klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Jumaat, 19 Jun 2009

Cadangan Jambatan Ketiga Najib Altntuya Ditolak Sultan Johor

Sultan Johor hari ini bertitah baginda tidak setuju dengan cadangan pembinaan jambatan ketiga menghubungi Johor dengan Singapura, demikian lapor Berita Harian.
Titah baginda itu disampaikan oleh Tengku Mahkota Johor ketika merasmikan mesyuarat pertama, penggal kedua Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, sebentar tadi."Beta dititahkan oleh Sultan Johor bahawa baginda tidak bersetuju dengan cadangan pembinaan jambatan ketiga itu," titah baginda.
Pengumuman mengenai pembinaan jambatan ketiga di Timur Johor dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ketika mengadakan lawatan pada 18 hingga 19 Mei lalu, bagi menyelesaikan masalah kesesakan yang sering berlaku Tambak Johor terutama waktu puncak selain menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi di kawasan sekitar Desaru dan Pengerang. Cadangan mewujudkan laluan penghubung ketiga antara kedua-dua negara itu dikemukakan Perdana Menteri dan dipersetujui Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Long.
Anggota parlimen Johor Baharu Datuk Shahrir Abdul Samad sebelum ini menyifatkan langkah pembinaan jambatan ketiga antara Malaysia dan Singapura di Timur Johor sebagai tidak wajar.Shahrir berkata pembinaan jambatan antara Singapura dengan Pengerang seterusnya Mersing itu bukan keperluan mendesak bagi rakyat negara ini dan pelancong dari republik itu.
"Pandangan saya, pembinaan jambatan itu bukan satu keperluan yang mendesak sebaliknya kerajaan perlu meningkatkan kecekapan perkhidmatan feri atau menggalakkan penggunan kapal dan bot bagi menghubungkan kedua-dua negara.
FM - Cadangan yang bodoh oleh Najib dapat dikesan oleh Sultan Johor. Tahniah Sultan Johor yang perihatin dan peka dengan tipu helah 1 manusia bernama Najib Razak .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan