klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Jumaat, 11 Mac 2011

sampai bila SPR harus jadi balaci UMNO ????

Tukar 499 jadi pengundi pos, apa penjelasan SPR?

Gambar hiasan

KELANTAN: Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail mendesak Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) memberi penjelasan mengenai perbuatan pihak tertentu menukar 499 pengundi biasa kepada pengundi pos walaupun mereka tidak pernah memohon untuk mengundi secara pos.

Beliau percaya, perbuatan yang menambahkan bilangan pengundi pos di sesebuah kawasan itu, berlaku berikutan wujud penipuan terancang bagi memenangkan calon pilihan mereka.

“PAS di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kok Lanas mendapati ada pertambahan nama pengundi pos seramai 449 orang yang semuanya beralamat di 16 Rejimen Asmar Melayu DiRaja (RAMD) di Kem Desa Pahlawan.

“Semua nama itu, asalnya pengundi biasa tetapi Daftar Pemilih Tambahan (DPT) terbaru menunjukkan nama mereka dikategori sebagai pengundi pos,” katanya pada sidang media di Parlimen, baru-baru ini.

Kata beliau, bantahan dibuat dan satu pendengaran awam dilakuan Pendaftar Pemilih Kelantan yang akhirnya memutuskan semua 449 nama itu dikeluar dari senarai pengundi pos kerana tiada seorangpun antara mereka yang mengisi Borang A.

Beliau berkata, Borang A adalah borang perpindahan yang wajib diisi mana-mana pengundi yang mahu menukar status pengundian, sama ada memilih untuk mengundi secara pos atau menukar lokasi mengundi.

Sehubungan itu, Saifuddin mendesak SPR menyiasat dalang sebenar yang membuat penipuan itu.

“Isunya ialah siapakah pelaku ini? Kalau mereka ini tidak mengisi borang, mengapa nama mereka ini terdapat dalam DPT.

“SPR kena jawab perkara ini. Apakah SPR ada mekanisme menjejaki penipuan ini,” tegas Saifudin lagi.

Bersih 2.0 mahu dakwat kekal diguna pada PRU 13

KUALA LUMPUR: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menuntut tujuh reformasi sistem sebelum Pilihan Raya Umum (PRU)ke-13 berlangsung termasuk penggunaan dakwat kekal.

Mengikut kenyataan media yang dikeluarkan sekretariat Bersih hari ini, penggunaan dakwat kekal mampu menghalang pengundian berulang.

“Ia sudah dipersetujui Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 2007 tetapi mereka membuat pusingan U beberapa hari sebelum PRU ke-12 pada 2008 hingga membazirkan RM2.4 bilion duit pembayar cukai,” kata Bersih.

Selain itu, kenyataan sama menyebut, reformasi pengundi pos perlu kerana berpendapat kaedah sedia rigid, mudah disalah guna dan tidak perlu sama sekali.

“Pengundian pos tidak perlu diwajibkan tetapi boleh dipilih di kalangan mereka yang mahu berbuat demikian dengan alasan kukuh seperti berada jauh dari tempat mengundi.

“Ini akan membantu bukan sahaja rakyat Malaysia yang berada di luar negera tetapi juga pengundi Sabah dan Sarawak yang bekerja di Malaysia,” kata kenyataan itu.

Bersih dalam kenyataan sama juga percaya tujuh tuntutan itu dapat memastikan kestabilan dan keabsahan kerajaan baru kelak jika SPR dan kerajaan Persekutuan melaksanakannya.

Kata kenyataan berkenaan, reformasi tujuh perkara itu dituntut kerana 16 pilihan raya kecil (PRK) lalu menyaksikan salah guna kuasa, jentera kerajaan negeri dan taktik berat sebelah yang menyalahi Akta Kesalahan Pilihan Raya.

“SPR gagal bertindak adil dan saksama dalam mempromosi pilihan raya yang bersih, bebas dan adil. Paling membimbangkan ialah budaya kerajaan yang mengugut pengundi dengan ancaman mereka akan dipinggir dari pembangunan.

