klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Isnin, 28 September 2009

Majoriti Golongan Muda Tolak UMNO/BN - Tun Daim

80% dari golongan muda tidak menyokong Barisan Nasional (BN), kata bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.Para siswazah menganggur, kebanyakannya Melayu, akhirnya terlibat dengan politik dan mereka menyertai PAS akibat rasa marah kepada kerajaan kerana tidak mempunyai pekerjaan, kata bekas Bendahari UMNO itu di dalam temubual dengan China Press Ahad lalu.
Menurut beliau, keadaan sedemikian berlaku kerana kerajaan tidak memupuk bakat yang sepatutnya untuk kehendak pasaran.

Respons Najib pengakuan dokumen PKFZ tulen

Respons Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berikutan tindakan laman web Malaysia Today mendedahkan dokumen yang meminta diluluskan kenaikan kos projek pembangunan Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ) merupakan satu pengakuan bahawa dokumen tersebut adalah dokumen yang tulen.Najib kelihatan menggelabah dengan pendedahan dokumen kabinet itu berhubung kelulusan peningkatan kos PKFZ.
Perdana menteri dalam kenyataannya semalam memberi amaran tindakan di bawah Akta Rahsia Rasmi berhubung pembocoran dokumen itu.
"Orang menggelabah bila bersalah. Sebab itulah Najib sengaja bising-bising hendak memburu pihak yang membocorkan dokumen itu dan mengunci rapat-rapat mulutnya terhadap pendedahan tindakan kabinet meluluskan pembelasahan wang rakyat semata-mata untuk menutup salah laku dalam projek tersebut. "Jika dokumen itu tulen, Perdana Menteri jenis apa mendiamkan diri terhadap pembelasahan lebih RM3.5 bilion wang rakyat berdasarkan peningkatan kepada lebih RM4.6 bilion dari kos asal RM1.088 bilion.Ini bukan belasah satu ringgit. Belasah satu ringgit pun wang rakyat tanpa mengikut peraturan yang sah adalah salah di sisi undang-undang. Perdana menteri jenis apa menjahit mulutnya terhadap pendedahan pembelasahan berbilion-bilion wang negara?Saya juga ingin menyifatkan Najib mahu mengalihkan isu apabila hanya membesar-besarkan isu pembocoran dokumen itu.
"Najib boleh cuba untuk mengalihkan isu dengan membangkit-bangkitkan Akta Rahsia Rasmi (OSA) untuk bertindak balas terhadap mereka yang membocorkan dokumen itu.
"Tetapi jangan lupa, rakyat juga hendak bertindak balas terhadap Najib dan semua anggota kabinet yang terlibat memberi kelulusan yang dicadangkan dalam dokumen itu, jika dokumen itu tulen. "Saya yakin, selain menuntut ditubuhkan suruhanjaya di raja supaya penyelewengan tersebut disiasat, ada tindakan lain yang akan diambil oleh rakyat,"Jika dokumen yang didedahkan oleh itu tulen, isunya bukan setakat penyelewengan syarikat pemaju, badan berkanun kerajaan atau mana-mana menteri, tetapi penyelewengan seluruh kabinet Malaysia."Sebab itulah kita tidak boleh menerima sama sekali sandiwara memburu pembocor maklumat untuk menyembunyikan penyelewengan kabinet termasuk Najib sendiri,"Jika dokumen itu tulen, kabinet penyeleweng yang membelasah wang rakyat itu mesti mesti dihukum kerana telah merugikan berbilion-bilion wang rakyat.
"Walaupun dokumen itu telah didedahkan dan ia sememangnya tulen, tetapi kita tidak percaya kerajaan berani mendeklasifikasikannya kerana ia tidak mahu wujud bukti yang sah di sisi undang-undang tentang penyelewengan kabinet itu. "Sebab itulah, seluruh rakyat Malaysia mesti menuntut penubuhan suruhanjaya diraja untuk menyiasat perkara itu sehinggalah seluruh kabinet penyeleweng itu dihukum mengikut undang-undang negara."Saya ingin menggesa semua pihak yang prihatin berganding bahu untuk memastikan semua anggota kabinet penyeleweng itu diheret ke muka pengadilan.
Saya juga ingin mengulangi kenyataannya bahawa satu pasukan peguam PAS ditubuhkan bagi mengkaji peruntukan undang-undang untuk memastikan kerajaan menubuhkan suruhan jaya di raja bagi menyiasat skandal tersebut.
Projek PKFZ mencetuskan kontroversi apabila timbulnya pendedahan bahawa kos pembangunannya melambung daripada RM2.5 bilion kepada lebih RM4.6 bilion.
Siasatan awal keatas projek PKFZ mendapati ia terpaksa diselamatkan dengan pinjaman daripada kerajaan.
Selain itu juga, siasatan juga mengesahkan kerajaan melalui Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) membeli 404 hektar tanah daripada KDSB pada RM25 setiap kaki persegi walaupun harga sebenar dianggarkan RM10 sahaja setiap kaki persegi. KDSB juga dilantik sebagai pemaju PKFZ.
KDSB pula membeli tanah tersebut dari Koperasi Pembangunan Pulau Lumut Bhd (KPPLB) pada harga RM1.9 hingga RM2.9 sekaki persegi. Pengerusi koperasi tersebut ketika transaksi itu ialah Adun Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil.
Beliau juga adalah ahli lembaga pengarah LPK sejak 1997 sehingga 2003 Laporan audit yang dikeluarkan pada akhir Mei oleh Price Waterhouse Coopers , syarikat yang dilantik LPK bagi tujuan itu, menyebut tentang pembabitan beberapa ahli politik dalam projek berkenaan, yang menurutnya, mungkin menimbulkan percanggahan kepentingan.
MAHFUZ OMAR

