Allahyarham  dikatakan menghembuskan nafas terakhirnya ketika dalam perjalanan ke  hospital selepas dilaporkan terjatuh di bilik air rumahnya.
Menurut laporan Bernama,  Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mohd Noor Mansor berkata pihak Hospital  Sultan Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh mengesahkan Zaharuddin, 63,  meninggal dunia
di hospital berkenaan pada jam 7.15 petang.
"Datuk Zaharuddin disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung," katanya ketika dihubungi di Kuantan.
Sejak setahun lalu, Zaharuddin seringkali keluar masuk hospital kerana pelbagai penyakit.
Kali  terakhir adalah pada November tahun lalu di Hospital Sultan Haji Ahmad  Shah Hospital di Temerloh kerana tekanan darah yang tidak menentu.
Allahyarham  juga sebelum ini pernah dimasukkan ke IJN pada 9 Mei tahun lalu apabila  berlaku masalah pada buah pinggang dan jantungnya selepas menjalani  pembedahan ulser usus.
Sementara  itu, ahli parlimen Kuala Krau Datuk Ismail Mohamed Said berkata  Zaharuddin yang terjatuh di dalam bilik air di rumahnya itu telah dibawa  ke hospital dan dimasukkan di unit rawatan rapi, bagaimanapun disahkan  meninggal dunia ketika diberi rawatan.
"Menurut  pembantunya, Datuk Zaharuddin sebelum itu mengadu sakit perut dan  pembantunya membawanya ke bilik air, tiba-tiba beliau terjatuh dan tidak  sedarkan diri," katanya.
Ismail berkata allahyarham ketika itu sedang bersiap-siap untuk menghadiri  majlis sambutan Tahun Baru Cina di Temerloh. - MALAYSIAKINI
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan