klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Sabtu, 12 Februari 2011

ADUN KERDAU MENINGGAL DUNIA

ADUN Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim daripada Umno meninggal dunia petang tadi.

NONEAllahyarham dikatakan menghembuskan nafas terakhirnya ketika dalam perjalanan ke hospital selepas dilaporkan terjatuh di bilik air rumahnya.

Menurut laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mohd Noor Mansor berkata pihak Hospital Sultan Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh mengesahkan Zaharuddin, 63, meninggal dunia
di hospital berkenaan pada jam 7.15 petang.

"Datuk Zaharuddin disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung," katanya ketika dihubungi di Kuantan.

Sejak setahun lalu, Zaharuddin seringkali keluar masuk hospital kerana pelbagai penyakit.
azlan
Kali terakhir adalah pada November tahun lalu di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Hospital di Temerloh kerana tekanan darah yang tidak menentu.

Allahyarham juga sebelum ini pernah dimasukkan ke IJN pada 9 Mei tahun lalu apabila berlaku masalah pada buah pinggang dan jantungnya selepas menjalani pembedahan ulser usus.

Sementara itu, ahli parlimen Kuala Krau Datuk Ismail Mohamed Said berkata Zaharuddin yang terjatuh di dalam bilik air di rumahnya itu telah dibawa ke hospital dan dimasukkan di unit rawatan rapi, bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika diberi rawatan.

"Menurut pembantunya, Datuk Zaharuddin sebelum itu mengadu sakit perut dan pembantunya membawanya ke bilik air, tiba-tiba beliau terjatuh dan tidak sedarkan diri," katanya.

Ismail berkata allahyarham ketika itu sedang bersiap-siap untuk menghadiri majlis sambutan Tahun Baru Cina di Temerloh. - MALAYSIAKINI

Umat Islam Melayu Nusantara Perlu Jadi Agen Perubahan

PETALING JAYA 12 FEB : Umat Islam Melayu khususnya dari Asia Tenggara perlu ke depan dan menjadi agen perubahan untuk memimpin masa depan mereka.

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali menganggap proses demokrasi sebenar di rantau ini bermula dengan kefahaman ilmu yang didokong oleh golongan di alam Melayu ini.

Menurut Azmin, kesejagatan dan universalisme Islam mampu membawa umat Melayu keluar dari kepompong pemikiran sempit, baik perkauman atau ideologi.

"Sudah sampai masanya umat Islam Melayu Indonesia, Thailand, Filipina, Brunei dan Singapura mempunyai keyakinan untuk membangun pemikiran yang asli untuk mendepani cabaran umat, rantau dan dunia," katanya.

Azmin berkata demikian dalam ucaptama Seminar Pembangunan Pemikiran Islam Melayu di sini hari ini.

Seminar anjuran Yayasan Selangor dan Institut Kajian Dasar (IKD) ini bertujuan meningkatkan pemikiran kaum Melayu dalam perkembangan wacana negara dan dunia.

Menurut Azmin lagi usaha pembangunan semula pemikiran Islam di masyarakat Melayu perlu bermula dengan merancakkan wacana Ilmu dan pemikiran tanpa melihat pada aspek kaum semata.

Beliau merujuk pandangan sejarawan Arnold Toynbee bahawa kekuatan tamadun Islam berpunca adalah kerana ketiadaan aspek perkauman dan meraikan kepelbagaian antara budaya dengan nilai asasi murni.

"Dalam konteks Malaysia antara peranan penting intelektual Muslim adalah untuk membangun pemikiran politik berteraskan demokrasi. Kita sudah sampai di tahap wacana di mana mempersoalkan demokrasi dari barat," katanya.

Menurut Azmin, pandangan Demokrasi sebagai bertentangan dengan Islam adalah pandangan yang keliru dan wajar difahamkan semula.

Beliau menjelaskan pandangan Tokoh Pemikiran Islam Dunia, Dr Yusuf Qardhawi dalam bukunya Fatawa Muasirah atau Fatwa Kontemporari.

"Menurut Dr Yusuf, demokrasi adalah hak untuk rakyat memilih siapa yang harus memerintah dan juga menolak pemerintah yang tak disuka atau menolak aturan dan sistem yang mereka tak suka...dan hak rakyat untuk menurunkan pemerintahan bila pemimpin menyimpang. Jika ini intipati demokrasi, di mana konflik dengan ajaran Islam?," tegas Azmin.

Justeru beliau menyeru agar umat Melayu dapat melakukan perubahan serta ajakan paradigma pemikiran untuk mengubah keadaan bagi mencipta sejarah dan ketemadunan baru.

"Dalam sistem bobrok, kejahatan pasti menang lantaran orang baik terlalu longlai dan enggan cabar. Pembebasan umat dari kezaliman, rasuah dan penyalahgunaan kuasa adalah landasan bagi umat Melayu untuk membangun sumbangan ketamadunan. Ini masa kita cipta sejarah," katanya.- tv selangor

Jejantas RM 10 juta : Nong Tiada Kuasa ! Baik lantik 'Pengemis Kuala Lumpur' Jadi Menteri Wilayah







Menteri: Jejantas RM10 juta dibiayai KLCC bukan k'jaan

NONEKos pembinaan jejantas RM10 juta yang menghubungkan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dengan Hotel Impiana KLCC sepanjang 153 meter, ditanggung sepenuhnya anak syarikat Petronas iaitu KLCC (Holdings) Sdn Bhd. Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata kerajaan tidak terbabit langsung dalam perkara itu, dan beliau serta Datuk Bandar Kuala Lumpur juga tidak ada kaitan langsung dalam pemilihan kontraktor. "Pelantikan kontraktor pembinaan juga adalah melalui proses tender yang ketat dan 100 peratus dikendalikan oleh pihak KLCC," katanya dalam satu kenyataan. - malaysiakini

Akhirnya Raja Nong Chik merangkap Menteri Wilayah Dan Kesejahteraan Bandar yang sebelum ini membisu terhadap pembinaan jejantas berhawa dingin sepanjang 142 meter . Raja Nong Chik telah bersuara menjawab kenyataan oleh MP Nurul Izzah Anwar yang mempertikaikan kos yang melampau terhadap pembinaan 'jejantas emas' tersebut .

Sememangnya melampau , apa tidaknya RM70,422 semeter untuk sebuah jejantas sepanjang 142cm yang keseluruhan kosnya ialah RM10 juta !

Saya benar-benar hairan terhadap kenyataan Raja Nong Chik yang tidak tahu menahu dan terbabit langsung dalam pemilihan kontraktor . Takkan Raja Nong Chik tidak terlibat secara langsung dalam menentukan kontraktor tersebut walaupun ianya ditentukan oleh pihak Petronas / KLCC .

Saya tidak nafikan bahawa proses , pemilihan dan menentukan kontraktor adalah diputuskan oleh pihak KLCC . Itu prosedur yang semua orang sudah faham dan akui . Sebagai seorang menteri adalah dangkal kalau Raja Nong Chik cuba berdalih dengan menafikan penglibatan beliau dalam menentukan kontraktor pembinaan jejantas tersebut .Lebih-lebih lagi Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) adalah sebuah syarikat milik penuh Kerajaan yang ditubuhkan oleh Kementerian Kewangan.

Adalah menghairankan kalau Raja Nong Chik tidak mempertikaikan kos tersebut walaupun ianya dibiayai oleh pihak Petronjas / KLCC yang dilihat sangat melampau dan tidak masuk akal . Sebagai menteri yang dipertanggungjawab , kuasa yang ada pada Raja Chik Nong memungkinkan beliau bersuara , melainkan beliau mempunyai 'interest' atau kepentingan di situ .

Walaupun kos pembinaan jejantas berhawa dingin tersebut secara 100% dibiayai oleh Petronas maka adalah hairan ianya tidak boleh dipertikai , kerana Petronas juga milik rakyat Malaysia . Adalah amat hairan sebagai seorang menteri beliau tidak punya kuasa !

Kalau betul beliau tidak punya kuasa dan terlibat dengan pembinaan jejantas tersebut , saya rasakan lebih baik ambil 'pengemis di Kuala Lumpur ' jadi Menteri Wilayah dan Kesejahteraan Bandar !

kembalikan segera kuasa kepada rakyat .. bukan kepada tentera - anwar ibrahim

Anwar : Tahniah Rakyat Mesir !


KUALA LUMPUR 12 FEB : Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkap tahniah kepada rakyat Mesir yang berjaya menumbangkan regim Hosni Mubarak yang telah berada ditampuk pemerintahan selama 30 tahun.

"Akhirnya selepas 18 hari berhimpun di Medan Kemerdekaan atau lebih dikenali sebagai Medan Tahrir, mereka berjaya memastikan Hosni Mubarak, seorang diktator yang memerintah selama 30 tahun, berundur dari tampuk pemerintahan.

Rakyat Mesir akhirnya berjaya meruntuhkan tembok ketakutan yang selama ini mengepung mereka," kata Anwar yang dipetik dari blognya.

Tambah Anwar lagi rakyat Mesir yang dihimpit kesusahan akibat kos sara hidup yang semakin melonjak, kadar pengangguran yang tinggi dan mual dengan keganasan pihak keselamatan, rakyat Mesir memilih untuk berdepan dengan aparat pemerintah yang terkenal memerintah secara kuku besi.

"Saya berharap pengorbanan rakyat Mesir tidak akan disia-siakan begitu sahaja. Kebangkitan ini sewajarnya disusuli dengan usaha memulihkan Perlembagaan, sistem keadilan serta pilihanraya yang adil dan telus," kata Anwar.

Anwar juga berharap kuasa pemerintahan Mesir akan dikembalikan semula kepada rakyat Mesir.

"Majlis Tertinggi Tentera yang kini mengambil alih kuasa dari Mubarak sewajarnya segera mengembalikan kuasa kepada rakyat," kata Anwar lagi.

Azmin : Fitnah Terhadap Anwar Tidak Pernah Terbukti

PETALING JAYA 12 FEB : Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Azmin Ali menganggap fitnah Umno serta kroni mereka terhadap Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim langsung tidak pernah terbukti.

Mengulas mengenai laporan polis yang dibuat Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang mendakwa Anwar kini sedang merancang untuk mendapat suaka politik di luar negara.

"Hak mereka untuk buat laporan polis tetapi dah 12 tahun Umno dan (kini) Perkasa untuk memfitnah anwar dan tiada bukti. Mereka tuduh anwar ejen Amerika, ejen teroris Islam, macam-macam," katanya.

Semalam, Ketua Wira Perkasa Armand Azha Abu Hanifa membuat laporan polis untuk mendesak Peguam Negara memohon kepada mahkamah supaya menahan pasport antarabangsa Anwar supaya beliau tidak melarikan diri dan menjadi pemimpin buangan.

Namun bagi Azmin, hal ini remeh dan bukanlah sesuatu yang dipandang berat Pakatan Rakyat.

Azmin menegaskan Pakatan Rakyat lebih menitik beratkan soal kesusahan hidup rakyat dan bukannya fitnah dan cerita bohong seperti ini.

"Ini semua orang yang hilang akal. Kita langsung tak beri perhatian perkara ini. Semua fitnah yang diulang skrip dan watak yang sama.

"Rakyat dah lemas dengan fitnah sebegini. Mereka nak maju ke depan dan ini yang sedang diusahakan PR. Bukan soal kita nak alihkan pandangan. Rakyat sekarang lebih berminat bagaimana nak selamatkan ekonomi. Sebab itu PR perkenalkan pelbagai rancangan ekonomi dalam buku jingga," tegas Azmin.

Azmin yang juga ADUN Bukit Antarabangsa turut memberi komen mengenai cara Umno menggunakan kakaknya Umi Hafilda dan bekas Pembantu Anwar, Rahimi Osman dalam kempen menyebarkan fitnah dan cercaan di bawah nama 'Kempen Selamatkan Selangor'.

Menurut beliau rakyat Selangor lebih bijak dan dapat menilai sendiri kebaikan pimpinan Pakatan Rakyat di bawah Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim yang jauh lebih baik dari kepimpinan selama lebih 50 tahun di negeri ini.

"Apakah dengan mencerca, hamun dan fitnah itu move forward (akan membawa ke hadapan) ? jangan perlekehkan rakyat Selangor. Rakyat cukup matang menilai dan tentukan apa yang berhak, apa yang dusta dan keji. Jangan kita perlekehkan kekuatan rakyat pada hari ini. kalau Umno memilih jalan memaki hamun dan cerca, teruskan. Kalau itu program mereka, teruskan. Tetapi PR di bawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim berusaha untuk mengangkat martabat bangsa dan rakyat melalui program Merakyatkan Ekonomi Selangor," katanya. - tv selangor

bila 'situa' mula merepek.. tembelang semakin pecah..

Mahathir Akui DEB Disalahguna


KUALA LUMPUR 12 FEB : Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah disalah-gunakan oleh orang Melayu bagi mendapatkan kekayaan segera tetapi mempertahankan agar program kontroversial itu diteruskan.

Ketika menyampaikan ucaptama pada majlis Simposium Dilema Melayu anjuran Persatuan Alumni Aspirasi Semalaysia (Aspirasi) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, hari ini, Dr Mahathir berkata kumpulan Melayu berkenaan yang sebenarnya menyebabkan sasaran mendapatkan 30 peratus ekuiti bumiputera tidak tercapai.

"Saya malu, saya sering mempertahankan DEB tapi sedar kalau segala peluang yang diwujudkan dalam DEB digunakan oleh orang Melayu, hari ini kita bukan sahaja (akan) mendapat 30 peratus kekayaan negara tetapi lebih daripada itu.

"Kita selalu membuat apa yang membinasakan usaha kerajaan untuk majukan Melayu," katanya di hadapan kira-kira 2,000 hadirin lapor Malaysiakini.

Namun di sebalik kepincangan itu, Dr Mahathir tegas mahukan DEB dipertahankan kerana membubarkan dasar itu akan menyebabkan orang Melayu kerugian, termasuk mereka yang benar-benar memerlukan bantuan.

"Masalahnya bukan polisi tetapi pelaksanaan. (Sepatutnya) jika mereka salah guna, mereka tidak boleh mendapatkan bantuan lagi," katanya.

Dr Mahathir juga berkata, adalah lebih malang, jika orang Melayu pula tidak mampu mempertahankan diri sendiri.

Ini kerana, katanya, orang Melayu lebih banyak mengalah dan berundur diri kononnya dengan cara itu lebih mudah untuk mendapatkan keamanan.

''Kita selalunya malu alah pada bangsa lain dan tidak berani menyebut perkara yang benar dan ini merugikan kita kerana kita tidak berniat untuk merampas hak mereka.

''Jika kita terus berpegang kepada nilai ini, maka kedudukan kita akan terhakis,'' katanya.

Menurut Dr Mahathir akan tiba sehingga pada satu tahap, orang Melayu tidak lagi boleh mengatakan bahawa negara ini adalah tanah air mereka dan seolah-olah Melayu ini adalah pendatang sama seperti pendatang lain.

Wan Azizah : Pemimpin Zalim Dan Diktator Pasti Jatuh

Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail hari ini menggesa agar semua pihak mengambil iktibar apa yang berlaku di Mesir kerapa sikap pemimpin yang zalim dan diktator akhirnya akan dijatuhkan dengan kuasa rakyat.

Beliau yang ditemui di sidang media berkata pemerintah ala-kuku besi hanya akan memudaratkan rakyat dalam jangka masa panjang. Ini kerana, rakyat akan terus tertindas ekoran kos sara hidup yang tinggi dan kesempitan hidup.

Beliau juga mengingatkan agar krisis yang berlaku di Mesir ini dijadikan pengajaran kepada semua pihak agar tidak mengulangi tindakan yang boleh menzalimi rakyat dan berkata talian perhubungan antara Malaysia dan Mesir sudah lama wujud apabila ramai pelajar yang belajar di Mesir .

"Mana-manalah jika ada kezaliman itu kita merasakan bahawa satu hari dia akan jatuh, itu kesannya untuk kita ambil iktibar, siapa-siapalah jika melakukan kezaliman jangan harap sampai bila-bila, dan kalau kita fikirkan talian antara Malaysia dan Mesir itu memang kuat kerana kita daripada dahulu lagi banyak pelajar-pelajar kita pergi ke Azhar dan talian itu kuat," ujar Wan Azizah.

Hosni Mubarak yang memerintah selama lebih 30 tahun dalam usianya mencecah 82 tahun akhirnya meletakkan jawatan dan meminta pihak tentera mentadbir negara itu.

Perletakan jawatan Hosni Mubarak disambut penuh kesyukuran oleh jutaan rakyat Mesir yang merayakan kemenangan selepas membuat protes bantahan besar-besaran tanpa henti selama 18 hari.

" Dengan mengambil kira bagaimana kejatuhan itu (berlaku), kita katakan kezaliman tetap akan jatuh, hanya kita tak tahu bila masa. Kita mestilah berjuang habis-habisan," kata Wan Azizah. -tvselangor

NI MESTI KAKI TENGOK DVD NI ! ( DIALOG PAK JABIT (MAN KADIR) DALAM "HANTU MAK LIMAH BALIK RUMAH"... PERKASA.. PERKASA.. BUAT CERITA LAWAK

PERKASA dakwa Anwar rancang lari ke luar negara

Ketua Wira PERKASA Armand Azha Abu Hanifah membuat laporan polis bagi mendesak Pejabat Peguam Negara menarik kembali pasport antarabangsa milik Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Armand, beliau mendapat maklumat Anwar sedang mengatur perancangan tersusun untuk mendapat suaka politik di luar negara.

"Beliau akan meniru cara bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Sinawarta yang melarikan diri ke luar negara dan mengatur rusuhan (civil disobedience) seperti rusuhan Baju Merah di Bangkok," kata Armand kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi petang Jumaat.

Jelas Armand lagi, beliau mendapat maklumat satu cubaan membangkitkan kemarahan rakyat melalui satu kemalangan jalan raya akan dilakukan melibatkan Anwar.

"Paling serius perancangan membangkitkan kemarahan penyokong dengan mendakwa kerajaan akan membunuhnya (Anwar) melalui insiden kemalangan jalan raya.”katanya.

Beliau mendakwa rancangan itu dibincangkan semasa satu perjumpaan pemimpin PKR di ibu pejabat PKR pada 2 Febuari lalu.

Ketika ditanya sumber maklumat beliau, Armand berkata beliau telah mendedahkan kepada pihak berkuasa dan dinasihatkan supaya tidak memberitahu media atas alasan bimbang menganggu siasatan.

Kata Armand, beliau membuat laporan polis untuk mendesak Peguam Negara memohon kepada mahkamah supaya menahan pasport antarabangsa Anwar supaya beliau tidak melarikan diri dan menjadi pemimpin buangan.

"Laporan ini juga dibuat bagi menangkis persepsi negatif yang cuba diwujudkan oleh Anwar kepada rakyat jika sesuatu perkara buruk terjadi ke atasnya," kata beliau.

Agendadaily difahamkan hari ini sahaja tiga laporan polis serupa dibuat PERKASA. Selain di Dang Wangi, satu di Sentul dan satu di Putrajaya.

"Kami akan buat di seluruh negara, supaya pihak berkuasa memandang serius kes ini," katanya

ALJERIA PREPARES FOR A DAY OF PROTEST – guardian london

Algeria, the oil-rich, military-dominated north African state, is braced for a day of pro-democracy protests, despite a ban on demonstrations in the capital, Algiers, and a large security presence intent on containing any uprising inspired by Egypt or Tunisia.

