klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Khamis, 17 Februari 2011

Anwar: Negara Bankrap Dakwaan Najib Tidak Berasas

BANDAR MELAKA 16 FEB: Dakwaan mengatakan negara akan bankrap jika mengutamakan kepentingan rakyat adalah tidak benar sama sekali.

Perkara ini ditegaskan sekali lagi oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap di majlis Tahun Baru Cina di sini malam tadi.

Beliau yang juga Ketua Pembangkang berkata dakwaan dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu tiada asasnya dan tidak boleh diterima kerana tidak pernah berlaku di dunia ini sesebuah negara itu mengalami bankrap atau muflis seandainya rakyat dipentingkan dan dibantu demi mencapai tahap kehidupan yang lebih baik.

Apa yang berlaku tambahnya sesebuah kerajaan itu akan mengalami keadaan dimaksudkan jika pemimpin atau pentadbir sesebuah kerajaan itu melakukan penyelewengaan dan penyalahgunaan kuasa serta mengaut setiap kekayaan dimiliki negara demi kepentingan diri sendiri, ahli keluarga serta pihak berkaitan yang mempunyai kepentingan.

“Najib kata ikut itu buku jingga negara ini bankrap saya nak tanya Datuk Seri (Najib Razak) ada belajar sejarah….tolong rakyat.

“Tapi tahu negara bangkrap pasal apa…pasal rasuah dan pmimpin-pemimpin curi harta rakyat," katanya.

Beliau memberi contoh negara seperti Tunisia yang mana pemimpinnya mengkhianati rakyat dengan mengambil harta dan wang rakyat demi kepentingan diri mereka.

Malah katanya, apa yang berlaku di Mesir adalah contoh di mana Hosni Mubarak selama 30 tahun pentadbirannya mengumpul kekayaan didakwa hingga tujuh puluh bilion dolar Amerika bersama isteri dan anaknya sehingga akhirnya menyebabkan rakyat menderita dan bangkit menjatuhkan dirinya.

Turut hadir, Naib Presiden PKR, Tian Chua; Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin; Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat Melaka dalam majlis menghimpunkan lebih dua ribu tetamu itu.

Anwar berkata, apa yang dipentingkan Pakatan Rakyat adalah kebajikan rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

Jelasnya, sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya pada pilihanraya umum akan datang pihaknya akan mengumumkan penurunan harga petrol demi meastikan rakyat tidak terbeban dengan kenaikan harga barangan itu pada masa ini.

PR Pulau Pinang Prihatin : RM 2000 Bantuan Kepada Pelajar Pulau Pinang Di Mesir

RM 2000 Bantu Pelajar P Pinang Di Mesir


GEORGE TOWN 17 FEB: Kira-kira 318 orang pelajar kelahiran Pulau Pinang yang menuntut Mesir akan diberi imbuhan oleh kerajaan negeri untuk menyambung kembali pelajaran apabila keadaan di sana kembali stabil.

Perkara ini diputuskan dalam mesyuarat Exco hari ini dan diumumkan oleh Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mansor Othman di sini.

Pemberian ini menunjukkan Kerajaan Negeri sangat prihatin kepada semua isu permasalahan masyarakat dan rakyat negeri ini.

Sehingga kini ada 318 pelajar di mana 111 orang adalah pelajar bagi bidang perubatan manakala 207 orang lagi adalah pelajar bidang syariah.

“Ada 318 orang pelajar kesemuanya. Kerajaan negeri telah bersetuju dalam mesyuarat Exco yang lepas bahawa kita akan memberikan sedikit imbuhan untuk mereka pulang semula ke Mesir. Kita akan memberi RM 2,000 kepada seorang pelajar.

“Ini untuk membantu mereka bagi memberi tiket penerbangan balik dan mengurangkan bebanan keluarga. Ini menunjukkan Kerajaan Negeri prihatin kepada masalah yang dihadapi masyarakat dan rakyat,” katanya.

Wang imbuhan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang berjumlah RM 1,000 dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIP) juga memberikan sejumlah RM 1,000.

Bantuan kewangan ini diberikan bagi meringankan bebanan keluarga pelajar selain membantu membeli tiket untuk pulang semula ke negara itu.

Mengulas perkara sama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berharap Kerajaan Persekutuan juga memberi sedikit bantuan bagi pelajar-pelajar ini. - tv selangor

Dr Seah Akui Beri Laporan Berbeza Kepada Peguam Anwar(TERKINI)


KUALA LUMPUR 17 FEB : Perbicaraan bermula pukul 8.54 pagi, keterangan pakar DNA, Ketua Unit Jenayah Berat Jabatan Kimia, Dr Seah Lay Hoong mendedahkan bahawa laporan kimia yang diberi kepada pasukan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim berbeza dengan laporan yang dikemukakan di mahkamah.

Kesilapan itu dikesan melalui label sampel bahan bukti yang diambil dari pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Dalam borang yang dikemukakan, bungkusan sampel diterima ditanda B12 tetapi hari ini Dr Seah menunjukkan borang dengan sampel yang ditanda sebagai B11.

Menurut Seah pembetulan dilakukan di hadapannya tetapi Peguambela Anwar, Ram Karpal bertanya kenapa pendakwa tidak ada salinan yang sama dengan pakar kimia.

Ram Karpal menyatakan mahkamah tidak boleh meneruskan perbicaraan itu kerana tidak termasuk ke rangkaian bukti.

Bagaimanapun, Pendakwa Raya Mohd Yusof Zainal Abiden berkata perkara (kesalahan menanda bahan bukti) tidak penting tetapi yang penting adalah kenyataan lisan dalam mahkamah.

Hakim, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah memutuskan borang tersebut tidak boleh diterima mahkamah.

Doktor Hospital Kuala Lumpur Dr Khairul Nizam Hassan sebelum ini memberitahu mahkamah bahawa Saiful mendakwa telah diliwat dan diminta melakukan seks oral.

Bagaimanapun, pihak pembelaan yang diketuai peguam Karpal Singh berjaya menimbulkan keraguan berhubung kenyataan berkenaan.

Mahkamah hari ini turut menerima kehadiran wakil daripada kedutaan Australia.

Dua orang pakar daripada negara itu turut hadir hari ini iaitu Dr David Wells dan pakar DNA Dr Brian McDonald.

Dr M: Polis halang saya mansuh ISA

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kini mendakwa beliau pernah cuba untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ketika memegang jawatan tersebut.

mahathir mohamad hari raya open house 2Katanya, ketika beliau menyarankan supaya ISA dimansuhkan, pihak polis berkata 'tidak boleh' kerana bahawa masih ada ancaman.

Berucap di sebuah forum mengenai demokrasi, Dr Mahathir berkata undang-undang itu dilaksanakan oleh penjajah Inggeris untuk berdepan dengan ancaman komunis pada 1950-an.

Dr Mahathir sering dituduh menyalahgunakan ISA, yang membolehkan penahanan tanpa bicara, terutama ketika Operasi Lalang pada 1987 dan era reformasi, terhadap penentang kerajaan.

Pelajar UM usung 'mayat' bantah calon ditolak

Penyokong pro-Mahasiswa (pro-M) mengusung 'mayat' ketika berkumpul di hadapan bangunan pejabat timbalan naib canselor (TNC) Hal Ehwal Pelajar (HEP) kerana membantah penolakan pencalonan empat calon pro-M dalam pilihan raya kampus universiti tersebut.

NONEMereka 'membaringkan' empat 'mayat' tersebut di Gazebo yang terletak di hadapan bangunan pejabat TNC HEP kira-kira jam 12.30 tengahari tadi.

Seorang daripada calon tersebut ditolak kerana tidak menghadiri sepenuhnya kursus mengenai pilihan raya kampus anjuran HEP sesi taklimat yang diadakan hari Sabtu lalu.