“Turut membimbangkan ialah budaya penyalahgunaan kuasa tanpa rasa malu oleh kerajaan untuk menukar undi dengan janji pembangunan yang sememangnya hak asas semua warganegara,” kata kenyataan itu.

Perkara lain yang turut membimbangkan, kata kenyataan itu, ialah pembelian undi menerusi pertubuhan 1Malaysia yang mula muncul menganjurkan majlis makan malam dan cabutan bertuah pada PRK Galas, Tenang, Merlimau dan Kerdau.

“SPR sepatutnya membuat laporan polis agar pertubuhan ini disiasat mengikut Seksyen 8 (Perbelanjaan), Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

“Ini memandangkan majlis makan malam dan cabutan bertuah mereka hanya berlangsung pada pilihan raya kecil dan dihadiri oleh ahli politik BN,” kata kenyataan itu.

Mengikut kenyataan sama, sikap memihak SPR juga jelas dalam pemilihan PRK yang menyaksikan enam daripada lapan PRK di negeri Pakatan berlangsung pada hari biasa dan menyukarkan pengundi yang menetap di luar, pulang mengundi.

“Sebagai perbandingan, enam daripada lapan pilihan raya di negeri diperintah BN pula berlangsung hujung minggu dan baki dua kerusi lagi (Batang Ai dan Batu Sapi) berlangsung serentak dengan kerusi yang sebelumnya dimiliki Pakatan,” kata kenyataan itu.

SUPT. JUDE ADALAH SAKSI PERNAH BOHONG DAN HILANG INGATAN ???? MACAM MANA NI ??

Liwat II: Karpal asak pegawai penyiasat pula

Pegawai penyiasat Supt Jude Blacious Pereira hari ini diasak oleh peguambela Karpal Singh dengan cara yang sama beliau mengendalikan siasatannya dalam kes dakwaan liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONEPereira, adalah saksi ke-25 dan terakhir pihak pendakwaan.

Perbicaraan hari ini hangat apabila pegawai polis yang berpengalaman dalam siasatan lebih 20 tahun itu berkata beliau sebelum ini telah memberi keterangan di mahkamah sebanyak lima hingga 10 kali termasuk kepada inkuiri Suhakam.

Akuinya, beliau adalah juga pegawai yang terlibat dalam kes kontroversial yang membabitkan lima peguam yang mewakili beberapa individu yang menyalakan lilin di luar balai polis Brickfields ditangkap.

"Pegawai penyiasat adalah ASP Ho. Saya adalah pegawai yang bertanggungjawab tidak memberikan akses kepada peguam berjumpa dengan anak guam mereka.”

Pereira berkata pada inkuri Suhakam yang diadakan tahun lalu, beliau telah memberikan keterangannya, namun tidak diterima kerana berlaku sedikit percanggahan.

Karpal:
Apa sedikit percanggahan? Saya tak mahu ugut awak. Ini percanggahan serious?

Pereira: Ya.

Karpal: Jangan bohong apabila mengambil sumpah di mahkamah!

Peguam Cara Negara II, Datuk Yusof Zainal Abiden kemudian tampil membuat bantahan manakala Pereira berkeras menafikan beliau menipu ketika inkuri Suhakam itu.

NONEKarpal kemudian bertanya, "Apa penemuan inkuiri itu?" Tetapi hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah mencelah dan ingin tahu relevan soalan Karpal itu.

Karpal berkata ia bagi membuktikan kredibiliti saksi dan hakim membenarkan pihak pembelaan meneruskan soalannya itu.

Karpal kemudian meminta Pereira membaca laporan inkuri Suhakam itu.

Pereira: DSP Jude Pereira pada inkuiri tidak memberi keterangan yang boleh diterima kerana beliau tidak berkata benar dan mempunyai 'hilang ingatan'.

Inkuiri Suhakam ketika itu dipengerusikan oleh pesuruhjayanya, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang juga seorang peguam terkemuka.

Karpal mahu laporan itu ditandakan sebagai bahan bukti tetapi dibantah oleh Yusof yang mencadangkan ia ditandakan sebagai ID (identification). Zabidin membenarkan bantahan itu dan laporan berkenaan ditandakan sebagai ID.