MAJLIS PENGUMUMAN CALON PRK N31 BAGAN PINANG

TARIKH :
29 SEPTEMBER 2009
MASA :
9 MALAM
TEMPAT :
BT 9 , JLN PANTAI , TELOK KEMANG , PORT DICKSON

TETAMU KHAS :
YBHG. DATUK SERI DR WAN AZIZAH ISMAIL
YB DATUK SERI HJ ABDUL HADI AWANG
YB TUAN LIM KIT SIANG

SEMUA DIJEMPUT HADIR !!!!

UMNO Jangan Cuba Ekspoitasi Undi Pos

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat mengingatkan Umno Barisan Nasional (BN) tidak mengeksploitasi pengundi pos di pilihan raya kecil Bagan Pinang yang akan berlangsung pada 11 Oktober ini.
Beliau berkata dengan jumlah undi pos yang berjumlah 4,604 orang bagi mempertahankan kerusi berkenaan dilihat boleh menjadi penentu kepada kemenangan parti pada pilihan raya kecil itu.Pilihan raya kecil tersebut akan menggunakan Daftar Pemilih Induk 2008 yang digabungkan dengan daftar pemilih tambahan suku tahun pertama 2009 dan daftar pemilih tambahan suku tahun kedua 2009 yang telah dikemas kini sehingga 4 September lalu.
Daftar pemilih ini mengandungi 13,664 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 9,060 pemilih biasa dan 4,604 pemilih pos. “Nampak gayanya di mana-mana negeri termasuk Kelantan, undi pos jadi penentu. Jadi sama ada askar dipaksa, tak munasabah, jadi demokrasi macam mana kalau dipaksa atau pun ada seseorang yang khusus pangkah undi untuk orang lain yang tidak tahu hujung pangkalnya.
“Saya harap telus sebab kita demokrasi, jadi kita belajar demokrasi dari Eropah, tapi betulkah orang Eropah ajar askar macam itu, Eropah tak paksa askar dan polis turut mengikut arahan ketua,” katanya.Dalam perkembangan lain, beliau turut mengingatkan penceramah parti itu supaya tidak menyerang secara peribadi lawan sepanjang kempen pilihan raya kecil Bagan Pinang nanti.Nik Aziz berkata, secara umum penceramah Pas boleh meyentuh perkara berkaitan dasar tanpa menyentuh peribadi lawan di pentas ceramahnya sepanjang hari berkempen.
Jelasnya walaupun hari berkempen adalah saat yang perlu digunakan sepenuhnya oleh semua pemimpin parti tetapi tidak bermakna peluang yang ada itu disalahgunakan dengan menyerang secara peribadi.“Saya tak suka sentuh peribadi, hal peribadi kenapa nak beritahu orang lain, kalau sentuh perangai secara umum itu tak pa.“Kita sebut rasuah politik, sebut rasuah itu haram dalam agama dan demokrasi, nak sebut secara umum taka pa, jangan tuju sesiapa dan kalau hendak sebut juga, jumpa orang itu sendiri,” katanya. -TVA