klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Jumaat, 19 Jun 2009

Kontraktor ‘Kroni’ Tarik Diri, Pembinaan LPT Fasa 2 Lewat



Friday, June 19, 2009

KUALA TERENGGANU - Dua kontraktor melaksanakan kerja-kerja pembinaan Fasa dua Lebuhraya Pantai Timur (LPT2) telah menarik diri menyebabkan ia akan hanya dijangka siap pada 2012.
Menteri Besar Terengganu Dato’ Ahmad Said berkata seorang kontraktor sudah menghantar surat menarik diri, manakala seorang lagi dalam proses berbuat demikian.Katanya kontraktor itu menarik diri berikutan harga bitumen, yang merupakan bahan utama bagi kerja-kerja menurap lebuh raya itu, melambung tinggi.
“Harga bitumen yang tinggi menyebabkan kontraktor itu menarik diri kerana tidak mampu. Jika mereka teruskan juga kerja-kerja itu, mereka akan mengalami kerugian yang besar,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di sini kelmarin. - buletinonline
FM - Kenapa? Takut lepas siap jalan pulak runtuh ? korup banyak sangat ke ?

PERHIMPUAN ANTI –ISA : LIMA PELAJAR DIDAPATI BERSALAH

Mahkamah majistret Kuala Lumpur hari ini mendapati lima pelajar universiti bersalah kerana menyertai perhimpunan haram anti-ISA pada Julai 2001.
Mereka masing-masing didenda RM3,900 atau tiga bulan penjara. Mahkamah juga menolak permohonan mereka untuk menangguhkan hukuman tersebut.Majistret Hafiza Sauni, bagaimanapun, melepaskan seorang pelajar daripada tuduhan tersebut.
Mereka yang didapati bersalah ialah Rafzan Ramli, Khairul Amal Mahmud, Ahmad Kamal Abdul Hamid, Nik Norhafizi Nik Ismail dan Zulkefle Idris - semasa pelajar universiti tempatan ketika itu.
Mereka telah digantung daripada meneruskan pengajian mereka mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti Act. - Malaysiakini

FM - Tahniah ! Teruskan perjuangan ! Jangan gentar ! Lawan Tetap Lawan ! Mansuhkan ISA !

Peguam: Tiada bukti Anwar liwat Saiful

S Pathmawathy Jun 18, 09 3:29pm

Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan bahawa kebanyakan bukti penting - yang diperlukan untuk mensabitkan ketua pembangkang itu dengan tuduhan liwat - tidak ada dalam laporan perubatan yang disediakan oleh Hospital Kuala Lumpur.
Menurut mereka, laporan perubatan itu yang dikeluarkan oleh hospital tersebut, mendedahkan bahawa tiada bukti yang menunjukkan berlaku tusukan pada dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan - pengadu di mana kes jenayah itu diasaskan.
Satu salinan laporan perubatan itu disertakan bersama afidavit yang difailkan oleh Anwar semalam untuk mengetepikan tuduhan liwat terhadapnya. Kes itu akan didengar mulai 1 Julai ini.Laporan perubatan itu bertarikh 13 Julai 2008 dan disahkan oleh tiga pakar dari hospital kerajaan tersebut.
Sebahagian daripada laporan tersebut, yang diedarkan kepada pihak media oleh peguam Anwar hari ini menyebut, tiada bukti klinikal yang konklusif yang menunjukkan berlaku tusukan di dubur dan tiada luka yang signikan pada tubuh pesakit (Mohd Saiful).
Bukti terpenting dalam tuduhan rogol atau liwat ialah menunjukkan bukti berlakunya tusukan, kata peguam Amer Hamzah Arshad.Dan ianya tidak ada dalam kes ini, tambahnya.

Cadangan Jambatan Ketiga Najib Altntuya Ditolak Sultan Johor

Sultan Johor hari ini bertitah baginda tidak setuju dengan cadangan pembinaan jambatan ketiga menghubungi Johor dengan Singapura, demikian lapor Berita Harian.
Titah baginda itu disampaikan oleh Tengku Mahkota Johor ketika merasmikan mesyuarat pertama, penggal kedua Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, sebentar tadi."Beta dititahkan oleh Sultan Johor bahawa baginda tidak bersetuju dengan cadangan pembinaan jambatan ketiga itu," titah baginda.
Pengumuman mengenai pembinaan jambatan ketiga di Timur Johor dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ketika mengadakan lawatan pada 18 hingga 19 Mei lalu, bagi menyelesaikan masalah kesesakan yang sering berlaku Tambak Johor terutama waktu puncak selain menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi di kawasan sekitar Desaru dan Pengerang. Cadangan mewujudkan laluan penghubung ketiga antara kedua-dua negara itu dikemukakan Perdana Menteri dan dipersetujui Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Long.
Anggota parlimen Johor Baharu Datuk Shahrir Abdul Samad sebelum ini menyifatkan langkah pembinaan jambatan ketiga antara Malaysia dan Singapura di Timur Johor sebagai tidak wajar.Shahrir berkata pembinaan jambatan antara Singapura dengan Pengerang seterusnya Mersing itu bukan keperluan mendesak bagi rakyat negara ini dan pelancong dari republik itu.
"Pandangan saya, pembinaan jambatan itu bukan satu keperluan yang mendesak sebaliknya kerajaan perlu meningkatkan kecekapan perkhidmatan feri atau menggalakkan penggunan kapal dan bot bagi menghubungkan kedua-dua negara.
FM - Cadangan yang bodoh oleh Najib dapat dikesan oleh Sultan Johor. Tahniah Sultan Johor yang perihatin dan peka dengan tipu helah 1 manusia bernama Najib Razak .