A key energy exporter and the biggest country in the Maghreb, Algeria last month used its powerful armed forces to contain several days of rioting, triggered by price rises for sugar and cooking oil. At least five people died and around 800 were injured in demonstrations against youth unemployment, poor housing and corruption, including several people who set themselves alight.

Now a hastily formed umbrella group of civil associations, independent trade unionists and small political parties has called for a national day of protest on Saturday , under the slogan "Changing the system". It is calling for an end to 12 years of authoritarian rule by Abdelaziz Bouteflika and his generals.

In an effort to stop mass protests, Bouteflika said he would use the country's vast oil and gas wealth to lower the prices of key foods. He also promised to allow more democratic freedoms, create jobs and lift a 19-year-old state of emergency that still hangs over the country.

Despite weeks of strikes, including by academics and paramedics, Algeria has not seen the spontaneous, mass uprisings of Tunisia or Egypt. Analysts say people want change but are wary of chaos in a country still traumatised by its violent recent past. More than a million were killed in the fight for independence from France in 1962, while up to 200,000 died during the civil war of the 1990s after elections were scrapped in 1992.

AKHIRNYA PERJUANGAN RAKYAT MENANG ! HOSNI MUBARAK LETAK JAWATAN !

Setelah memerintah selama 30 tahun akhirnya Hosni Mubarak , Presiden Mesir tersebut terpaksa mengambil keputusan mengundur diri setelah sudah tidak mampu lagi bertahan dengan kemaraan rakyat Mesir yang menuntut agar 'diktator tua' tersebut meletakkan jawatan setelah himpunan jutaan rakyat Mesir di hari ke 18 . Perubahan perlu dilaksanakan secara total .

Rakyat Mesir memilih untuk berhimpun setelah menyedari bahawa perubahan perlu dilaksanakan . Rakyat Mesir bangkit menyuara ketidakpuashatian mereka yang selama ini dibelenggu oleh Rejim Hosni Mubarak . Persoalan keadilan, rasuah, penyelewengan , salah guna kuasa dan sebagainya menjadi isu yang mendorong mereka untuk menuntut perubahan. di Bandaraya Suez menjadi saksi peristiwa bersejarah tersebut .

Sebelum itu Hosni Mubarak terus menyatakan pendirian mempertahankan kedudukan beliau dan tidak berhasrat untuk berundur sehingga pilihanraya umum Mesir pada September nanti . Jutaan rakyat Mesir turun ke jalanraya di Bandaraya Suez dan setiap hari semakin memuncak bukan sahaja dengan kehadiran lebih ramai rakyat tetapi sehingga kepada pertempuran dengan pihak berkuasa , malah berlaku kehilangan lebih 100 nyawa dan ratusan yang cedera . Namun rakyat Mesir tidak berganjak dari terus bangkit mendesak Hosni Mubarak berundur .

Rakyat Mesir sudah hilang sabar , gejolak kemarahan mereka meluap-luap hingga tidak mampu dibendung lagi . Bagai api yang membakar dan membara , terus menyala . Suasana gawat tersebut meletakkan Mesir dalam suasana yang sangat kritikal .

Rakyat Mesir telah menunjukkan keberanian dan kekuatan . " Kuasa Rakyat" atau "People Power" benar-benar membuktikan , seangkuh mana pemimpin dan sesebuah kerajaan tersebut akan tersungkur juga di kaki rakyat . 30 tahun rakyat Mesir membekam kemarahan , demokrasi sudah lama terpadam di bumi Mesir .

Soladiriti dan mobilisasi seluruh rakyat Mesir tercatat dalam sejarah dunia menjatuhkan rejim diktator Hosni Mubarak .

Sepertimana yang pernah diungkapkan oleh Anwar Ibrahim ; " kalau sanubari kita penuh dengan ketakutan , kita akan hidup dengan ketakutan . Kalau kita nyalakan api perjuangan dalam dada kita , kita akan memiliki kekuatan untuk menengakkan keadilan , menghapuskan kezaliman " .


Akhirnya perjuangan rakyat menang ! Selamat jalan Hosni Mubarak !