klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Selasa, 21 Julai 2009

Ribuan banjiri perhimpunan tuntut keadilan untuk Teoh

Lebih 3,000 orang membanjiri Stadium Kelana Jaya menuntut keadilan bagi Teoh Beng Hock yang ditemui mati Khamis lalu, selepas disoal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) berhubung dakwaan salahguna peruntukan untuk DUN di Selangor.Pemimpin utama Pakatan Rakyat, termasuk pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, ahli jawatankuasa PAS pusat, Datuk Husam Musa, berucap kepada hadirin.
Poster dan kain rentang dipasang di sekitar kawasan stadium tersebut, yang memaparkan gambar Teoh, dengan tulisan ‘Keadilan untuk Beng Hock"Dalam ucapannya, Kit Siang mendesak supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk menyiasat kematian Teoh - setiausaha politik kepada exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hean Wah.Beliau juga mahu kabinet membuat keputusan segera mengenainya.Lim turut menggesa ketua pesuruhjaya SPRM, Datuk Ahmad Said Hamdan supaya meletak jawatan.
Perhimpunan tersebut bermula jam 4.30 petang dan berakhir pada kira-kira jam 7 malam.Kematian Teoh yang dipercayai jatuh dari bangunan pejabat SPRM Selangor di Shah Alam, telah menimbul kemarahan penyokong pembangkang yang mendesak supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk menyiasatkan kejadian tersebut.‘Teoh di bawah jagaan SPRM’Mengulas lanjut, beliau berasa amat marah dan sedih dengan kematian Teoh ketika di bawah pengawasan SPRM“Dia pemuda sihat ada idealisme dan mahu menyambung pembangunan negara. Beliau menghadiri siasatan kepada SPRM tapi keluar sebagai mayat, Bagaimana jadi begitu?“Kematian beliau penuh dengan misteri menyebabkan rakyat mahu mengetahui apa yang berlaku,“Dia (Teoh) jadi saksi, bukan suspek. Bukan begini caranya (menyiasat). Dan mereka harus bertanggungjawab di atas kematian Teoh. Kerana Teoh berada di bawah penjagaan SPRM.
“Kita berasa marah dan sedih. Sebab kita manusia,” kata Kit Siang.Beliau juga mempersoalkan tindakan SPRM yang tidak menyiasat berhubung skandal PKFZ yang membabitkan RM12.5 bilion dan juga banglo mewah milik bekas menteri besar Selangor Dr Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo.“Ada siasatan? Tidak ada siasatan kepada mereka. Tiada siasatan daripada pihak SPRM.“Tapi Teoh disiasat dengan hanya kerana dikata ada ADUN menyalahgunakan wang peruntukan RM2,400 untuk membeli bendera Malaysia,” katanya.
Guan Eng kecam polis, SPRMSementara Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengecam pihak polis dan SPRM yang didakwanya bersikap‘double standard’ kerana tidak membuat siasatan terhadap terhadap pemimpin negera sekiranya pemimpin Pakatan membuat laporan polis.“Sebaliknya kalau MB atau ketua menteri buat laporan polis, awak mahu keterangan. Ini ‘double standard’ yang diamalkan, bersih, cekap, betul... poorah!.“Kita tak nampak siasatan skandal PKFZ (oleh SPRM), sampai sekarang ada tak? SPRM pun poorah,” katanya.Sehubungan itu, Guan Eng yang juga anak lelaki Kit Siang, turut senada dengan ayahnya menuntut agar suruhanjaya siasatan diraja ditubuhkan dengan segera menyiasat kematian Teoh.Dalam perkembangan berkaitan, Guan Eng yang juga setiausaha DAP, turut mengumumkan DAP akan membentuk tabung khas bagi membantu keluarga Teoh.
“Tidak kira apa bangsa , kita berganding bahu untuk mempertahankan hak mereka. Kita dirikan Malaysia untuk rakyat yang menegakkan budaya demokrasi,” katanya disambut tepukan gemuruh hadirin.‘Khalid: Banyak persoalan timbul’Sementara itu, menteri besar Selangor berkata pihaknya mahukan kebenaran dan keadilan berhubung siasatan terhadap kematian Teoh kerana banyak persoalan yang belum terjawab, terutama mengapa selepas disiasat, Teoh sanggup duduk di pejabat SPRM.
Katanya, banyak laporan kepada SPRM berhubung dakwaan rasuah pemimpin BN yang telah dibuktikan, tetapi tiada tindakan yang diambil terhadap mereka.Sehubungan itu, Abdul Khalid yang juga ahli parlimen Bandar Tun Razak menyokong penubuhan suruhanjaya diraja untuk menjalankan siasatan segera terhadap kematian Teoh.“Tidak ada yang kita mahu selain daripada itu. Kalau Najib benar-benar mahukan satu Malaysia, tubuhkan suruhanjaya diraja. Kalau Najib tak buat, dia cakap tak serupa bikin, bukan satu Malaysia.“Rakyat mahukan keadilan. Ini bukan soal politik, bukan soal perkauman tapi ini soal keadilan dan kepercayaan rakyat, katanya.Sehubungan itu, Abdul Khalid menyokong cadangan Guan Eng untuk menubuhkan tabung khas bagi membantu keluarga Teoh.Manakala Husam mendakwa SPRM menjadi alat yang cuba melindungi amalan rasuh pemimpin BN.Beliau mendakwa SPRM cuba untuk menjatuhkan kerajaan Selangor sebagaimana modus operandi mereka ketika kerajaan Perak pimpinan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin tumbang ekoran kes rasuah dua pemimpin PKR.
Husam mendakwa siasatan berhubung dakwaan rasuah terhadap kedua-dua pemimpin tersebut, tidak dilanjutkan.Menurutnya, PAS turut menyokong penubuhan suruhanjaya diraja tersebut bagi menyiasat kematian Teoh.
Utusan, Berita Harian dibakar
Di akhir perhimpunan tersebut, seorang penyokong bertindak membakar akhbar Utusan Malaysia and Berita Harian ekoran ulsan mengenai kematian Teoh yang didakwa berbaur perkauman.Ini berkaitan dengan beberapa laporan yang menganggap PKR cuba melemahkan institusi yang didominasi oleh orang Melayu seperti SPRM.Malaysiakini
FM - saya hadir ke program tersebut dan menjadi pengerusi majlis bagi mengantikan Dr. Badrulamin .