Menyambung keterangannya, Pereira mengakui tiada waran tangkap yang dibawa oleh pegawai yang menangkap pada kejadian itu.

"Namun, waran itu wujud,” katanya.

"Saya difahamkan arahan dibuat oleh (Mohd) Bakri Zinin untuk membuat tangkapan. Saya tidak tahu mengapa.”

Berbalik kepada kes Anwar, Pereira berkata di IPK KL, pegawai polis Supt Ahmad Taufik Abdullah hanya menyempurnakan waran tangkapan itu pada jam 2.40 petang.

"Saya ambil keterangan Anwar pada jam 2.45 petang dan ini berlarutan hingga 5.40 petang."

Menurut Pereira, Anwar adalah suspek dalam kes berkenaan.

Karpal kemudian bertanya kepada saksi sama ada beliau memahami peraturan lokap.

"Seseorang yang ditahan mesti dikurung selepas jam 6 petang,” kata Karpal.

Pereira berkata dia memahami peraturan itu - iaiatu seseorang tidak boleh dibawa keluar dari lokap selepas jam 6 petang.

Karpal: 6 petang hingga 6 pagi - suspek tak boleh dikeluarkan kerana ia waktu rehat.

Pereira:
Betul.

Karpal:
Kenapa anwar tidak diletak dalam lokap seperti dalam peraturan kerana dia adalah suspek.

Pereira:
Anwar belum masuk lokap. Saya tak setuju.

Najib Guna Duit Rakyat Hantar Emel Salam 1M'sia



KUALA LUMPUR 10 MAC : Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak membelanjakan RM63,000 duit rakyat untuk menghantar emel ucapan "Salam 1Malaysia" kepada lebih sejuta rakyat Malaysia mencerminkan sikap boros dan menyeleweng kerajaan secara terang-terangan, ksta Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok.

Dalam jawapan bertulis kepada Parlimen, Najib berkata selain emel, empat juta khidmat pesanan ringkas dihantar oleh tiga syarikat-syarikat telekomunikasi - DiGi Bhd, Maxis Bhd dan Celcom Bhd - sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat mereka.

Syarikat yang mengendalikan penghantaran emel berpangkalan di Amerika Syarikat mengenakan bayaran RM63,000 itu.

"Wang itu bukanlah dana peribadinya, tetapi wang pembayar cukai, yang perlu diuruskannya dengan cermat untuk kebaikan semua rakyat Malaysia, " kata Teresa.

Beliau yang juga exco kerajaan Selangor turut mendakwa bahawa Najib telah menganugerahkan kontrak menghantar emel kepada pihak ketiga, Lyris Inc, yang merupakan syarikat pemasaran teknologi yang berpangkalan di California.

Teresa mendakwa, tiada proses tender terbuka, tetapi nama syarikat terbabit, boleh dilihat dengan mengklik pada pautan 'tidak melanggan' (unsubscribe) pada emel.

Sehubungannya, beliau menggalakkan orang ramai mengklik 'tidak melanggan' (unsubscribe) senarai penghantaran 'Salam 1Malaysia' bagi menyelamatkan wang pembayar cukai serta untuk menghantar satu mesej protes terhadapnya.

Nasruddin Tantawi Menjawab : Kerjasama PAS dan DAP : Satu Penjelasan.

1. Maklum balas saya terima dari beberapa orang rakan dan sebahagiannya dari UMNO yang cuba mencilok penjelasan saya sebelum ini mengenai kerjasama PAS dan DAP.

Menggunakan hujjah dan alasan yang sama lalu mereka mengatakan bahawa UMNO lebih cerdas dari PAS kerana terlebih dahulu membuat kerjasama dengan MCA dan MIC. Sempat juga mereka menempelak PAS dengan nada sinis, kononnya pada waktu itu, PAS mengharamkan kerjasama dengan non muslim.

2. Pertama : Suka saya nyatakan di sini bahawa sesuatu kerjasama itu tidak selamanya dibolehkan. Adakalanya ia dibenarkan dan adakalanya ia tidak dibenarkan sama sekali. PAS sebagai sebuah Gerakan Islam pastinya melandasi tindakan mereka berasaskan nas [ Al Quran dan As Sunnah ] ataupun ijtihad [ penelitian dan kesungguhan mengeluarkan pendapat atau hukum tanpa bercanggah dengan prinsip nas yang sedia ada ] para ulamaknya apabila berhadapan dengan sesuatu kes yang tidak mempunyai nas yang jelas.