Manakala dua lagi kerana tidak menghadiri kursus tersebut kerana terpaksa menghadiri program wajib jabatan masing-masing.

NONESeorang lagi calon pro-M ditolak kerana lewat menghantar borang pencalonan atas terpaksa menghadiri urusan keluarga.

Mereka yang ditolak itu meliputi satu kerusi umum dan tiga kerusi fakulti.

Sebanyak 43 kerusi dipertandingkan di UM yang merangkumi sembilan kerusi umum, 32 kerusi fakulti dan dua kerusi siswazah.

Dalam satu sidang media, jurucakap Pro-M Mohd Sabri Jamaluddin menjelaskan dua calon mereka tidak hadir Sabtu lalu kerana terpaksa menghadiri program lain.

NONE"Mereka mendapat surat dari ketua jabatan untuk diserahkan kepada TNC HEP tetapi ditolak sekeras-kerasnya," kata Mohd Sabri.

Beliau juga memberitahu terdapat seorang lagi calon menghadiri dua daripada empat slot kursus tersebut dan terpaksa pulang awal kerana menghadapi masalah alahan.

Surat cuti sakit turut di majukan tetapi ditolak oleh TNC HEP.

Manakala soerang lagi, lewat menghantar borang pencalonan kerana pulang ke kampung untuk menyelesaikan masalah harta pusaka keluarganya.

um campus election 03

Calon terbabit menghantar borang pencalonan pada hari berikutnya - Sabtu - semasa taklimat kepada calon-calon yang bertanding.

Sementara pengerusi Pro-M UM Farid Jalpah memberitahu Malaysiakini, terdapat dua calon bebas yang cenderung kepada pro-M, turut ditolak kertas pencalonan mereka.

Setakat ini, Farid tidak dapat memastikan sebab kertas pencalonan mereka ditolak.

Menurut Farid, beliau telah menemui Naib Canselor UM Prof Ghauth Jasmon untuk mendapat penjelasan mengenainya memandangkan calon-calon terbabit telah mengemukakan bukti ketidakhadiran mereka.

um campus election 02

Katanya, pertemuan dengan Ghauth di pejabatnya selama 30 minit itu bermula jam 10.45 pagi. Naib canselor itu akan memberikan keputusan mengenai bantahan mereka itu.

Farid juga turut menemui pengerusi jawatankuasa pemilihan Dr David, yang menyatakan "tidak ada masalah" untuk menerima pencalonan pro-M.

Pagi tadi, kira-kira 120 penyokong kumpulan Pro-Mahasiswa (pro-M) Universiti Malaya (UM), termasuk calon, berarak dari padang di hadapan fakulti kejuruteraan menuju ke kompleks perdana siswa untuk penamaan calon.

NONEMereka akan bertanding untuk merebut 43 kerusi, termasuk dua kerusi siswazah dalam pilihan raya kampus kali ini.

Mereka bergerak kira-kira jam 8.50 pagi, sambil melaungkan 'bangkit mahaiswa', 'hidup mahasiswa' dan 'bantah e voting'.

Pelajar yang menyertai perarakan itu juga membawa dua kain rentang besar yang tertulis "university muted".

Selain UM, empat lagi universiti akan mengadakan penamaan calon masing-masing esok, iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Skudai, Johor.

Anak Mahathir antara 3 Melayu terkaya di Malaysia


Keadilan Daily

KUALA LUMPUR: Anak kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad, Mokhzani Mahathir disenarai antara tiga Melayu terkaya di Malaysia, lapor majalah perniagaan, Malaysian Business.

Mokhzani yang memiliki syarikat Kenchana Petroleum, menduduki tangga ke 19 dengan memiliki kekayaan sebanyak RM1.6 bilion. Selain beliau, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dari Yayasan Albukhary Foundation menduduki tangga ke tujuh dengan kekayaan RM8.84 bilion.

