- Laksanakan Dasar Meningkatkan Kualiti Hidup Orang Melayu Termiskin dan Miskin
Angkatan Muda Keadilan Selangor menyarankan kepada Kerajaan Negeri Selangor untuk memperkukuhkan polisi meningkatkan kualiti hidup khususnya bangsa Melayu yang kadar dan statistik termiskin dan miskin masih tinggi.
Kerajaan negeri disaran memperhebatkan perancangan dan gerak kerja untuk menaik taraf kualiti hidup rakyat keseluruhannya agar pembangunan pesat ekonomi Selangor mampu dirasai bersama-sama.
AMK Selangor berharap agar kerajaan negeri menyediakan pelan jangka pendek dan panjang untuk mengatasi cabaran kemiskinan luar bandar dan kota. Kegawatan ekonomi global dan negara yang masih belum pulih sepenuhnya merupakan satu cabaran besar yang perlu dihadapi oleh kebanyakan rakyat. Kesan tersebut amat dirasai oleh kebanyakan rakyat yang berpendapatan di bawah kadar garis kemiskinan.Peningkatan kos sara hidup dan makanan asas yang semakin menjadi-jadi mutakhir ini menyebabkan golongan rakyat termiskin terasa terhimpit. Ini belum lagi mengira soal penjagaan kesihatan dan pendidikan di mana kosnya juga semakin meningkat. Melihat realiti semakin mencabar ini maka AMK Selangor membuat cadangan kepada kerajaan negeri agar agenda pembasmian kemiskinan atau peningkatan kualiti hidup ini dijadikan agenda dan polisi kerajaan negeri yang perlu ditangani secara segera dan sistematik

AMK Selangor mengutarakan beberapa cadangan kepada kerajaan negeri memastikan golongan rakyat termiskin dan miskin berupaya keluar daripada kesempitan hidup.
Pertama : Menjadikan Program Meningkatkan Kualiti Hidup Golongan Miskin Sebagai Polisi Utama Kerajaan Negeri Selangor.
Kerajaan negeri perlu menggerakkan dan melaksanakan pelan jangka pendek dan panjang yang menyediakan perancangan tersusun dan sistematik untuk golongan miskin mampu berdikari sendiri dan akhirnya dapat membantu golongan miskin yang lain. Mereka perlu diberi pendedahan dan bimbingan untuk menyediakan minda mereka percaya bahawa kemiskinan mampu diatasi dengan berkat usaha yang gigih dan bersungguh-sungguh.
Kerajaan negeri perlu meletakkan sasaran berapakah jumlah golongan miskin yang perlu dikeluarkan daripada status termiskin dan miskin. Malahan yang terpenting ialah bagaimana kerajaan negeri melaksanakan program untuk membasmi kemiskinan jiwa dan minda yang menjadi penghalang utama kepada pembasmian kemiskinan fizikal. Program khas perubahan dan anjakan minda amat perlu bagi memastikan golongan termiskin dan miskin dapat melihat potensi besar dapat dibangunkan.

Kedua : Memperkukuh Peranan Lembaga Zakat Selangor Untuk Meningkatkan Kualiti Hidup Rakyat Termiskin dan Miskin.
Konsep pemberian bantuan zakat kepada golongan termiskin dan miskin memerlukan perubahan daripada hanya menerima kepada menjadi penyumbang. Bantuan yang diberi perlu kepada tempoh tertentu di mana pada suatu masa nanti penerima bantuan zakat diasuh disedarkan untuk berupaya menjadi penyumbang zakat pula. Lembaga Zakat perlu memperbanyakkan program-program untuk mengkayakan golongan miskin khususnya pembentukan peribadi unggul dan cemerlang serta program-program usahawan.
Golongan miskin yang mempunyai kekuatan kudrat dan mental perlu diberi tunjuk ajar dan motivasi dan inspirasi agar mereka tidak selama-lamanya berada ditakuk lama. Adalah perlu mereka menjalani proses transformasi diri daripada sudut dalaman dan luaran agar mereka mampu mempunyai peluang untuk menaikkan taraf sosioekonomi mereka dan keluarga. AMK Selangor juga mencadangkan Lembaga Zakat Selangor dan Baitulmal agar pendekatan yang dipraktikkan semasa pemerintahan Khalifah Umar Bin Abdul Aziz dikaji dan dilaksanakan. Konsep kejayaan baginda dalam membawa kemakmuran negara pada ketika itu adalah inspirasi untuk LZS dan BaitulMal menerapkan konsep tersebut di negeri Selangor.
Ketiga : Program Khas Meningkatkan Kualiti Hidup Golongan Miskin Lingkungan Umur 35 Tahun Ke Bawah Semua Bangsa.
AMK Selangor mencadangkan agar satu program terancang dilaksanakan untuk golongan yang berada dalam kategori paras kemiskininan di bawah umur 35 tahun dirangka dan dilaksanakan. Kerajaan negeri perlu memastikan bahawa apabila golongan dalam kategori miskin telah berumur 35 tahun dapat keluar dalam kelompok miskin atau lebih awal lagi.
Peringkat umur bawah 35 tahun ini memerlukan pendekatan yang berbeza untuk memastikan golongan ini mempunyai kebebasan kewangan atau financial freedom. Justeru slot pendedahan aspek pengurusan kewangan dan aset yang betul dan sistematik mampu membuka potensi golongan ini untuk keluar daripada status pendapatan di bawah paras kemiskinan. Mereka yang telah berjaya dalam program ini perlu membayar kembali dengan cara mereka membantu golongan lain yang masih belum berjaya. Melalui konsep ini maka secara tidak langsung peratusan kemiskinan mampu dikurangkan dari masa ke semasa.
Keempat : Perlaksanaan Dasar Gaji Minimum Pekerja
AMK Selangor juga mencadangkan agar perlaksanaan dasar gaji minimum untuk pekerja kerajaan dan swasta dapat dilaksanakan. Melalui dasar ini kita berharap golongan yang berpendapatan di bawah paras kemiskinan mampu berhadapan dengan kenaikan sara hidup dan perbelanjaan keluarga. Malahan polisi ini juga diharap dapat diterangkan dengan baik kepada pelabur-pelabur asing yang ingin melabur di Selangor agar mereka mempunyai tanggungjawab sosial dalam membantu menaikkan taraf kualiti ekonomi rakyat.
AMK Selangor berharap kepada kerajaan negeri Selangor terus menjadikan keutamaan dasar meningkatkan kualiti hidup sebagai perubahan baru di bawah kerajaan Pakatan Rakyat yang serius membantu golongan di bawah paras kemiskinan semua bangsa dan agama.
Semoga cadangan dan saranan yang dikemukan dapat diperhalusi dan teliti dengan serius oleh kerajaan negeri Selangor. AMK Selangor berharap agar Selangor menjadi negeri idaman dan madani yang memberikan keselesaan hidup kepada rakyat semua bangsa dan agama.

Naib Ketua AMK Malaysia
merangkap Ketua AMK Selangor