klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Selasa, 8 Disember 2009

AMK TERENGGANU BERJAYA SERAH MEMORANDUM BANTAHAN BAIKPULIH STADIUM SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN OLEH KONTARKTOR ASAL

AMK Terengganu telah menyerahkan memorandum bantahan terhadap keputusan kerajaan menyerahkan pembaikian dan baikpulih Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin kepada konraktor asal hari ini jam 2.40 petang di Kompleks Kerja Raya , Kementerian Kerja Raya , Jalan Sultan Salahuddin , Kuala Lumpur .
Memorandum bantahan tersebut telah dilakukan oleh Ketua AMK Terengganu , Sdr. Fariz Musa dan telah diterima oleh En. Mohd Rizal , Pengawai Perhubungan Awam kepada Ketua SU Kementerian Kerja Raya bagi mewakili YB Menteri Kerja Raya yang sekarang sedang berada di Kelantan .
Turut hadir bersama dalam rombongan AMK Terengganu ialah Sdr. Muzafeq Mohamad(Timbalan Ketua AMK Terengganu ) , Sdr. Saado Md. Nor ( EXCO AMK Terengganu ) dan Sdr. Chin Fok Chen ( penasihat AMK Terengganu ) .
Sewaktu kehadiran rombongan AMK Terengganu , di luar Kompleks Kerja Raya terdapat ramai anggota Cawangan Khas berpakaian preman dan anggota-anggota PGA serta beberapa orang pegawai polis yang menunggu dari awal lagi bagi memantau dan bersiap sedia mengawal .
Sewaktu menyampaikan memorandum , Sdr. Fariz Musa telah menyatakan tujuan memorandum tersebut lakukan bagi membantah tindakan kerajaan menyerahkan pembaikian dan baikpulih stadium dan struktur bumbung kepada syarikat kontraktor asal iaitu Genggam Mercu SB , Amarcon SB dan Bina Struktur SB serta subkontraktor dari Korea.
AMK mempertikaikan keputusan kabinet bagaimana syarikat-syarikat yang tidak berpengalaman dan gagal tersebut diberi tanggungjawab oleh Kerajaan untuk membaikpulih struktur bumbung stadium tersebut sedangkan syarikat-syarikat tersebut yang menyebabkan stadium tersebut runtuh .
Kos tersebut adalah diwajar ditanggung oleh kontarktor asal tetapi kerajaan wajar memilih kontraktor baru yang lebih berwibawa , bertauliah dan berpengalaman serta dibuat secara pemilihan Tender Terbuka .
En. Rizal menyatakan bahawa bukan pihak kementerian yang menentukan keputusan tersebut dan tugas JKR adalah memantau , menyelengara dan menjadi perunding kepada syarikat yang membina bangunan stadium tersebut .
AMK Terengganu memohon supaya YB Menteri Kerja Raya memanjangkan perkara tersebut kepada kabinet agar dapat mengkaji serta membatalkan keputusan tersebut . Ini adalah kerana syarikat-syarikat tersebut adalah gagal dalam melaksanakan tanggungjawab dengan baik dalam membina stadium tersebut yang runtuh pada Jun lalu . Ini meletak nyawa rakyat terancam termasuk DYMM Sultan Terengganu .
AMK Terengganu juga mempertikaikan kenapa SSMZA dibenarkan digunapakai termasuk mengadakan perasmian oleh DYMM Yang DiPertuan Agong sedangkan kenyataan JKR Terengganu bahawa stadium tersebut belum mendapat 'Sijil Siap Kerja' . Ini merupakan jenayah yang tidak dapat dimaafkan .
Stadium tersebut tidak wajar dibaikpulih selagi kerana laporan siasatan oleh pakar dari Britain , SPRM dan termasuk JKR masih belum diketahui dan perlu didedahkan kepada rakyat Terengganu .

