klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Isnin, 18 Mei 2009

DIALOG UMUM DAN PERUNDINGAN SEMPENA HARI KEBEBASAN AKHBAR SEDUNIA


SHAH ALAM, 15 Mei 2009 - Kerajaan Negeri Selangor akan menganjurkan dialog umum dan perundingan sempena Hari Kebebasan Akhbar Sedunia pada 19 Mei 2009, dari 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari di Auditorium Dewan Sivik Petaling Jaya, Selangor. Dialog dan perundingan umum ini bakal memberi nafas baru kepada kebebasan akhbar dan suara pelbagai media di Malaysia.
Ahli panel yang dijangka membentangkan dan mengupas isu ini terdiri daripada YB Elizabeth Wong, Ahli Majlis Mesyuarat Selangor dan Pengerusi, Badan Bertindak Kebebasan Maklumat; Sevan D., Pengarah Program, Pusat Kewartawanan Bebas; Dipendra Harshad Rai, Majlis Peguam; Dr. Lim Teck Ghee, Pengarah, Pusat Polisi Inisiatif; Mr Ngooi Chiu Ing, Ahli EXCO, Transparency International and Padmaja Padman, Editor Latihan, Malaysia Kini.
Kerajaan Negeri Selangor sedang giat mempromosikan “Kebebasan Maklumat” dengan tertubuhnya Jawatankuasa Bertindak Kebebasan Maklumat pada awal 2009 yang dianggotai Ahli Parlimen, ADUN Negeri dan Pertubuhan bukan Kerajaan, dipengerusikan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, YB Elizabeth Wong. Jawatankuasa bertindak tersebut berperanan membuat kajian untuk mewujudkan Akta Kebebasan Maklumat (Freedom of Information) FOI Act selewat-lewatnya pada penghujung 2009.
Justeru, kepada pengamal-pengamal media, persatuan sivil serta orang perseorangan adalah dijemput pada majlis tersebut nanti. Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi Arfa Aziz di alamat emel arfaeza@selangor.gov.my atau Tricia Yeoh, triciayeoh@selangor.gov.my (03-5544 7610 atau 012-6122 100), atau layari laman web rasmi kerajaan negeri Selangor pada http://www.selangorkini.com/

--
Sekretariat Akhbar Kerajaan Negeri Selangor
Tingkat 4, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Laman web: http://www.selangorkini.com.my/, http://www.selangor.gov.my/.