Syed Mokhtar, pemilik Malakoff Segari, iaitu syarikat Penjana Tenaga Bebas (IPP) yang mengaut subsidi dari kerajaan bernilai berbilion ringgit setahun, juga merupakan kroni rapat Mahathir.

Selain itu, Tan Sri Azman Hashim dari Kumpulan Arab Malaysian memiliki kekayaan berjumlah RM3.9 bilion meletakkan dirinya antara Melayu terkaya di Malaysia.

Menurut majalah bertarikh 16 Febuari itu, jumlah kekayaan terkumpul 40 individu terkaya di Malaysia meningkat 30 peratus menjadikan harta terkumpul mereka pada 21 Januari lalu berjumlah RM206.27 bilion.

Terus mendahului senarai adalah Tan Sri Robert Kuok dengan kekayaan RM50.04 bilion manakala seorang lagi kroni Mahathir, Tan Sri Ananda Krishnan kekal di tangga ke dua dengan kekayaan berjumlah RM45.78 bilion

Nik Aziz Berharap Kejatuhan Mubarak Beri Cahaya Kebenaran Di Mesir

Oleh Suara Keadilan

nikaziz7Saya pernah belajar di Mesir. Empat tahun saya peruntukkan dari usia muda saya untuk menimba ilmu di bumi ambiya tersebut. Orang-orang Mesir saya lihat begitu ramah dan mesra terutama dengan tetamu asing. Alhamdulillah, banyak pengalaman yang saya timba di sana untuk dibawa pulang ke tanah air.

Hari ini, rejim Hosni Mubarak jatuh tersungkur. Pandangan saya, ia benar-benar merupakan kuasa Allah SWT. Nampak sangat berlakunya campur tangan Allah SWT di dalam menjatuhkan rejim ini. Siapa yang menyangka Dataran Tahrir boleh memuatkan tiga juta manusia untuk mendesak Hosni Mubarak berundur?

Jika di Padang Arafah, musim haji terakhir baru-baru ini mencatat kehadiran jemaah yang wukuf seramai 2.7 juta orang (angka rasmi), di Dataran Tahrir rupa-rupanya lebih ramai daripada itu.

Siapakah yang mengerah mereka jika tidak naluri mereka sendiri yang digerakkan oleh Allah SWT? Mereka berkampung selama 18 hari tanpa terjamin urusan makan minum dan pengurusan seharian semata-mata untuk memastikan matlamat mereka tercapai. Pastinya ia terhasil ekoran perasaan tidak puas hati yang telah sekian lama terpendam. Tanpa peluru dan tanpa senjata, mereka akhirnya berhasil menjatuhkan Mubarak.

Mesir menyaksikan sejarah penindasan kepada para ulama yang begitu lama. Jauh sebelum itu, musuh Allah SWT yang bernama Firaun sendiri pernah ditenggelamkan oleh Allah SWT. Firaun yang mengaku dirinya tuhan ditenggelamkan di laut setelah Allah SWT membenarkan Nabi Musa bersama pengikutnya melalui laut sama yang telah dibekukan sepanjang lebih kurang 40km. Yakinlah, kuasa Allah SWT mengatasi segala-galanya.

Allah SWT yang pernah membekukan lautan untuk Nabi Musa itulah juga yang telah menjadikan api menjadi sejuk untuk Nabi Ibrahim. Dialah juga yang telah menyelamatkan perjalanan Nabi Muhammad SAW ke Madinah dari dikesan oleh special branch Quraisy. Maka, pelikkah jika Allah SWT boleh menjatuhkan mana-mana kerajaan pada hari ini dengan kuasaNya?

Sayangnya, musuh Allah SWT tidak pernah belajar dari sejarah. Sekali lagi kesilapan Firaun diulangi oleh pemerintah Mesir dengan membunuh para ulama. Almarhum Syeikh Abdul Qadir Audah, Almarhum Syed Qutb dan ramai lagi para ulama terkorban di bumi Mesir hasil kezaliman pemerintah Mesir. Demikian juga ulama yang terpaksa keluar dari Mesir seperti Syeikh Yusuf al-Qaradawi ekoran keselamatan yang sentiasa terancam oleh polisi kerajaan Mesir.

Harapan saya, rakyat Mesir akan mendapat pemimpin yang benar-benar bekerja untuk rakyat serta beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT.

Datuk Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat,
Menteri Besar Kelantan.

Yusmadi: Di mana silapnya Pakatan P Pinang...

Persepsi bahawa Pakatan Rakyat Pulau Pinang tidak menangani masalah yang dihadapi oleh masyarakat Melayu, telah membawa akibat yang tidak diingini terhadap pakatan itu yang membentuk kerajaan negeri.

yusmadi yusoff wangsa maju pkr pc on wee choo keong resignationAhli parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff (kanan) berkata, mereka yang kecewa, kini cenderung mempercayai propaganda Umno.

Katanya, walaupun ianya tidak benar dan palsu, tetapi propaganda tersebut memberi tanggapan bahawa Pakatan telah gagal untuk menjaga kepentingan orang Melayu.

Sambil menegaskan bahawa persepsi adalah kritikal dalam politik, Yusmadi berkata masa akan menentukan sama ada ia betul-betul ada kebenarannya.

Yusmadi, yang merupakan anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR pusat, turut membidas BN ketika merujuk kepada pelbagai cabaran yang dihadapi masyarakat Melayu di Balik Pulau.

Parlimen Balik Pulau mempunyai tiga DUN - Betong, Teluk Bahang dan Bayan Lepas - yang semuanya diwakili ADUN dari Umno.

Menurutnya, kerajaan BN dan Pakatan kerajaan telah gagal memahami keperluan di kawasan dominasi masyarakat Melayu.- malaysiakini

Fitnah 2 : Saifool MELAWAN ketika diliwat dan penemuan 'bukti baru'

Sepertimana pada 14 Februari 2011, perbicaraan hari ini diteruskan dan dilihat cubaan untuk mengaitkan DSAI dengan aktiviti 'oral seks' , skrip baru yang cuba untuk memburukkan imej dan kredebiliti DSAI yang sebelum ini tidak muncul .

Ini bermakna DSAI bukan sahaja difitnah dengan perbuatan sodomi tetapi termasuk iuga perbuatan 'oral seks' .
Ketua unit kemalangan dan kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Khairul Nizam Hassan sewaktu disoal dalam mahkamah memaklumkan bahawa Saifool telah dipaksa untuk melakukan 'oral seks' tersebut .

Sewaktu perbicaraan pada 14 Februari , berlaku pencanggahan fakta dan membuktikan Saifool berbohong apabila Dr. Khairul Nizam memberitahu mahkamah yang Saifool telah membersihkan diri sebelum hadir ke HKL untuk diperiksa oleh doktor pada 28 Jun 2008. Sedangkan sebelum itu Saifool menegaskan bahawa beliau tidak mandi selama 2 hari sebelum ke hospital untuk diperiksa .

Terbaru dalam pembicaraan hari ini ( 16 Februari 2011 ) yang turut dihadiri oleh wakil luar negara, termasuk dari Kanada dan Ireland serta pakar forensik DSAI , Dr David Wells dan pakar DNA Dr Brian McDonald menyaksikan bahawa Dr. Khairul Nizam menyatakan Saifool dipaksa untuk melakukan 'oral seks' tersebut oleh seorang tokoh yang terkenal . Sewaktu wawancara dengan Saifool mengaku yang Saifool MELAWAN sewaktu kejadian liwat tersebut .