Stadium Runtuh – AMK Serah Memorandum Bantahan

Tuesday, 08 December 2009 03:11 SMNoor

KUALA TERENGGANU - Angkatan Muda Keadilan ( AMK ) Negeri Terengganu akan menyerahkan memorandum membantah keputusan kerajaan mengarahkan syarikat asal membaiki semula bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SMZA).
Ketuanya Fariz Musa berkata, kerajaan pusat, melalui Mesyuarat Pasca-Kabinet pada 6 November 2009 telah membuat keputusan mengarahkan kontraktor asal agar membina semula bumbung yang runtuh pada 2 Jun lalu.
Tindakan tersebut katanya adalah satu tindakan yang keterlaluan kerana syarikat dan kontraktor asal tersebutlah yang bertanggungjawab mengakibatkan bumbung itu runtuh.”Bagaimana kerajaan boleh memberikan sekali lagi kepercayaan kepada syarikat tersebut yang ternyata telah gagal melaksanakan amanah rakyat, membina stadium yang menelan belanja RM300 juta itu,”katanya ketika menghubungi Buletinonline.
Oleh itu, katanya, AMK akan menyerahkan memorandum bantahan itu pada jam 2 petang 8 Disember (hari ini), kepada Menteri Kerja Raya di Kementerian Kerja Raya , Kompleks Kerja Raya, Jalan Sultan Salahuddin, Kuala Lumpur.
Beliau turut mengajak semua rakyat yang prihatin terhadap tragedi stadium runtuh itu, khususnya anak-anak muda Terengganu di Kuala Lumpur, bersama-sama beliau menyerahkan memorandum tersebut. - BULETINONLINE
Berita-berita Stadium Runtuh sebelum ini;

Mahathir seorang ‘Racist’” Laknat Nazri

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Nazri Aziz memanggil Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai ‘Racist’ yang laknat (bloody racist) kerana bekas bosnya itu membela Biro Tata Negara (BTN)Nazri turut menegaskan keputusan kabinet untuk merombak kurikulum BTN dan berkata patriotisma bukan hanya untuk Melayu tetapi untuk semua kaum.
Akhbar internet, Malaysian Insider memetik Nazri berkata demikian di parlimen hari ini ketika mengulas tulisan Mahathir dalam laman blognya.Nazri turut mengutuk akhbar media perdana Utusan Malaysia yang mengamalkan ‘sindrom penafian’ (denial syndrome) kursus, dan mengatakan sikap akhbar itu membuatnya ‘tergelak’.
Semalam, dalam laman blognya, Mahathir berkata tidak perlu apa-apa perubahan yang perlu dilakukan keatas kurikulum BTN, kerana ia adalah bersesuaian untuk menerapkan semangat patriotisma. - BULETINONLINE

MEMORANDUM BANTAH TINDAKAN KERAJAAN MENGARAHKAN KONTRAKTOR ASAL MEMBAIKPULIH STADIUM SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN KEPADA YB MENTERI KERJA RAYA

ANGKATAN MUDA KEADILAN
NEGERI TERENGGANU

Ruj. Kami : AMK.TRG – 01-09 Bil (12 )
Tarikh : 8 Disember 2009

YB Menteri Kerja Raya ,
Kementerian Kerja Raya ,
Kompleks Kerja Raya,
Jalan Sultan Salahuddin,
50580 Kuala Lumpur

Yang Berhormat ,

BANTAHAN TERHADAP KEPUTUSAN KERAJAAN MENGARAHKAN KONTRAKTOR ASAL MEMBAIKI DAN MEMBAIKPULIH STRUKTUR BUMBUNG STADIUM SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN

Adalah dengan segala hormatnya merujuk kepada perlara di atas .

2. Angkatan Muda Keadilan Negeri Terengganu MEMBANTAH keputusan kerajaan melalui Mesyuarat Pasca-Kabinet pada 6 November 2009 mengarahkan kontraktor asal membaiki dan membaikpulih struktur bumbung Stadium Sultan Mizan Zainalk Abidin yang runtuh pada Jun lalu .

3. Beserta ini disertakan memorandum bantahan untuk perhatian dan tindakan Yang Berhormat .

4. Keputusan tersebut hendaklah dikaji , dihentikan serta ditarik balik kerana syarikat-syarikat tersebut adalah GAGAL melaksanakan tanggungjawab yang mengakibatkan runtuhnya stadium tersebut sepertimana kenyataan Yang Berhormat , kejadian memalukan negara itu .

Sekian , Terima kasih .

SELAMATKAN WANG RAKYAT TERENGGANU

Saya yang menjalankan tugas ,


FARIZ MUSA
Ketua AMK Negeri Terengganu
______________________________________________

Tarikh : 8 Disember 2009

MEMORANDUM

BANTAHAN TERHADAP MEMBAIKI DAN MEMBAIKPULIH STRUKTUR BUMBUNG STADIUM SULTAN ZAINAL ABIDIN KEPADA KONTRAKTOR ASAL DAN DEDAHKAN LAPORAN TRAGEDI STADIUM SUKTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN RUNTUH KEPADA RAKYAT

Angkatan Muda Keadilan ( AMK ) Negeri Terengganu MEMBANTAH tindakan Kerajaan melalui Mesyuarat Pasca-Kabinet pada 6 November 2009 memutuskan pihak kontraktor bertanggungjawab membaiki semula dan membaik-pulih struktur bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) di Gong Badak yang runtuh Jun lalu .

Tindakan Kerajaan menyerahkan tanggungjawab kepada kontraktor asal iaitu syarikat konsortium iaitu Genggam Mercu Sdn. Bhd. , Bina Struktur Sdn. Bhd. dan Amarcon Sdn Bhd. serta sub-kontraktor daripada Korea adalah satu tindakan yang keterlaluan sedangkan syarikat dan kontraktor tersebutlah yang bertanggungjawab mengakibatkan keruntuhan SSMZA tersebut . Bagaimana kerajaan boleh memberikan sekali lagi kepercayaan kepada syarikat-syarikat tersebut yang ternyata GAGAL .

AMK Negeri Terengganu juga mendesak pihak kerajaan agar semua projek-projek yang dilaksanakan oleh syarikat-syarikat kontraktor tersebut DISENARAI HITAM , DIGANTUNG atau DIHENTIKAN sama ada yang masih atau sedang beroperasi dan termasuk yang akan datang dengan SEGERA .

Walaupun semua kos untuk kerja-kerja baik pulih itu dipertanggungjawabkan kepada kontraktor asal kerana SSMZA berkenaan masih dalam tempoh jaminan mereka namun begitu tindakan Kerajaan adalah terlalu dangkal apabila masih terus memberikan kepercayaan kepada syarikat-syarikat ko0ntraktor yang tidak berpengelaman dan gagal tersebut membaik pulihkan SSMZA , dengan secara tidak langsung meletakkan sekali lagi keselamatan dan nyawa rakyat serta DYMM Sultan Terengganu akan terancam .

Tindakan tergesa-gesa Kerajaan mengarahkan pembaikpulih stadium tersebut adalah dipertikaikan sedangkan pihak JKR masih belum memberikan laporan secara lengkap dan terperinci punca berlakunya SSMZA tersebut runtuh . Malah laporan siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ( SPRM ) masih belum diketahui statusnya .

Malah selain syarikat-syarikat kontarktor terbabit yang bertanggungjawab , JKR Negeri Terengganu juga terlibat dan berperanan sehingga terjadinya kejadian bumbung runtuh di SSMZA. Ini adalah kerana JKR adalah pihak yang bertanggungjawab penuh terhadap projek berkenaan kerana ianya adalah projek di bawah selenggaraan JKR .

AMK Negeri Terengganu mempersoalkan kenapa tiada tindakan yang diambil oleh Kementerian Kerja Raya terhadap JKR Negeri Terengganu di atas kegagalan dan kecuaian yang telah mengakibatkan SSMZA yang berharga RM292 juta tersebut runtuh walaupun baru dirasmikan pada 2 Mei 2007 . Sepertimana yang dimaklumkan oleh JKR Negeri Terengganu bahawa SMZA belum memperolehi SIJIL SIAP KERJA . Ini adalah merupakan jenayah yang tidak dapat dimaafkan .

AMK Negeri Terengganu bersetuju bahawa kos membaikpulih SSMZA tersebut sememangnya ditanggung oleh kontraktor tersebut tetapi tindakan menyerahkan membaikpulih stadium atau struktur bumbung SSMZA tersebut semestinya diserahkan kepada syarikat yang berpengalaman dan berwibawa selepas laporan lengkap dibuat oleh pihak JKR serta melantik kontraktor tersebut melalui SISTEM TENDER TERBUKA .

AMK Negeri Terengganu mempersoalkan kenapa sehingga sekarang tidak ada sebarang laporan yang dibuat oleh pakar perunding dari Britain yang telah dipertanggungjawabkan oleh pihak kerajaan didedahkan kepada rakyat umum .

AMK Negeri Terengganu mendesak agar kertas laporan siasatan oleh pakar perunding dari Britain yang mempunyai cawangan di Kuala Lumpur sepertimana kenyataan YAB Menteri Besar Terengganu pada 3 Julai 2008 dijangka siap dalam tempoh 3 bulan didedahkan kepada umum kerana ianya melibatkan wang rakyat .

AMK Negerti Terengganu bersetuju dengan kenyataan YB Menteri Kerja Raya bahawa kejadian stadium runtuh adalah sangat memalukan negeri dan negara . Justeru , mendesak agar tragedi yang memalukan negeri dan negara ini ditangani dengan bijaksana , telus dan profesional dan tindakan keputusan menyerahkan kepada syarikat-syarikat kontraktor tersebut dikaji dan dihentikan dan ditarikbalik dengan sertamerta .

SELAMATKAN WANG RAKYAT TERENGGANU

FARIZ MUSA
Timbalan Ketua AMK Malaysia
merangkap
Ketua AMK Negeri Terengganu

Mencipta Legenda Pakatan Rakyat

email diterima oleh Azizie Ibrahim ( Setiusaha Majlis Tertinggi Pemuda Pakatan Rakyat )

oleh : Ooi Heng

Dalam satu jawapan bertulis daripada Jabatan Perdana Menteri kepada Dewan Rakyat pada 19 November 2009, sejumlah 4.3 juta (4,300,542) orang warga Malaysia tidak mendaftarkan diri sebagai pengundi walaupun telah memenuhi kelayakan.

Menurut Laporan Ekonomi 2009/2010 yang dikemukakan Kementerian Kewangan, populasi Malaysia telah mencatat 27.73 juta orang pada tahun 2008. Dengan kata lain, mereka yang layak tetapi tidak mendaftarkan diri sebagai pengundi, mencatat 15.5% daripada jumlah populasi Malaysia.

15.5% populasi tidak mendaftar

Sebelum pilihan raya umum pada 8 Mac 2008, statistik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan sejumlah 4.80 juta warga tidak mendaftarkan diri sebagai pengundi walaupun layak. Seandainya perangkaan-perangkaan rasmi ini adalah benar, apakah ia menunjukkan bahawa proses "tambah dan tolak" dalam tempoh satu dua tahun ini masih mengekalkan bilangan pengundi belum berdaftar pada paras yang tinggi?

Sebaliknya, dalam PRU yang akan datang, seandainya pengundi baru ini masuk ke dalam barisan puluhan juta pengundi, 15.5% daripada populasi ini bakal memberi impak yang besar kepada keputusan PRU, malah menjadi penentu siapakah yang bakal mengambil alih kuasa kerajaan persekutuan.

Di samping itu, analisa Malaysiakini berdasarkan perangkaan Think Tank negeri Pulau Pinang, Socio-Economic and Environmental Research Institute (SERI) menunjukkan perubahan kecenderungan 6-10% pengundi pada PRU yang akan datang, bakal menentukan sama ada BN akan kehilangan kuasa kerajaan persekutuan, dan memberi laluan kepada peralihan kuasa dari parti ke parti.

Dengan kata lain, seandainya PR ingin merampas kuasa kerajaan persekutuan dalam PRU ke-13, maka PR perlu memandang serius perangkaan yang dikemukakan oleh JPM dan SERI.

Spekulasi tarikh PRU ke-13 tersebar luas kebelakangan ini. Malah ada yang menjangka, seandainya kerajaan BN menyambut "Hari Malaysia" secara besar-besaran pada tahun depan, bau PRU terhidu dalam Bajet 2011 pada tahun depan, kolej persendirian dipertingkatkan martabatnya menjadi universiti, berita (yang kelihatan) baik dalam ekonomi terhidang, maka, langkah PRU ke-13 semakin menghampiri.

Kempen pendaftaran secara besar-besaran

Andaikan PRU ke-13 jatuh pada akhir tahun 2010 atau kemudian. Sekiranya dilihat kepada anggaran Laporan Ekonomi Tahun 2009/2010, populasi akan menambah sebanyak 1.15juta orang pada masa itu. Apakah ini juga bermakna bilangan mereka yang layak tetapi tidak mendaftar sebagai pengundi, akan menunjukkan pertambahan yang jelas?
Perubahan angka ini menunjukkan, seandainya tiga parti komponen PR tidak mempercepatkan langkahnya untuk menggerakkan kempen pendaftaran pengundi, dan hanya dijalankan secara berselerak, maka kesannya mungkin ditenggelamkan oleh slogan "1Malaysia".

Slogan "1Malaysia" yang dibayar dengan mahal itu walaupun gagal memberi kesan untuk menyelesaikan gejala rasuah, rasisme, penjenayahan, kelembapan perusahaaan kecil dan sederhana (PKS), namun tetap memberi pengaruh kepada pemuda setelah dipropagandakan secara meluas.

Untuk menangkis serangan kempen "1Malaysia", kempen pendaftaran pengundi ini perlu menonjolkan satu ikon yang mampu menggarap imaginasi pengundi muda. Ikon ini adalah penting dan semestinya seorang "idola politik". Maka, pelaksanaan kempen ini di peringkat bahagian memerlukan penyelarasan antara parti komponen PR, dan kesediaan wakil rakyat kawasan itu untuk menerima ikon tersebut.

Pendek kata, ia menguji keikhlasan kerjasama antara parti komponen dalam PR, dan kelapangan dada pemimpin bahagian untuk menerima bahawa dirinya mungkin bukan "idola politik" yang dijadikan sebagai ikon.

PR perlu melihat survey Merdeka Center dengan optimis, tetapi jangan melihatnya dengan sikap yang sama terhadap laporan SERI. Lain kata seandainya krisis ekonomi global meletus untuk kali kedua, atau keruntuhan sistem ekonomi Malaysia dalam masa terdekat ini. Kalau tidak, agak sukar bagi PR untuk menguasai peralihan kecenderungan 6-10% pengundi.

Kempen pendaftaran pengundi juga perlu mengambil kira realiti bahawa ketidaksamarataan dalam pembahagian kawasan pengundian. Ditambah pula sistem "first-past-the-post" yang diamalkan, maka harapan PR untuk memerintah di pusat mungkin tidak kesampaian.

Ini kerana jikalau kebanyakan belia mendaftarkan diri secara kolektif sebagai pengundi bandar, maka kami boleh membuat andaian bahawa dalam kawasan-kawasan tertentu, calon yang bodoh mungkin mampu mengekalkan kerusinya dengan undi majoriti yang lebih besar, tetapi usahlah PR berharap untuk memerintah di pusat.


*Ooi Heng ialah penganalisa politik. Tulisan ini diterjemahkan dan disunting Lim Hong Siang.

Forum "Natijah dari Krisis Perak" anjuran MerdekaReview

Satu forum bertemakan "Ke arah mana Perlembagaan? Natijah dari Krisis Perak" (Whither the Constitution? Lessons to be learnt from the Perak Crisis) akan dianjurkan oleh MerdekaReview, pada jam 8 malam, 9 Disember 2009 (Rabu), di Auditorium Pusat Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
Antara ahli panelnya termasuklah Professor Kevin Tan, Professor Shad Faruqi dan Mohd Nizar Jamaluddin.
Kevin Tan, graduan dari Yale University, seorang pensyarah di Singapura, dan juga Monash University di kampus Kuala Lumpur. Selain itu, beliau juga banyak menulis mengenai perlembagaan Malaysia dan Singapura.
Professor Shad Faruqi, pakar perlembagaan, dan juga penulis buku Document of Destiny. Selain mengajar di universiti tempatan, juga seorang kolumnis dalam akhbar Star.
Nizar Jamaluddin, Menteri Besar Pakatan Rakyat negeri Perak, merangkap ahli parlimen Bukit Gantang, Perak.
Sekali imbas, krisis Perak yang berlanjutan sehingga kini merupakan antara peristiwa yang paling penting dalam tahun 2009. Pergelutan kuasa antara Barisan Nasional dengan Pakatan Rakyat ini telah memberi impak yang besar kepada sistem politik Malaysia dari semua dimensi, termasuk kehakiman, pasukan keselamatan, perundangan, institusi Raja dan sebagainya.
Kedatangan dialu-alukan. Kemasukan adalah percuma.