Amerika namakan Malaysia sebagai pusat pelacuran

Gagal membendung jenayah di seluruh negara yang semakin berleluasa sehinggan mengancam keselamatan harian rakyat, kerajaan Barisan Nasional hari ini menerima satu lagi tamparan.Amerika Syarikat menyenarai-hitam Malaysia sebagai antara 17 negara utama di dunia terbabit dalam penyeludupan manusia khususnya untuk pelacuran.
Malaysia berkongsi “penghormatan” itu dengan negara seperti Zimbabwe, Sudan, Korea Utama, Papua New Guine, Fji dan Arab Saudi sebagai destinasi paling aktif dalam penyeludupan manusia, menurut laporan tahunan Jabatan Negara Amerika Syarikat.
Malaysia digugurkan daripada senarai itu pada tahun lalu, tetapi kemasukan begitu ramai rakyat asing secara haram untuk pelacuran dan pekerjaan memaksa Washington sekali lagi meyenarai hitamkan Kuala Lumpur.
Menurut laporan itu, selain pelacuran, Malaysia turut menjadi destinasi untuk mengeksplotasi pekerja asing.“Malaysia didapati gagal mencapai tahap minima untuk membanteras penyeludupan manusia dan tidak dilihat sebagai apa-apa usaha berkesan kea rah itu, laporan berkenaan menyatakan.
Laporan itu turut mengatakan pegawai Imigresen didapati terbabit dalam sindiket mendagang rakyat Mynamar di persempadanan Malaysia-Thailand.Pegawai Imigresen dikesan menjual rakyat Myanmar untuk RM700 tiap seorang kepada kumpulan tertentu yang beroperasi di situ.-TVA
FM- Tahniah 1 Malaysia ! Akaun sumpah balasubramaniam menyatakan Najib Razak mengaku bahawa pernah melakukan hubungan SEKS dan MELIWAT Altantuya ! Tak hairan kalau Malaysia disenaraikan sebagai pusat pelacuran kerana kemasukan warga asing . Sebab Altantuya pun warga Mongalia !

K'tan Tuntut Royalti Minyak RM1 Bilion

Kerajaan negeri Kelantan akan membuat tuntutan sebanyak RM1 bilion kepada kerajaan pusat untuk bayaran royalti minyak yang didakwa tertunggak sejak 2004. Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa berkata mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini bersetuju supaya Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menulis surat rasmi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung perkara itu.
Katanya, menurut laporan Jabatan Perdana Menteri yang diedarkan kepada pegawai kerajaan negeri, anggaran pengeluaran petroleum di Kelantan dalam satu tahun adalah RM2.5 bilion, lapor Bernama.Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat exco hari ini, Husam berkata, Kelantan mula menjadi negeri pengeluar minyak sejak 2004 dan sepatutnya mendapat royalti sepertimana negeri pengeluar minyak yang lain iaitu Sabah, Sarawak dan Terengganu.
Menurutnya, adalah satu perkara yang sangat memalukan jika kerajaan pusat tidak dapat membayar wang royalti itu lebih-lebih lagi kerajaan pusat kini memperkenalkan konsep 1Malaysia, yang mengutamakan rakyat.
Sementara itu, di Kuala Lumpur, ahli Parlimen Machang Saifuddin Nasution Ismail berkata pakatan pembangkang akan memainkan isu royalti minyak itu dalam kempen pilihanraya kecil DUN Manek Urai."Sekiranya negeri-negeri yang lain ini mendapat royalti petroleum, mengapa tidak Kelantan...sekiranya Najib benar-benar ikhlas, saya cadangkan beliau membayar kembali royalti petroleum hak Kelantan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.TVA

KONSPIRASI 1998 BERULANG ?