Kalau benar seperti yang dinyatakan bahawa Saifool MELAWAN , tenaga apa yang ada kepada seorang anak muda yang berumur 25 tahun yang dilihat tegap dan perkasa sehingga tidak mampu untuk menolak atau bertindak ganas terhadap seorang tua yang berumur 63 tahun . Bukan sahaja tua tetapi mengalami masalah sakit tulang belakang !

Kalau benar Saifool MELAWAN dan dipaksa serta tidak bersetuju dengan perbuatan tersebut , saya yakin dan percaya sebagai seorang anak muda yang masih kuat dan bertenaga akan mampu 'membelasah' seorang tua yang bertindak melakukan perbuatan yang tidak bermoral tersebut . Kalau saya lah , sudah pasti LUNYAI saya kerjakan orang tua yang hendak meliwat saya ! 'MELAWAN' macam mana yang dimaksudkan atau itulah skrip yang telah disiapkan oleh pihak polis dan pendakwaraya .

Benarkah Saifool MELAWAN sedangkan sebelum ini beliau mengaku telah diliwat 9 kali ? Selepas diliwat , Saifool masih lagi datang bekerja di pejabat DSAI . Kalau saya diperlakukan sedemikian rupa , sudah pasti saya TIDAK AKAN DATANG LAGI bekerja sebab saya telah dipaksa dan diliwat ! Ternyata Saifool BERBOHONG !

Sedangkan kes yang dibicarakan ialah Seksyen 377B adalah kesalahan yang dilakukan secara sukerala tanpa paksaan, atau dipanggil consensual. Secara nyata berlaku percanggahan terhadap pertuduhan iaitu secara SUKERALA TANPA PAKSAAN . Sedangkan Saifool bertegas yang dia telah di DIPAKSA dan dia telah MELAWAN . Justeru , kes ini wajar dibuang !

Malah Dr. Khairul Nizam juga memberitahu mahkamah bahawa sewaktu membuat pemeriksaan terhadap Saifool , Saifool dalam keadaan yang 'tenang'.. Dr. Khairul juga menyatakan bahawa " kelakuan itu bukanlah tingkah laku yang normal ". Sememangnya BUKAN TINGKAHLAKU YANG NORMAL ! TIDAK NORMAL ! Sebab Saifool adalah PEMBOHONG !

Saya benar-benar merasa hairan bagaimana seorang yang dipaksa untuk diliwat ... tanpa trauma , tanpa rasa sedih , tanpa reaksi takut dan susah hati ? Dalam keadaan tenang ...apabila dubur dan lubang duburnya diperiksa , malah yang paling terseksa ialah 'maruah' diri yang sudah tercemar kerana sudah tiada 'DARA' lagi...

Kenyataan yang dibuat oleh Karpal Singh sebagai Ketua Peguam DSAI , tuduhan liwat terhadap DSAI mesti digugurkan ekoran “bukti terbaru” yang muncul berdasarkan kandungan laporan awal pro-forma, yang diberitahu di mahkamah hari ini . Bahawa penemuan bukti baru itu menunjukkan tuduhan ke atas anak guamannya ( DSAI ) adalah tidak berasas. Sememangnya TIDAK BERASAS dan terlalu dangkal .

Karpal berkata beberapa aspek penting dalam borang pro-forma seperti pemeriksaan rektal tidak diisi . Begitu juga dengan pemeriksaan dubur, latar sejarah perubatan Saifool dan peristiwa berhubung kejadian itu tidak diisi oleh doktor yang bertugas iaitu Dr Siew Sheue Feng . Ini membuktikan kaedah mengisi borang pro-forma adalah berlainan dengan apa yang Saifool beritahu kepada doktor.

Ghani Patail selaku Peguam Negara perlu mengugurkan kes tersebut . Ianya benar-benar memalukan negara dengan kes yang tiada asas dan tidak masuk akal ini . Ternyata ini adalah merupakan fitnah terhadap DSAI yang bermotifkan politik dilakukan oleh para konspirator yang tujuan menjatuhkan kredebiliti dan integriti DSAI yang bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia !