klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Khamis, 3 Disember 2009

Alhamdulillah Ayah Selamat Dioperasi

Saya merapatkan syukur kehadarat Allah SWT kerana ayah telah selamat dioperasi di Dewan Bedah Hospital Sg. Buloh.
Ayah terpaksa dikeluarkan daripada Tropicana Medical Centre kerana mereka tidak berani untuk ambil risiko mengoperasi ayah kerana ayah ada masalah injap jantungnya .
Dr. Bala ( bukan Balasubramaniam yek ) cadangkan ayah dimasukkan ke Hospital Sg. Buloh kerana peralatan di sana lebih baik dan beliau juga bertugas di situ . TMC berniaga . TMC tidak akan tanggung risiko jika berlaku perkara yang tidak diingini . Reputasi TMC akan rosak .
Waktu itu ayah mengalami pendarahan lagi . Setelah bincang dengan ahli keluarga , kami setuju pindahkan ayah . Kebetulan En. Jasni , pegawai Ibu Pejabat Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia ( PBSMM ) datang melawat ayah . Beliau telah arahkan ambulan PBSMM datang untuk hantar ayah ke HSP .
Jazakallah dan penghargaan kepada Datuk Seri Anwar dan semua yang membantu . Jazakallah kepada semua sahabat-sahabat yang doakan untuk ayah . Terima kasih kepada Sdr. Shamsul Iskandar ( Ketua AMK ) yang datang bersama-sama Jak ( Hasmuzir ) , Fauzie (Johor ) dan teman-teman lain yang melawat ayah di HSP semalam .
Semoga ayah segera sembuh . Alhamdulillah .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan