klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Khamis, 3 Disember 2009

Anwar Terus Mangsa Konspirasi Oleh Konspirator , UMNO/BN

Saya dihubungi oleh wartawan Berita Harian Edisi Terengganu bertanyakan pandangan saya terhadap keputusan mahkamah menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap kes fitnah liwat beliau .
Sememangnya saya menjangka mahkamah akan menolak permohonan tersebut. Saya tegaskan bahawa ini adalah membuktikan konspirasi atau pakatan jahat yang yang bertujuan menjatuhkan Anwar .
Kes ini sepatutnya dibuang kerana terbukti berdasarkan laporan perubatan iaitu doktor daripada Hospital Pusrawi dan Pakar-pakar dari Hospital Kuala Lumpur mengesahkan bahawa tidak ada sebarang koyakkan atau tusukan di lubang dubur Saifool . Lubang dubur saifool yang masih 'dara' dan disahkan oleh pakar perubatan tiada sebarang koyakkan dan tusukan yang membuktikan tiada kejadian liwat berlaku . Saifool pembohong !
Tindakan pendakwaraya melengah-lengahkan pembicaraan , dokumen yang dipohon dilengah-lengah sehingga sekarang tidak diberikan kepada peguam Anwar .
Saya juga menjelaskan bagaimana pakatan jahat yang dibuat oleh UMNO / BN mengaitkan Anwar dengan skandal wang rm3 juta dan agen Yahudi/Amerika akhirnya terbukti tidak benar . Sebab itu saya jelaskan bahawa rakyat semakin mual dan tidak percaya dengan dakwaan dan tuduhan tersebut . Sebab itu kes liwat ini juga fitnah yang bertujuan menjatuh Anwar .
Saya disoal adakah menyebabkan kurangnya keyakinan rakyat kepada Anwar . Jawapan saya ialah keyakinan rakyat dan ahli Keadilan tidak akan goyang terhadap Anwar . AMK akan meneruskan program KEJAM ( Konspirasi Jahat Terhadap Anwar ) bagi menjelaskan bahawa perancangan jahat terhadap Anwar daripada UMNO/BN .
Saya juga tidak menolak bahawa usaha dibuat oleh para konspirator bagi memastikan Anwar kembali ke penjara !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan