digunakan untuk membendung kegiatan komunis telah di manipulasi oleh kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk menghancurkan musuh-musuh politiknya.Demonstrasi tersebut terpaksa diadakan kerana sudah tidak jalan lain lagi bagi mendesak kerajaan menghapuskannya dari bumi Malaysia.
Demonstrasi tersebut jelas adalah himpunan secara aman, kerana walaupun berulang kali ditembak dengan ratusan das gas pemedih mata, dan di sembur dengan berliter-leter air kimia beracun, tidak seorang pun dari para demonstran yang merosakkan harta benda awam mahu pun barangan peribadi atau milik syarikat.Namun, sudah dijangka, media dalam kawalan UMNO/BN dipaksa menulis apa yang dituduh oleh pemimpin UMNO/BN dan mencatat segala skrip propaganda murahan parti bankap itu.
Lalu dengan tekanan dan susunan beberapa pengaturcaraan, beberapa media telah mencatatkan bahawa demonstrasi aman pada 1 Ogos lalu telah menyebabkan beberapa syarikat perniagaan dan pnaga serta penjaja kecil dikatakan rugi ratusan ribu ringgit.Pada 2 Ogos, seorang pemimpin UMNO yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana didapati menerima rasuah.Ketika ditahan, sebagai bukti, bersama ADUN tersebut terdapat wang tunai RM5,000.Namun tidak ada media yang mengaitkannya dengan kerugian rugi puluhann juta ringgit kerana rasuah yang ditanggung oleh kerajaan dan pihak swasta.Tidak ada pemimpin UMNO yang membuat kenyataan tentang isu rasuah, seolah-olah melakukan rasuah, memberi dan menerima rasuah itu lebih mulia dari demonstrasi jalanan.
Tidak ada pemimpin UMNO yang berani membuat kenyataan kerana perbuatan memberi dan menerima rasuah ini, selain dilaknat oleh Allah adalah melanggar undang-undang dan perlembagaan Malaysia.Tidak ada pemimpin UMNO khususnya Menteri Dalam negeri yang mengatakan bahawa semua kes rasuah akan disiasat dan diambil tindakan.Berbeza dengan demontrasi anti ISA yang berlaku, Hishamudin mengatakan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat akan disiasat kerana menganjurkan perhimpunan haram.
Sekaligus Hishamudin lupa tentang dua ladi pemimpin UMNO Terengganu yang telah ditahan dan disiasat oleh SPRM berkaitan rasuah melibatkan jutaan ringgit wang rakyat.
Apakah rasuah lebih mulia dari demonstrasi jalanan ?
Apakah Himpunan Jalanan Lebih Hina dan berbahaya dari rasuah ??