Firman Allah swt :

وتعاونوا على البر و التقوى و لا تعاونوا على الإثم و العدوان و اتقوا الله إن الله شديد العقابJustify Full
dan berkerjasamalah kamu atas perkara yang membawa kebaikan dan taqwa kepada Allah dan jangan sekali - kali kamu berkerjasama atas perkara yang mengundang dosa dan permusuhan.
Surah al Maaidah : Ayat 2

[ Al Imam Nawawi Rhm berpendapat bahawa apa yang dilarang ialah mengadakan kerjasama [ Tahaaluf ] untuk memberikan hak perwarisan dan melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat Islam . Adapun kerjasama [ tahaaluf ] yang berasaskan ketaatan kepada Allah , menolong orang yang dizalimi dan jalinan persaudaraan kerana Allah merupakan perkara yang dibenar dan dianjurkan oleh Agama .]

Fathul Baari : Karya Syeikh Ibn al Hajar : Maktabah Salafiah : Jil: 10 hal : 502

3. Ayat dari surah al Maaidah di atas jelas menunjukkan 2 keadaan iaitu kerjasama yang dibenarkan dan kerjasama yang tidak dibenarkan. Ayat ini mudah semudah memahami perkara yang di halalkan dan perkara yang diharamkan. Kecualilah sang juhala' [ jahil ] yang tidak tahu membezakan antara yang haq [ kebenaran ] dan bathil [ kepalsuan ], selamanya mereka merasakan apa yang mereka lakukan itu benar dan betul.

4. Persoalan kita di sini , apakah kerjasama UMNO dan MCA atau MIC bertolak dari tuntutan agama dan seerah perjuangan Rasulullah saw atau kerjasama yang hanya didorong oleh keinginan untuk berkuasa ? Lebih mudah dan tepat jika saya ajukan pertanyaan " Apakah kerjasama UMNO dan MCA \ MIC berasaskan kebaikan dan taqwa ?" atau sebaliknya "kerjasama yang menghasilkan dosa dan permusuhan" ?

5. Kerjasama UMNO dengan MCA \ MIC dan lainnya membentuk Barisan Nasional. Barisan Nasional pula telah berpeluang memerintah lebih 50 tahun negara ini. Kononnya UMNO menjadi tulang belakang kepada Barisan Nasional, tetapi :
apakah Islam menjadi lebih baik sepanjang mereka memerintah ?
apakah sistem pentadbiran negara bebas dari rasuah dan penyalahgunaan kuasa ?
apakah sistem demokrasi yang diamal benar - benar telus, saksama dan adil ?
apakah negara menjadi lebih aman dan sejahtera dari jenayah ?
apakah pertumbuhan ekonomi dinikmati oleh seluruh rakyat ?

6. Persoalan yang saya kemukakan ini mesti dijawab dengan jujur. Jangan hanya kerana mahu menegakkan benang yang basah atau membasahkan benang yang tegak lalu mengemukakan 1001 dalih. Cuba kita lirik sebentar anak mata kita untuk melihat keadaan atau kedudukan Islam di kiri dan kanan kita. Usahkan hendak melihat usaha Barisan Nasional mempertahankan agama, pemimpin mereka mempersenda agama , dibiarkan begitu sahaja.

7. Terbaru sebagai contoh yang mudah, apabila Presiden MCA Chua Soi Lek memperlekeh tindakan Cikgu Normala Shamsudin yang tidak bersalam dengan lelaki ajnabi [asing - sah nikah] dalam pilihanraya kecil Tenang, saya lihat pemimpinan UMNO hanya mampu senyum seperti saling redha meredhai apa yang dilakukan oleh Chua Soi Lek. Mungkin mereka berkata , aah ! ini perkara kecil ! Lalu bagaimana pula tindakan Timbalan Presiden UMNO Datuk Muhyidin Yassin yang menempelak Kerajaan Kelantan kerana mengharamkan industri judi di negeri itu ? Chua Soi Lek pula sokong .

