Saya dihubungi oleh wartawan Berita Harian Edisi Terengganu bertanyakan pandangan saya terhadap keputusan mahkamah menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap kes fitnah liwat beliau .
Sememangnya saya menjangka mahkamah akan menolak permohonan tersebut. Saya tegaskan bahawa ini adalah membuktikan konspirasi atau pakatan jahat yang yang bertujuan menjatuhkan Anwar .
Kes ini sepatutnya dibuang kerana terbukti berdasarkan laporan perubatan iaitu doktor daripada Hospital Pusrawi dan Pakar-pakar dari Hospital Kuala Lumpur mengesahkan bahawa tidak ada sebarang koyakkan atau tusukan di lubang dubur Saifool . Lubang dubur saifool yang masih 'dara' dan disahkan oleh pakar perubatan tiada sebarang koyakkan dan tusukan yang membuktikan tiada kejadian liwat berlaku . Saifool pembohong !
Tindakan pendakwaraya melengah-lengahkan pembicaraan , dokumen yang dipohon dilengah-lengah sehingga sekarang tidak diberikan kepada peguam Anwar .
Saya juga menjelaskan bagaimana pakatan jahat yang dibuat oleh UMNO / BN mengaitkan Anwar dengan skandal wang rm3 juta dan agen Yahudi/Amerika akhirnya terbukti tidak benar . Sebab itu saya jelaskan bahawa rakyat semakin mual dan tidak percaya dengan dakwaan dan tuduhan tersebut . Sebab itu kes liwat ini juga fitnah yang bertujuan menjatuh Anwar .
Saya disoal adakah menyebabkan kurangnya keyakinan rakyat kepada Anwar . Jawapan saya ialah keyakinan rakyat dan ahli Keadilan tidak akan goyang terhadap Anwar . AMK akan meneruskan program KEJAM ( Konspirasi Jahat Terhadap Anwar ) bagi menjelaskan bahawa perancangan jahat terhadap Anwar daripada UMNO/BN .
Saya juga tidak menolak bahawa usaha dibuat oleh para konspirator bagi memastikan Anwar kembali ke penjara !
Khamis, 3 Disember 2009
Foreign Policy: Anwar Ibrahim Pemikir Sejagat No 32 Di Dunia
No 32, Anwar Ibrahim for challenging the Muslim world to embrace democracy.
Opposition leader People’s Justice Party Malaysia
Opposition leader People’s Justice Party Malaysia
Two decades ago, it would have been impossible to imagine Anwar pulling together rural Malays, ethnic Indians and Chinese, and Islamists into a coherent political bloc. Back then, Anwar was deputy prime minister in a de facto single-party state that espoused preferential treatment for ethnic Malays. It was a policy that Anwar had pushed from his days as a youth leader right up until 1997, when he denounced his patron, then-Prime Minister Mahathir Mohamad, for corruption. He would spend the next six years in solitary confinement on trumped-up charges for that political betrayal. And he would leave jail in 2004 with a bold message for change in a country now at the forefront of the struggle for democracy in the Muslim world. Today, Anwar’s political career is blossoming, despite a new, politically motivated indictment. Abroad, he has become an outspoken advocate of religious tolerance.
He sat down with Foreign Policy to talk about his big ideas:
On Muslim countries and the West: You can’t just erase a period of imperialism and colonialism. You can’t erase the fault lines, the bad policies, the failed policies, the war in Iraq, and support for dictators. That to me is the reality. But what is the problem? When you … apportion the blame only to the West or the United States. They want to deflect from the issue of repression, endemic corruption, and destruction of the institutions of governance.
On his time in prison: I spent a lot of time reading. I decided to focus on the great works and the classics. Friends from around the world were sending books, but it takes months for [the prison] to vet them. There came a book on the Green Revolution at that time. The officer said, “Anything revolution — out!” even though it was about agriculture. But the books kept coming. The officers were not even graduates, and [the books] were in English. They would say, “Anwar, out of 10 books, can you send back one?” So I would select something I had already read or something I was not interested in and say, “We should reject this.”
