klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Khamis, 25 Februari 2010

S'gor agihkan RM49 juta untuk kebajikan rakyatnya

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap perbicaraan kes liwat keduanya di mahkamah tidak “mengganggu” tugasnya sebagai penasihat ekonomi Selangor untuk memberikan lebih perhatian terhadap negeri itu.

“Kalau saya tidak diganggu banyak di mahkamah, saya dapat tumpukan perhatian lebih banyak di negeri Selangor,” katanya ketika berucap dalam program agihan bantuan kewangan daripada kerajaan negeri kepada pelbagai pihak di Shah Alam malam tadi.

Anwar berkata, beliau sentiasa berdoa supaya ujian berbentuk 'fitnah dan khianat' terhadapnya dapat dipermudahkan oleh Allah.

“Sekarang ini masih banyak fitnah dan kianat dilemparkan terhadap saya,” katanya dalam Majlis Semarak Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) 2010 di sebuah dewan di Seksyen 19.

Turut hadir dan berucap pada program berkenaan ialah menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim serta exco kebajikan, wanita dan sains Rodziah Ismail.

Menilai program itu, Anwar berkata, kerjasama berkumpulan antaranya pemimpin dan pegawai-pegawai kerajaan negeri dalam isu-isu ekonomi di negeri itu menyebabkan beliau “amat senang bekerja”.

Pada majlis pada malam semalam, kerajaan Selangor mengumpulkan kira-kira 400 anak negeri yang layak menerima bantuan kewangan, antaranya kanak-kanak baru lahir, warga tua dan penuntut universiti.

Sementara itu, Khalid (kanan, bersongkok) pula pada ucapanya selepas itu berazam menyalurkan kemakmuran dan kekayaan negeri itu terus kepada rakyat Selangor di pelbagai pelosok negeri tanpa mengira bangsa, agama dan parti yang dianggotainya.

“Saya hendak bawa sendiri beliau ke seluruh pelosok... biar Datuk Seri Anwar lihat sendiri, adakah semua ini sampai kepada rakyat di Selangor,” katanya.

Sementara itu, rata-raya penerima sumbangan daripada program-program MES menunjukkan perasaan gembira mereka terhadap skim-skim bantuan yang diperkenalkan kerajaan Pakatan Rakyat selepas mengambil alih kerajaan dua tahun lalu.

Seorang pemandu, Kamarul Hisham Abdullah yang mengambil bantuan bagi pihak bapanya yang sudah uzur berkata bantuan tersebut amat membantu, terutamanya bagi keluarga berpendapatan rendah sepertinya.

“Bapa saya sebelum ini terima RM1,000, malam ini dapat RM1,500, alhamdulillah, apa yang kami terima ini saya rasa cukup dan memadai untuk keperluan-keperluan kami. Sebelum ini saya pun tidak tahu ada program apa untuk membantunya,”katanya.

Sementara seorang penuntut Mohd Reeezwan Ramli, 19, yang menerima bantuan pendidikan RM1,000 berkata, duit yang diterimanya itu akan digunakan bagi meringankan beban keluarganya.

“Saya tidak bercadang guna semua. Saya hanya hendak guna RM500 untuk permulaan, selebihnya saya akan beri pada emak saya pegang.

“Saya seronok dapat bantuan hari ini, tetapi saya gementar kena naik ke pentas, kena bersalam,” katanya sambil tersenyum.

Program kebajikan yang menjadi teras kepada MES ialah Tabung Anak Warisan Selangor, Skim Mesra Usia Emas, Hadiah Anak Masuk Universiti dan Tabung Kebajikan Anak-anak Pekerja Ladang.

Menurut kenyataan daripada pejabat penasihat ekonomi Selangor, sejak dilancarkan pada Jun 2008, sebanyak RM49 juta telah dibelanjakan bagi tujuan kebajikan di negeri itu.

ANWAR TERUS DINAFIKAN HAK LAGI!

Mahkamah tolak permohonan Anwar

Mahkamah Persekutuan hari ini sebulat suara menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyemak keputusannya pada 29 Januari, yang menolak permohonan pembangkang itu untuk memperolehi bukti-bukti utama tambahan seperti rakaman CCTV, laporan perubatan dan kenyataan saksi pendakwa.

Semakan itu didengar oleh panel tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin. Dua lagi hakim Mahkamah Persekutuan ialah Datuk Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Heliliah Mohd Yusof.

Sebelum itu, Karpal Singh, peguam utama Anwar, memberitahu mahkamah pagi ini bahawa beliau kesal semakan itu didengar sekarang kerana tambahan bukti itu yang diminta itu, boleh digunakan dalam perbicaraan Anwar sekarang.

Peguam Karpal Singh mengadu bahawa pihak pembela masih belum menerima senarai nama saksi pendakwa dan ini dianggap sebagai "pelakuan tidak wajar" pihak pendakwa bagi memastikan perbicaraan yang adil.

Katanya, Anwar telah membawa tiga pakar luar dan mereka tidak dibenarkan untuk melihat bukti tersebut.

"Adakah ini adil?" soal Karpal.

Zulkefli kemudiannya bertanya sama ada panel tiga hakim itu boleh menyemak keputusan yang dibuat oleh panel hakim lain, yang sudahpun mendengar merit hujah-hujahnya.

Karpl berkata, mahkamah boleh menyemak keputusannya sendiri kerana dengan jelas telah berlaku ketidakadilan.

"Malah, perbicaraan telah bermula tetapi kami masih lagi belum memperolehi dokumen-dokumen berkenaan," katanya.

Kemudiannya, peguamcara negara 11, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden pula, dalam hujahnya berkata, mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk menyemak keputusannya kerana penghakiman yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan adalah muktamad.

Katanya, sebarang percubaan sebaliknya merupakan satu pembaziran proses mahkamah.

Isu air: K'jaan S'gor prihatin kepentingan rakyat

Tindakan kerajaan Selangor menolak tuntutan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) untuk menaikkan tarif air, jelas menggambarkan keprihatinan kerajaan terhadap kepentingan rakyat yang perlu diutamakan, kata Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor.

"AMK Selangor memuji tindakan bijak dan prihatin kerajaan Selangor dalam isu ini yang tidak sekali-kali berkompromi dan tunduk atas nama kepentingan rakyat Selangor.

AMK Selangor juga mengulangi desakan yang dibuat oleh penasihat ekonomi kerajaan Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar kerajaan pusat mengembalikan aset air dan pengurusan air kepada kerajaan Selangor.

"Atas tindakan Syabas untuk menaikkan tarif air ini maka AMK Selangor tampil mempertahankan pendirian kerajaan Selangor yang komited mempertahankan kebajikan rakyat," kata ketua penerangan AMK Selangor, Mohd Ezli Mashut.

"Kita tidak mahu Syabas menaikkan tarif air kerana jelas ia akan membebankan pengguna tatkala perkembangan ekonomi rakyat masih belum pulih sepenuhnya.

"Malahan ia akan menjejaskan kualiti hidup rakyat yang perlu membayar lebih tatkala ura-ura kenaikan tarif elektrik, kenaikan harga barangan dan perkhidmatan serta perlaksanaan sistem cukai GST yang masih dipertikaikan akan dilaksanakan kelak," katanya.

Mohd Ezli berkata, kesungguhan dan komiten kerajaan Selangor untuk menyelesaikan isu air dalam agenda 'Merakyatkan Ekonomi Selangor' akan terus dipertahankan bersama-sama oleh AMK Selangor dengan sokongan dan dokongan mantap rakyat.

"Kita mahu rakyat Selangor menikmati kualiti hidup yang baik serta mendapat mutu serta kualiti perkhidmatan bekalan air pada tahap yang terbaik dan pada harga yang rendah," katanya.

Semalam, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri sedia dibawa ke mahkamah kerana menolak tuntutan Syabas untuk menaikkan kenaikan tarif air sebanyak 30 peratus tahun lalu.

Bulan lalu, Syabas telah menghantar notis menuntut Selangor membayar pampasan RM339 juta kerana tidak membenarkan kenaikan harga itu tahun lalu.

ayuh! kita bankrupkan Utusan Malaysia ! BOIKOT UTUSAN MALAYSIA !