8. Memanglah mereka bekerjasama antara UMNO dan MCA malah kerjasama mereka lebih awal dari kerjasama PAS dan DAP. Namun apa ertinya kerjasama sedemikian ? Ini kerjasama yang berasaskan dosa dan kerjasama seperti ini ditolak oleh Islam. Sudah sekian lama mereka bekerjasama tetapi nampaknya MCA dan MIC sehingga hari ini tidak memahami Islam. Macam mana MCA dan MIC boleh faham Islam jika pemimpin UMNO sendiri pun rabun agama.

9. Ini berbeza dengan kerjasama PAS dan DAP serta PKR. PAS tetap dengan dasar perjuangan Islamnya dan tegas dengan prinsip - prinsip Islam. Malah kita membawa Islam yang tulen sebagaimana Islam yang dibawa oleh Rasulullah saw. Iaitu Islam yang sangat toleransi, menghormati kebebasan beragama, tidak memaksa orang lain menganut Islam, menyambung tali persaudaraan, menegakkan keadilan, menentang kebhatilan dan memelihara nyawa, aqal, harta, maruah dan keturunan. PAS konsisten memperjuangkan Islam. Tohmahan yang mengatakan PAS menggadai prinsip perjuangan mestilah disertakan bukti, bukan membebel tidak menentu arah.

10. Jauhlah bezanya dengan UMNO dalam Barisan Nasional. Bukan sahaja MCA dan MIC tidak memahami Islam, malah UMNO sendiri saya lihat sejak dulu lagi keliru tentang Islam. Tun Dr Mahathir bawa Islamisasi sebagai Islamnya. Mari Tun Abdullah Badawi pula membawa Islam Hadhari sebagai mazhabnya. Kini Datuk Seri Najib pula mengendong Islam Sederhana sebagai anutan barunya. Selepas ini, jika UMNO lagi yang memerintah negara, saya tidak tahu, Islam apa pula yang akan diperkenalkan oleh UMNO .... kawan - kawan rockers saya kata, berapa banyak Islam daaaa !

ermmm, agak - agak nak kena sambung lagi ke ni ! cuba anda perhatikan , kena sambung ke tidak :)

Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Gobala bayar guna cek RM1.4 juta , katak-katak lain kenapa membisu ????

PKR balas serangan Gobala, 'dedah' cek RM1.4j

Selepas 'diserang' ahli parlimen Bebas dari Padang Serai, N Gobalakrishnan di Parlimen semalam, PKR 'menyerang balas' hari ini dengan mendakwa bekas rakan seperjuangan mereka itu telah dibayar untuk meninggalkan parti pembangkang dan menyerang kepimpinannya.

NONEPKR mengulangi pendiriannya bahawa tindakan wakil rakyatnya keluar parti, adalah didorong oleh insentif mewah yang tidak mungkin mereka perolehi jika kekal di dalam parti itu.

Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution (kanan) menyifatkannya
sebagai satu godaan yang mendorong mereka menjadi mangsanya.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Parlimen hari ini, beliau berkata, mereka ini kemudiannya mencipta pelbagai alasan yang tidak berasas untuk menjustifikasikan pengkhianatan mereka itu.

Begitu juga, kata Saifuddin, dengan ahli parlimen Padang Serai yang juga keluar dari parti itu.

NONEYang anehnya, dakwa beliau, secara tiba-tiba, Gobalakrishnan dapat membayar pajakan RM1,402,250 untuk Embun Megah Sdn Bhd dialamatkan 1525, Kulim Height 3, Kulim Golf and Country Resort Kedah - yang didakwa Saifuddin milik ahli parlimen itu - kepada Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad.

Bayaran itu, dakwanya lagi, telah dibuat melalui dua cek lewat tarikh Bank Hong Leong Bank - satu bertarikh 12 Januari 2011 berjumlah RM700,000 dan yang satu lagi bertarikh 15 Mac 2011 berjumlah RM701,250, kata Saifuddin, sambil menunjukkan salinan fotokopi cek tersebut kepada pemberita.