On politics: Of course, you simplify the arguments [for politics], but the central thesis remains constant. People say, “Anwar, you are opportunistic. How can you talk about Islam and the Quran here, and then you talk about Shakespeare and quote Jefferson or Edmund Burke?” I say, it depends on the audience. You can’t talk about Edmund Burke in some remote village in Afghanistan. Then you go to Kuala Lumpur and you quote T.S. Eliot. If I quote the Quran all the time to a group of lawyers, [they will think] I am a mullah from somewhere.
Siasat proksi Najib terlibat ubah akuan Bala - Malaysiakini
Isu dua akuan bersumpah yang saling bercanggahan oleh penyiasat persendirian P Balasubramaniam berhubung kes Altantuya Shaariibuu, yang dikaitkan dengan "proksi" perdana menteri, dilaporkan kepada polis Bukit Aman hari ini.
Dalam aduannya, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyebut bahawa penyiasat tersebut, yang asalnya mendakwa Datuk Seri Najib Razak ada hubungan sulit dengan wanita Mongolia itu, berbohong apabila menafikannya dalam tempoh 24 jam. "Maknanya sudah tentu salah satu akuan bersumpahnya adalah palsu.
"Membuat akuan bersumpah dengan maklumat palsu adalah salah di sisi undang-undang."Namun tiada sebarang tindakan dikenakan ke atas Balasubramaniam," aduan polis itu dipetik.
Dalam kenyataan terbarunya, Balasubramaniam mendedahkan bagaimana wujud tekanan terhadapnya agar menukar akuan bersumpah pertamanya, 3 Julai tahun lalu, susulan pertemuan dengan beberapa individu – antaranya adik perdana menteri Datuk Mohamed Nazim Razak dan peniaga permaidani Deepak Jaikishan, yang didakwa rapat dengan Datin Seri Rosmah Mansor, isteri perdana menteri.Nama-nama ini bagaimanapun tidak dinyatakan dalam aduan polis SAMM di ibu pejabat polis persekutuan pagi ini, sebaliknya hanya disebut "proksi" Najib.
Penyelaras SAMM Badrul Hisham Shaharin , yang membuat aduan tersebut, menambah kenyataan terbaru Balasubramaniam – bekas anggota polis Cawangan Khas – boleh didapati dalam laman web termasuk rakaman video di Youtube."Rakaman yang tersebar dalam Youtube dan banyak laman lagi menyatakan dengan jelas, beliau diculik, diugut dan disogok untuk menutup, (dan) menarik semula akuan bersumpahnya yang pertama dan menghilangkan diri (ke luar negara)," katanya dalam aduan itu.
"Beliau mengakui semua kegiatan tersebut melibatkan polis, tentera dan beberapa individu yang bertindak bagi pihak (proksi) Najib Razak.” Dalam aduan sama, Badrul Hisham yang juga ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR menyebut Balasubramaniam mendakwa menerima RM750,000 dan "dijanjikan RM5 juta sebagai habuan tambahan" selepas menafikan akuan pertama dalam akuan bersumpah kedua – yang dibuat 4 Julai tahun lalu.
Laporan SAMM diserahkan kepada pegawai perhubungan awam polis Bukit Aman, Inspektor Mohd Sail Hassan di hadapan pintu masuk ibu pejabat tersebut.
Semalam, Pemuda Pakatan Rakyat membawa isu ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin, dalam satu kenyataan parti itu hari ini, diminta hadir memberikan keterangan ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya jam 9.30 pagi esok berhubung dakwaan Balasubramaniam.
Najib dan Rosmah sering kali menafikan dakwaan pembabitan mereka dengan Altantuya. Manakala Malaysiakini telah berusaha untuk mendapatkan komen Mohamed Nazim tetapi sehingga kini masih belum berjaya.
Cerita di sebalik tabir BTN
'Kami ditunjukkan gambar Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama seorang rakyat Amerika. Jurulatih memberitahu kami yang beliau seorang pengkhianat kepada negara kerana beliau mempunyai hubungan yang baik dengan orang Amerika'.
Itulah antara isu-isu yang dibangkitkan sewaktu program pembinaan negara dijalankan oleh Biro Tatanegara (BTN), yang pernah diikuti seorang pelajar tahun empat jurusan ekonomi, Fakhrul Zaki Fazial.
Fakhrul yang belajar di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) berkata, fokus kursus tersebut adalah mengenai bangsa Melayu."Mereka (jurulatih) juga mengkritik pembangkang dan menganggap kritikan mereka sebagai patriotik," tambahnya.
Fakhrul yang belajar di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) berkata, fokus kursus tersebut adalah mengenai bangsa Melayu."Mereka (jurulatih) juga mengkritik pembangkang dan menganggap kritikan mereka sebagai patriotik," tambahnya.
Ketua pelajar Universiti Malaya, Mohd Ridzuan Mohammad, yang pernah menghadiri program BTN pada 2004 berkata, malah terdapat ceramah yang mendakwa bahawa kaum lain menjadi ancaman kepada orang Melayu.Menurutnya, BTN tidak seharusnya membangkitkan sentiman perkauman yang akan mencetuskan perpecahan kaum.
Katanya, ini kerana program tersebut boleh mempengaruhi sesetengah pelajar yang hadir berhubung ideologi perkauman tersebut.
Chin Shin Liang, seorang bekas pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang pernah menghadiri program BTN pada Disember 2008, turut berkongsi pengalamannya."Kami ditunjukkan klip video perhimpunan Bersih dan kemudian gambar negara Palestin yang dilanda perang dengan keterangannya: Apakah ini yang kita mahukan?... Kita juga ditunjukkan seorang pemprotes (tidak dikenalpasti) membaling batu," katanya.
Sambil menyifatkannya sebagai "amat berat sebelah", Chin berkata: "Ia tidak menyatakan siapa pembaling batu itu, (dia) mungkin seorang Mat Rempit yang mahu berseronok atau polis yang melakukan provokasi terhadap pemprotes dengan menggunakan meriam air."Katanya, jurulatih juga mengajar bahawa kerajaan BN dipilih oleh rakyat dan oleh itu ia merupakan kerajaan yang sah, tetapi tidak berusaha untuk membezakan parti politik dan kerajaan."Ini jelas mengelirukan kerana ia menjadi peraturan bahawa agensi-agensi kerajaan harus bersikap berkecuali dan berkhidmat sepenuhnya kepada negara (bukan hanya parti/gabungan tertentu)," katanya.
Sambil menyifatkannya sebagai "amat berat sebelah", Chin berkata: "Ia tidak menyatakan siapa pembaling batu itu, (dia) mungkin seorang Mat Rempit yang mahu berseronok atau polis yang melakukan provokasi terhadap pemprotes dengan menggunakan meriam air."Katanya, jurulatih juga mengajar bahawa kerajaan BN dipilih oleh rakyat dan oleh itu ia merupakan kerajaan yang sah, tetapi tidak berusaha untuk membezakan parti politik dan kerajaan."Ini jelas mengelirukan kerana ia menjadi peraturan bahawa agensi-agensi kerajaan harus bersikap berkecuali dan berkhidmat sepenuhnya kepada negara (bukan hanya parti/gabungan tertentu)," katanya.
Ianya seolah-olah menyatakan bahawa kerajaan BN 'mewakili' negara ini dan harus ditaati tanpa dipersoalkan, katanya.Sementara itu, Fakhrul menyuarakan keraguannya mengenai pemilihan jurulatih BTN."Saya fikir sesetengah jurulatih tidak layak kerana mereka begitu beremosi dan tidak intelektual dalam ceramah mereka."Jika pelajar tidak bersetuju dengan pandangan jurulatih, mereka akan memarahinya di depan semua orang," katanya.
Sementara itu, sesetengah pihak merasakan bahawa kursus BTN telah dikecam secara tidak adil.Semalam, satu kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai 'bekas peserta kursus BTN' mengadakan sidang akhbar di Kuala Lumpur untuk menyatakan pandangan mereka.
Ketuanya, Ahmad Shafei berkata mereka berasakan ia menjadi tanggungjawab sosial mereka untuk memperbetulkan pandangan berat sebelah terhadap kursus BTN.Beliau menafikan bahawa modul BTN menyemai kebencian terhadap kaum lain, tetapi menurutnya, BTN mengajar peserta saling menghormati hak kaum lain seperti yang termaktub dalam perlembagaan.Oleh itu, katanya, adalah tidak adil untuk menyatakan bahawa BTN cuba mewujudkan perpecahan, sedangkan ia hanya mengajar mengenai sejarah rasmi negara ini.
Ketuanya, Ahmad Shafei berkata mereka berasakan ia menjadi tanggungjawab sosial mereka untuk memperbetulkan pandangan berat sebelah terhadap kursus BTN.Beliau menafikan bahawa modul BTN menyemai kebencian terhadap kaum lain, tetapi menurutnya, BTN mengajar peserta saling menghormati hak kaum lain seperti yang termaktub dalam perlembagaan.Oleh itu, katanya, adalah tidak adil untuk menyatakan bahawa BTN cuba mewujudkan perpecahan, sedangkan ia hanya mengajar mengenai sejarah rasmi negara ini.
Alhamdulillah Ayah Selamat Dioperasi
Saya merapatkan syukur kehadarat Allah SWT kerana ayah telah selamat dioperasi di Dewan Bedah Hospital Sg. Buloh.
Ayah terpaksa dikeluarkan daripada Tropicana Medical Centre kerana mereka tidak berani untuk ambil risiko mengoperasi ayah kerana ayah ada masalah injap jantungnya .
Dr. Bala ( bukan Balasubramaniam yek ) cadangkan ayah dimasukkan ke Hospital Sg. Buloh kerana peralatan di sana lebih baik dan beliau juga bertugas di situ . TMC berniaga . TMC tidak akan tanggung risiko jika berlaku perkara yang tidak diingini . Reputasi TMC akan rosak .
Waktu itu ayah mengalami pendarahan lagi . Setelah bincang dengan ahli keluarga , kami setuju pindahkan ayah . Kebetulan En. Jasni , pegawai Ibu Pejabat Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia ( PBSMM ) datang melawat ayah . Beliau telah arahkan ambulan PBSMM datang untuk hantar ayah ke HSP .
Jazakallah dan penghargaan kepada Datuk Seri Anwar dan semua yang membantu . Jazakallah kepada semua sahabat-sahabat yang doakan untuk ayah . Terima kasih kepada Sdr. Shamsul Iskandar ( Ketua AMK ) yang datang bersama-sama Jak ( Hasmuzir ) , Fauzie (Johor ) dan teman-teman lain yang melawat ayah di HSP semalam .
Semoga ayah segera sembuh . Alhamdulillah .
SPRM digesa siasat adik PM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menyiasat dakwaan P Balasubramaniam berhubung pembabitan adik perdana menteri dalam isu pertukaran akuan sumpahnya mengenai dakwaan hubungan Altantuya Shaariibuu dengan Datuk Seri Najib Razak.
Aduan berkenaan yang dibuat oleh tiga pemimpin atasan Pemuda Pakatan Rakyat semalam menamakan Datuk Mohamed Nazim Razak dan seorang peniaga permaidani Deepak Jaikishan sebagai dua individu utama yang perlu disiasat.
Deepak juga didakwa kenalan rapat Datin Seri Rosmah Mansor, isteri perdana menteri.Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, laporan tersebut dibuat berdasarkan rakaman video satu siri temuramah dengan Balasubramaniam, penyiasat persendirian yang pernah diupah oleh Abdul Razak Abdullah Baginda.
Kenalan rapat Najib itu, yang dituduh bersubahat membunuh wanita Mongolia tersebut, dibebaskan daripada tuduhan itu. Abdul Razak menyambung pelajaran di London selepas dibebaskan daripada tahanan reman di penjara Sungai Buloh.Balasubramaniam, bekas seorang anggota polis Cawangan Khas, menggemparkan negara pada 3 Julai tahun lalu apabila mengumumkan akuan bersumpah awalnya yang mengaitkan Najib, waktu itu timbalan perdana menteri, dengan Altantuya.
Keesokannya, 4 Julai tahun lalu, beliau menarik balik kenyataan dalam akuan sumpah awal melalui akuan kedua di sidang media yang diadakan secara tergesa-gesa dan kelam-kabut sebelum menghilangkan diri secara misteri ke luar negara.
Balasubramaniam mendakwa beliau bertemu dengan Mohamed Nazim dan isterinya di sebuah pusat membeli-belah The Curve di Damansara pada malam sebelum mengubah akuan bersumpahnya.
Balasubramaniam mendakwa beliau bertemu dengan Mohamed Nazim dan isterinya di sebuah pusat membeli-belah The Curve di Damansara pada malam sebelum mengubah akuan bersumpahnya.
Dihubungi Malaysiakini, Shamsul Iskandar berkata, rakaman temuramah tersebut turut diserahkan kepada SPRM dalam satu pertemuan petang semalam di ibu pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya.
Dalam aduannya, kata pemimpin PKR itu lagi, Mohamed Nazim dan Deepak didakwa "telah melakukan beberapa kesalahan yang boleh dianggap sebagai perbuatan rasuah
": - Menawarkan wang sejumlah RM5 juta bagi mendorong Balasubramaniam menarik balik akuan bersumpah beliau yang bertarikh 1 Julai 2008.
- Menggugut keselamatan keluarga Balasubramanian sekiranya beliau tidak menurut arahan kedua-dua individu itu.- Penglibatan ASP Suresh Kumar yang membawa Balasubramanian ke sebuah restoran di Rawang untuk bertemu Deepak dan adik peniaga itu, Dinesh.
- Penglibatan 'perisik tentera' yang mengawasi rumah Balasubramaniam seperti dimaklumkan oleh Deepak.- Memaksa Balasubramaniam menandatangani akuan bersumpah (kedua) yang telah disediakan walaupun kandungannya diragui.
- Menyerahkan wang hampir RM750, 000 kepada Balasubramanian sepanjang kehilangan beliau (di luar negara) dan 500,000 Rupee yang dimasukkan ke akaun bank anak penyiasat itu untuk perbelanjaan sekolah.
- Memegang pasport Balasubramaniam selama lima bulan untuk memastikan beliau tidak kembali ke Malaysia sehingga Najib dilantik menjadi perdana menteri.
- Secara berterusan mengganggu kehidupan Balasubramaniam melalui ASP Suresh.
Diminta mengulas lanjut, Shamsul Iskandar berkata, bukti-bukti berkaitan dakwaan penyerahan wang tersebut bagaimanapun tidak disertakan bersama aduan berkenaan."Mereka perlu panggil Balasubramaniam untuk siasatan kerana dia telah mengaku terima rasuah."SPRM juga perlu siasat sekiranya ini ada kaitan dengan Rosmah. Ini kerana mereka telah aturkan untuk (Balasubramaniam) minum teh dengan Rosmah," katanya lagi.
Najib dan Rosmah sering kali menafikan dakwaan pembabitan mereka dengan Altantuya. Manakala Malaysiakini telah berusaha untuk mendapatkan komen Mohamed Nazim tetapi sehingga kini masih belum berjaya.Malaysiakini
Langgan:
Catatan (Atom)