Maka bermulalah edisi kedua konspirasi politik, penyembunyian bahan bukti dan keterangan saksi serta pencabulan undang-undang yang direstui di peringkat tertinggi.Barisan pelakon utama dalam siri ini adalah sama – antara lain Ketua Polis Negara dan Peguam Negara.
Mereka mensasarkan orang yang sama– Anwar Ibrahim.Perbicaraan liwat yang dilemparkan terhadap Anwar untuk kali kedua mirip bibit-bibit awal kes rasuah dan liwat Anwar selepas beliau dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998.
Kini, Anwar sekali lagi berdepan dengan pendakwaan yang enggan menyerahkan bahan bukti walaupun permohonan dibuat oleh peguam mantan Timbalan Perdana Menteri itu sejak September tahun lalu.Anwar terpaksa memohon mendapatkan perintah mahkamah untuk mengarahkan pejabat Gani Patail supaya menyerahkan segala bukti yang dikumpul oleh polis bagi membolehkannya menyediakan pembelaan yang tuntas.
Walapun perbicaraan kes itu akan bermula kurang dua minggu, Pendakwa Raya berkeras enggan membekalkan peguam Anwar dengan pita rakaman CCTV yang asal yang diambil di beberapa lokasi di tempat kejadian di Kondominium Desa Damansara, Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara dari tarikh 25 Jun hingga 27 Jun 2008.Begitu juga dengan contoh DNA, kenyataan-kenyataan saksi termasuk pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan dan kenyataan polis.
Dalam keadaan begini, tidak siapa boleh menyalahkan peguam-peguam Anwar sendiri atas rasa gusar tidak dapat menyediakan pembelaan lengkap untuk anak guam mereka.Bagi peguam seperti Sankara Nair, semua yang sedang berlaku sekarang adalah siaran ulangan perbicaraan yang ditempuhi oleh Anwar sebelum ini.Beliau berkata setakat ini pihak pendakwaraya mempamerkan sikap tidak profesional dan beretika dalam segala peri laku mereka bersabit kes itu.Amat penting untuk Anwar mendapatkan contoh DNA yang digunakan oleh pendakwaraya selain rakaman CCTV.
Kedua-duanya perlu bagi membolehkan Anwar mendapatkan pakar sendiri untuk menyaring serta menguji kesahihan bukti yang akan dibawa ke mahkamah oleh kerajaan.Permohonan Anwar untuk mendapatkan bahan kes itu akan didengar pada 22 Jun ini.
Perbicaraan itu akan menawarkan intipan awal ke atas tata laku badan kehakiman terhadap Anwar kali ini.Memang tidak dinafikan, ada segelintir hakim yang masih mendokong prinsip keadilan dan menolak sebarang campurtangan dalam tugas mereka. Hanya segelintir.Hakikatnya ialah beberapa keputusan mahkamah, contohnya yang bersabit krisis Perak menyerlahkan kebimbangan umum terhadap kebebasan institusi kehakiman.
Dalam kes liwat Anwar sendiri, keputusan bingkas Mahkamah Tinggi sebelum ini menolak keputusan Mahkamah Sesyen mengenai haknya membicarakan kes itu menzahirkan rasa bimbang terhadap peluang Anwar untuk mendapatkan pengadilan sewajarnya.Perjuangan Anwar selama ini menjadikan beliau musuh politik utama kepada Mahathir.
Kini Najib Razak pula berdepan dengan Anwar dan gandingan mantap Pakatan Rakyat yang semakin menggugat ketahanan Barisan Nasional.Sayugia diingatkan Najib dan Rosmah secara langsung terbabit dalam kes ini.
Persoalan sama ada pasangan No 1 negara itu akan tampil memberi keterangan di mahkamah akan mencorakkan kredibiliti kerajaan, pendakwaraya dan polis dalam menghadapkan Anwar ke mahkamah atas tuduhan yang begitu mengaibkan.
Pendedahan terbaru bahawa pejabat Peguam Negara masih menahan begitu banyak bukti daripada peguam Anwar_satu pencabulan yang jelas di bawah Seksyen 51 dan 51(A) _ hanya meyemarakkan anggapan bahawa sejarah detik hitam perbicaraan Anwar akan berulang… TVA

AMK Johor Sedia Jentera Ke Manek Urai

Johor Bahru - Dalam kemelut Dewan Pemuda PAS dikatakan berlaku perpecahan dan beberapa negeri enggan menghantar jentera di Pilihanraya Kecil manek Urai, Ketua Angkatan Muda Keadilan Johor telah merancang menghantar jenteranya.
Sdr. Zabidie Abas, Ketua AMK PKR Johor ketika dihubungi Johor Daily memberitahu, " AMK Johor akan ke Manek Urai sekitar 4-5 Julai, insyallah". Beliau menambah lagi, "walaupun jumlahnya tidak ramai AMK Johor akan membantu."
Sehubungan itu beliau menyeru AMK negeri lain turut bersama membantu calon PAS yang akan bertanding pada 14 Julai nanti. Ketika ditanya mengenai jumlah jentera AMK Johor, beliau sedang mengumpulkan seberapa ramai dan akan berkerjasama dengan Dewan Pemuda PAS Johor.
Zabidie menjawab ketika ditanya mengenai peluang calon Pakatan Rakyat di DUN Manek Urai, " jika memandang remeh, kita akan menerima kekalahan seperti di Batang Ai".
Dalam perkembangan lain ketika ditanya mengenai had umur AMK kepada 35 tahun, Zabidie berkata, "Undi majoriti telah bersetuju, kita bukan Umno yang semua setuju semasa membuat keputusan kemudian bertelagah." tegasnya lagi.

Posted by JOHOR DAILY