JUSTICE FOR BENG HOCK !

Click the below to sign the petition: http://www.petitiononline.com/j4bhmacc/petition.html
We, the undersigned, hereby demand :-

(1) The establishment of a Royal Commission of Inquiry to independently and thoroughly investigate this tragic incident.

(2) The immediate resignation of the Malaysia Anti-Corruption Commission (MACC) National Director.

(3) The unconditional apology by Minister in the Prime Minister Department Mohd Nazri Abdul Aziz over his remarks on Beng Hock’s death.


我们,以下签署者,同声要求:-

(1) 成立皇家调查委员会,独立与彻底地调查明福的命案

(2) 反贪委员会全国主任马上引咎辞职

(3) 首相署部长纳兹里对其言论作出毫无保留的道歉


Kami, yang menandatangan di sini, dengan sebulat suara:-

(1) Menyeru penubuhan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat kematian Beng Hock secara bebas dan teliti.

(2) Menggesa Pengarah Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) meletakkan jawatan segera atas tragedi Beng Hock.

(3) Mendesak Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz, Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri meminta maaf atas kenyataan beliau terhadap kematian Beng Hock

mohon maaf

FM - kesibukkan dengan tugasan 4E motivation & training group , kes kematian beng hock dan masalah broadband menyebabkan saya tidak dapat update blog saya. 2 hari broadband saya tidak dapat berfungsi . harap maaf . terima kasih kerana masih terus melayari blog saya .
justice for beng hock ! mansuhkan ISA ! mansuhkan PPSMI segera ! justice for anwar !

sms kiriman YB datuk seri anwar kepada saya tentang pertemuan Zahid Hamidi dengan Netanyahu

20 Julai , 9.56 malam

"Menteri Pertahanan Zahid mengaku bertemu dengan menteri pertahanan penganas Israel walaupun tiada hubungan diplomatik dedah BN hipokrit , hina umat islam & mangsa Palestin"

saya siarkan berita tersebut :

BEIRUT, 17 Julai (Bernama) -- Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau pernah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu semasa Pertunjukkan Udara Paris di Perancis Jun lepas bagi menjelaskan pendirian Malaysia berhubung isu di Asia Barat.Beliau berkata pertemuan tersebut bukan atas permintaannya tetapi diminta sendiri pemimpin Israel itu dan beliau adalah satu-satunya Menteri Pertahanan yang ditemui Netanyahu.
"Saya mengenakan syarat kepada beliau (Netanyahu) sekiranya mahu bertemu dengan saya, iaitu tiada pegawai pengiring daripada pihak Israel, tiada jurugambar dan tiada "double standard", dan beliau akur," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar bersama wartawan Malaysia di sini Jumaat.
Ahmad Zahid ketika mengulas pertemuan selama 35 minit dengan Netanyahu berkata Malaysia sentiasa berdiri teguh di belakang negara seperti Lubnan, Syria dan Palestin bagi menghentikan kekejaman Israel seperti yang disuarakan oleh negara-negara anggota Pertubuhan Negara-negara Berkecuali (NAM) pada sidang kemuncak di Mesir baru-baru ini.
Beliau ketika ini mengadakan lawatan enam hari ke Lubnan. BERNAMA

FM - hebat Zahid Hamidi ni siap buat syarat dengan Netanyahu . Siap Netanyahu akur pada Zahid ! Ha ha ha ! Kenapa tiada pegawai pengiring ?Kenapa tiada jurugambar ? takut cerita sebenar bocor ke ? kenapa beria-ria benar Netanyahu nak jumpa Zahid hamidi ni ? sedangkan tiada hubungan diplomatik antara Malaysia dengan Isreal . Pelik betul ! Siapa nak jumpa siapa ni ? Siap bertegas dengan pendirian NAM terhadap kekejaman Isreal ! Fuh HEBAT ! Jarang anak melayu ni ! Atau nak kelentong 1 Malaysia ! Dalam tempoh 35 minit itu sahaja yang dibincangkan ? saya yakin 1 Malaysia tidak bodoh nak percaya pada Zahid Hamidi ni!
Pertemuan Zahid dan Netanyahu adalah bukti bahawa UMNO / BN mempunyai hubungan rapat dengan Isreal , menghina umat islam dan rakyat Palestin ! Sehingga begitu akurnya penjenayah Netanyahu kepada Zahid Hamidi !