Kenapa UMNO sanggup biarkan rakyat hidup menderita ?

Balik daripada Kuala Selangor malam tadi selepas menghadiri program ceramah SELAMATKAN MALAYSIA saya update facebook. sampai di rumah pun sudah jam 4.15 pagi. Selepas subuh saya masuk bilik dan rebahkan badan untuk tidur . Di luar kenderaan mula bising. Maklumlah flat yang saya sewa ini betul2 dengan trafic light . Deruman kereta , lori , motor dan semua jenis kenderaan membuktikan rakyat mula bergerak ke destinasi untuk berkerja . Mata saya pejamkan tapi saya masih tidak dapat lelap .
Otak bergerak ke serata ceruk . Saya cuba hentikan semua itu . tapi otak terus menjalar... saya masih belum dapat beradu. Di benak fikiran saya masih lagi menerawang.. teringatkan beberapa siri lawatan saya ke rumah-rumah orang-orang miskin di Kg. Hiliran Jejawi ( di bawah Jambatan Sultan Mahmud , Kuala Terengganu ) . Tak pernah saya terfikir sebelum ini ada lagi manusia yang tinggal di rumah sebegitu . Rumah setinggan yang ada tak lulus dipanggil rumah ! Tapi di situ mereka tinggal dan berteduh . Anak-anak ramai , kotor dan tidak selesa .
Saya ke sana untuk sampaikan sumbangan barang makanan ke pada 2 keluarga miskin . Semua diuruskan oleh Pak Awi dan Pak Mat . Saya ikut sahaja . Merekalah yang banyak bantu saya untuk mencari orang-orang miskin terutama di kawasan DUN Bandar dalam program saya Program Cakna Rakyat .
Allah sahaja yang tahu betapa tersentuh hati saya melihat kehidupan mereka . Berbekalkan hidup dengan bantuan JKM hanya RM200 sebulan . Pak Muda , sakit asma , badan kurus hanya kulit membalut kerangka diri . Isteri terlantar sakit . Waktu saya datang , isteri beliau sedang dimandikan oleh anaknya .
Satu keluarga lagi begitu juga . Si anak bercerita , hendak dapatkan bantuan baju sekolah pun pengerusi JKKK tidak layan . Duit bantuan zakat pun dah lama di tarik . Kerana 'orang hijau'. Si ayah dah lama sakit angin ahmar . Tapi semangatnya kuat .
Dari kedua-dua cerita yang saya dapat semuanya bermula dengan Pengerusi JKKK yang tidak adil , pilih kasih dan tidak menjalankan tanggungjawab . Saya pun hairan bagaimana kawasan perumahan setinggan ada cawangan UMNO dan ada JKKK ? Sedangkan nasib dan kehidupan mereka tidak terbela ! Bila-bila masa mereka boleh dihalau sekiranya kerajaan hendak ambil semula tanah tersebut . Di rumah-rumah mereka banyak bendera BN dan UMNO . Ada yang buat dinding rumah !
Sewaktu selesai lawatan saya , Pak Awi beritahu , Pak Muda bisik pada beliau . Dari pagi mereka tak makan nasi lagi . Sebiji beras pun tidak ada di rumah sebab tidak ada duit nak beli . Ya Allah !
Kenapa UMNO biarkan mereka hidup sebegitu ? Tidak ada usahakah untuk berikan mereka rumah yang lebih selesa ? Semua bantuan mesti melalui JKKK . JKM pun mesti mendapat pengesahan JKKK . Saya dapati , semua masalah bermula daripada JKKK . Termasuk kes di Kg. Paya . Mereka tidak akan bantu rakyat takut kepentingan mereka tergugat . Elaun mereka ditarik sekiranya tidak menjadi pengerusi atau AJK JKKK . Kalau penyokong pembangkang , jangan harap dapat bantuan termasuk Duit Ehsan yang RM300 setahun .
MB Terengganu pun pernah datang melawat di situ masa piluhanraya kecil. Meraih undi . Tetapi tidak punya 'mata' untuk melihat penderitaan rakyat .
saya perlu buat sesuatu !